Thursday, September 14, 2017

Placebo.


Di saat aku perlukan pegangan dan kepercayaan yang kuat.
Di saat itu Tuhan tahu di mana aku perlu berpaut.
Di saat aku tidak yakin ke mana arah tuju aku.
Di saat itu Tuhan hadirkan pelbagai cara untuk aku kembali.

Aku kesana dan kemari. Berulang ulang. dan sering kali aku bingung.
Bagaimana aku bisa mempercaya manusia?
Setiap kali aku berpaut pasti dia akan melepaskan pautan itu.
Kenapa sekali aku tidak bisa mempercayai manusia seperti aku percaya pada agama?

Seperti agama.
Aku tidak pernah melihat Tuhan.
Aku tidak tahu bagimana susuk Nya. Fizikal Nya.
Benarkah Tuhan itu wujud?
Tapi aku tahu bahawa Dia ada.
Dia ada dekat.
Dekat sekali.

Aneh.
Bagaimana kita bisa mempercayai sesuatu yang tidak pernah kita lihat.
Ternyata semuanya ibarat 'placebo'
Tetapi ini lebih dari 'placebo'
Mempercayai bukan sahaja dari minda. Tapi dari hati.

Ingat lah hati yang sentiasa berbalik.
Dia itu bergantung kepada prasangka hamba-Nya.
Dia itu akan bersama mu jika kamu mengingati-Nya.

Jika kamu mengingati-Nya dalam jiwa mu.
Maka Dia akan sentiasa mengingati mu dalam diri Dia.

Jika kamu mengingati-Nya dalam lintasan fikiran mu,
Maka dia akan mengingati mu dalam fikiran-Nya.
Melalui amal. dan kebaikan.
Melalu dakapan yang tak terlihat.

Tenang lah.
Bayangkan keindahan syurga.
Yang akan menjadi milik mu.


Natasha Nazan.
14092017
Melbourne.