Sunday, April 7, 2013

Your Request

Bismillah..

study week sekarang dekat UiTM. tak kesah lah UiTM mana. semua sama. cuma saya wakil dari UITM Perak yang dah habis exam. Ulang suara. saya dah habis exam!!!! *angkat kening* ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua pelajar diploma yang belum habis exam atau yang baru nak assess final project dengar cerita haha. best of luck lah. dan untuk yang bercouple couple, jangan gaduh gaduh nanti stress, kalau susah sangat. break jer. kita cari lain. okay, tamat iklan penaja. bosan. kawan kawan aku ramai yang dah balik. 




sebenarnya. jujur. ini sepatutnya entry ini dipost pada 3April. tapi sebab aku terlalu sibuk. (tak habis habis sibuk. I bet korang pun dah bosan dengar) 

Macam mana nak mulakan entri jadi masalah sebab target aku supaya chuolls faham. hmm. okay. for those yang belum tahu aku Student part four. (sebenarnya tak ada siapa heran) aku ada lagi dua semester dekat UiTM Perak. Tapi next semester I won't be here.  aku akan ke Internship session. Dan bila aku balik ke UiTM Seri Iskandar Perak pada December 2013 dan dengan rasminya. aku SENIOR. hell yeah! (kau boleh godai dengan senioriti kau tasha)


dan bila senior aku akan berhadapan dengan real project dalam Interior Design. So naik Part six weolls kena handle satu project dan present di hadapan panel luar yang memang tak kenal kau langsung. aku excited untuk handle real project dan dalam masa yang sama. aku takut. 



dan senior aku. Part six. ada presentation Final Project masa 1st - 3rd April 2013. Sebab tu tadi aku kata sepatutnya entri ni dipublish pada 3 APRIL. aku tak suka lah nak cerita benda benda basi. okay by the way deyollss kena bentangkan design deyolls dihadapan pensyarah pensyarah luar. Ini yang aku AKAN buat bila aku naik part six nanti. so. aku join lah presentation tu UNTUK dengar komen pensyarah pensyarah luar WHAT WE REALLY NEED IN DESIGN.  

"aku kan student Interior Design" *angkat kening*





cuma ini jer gambar yang aku sempat tangkap masa pembentangan design berlaku. sebab aku sibuk mencatit apa yang patut for my own guidance. hobi aku yang chuolls belum tahu selain menconteng aku suka mencatit. tolong lah percaya. Tapi. apa yang paling paling aku nak share dengan chuolls ialah,komen secara keseluruhan dari panel panel luar.

benda ni pun ditujukan khas untuk students ID sebab entri kali ni direquest oleh beberapa orang kawan ID aku yang tak sempat nak join part six baru baru ni. so semoga aku menjawab permintaan korang. 




*TONE SERIOUS*

Sebenarnya aku rasa bersyukur sebab ada pensyarah yang mungkin tahu apa yang aku cari. seolah olah dia tahu yang ada dalam hati dan fikiran aku.  dan dia yang suggest untuk aku join duduk dengan part six (feeling senior sekejap) dan dengar apa yang perlu untuk aku. 


sekiranya kita ikhlas, tanpa meminta. Dengan sendiri Tuhan akan sampaikan apa yang kita inginkan. tak perlu bercerita kelangit. tak perlu riak. tak perlu takbur. Untuk Tuhan bercakap secara direct dengan kita depan depan, Tuhan tak mungkin akan melakukan itu dengan kita. belum cukup layak. TAPI Tuhan sentiasa ada cara. Manusia itu menjadi medium untuk Allah menyampai kan sesuatu kepada kita. 

"Tasha. you datang esok dekat sini pukul 2.30 petang. esok penting untuk You dengar apa industry sekarang nak" - Cik Fairuz




PAGE ONE


aku tak tau nak olah dan rumus macam mana tapi ini yang aku salin sebutir sebutir perkataan yang keluar dari mulut panel panel luar ni. tak ada tokok tambah.  boleh baca tak? 





lulz. okay. here. aku translatekan. dan aku harap korang faham. itu jer aku harap.







intro :


"mulakan hari dengan berjumpa Allah SWT." - Dr. Marzukhi





First Panel : 



"kadang kadang kita kerja kena marah, kena maki. tapi kita sebagai designer kita kena kuat dan kita kena terima kritikan. mereka kritik bersebab. You know, majority dalam industry bukan bangsa kita (melayu). Saya sendiri mengaku. saya tak pernah bekerja dengan orang Melayu.  Tapi kita kena sesuaikan diri kita. You tahu, jangan rendah diri jadi Melayu. Jangan Takut. Sebab bila sekali mereka (yang bukan melayu ) suka dengan kita, mereka akan repect kita dan bila mereka respect kita mereka nak marah kita pun tak berani. sedangkan mereka marah bangsa mereka sendiri lagi teruk dari marah kita. sebab apa? sebab mereka nak didik bangsa mereka. Kita? So kita kena pandai sesuaikan diri di mana mana sahaja. Kalau you sibuk nak pilih kerja. kerja mana mana pun sama. Company ditubuhkan. bukan untuk buat kita happy. Tapi dia yang nak kita buat dia happy. Pandai pandai lah nanti you letak diri you macam mana. JANGAN TAKUT. Kerja dengan tekun. Ikhlas dan insyaallah you akan berjaya. Kalau mampu sambung lah study. Competition sekarang sengit. Bukan dalam malaysia jer. tapi dalam dan luar negara, You tak nampak semua tu. So again. Jangan takut." 





Second Panel : 



"sorry lah weolls dera you selama enam semester ni. haha. tapi dera yang I maksudkan ialah untuk menjadikan you berguna.you tahu kan cuma 30% sahaja yang you belajar dekat sini akan di aplikasikan di luar dan another 70% is from your own experience. Kalau anda terlalu selesa. Anda tak kemana. Dan hari graduation sebenar kita adalah apabila kita dipikul orang ke liang lahad. Itu lah 'Graduation' kita yang sebenar. Jadi. I mohon. Selagi kita belum 'GRAD' carilah ilmu"


"okay cakap tentang design. I nak sentuh beberapa perkara. Antaranya ialah tentang,

SPACE PLANNING :
Dalam design. odour activities adalah dalam contact PRIORITY.

FOCAL POINT : 
You kena separated kan mana penting dan mana yang tak penting.


THE FLOW


DESIGNER & DETECTIVE :
As a designer, sebenarnya you juga adalah investigator , atau pun detective. Detective merupakan seorangyang bersungguh sungguh dalam menyelesaikan masalah. Dia yang bersungguh sungguh untuk mencari siapa penjenayah sebenar. Dan detective juga sanggup untuk jadi petani, nelayan, orang gila semata mata untuk mengkaji dan mencari maklumat bagi menyelesaikan issued. so you bukan sekadar mencari sesuatu benda.


FAHAM PACKAGED
PERSPECTIVE DRAWING :
Indicate properly you punya ruang dalam perspective tu bahagian mana. 


ALL DESIGNERS : 
tak kesah lah you siapa. Interior designer, graphic designer, fashion designer, ceramic designer sekalipun. Bila you design. you mesti ada tujuan bila design sesuatu. dan Setiap kita nak melakukan sesuatu, kita mesti ada tujuan. contoh : 

"hoi jemah nak kemana tu?"
"tak kemaneeeee. sajer jer" 

ini jawapan orang melayu. tipikal melayu. bila ditanya nak kemana. "tak kemana. sajer jer." sedangkan kita seharusnya jawab seperti orang  bijak. jawab jer lah nak kemana, selari dengan soalan yang diajukan dan dari situ nampak yang kita ada tujuan. apa lah salahnya jika kita jawab dengan proper. Kita nak orang Melayu kita buat sesuatu dengan tujuan yang jitu.


DESIGN PROCESS :
Faham kan subject matter you dengan lengkap.





Third Panel : 



"Evaluate diri awak. Harini you dapat diploma. And this is not a full stop. move to the adventure level. Saya mohon kumpul lah ilmu sebanyak yang mungkin. Persembahan diri dihadapan client. itu penting. Tapi cuma secara keseluruhan masalah uolls ialah sense of skill you kurang. kalau sesuatu ruang tu dapat memuatkan 28 orang pada asalnya dan selepas upgrading dapat loads 20 pax. itu tak betul. so it is something wrong here. Nampak lah yang you belum appreciate ruang yang ada. Tak cukup kukuh. Your sparkle of presentation pun sama. Dalam design you kena tahu apa program yang dilakukan dalam sesuatu kawasan tersebut? Just make the design so simple. Jangan bagi confusing. The maximum circulation is only 15%. Jangan bazirkan ruang. In working drawing. You lukis anak tangga pun tak lepas lagi. Scale material.Pun you tak tahu lagi. Perspective pulak tak ada human scale. Perspective perlu ada human scale supaya kita tahu dan nak tengok furniture you ni sesuai ker tidak. Bila dalam perspective tak ada human scale. kita lost. You jangan tipu lah dalam drawing. berani kerana benar. bukan berani kerana tipu sana tipu sini. Ingat. Setiap hari kita belajar sesuatu. Jangan nanti bila you kerja, on site lain on drawing pun lain. nanti esok banyak masalah.

 Be transparent, be accurate, be honest."



Fourth Panel : 


"This is THE END of your FIRST journey. Tengok balik kelemahan. Apa yang keluar dari you adalah apa yang masuk dari you sendiri. Jaga segala apa yang masuk. Listen and Observe. contohnya, You hear. But You don't listen. Hear and Listen adalah dua perkara yang berbeza. You kena FOCUS apa yang you listen and observe apa yang kita nampak. Kita mungkin melihat tapi tak perhati. Kalau tak observe dan tak listen, kita tak process segala apa yang kita dengar and lihat. Dia mungkin simpan tapi dia pergi entah kemana mana. Dan kita tak tahu apa yang kita nak process. Bila you listen dan observe, you tahu apa yang you nak buat dalam hidup. You should listen well. Observe well. Cuba tanya kenapa design you tak menyelesaikan masalah? You tahu kan, masa you jadi detectives, if You dont' listen to your client's problem, dan yang masuk tu dah pun salah. So yang keluar pun jadi lah yang entah apa apa. Sama macam doctor. Dia dengar problem You. Dia check fizikal You. And bila tak cukup dia X-Ray pulak untuk dapat kepastian. Process yang banyak. Dan bila dia dah diagnose. Dia akan bagi you ubat yang betul. Tapi apa yang berlaku dalam Uolls punya kerja, uolls bagi ubat yang SALAH. for those yang betul betul investigate Client's problem. Pasti dapat solve problem. Saya tak nak cakap pasal skill you. Cantik lukis itu bukan jawapan terakhir. The design might be fantastic tapi tak solve masalah. Dan ada yang tak pandai drawing tapi dia solve problem. Itu lebih bagus. Jadi kita reflect diri kita. Even this is the end of your FIRST journey, this is not the end of world. Nanti bila kerja jangan main main. Some people take a long time to success. and some people take a short time to success. Betulkan kesilapan skills. Benda masuk cantik. tenaga cantik yang masuk pun kuat. Kalau masuk rubbih. yang keluar pun rubbish. Technically. You kena berubah. banyak benda. Cuma manusia ni jenis lalai. Dia ingat segala nikmat itu adalah perkara yang betul. Sedangkan nikmat itu dikira sebagai ujian yang menguji setiap benda . Tanggungjawab you sebagai anak, students, bakal suami, bakal bapa dan sebagainya. You kena selalu berhati hati dalam membuat pilihan. Sebab You khalifah. dalam hidup You kena ingat bahawa hidup adalah ujian yang akan ditanya pada hari akhirat. Nikmat itu ada 12. Dan nikmat yang paling kerap disia siakan ialah nikmat kelapangan dan masa. Allah akan tarik jika lalai. Jadi tinggalkan sifat sifat sombong dan riak serta sebagainya. Bersyukur. dan Allah akan sentiasa memberi. Allah Maha Kaya jadi berdoa lah. Dalam hidup perlu ada keikhlasan. Pengukuran nikmat adalah salah satu cara bagaimana you handle segala kelalaian you di dunia. Perjalanan kita ke alam lain masih jauh. Bukan setakat as a designer. Ingat. Kita kena berfikiran jauh. dan bukan jadi orang yang pikir short term. 



okay thats all. and by the way. Picha got her new bow tie and so-called-home <3




she's cute. I know. 

7 comments:

Syazwanie Afandi said...

Makin comel Picha :)

natashanazan.blogspot.com said...

oh. hahahaha. agak lah. dia makin comel. thanks wani :)

Unknown said...

Kawe minak id ni dulu mitok itm dapat ad,pun habih doh ngaji loni ambo tok nukih doh ambo jadi inspektor polis ..sekian daru ambo alumni ad13 uitm shah ale..

Unknown said...

Kawe minak id ni dulu mitok itm dapat ad,pun habih doh ngaji loni ambo tok nukih doh ambo jadi inspektor polis ..sekian daru ambo alumni ad13 uitm shah ale..

Unknown said...

Kawe minak id ni dulu mitok itm dapat ad,pun habih doh ngaji loni ambo tok nukih doh ambo jadi inspektor polis ..sekian dari ambo alumni ad13 uitm shah ale..

Unknown said...

Kawe minak id ni dulu mitok itm dapat ad,pun habih doh ngaji loni ambo tok nukih doh ambo jadi inspektor polis ..sekian dari ambo alumni ad13 uitm shah ale..

Unknown said...

banyak input yang saya dapat,btw thanks. haha..Dr Marzuki (Dr Qi)