Tuesday, October 23, 2012

leave your FEARS behind

Bismillah...

sebenarnya malas gila nak update harini. tapi nak buat apa jer kat rumah? tell me? biasanya time time macam ni aku ada dekat studio. setiap masa lah kat studio. cakap pasal setiap masa dekat studio pernah this one guy cakap dekat aku "nanti kita kahwin kita tak payah beli rumah ek? kita beli studio, you kan suka duduk studio" LOL how funny he was. okay dah terang2 cakap pasal kahwin takpayah nak this one guy sangat lah kan, yes, he's my ex. Khairi. Teeeeet, masa tamat. tutup cerita. masuk ni dah hari ke.......empat dekat rumah. doing nothing. LOL. okay lupa nak kata selamat bercuti untuk diri saya sendiri :) untuk yang tengah study lagi padan muka sila gigihkan diri anda untuk hari esok. har har. sorry lah orang tengah cuti memang kena berlagak sikit. before ive been counting down kot bila lah nak cuti bila lah nak cuti. tak cukup jari tangan jari kaki pun boleh. 



Aku rindu FAMILY aku. rindugila.
nampak kan aku rindu?



Right after habis jer last paper which is BUILDING CONSTRUCTION on October 19th abah terus amik itteww taww, abah pun winduu itteww. atotototooo. dan malam tu jugak phone aku tak henti2 masuk mesej, kawan2 aku yang masih belum cuti sebok jelosssh aku cuti. haha. orang lain sebok cuti kau sebok buat assignment. tu lah siapa suruh masuk degree awal awal. *ayat sedap hati sebab tak join degree dulu 


babak 1 : KUCING HILANG


satu keadaan yang tragis bila orang atau sesuatu yang anda sayang anda rindu tak ada. itu yang jadi kat aku bila aku sampai rumah jam 12malam. okay biasanya kalau kucing kucing aku yang comel ni akan serbu tuan dia yang comel setiap kali tuan dia yang comel ni turun dari kereta yang err,,, coooo ermmm comel. yes comel. hmm.   okay tapi sebaliknya jadi. bila aku panggil sorang sorang nama kucing aku tak ada sorang pun yang datang serbu aku yang comel ni. aku pun tanya abah aku yang comel "abah oren mana?" abah memang pandai berlakon. dia buat buat tak tau. paling tak boleh let go bila abah tanya aku balik "eh oren takder erk?" okay aku dah mula gigitkuku.


MANA . OREN . AKU???

"Mama buang kot." - abah

And i was like. okay frankly speaking lah kan tak malu lah nak cakap yes aku menangis right after abah kata mama buang oren. memang aku menangis waktu tu jugak malam tu jugak sambil kiri kanan tangan aku pegang bag konon nak bawak keluar barang dari bonet kereta. chup macam tu erk eja bonet? huduhnya. And lepas tu abah cakap...

"tapi abah ada anak kucing lagi comel. mesti *Ya suka"
*YA = nickname aku kat rumah tolong jangan tanya kenapa*

Abah macam buat magic bila dia bawak keluar dua ekor anak kucing dari bawah almari kasut. and i was like...okay lap air mata. comel lah jugak. tapi oren tetap nombor satu. 


takder lah aku bukan nak berat sebelah tapi banding kan jer lah dengan oren bawah ni. lagi satu kucing baru tu penakut. aku dekat jer dia lari,, compare dengan oren dia friendly gila kot siap aku boleh kurung dia dalam baldi pun dia tak takut. 


REST IN PEACE OREN. I wish kalau i pergi pasar i nampak you i kutip you okay? 
tak der tempat lain mama campak. mesti kat pasar. 





babak 2 : THE LAST NIGHT

tone serious :
SEPANJANG tiga semester dekat uitm perak, aku dapat sokongan padu yang mengukuhkan lagi statement aku bahawa semester tiga ialah semester paling tak best. imagine. aku tak pernah pernah menangis sebab project ID sesuatu yang aku sangat lah give a fully passion on it. sesuatu yang aku sangat minat. tiba tiba aku menangis sebab terlalu beban bagi aku. aku stress yang teramat untuk sem tiga. sampai tahap mama abah terpaksa datang untuk pastikan aku okay.

dan paling tak best waktu ni abah kutuk dress up aku. "baju oren, tudung hijau."
abah please, im learning kot. dan aku pun main capai jer tudung mana yang dah iron. jenis aku tak kesah nak buat macam mana. at least aku pakai tudung. 
yes aku sedang cuba bertatih tatih untuk berhijab. 
kalau boleh minta Allah selalu kuatkan iman aku. 


acting mama and abah buat aku inspired untuk jadi lagi better dari dorang.
pesanan untuk future son aku : Adam Ali. 
"Ali. mama janji kalau Ali study nanti setiap hari asal waktu rehat jer mama datang bawak bekal untuk Ali . alaaa macam dalam cerita papadom tu yer sayang? :) "


 aku taknak cakap banyak lah. too many things aku buat untuk aku positive kan diri aku. keadaan stress buat aku sentiasa perlukan support dari orang orang yang tersayang. orang orang sekeliling aku. kawan aku. lecturer2 aku. dan sesiapa jer lah yang ada kat sebelah aku.
paling parah bila aku broke up dengan Khairi. even aku heartbroken gila masa tu. tapi itu tak menjejaskan kerja aku pun. haha yang pasti.

 AKU BENCI SEMESTER TIGA. 
sebab antaranya . . .

finale project yang carry 50% . yang aku kena siapkan. di studio.




dan jugak di bilik.

akutaktidurtahu.



melukis sampai luka jari tahu. kau hadoo? 


tambah dengan event ID Day yang aku kena handle.

 dan aku asik kena caci maki senior senior.sebab aku tau most of them ragu dengan aku untuk handle event ni. macam macam. tak salahkan diorang jugak. bukan senang nak puaskan hati semua pihak. stress gila. tapi bukan cara aku untuk quit dan lepas tangan. even ramai yang cakap event ID INFINITY KOSONG KOSONG ni takkan success aku tetap dengan kepercayaan aku yang aku mampu handle event ni atas bantuan budak2 batch aku. dan aku tau aku kena workhard untuk ubah mindset diorang. tipulah kalau aku tak down bila aku dengar kritikan dorang tentang aku dan event ni. Memang aku sangat lah down. yang mampu kuatkan aku cuma mindset aku. sebab tu orang selalu kata "your mind is your first enemy" lagi lagi aku perempuan. 





PAGI EVENT. subuh hujan lebat. preparation event kitorang yang dah siap about 40% hancur. rosak semua. sedangkan event tu akan start jam 8malam. again aku hampir collapse. but I was lucky enough yang budak department aku semua turun tolong kitorang dari part one sampai lah part6. :') thank you guyss <3


BEFORE

 AFTER
haaaa, ternganga tak ? okay semua boleh tutup mulut sekarang.
awesome kan? semua ni hasil kerja budak2 ID yang hebat lah senang cerita. tak main lah ballroom ballroom bagai. lulz!

dan dalam MINGGU stress stress tu. sempat jugak aku joined fashion day dekat UiTM aku as a model untuk headgear jer. just for fun. dah orang panggil aku on jer. padahal aku tau aku busy dengan kerja aku yang belambak. LOL 

you know its amazing how you can hide all the pain with smile :)


So sekarang korang faham kan kenapa aku stress mengalahkan orang hilang anak.



it was very tough :')
i guess i am lucky enough to experience this. earlier. 


yang aku mampu cakap.

always be strong and go for it .
 itu jer yang aku selalu cakap untuk diri aku.
doesn't mean kau perempuan kau lemah.
doesn't mean kau perempuan kau tak boleh independent.



okay back to reality.
minit sebelum abah sampai. aku kena buat clearance bilik before keluar dari bilik.
setiap nota nota ni lah yang selalu kuatkan aku untuk terus bertahan. untuk terus kuat. untuk terus positive kan diri. bila keadaan jauh dari mama and abah. tak ada sesiapa yang boleh naikkan semangat aku melainkan diri aku sendiri.



FYI aku memang suka cakap sorang sorang. doesnt mean im nuts. 
aku cuma nak boost up my spirit. 

 *kasi effect shadow setiap penjuru baru nampak macam gempak.* 
puii. gempak lah sangat.

okay gegerl and boboii..ni lah locker iolls yang besar tu. LOL
damn. dia ingat perempuan ni apa kasi locker kecik kecik. 
memang kitorang bawak spenda dengan bra jer kan kasi locker kecik kecik macam ni,
heish come on lah provide bigger one please duit banyak kot.

 setiap pagi sebelum mandi memang aku breakfast muka dia jer hari hari.

 damn dalam locker aku lagi banyak cakap sorang sorang.

ni yang paling paling tak boleh letgo. ececeyyy. ignore loser. actually aku mensi ni untuk rommate aku sorang tu. dalam banyak banyak kawan aku dia lah roomate aku paling famous. bajet gila haha. tapi BAJET tu harus. sebab ia boleh menjadikan kita betul2 bagus daripada bajet bajet bagus. Tapi sekiranya bajet bajet bagus tu berlebihan. 
maka  ia HARUS di LEMPANG mukanya. har har. okay tak lawak. 

 ni lagi poyo. macam budak darjah satu. tapi aku memang suka benda benda macam ni.
and yang peta malaysia tu ignore jer lah. sebab aku sentimental orangnya. *winkwink*



okay ni waktu malam terakhir before esok tu exam. lepak gila kitorang totally tak ada mood nak study lagi. so makan makan jer boleh hilangkan stress.
waktu farien bercerita. semua orang focus. semua orang berhenti mengunyah.
tapi bila turn aku. aku nampak kesian gila kat situ, 
tak ada siapa kesah pasal cerita aku semua muka taknak layan. :(
BENCI FARIEN! 


babak 3 : THE KUIH KETAYAP


aku bukan nak angkat bakul tapi semua kawan aku boo aku bila aku cakap aku suka masak. mostly guys. jahat. aku ingat dengan jelas kot bila aku poyo dengan dorang aku masak cupcake. diorang kutuk kot cupcake aku. cian ittew. uolss belum rasa lagi dah bising. kalau korang rasa mau korang kawin dengan aku.  


kalau dekat Perak aku suka pergi studio.
kalau dekat Rumah, Dapur lah studio aku. 

dah bosan pegang pen. paper. pensel. 
apakata cuti sem pegang senduk. kuali.

bila lagi, suatu hari aku akan kahwin. suatu hari aku akan jadi isteri orang. suatu hari aku akan jadi mama kepada seorang hero yang  hensem : Adam Ali. entah kenapa aku nak sangat anak lelaki, okay dah fullstop. so mestilah kena tau basic masak paling busuk pun tau potong bawang tanpa luka. 


nak jadi cerita hari pertama dekat rumah sangat lah bosan. aku ajak mama masak something. seriouslyy rumah aku full of ingredients. so seronok jer kalau nak masak apa apa. unless kalau kau tak minat masak. 


aku malas lah nak cerita sekarang dah 

pukul satu setengah pagi kot. tengok gambar jer lah  

ek :) :) :) 

yang penting tu tangan aku . teeheee.


lepas tu korang boleh guess tak apa step seterusnya? 
siapa betul aku bagi nombor phone aku! :D

*puiii. kau ingat kau comel nak offer phone number? 

.

.
.
.

okay.. step seterusnya ialah gulung gulung...


okay doneeeeeeeeeeee :P tak lawa tak apa. yang penting makan sedap.
ibarat tak cantik tak apa. asal hati tak busuk. #eh


dan last before titik terakhir aku nak say congratz untuk Team Red Warriors kerana berjaya kalahkan pasukan ATM pada Piala Malaysia baru2 ni. heee.


"staro demo, kito lawe"
(setakat diorang, kita lawan)


striker Kelantan... afiq azmi <3
haha miang sangat. awak comel lah afiq serius saya tak tipu.
* wink wink *

twitter : Natasha Nazan













2 comments:

ikinj said...

tash, kenapa AFIQ AZMI tak masuk label??? =.='' haha. kata hensem

natashanazan.blogspot.com said...

malas lah nak label nanti tak pasal pasal blog aku famous *okay please lempang aku*