Wednesday, June 17, 2015

Grow

Bismillah,

Assalamualaikum :) Hye everyone! hiks. okay hye so long kan aku diam diri and sekali lagi didesak oleh mama Suria terutamanya dan kawan kawan untuk update blog. Alhamdulillah akhirnya ada masa yang sesuai untuk aku cerita secara ringkas dan menjawab segala pertanyaan yang masih belum jelas. 

Mama Suria : Mama tengok Hanis Zalikha kawin tadi. Dia pun tulis blog jugak yer? mama Baru tahu. 

Tasha : haah. dia memang blogger pun.

Mama Suria : dia tu pun study dekat uitm jugak kan. Dia pun student ANC masa dekat Uitm dulu. 

Tasha : haah. dia memang pandai pun.

Mama Suria : Mama bukak blog nadira tadi. tapi tak update lagi. Nadira update lah blog mama nak baca. 

Tasha : Haah dah lama tak update tu lah sibuk sangat lah mama. 

Mama Suria : Yang Nadira konvo haritu pun tak cerita lagi. 

Tasha : eh. mana ada. Last update ya cerita pasal ya konvo lah mama.

Mama Suria : eh? yer ker?



dalam hati aku, hmm tadi kata selalu bukak blog aku. tiba tiba jer tak tau last entry aku pasal apa. haihh. nampak sangat mak sendiri pun tak baca blog aku sebenarnya. 



Dan segala apa yang aku share insyallah bukan lah untuk membangga diri (mohon dijauhkan dari perasaan tersebut) dan sekadar untuk berkongsi pengalaman dan semoga bila aku mati paling kurang benda ni boleh lah jadi manfaat untuk orang lain walaupun sikit. Insyallah. paling busuk pun bagi anak anak aku baca baru kau tau yang hidup mak kau ni sebenarnya susah tak senang cam orang lain. 


Soalan Pertama : 
Tasha kau holiday ker dekat Australia? lama nya. 

Ouh heaven sangat kalau aku holiday lama lama camni. actually aku sebenarnya sambung belajar dekat Australia atau Aussie for short ataupun dah paling malas sangat OZ. 

Soalan Kedua : 
Kenapa last update blog cerita sambung study dekat UiTM? 

Okay to make it clear, pada awalnya dan sepatutnya aku dijadualkan untuk sambung study di Bristol University dekat UK during September 2014. Tapi atas sedikit masalah dari pihak sponsor, aku tak sempat untuk enroll di UK. Jadi aku ambik jalan selamat untuk sambung study dalam Malaysia. dalam tempoh study dalam Malaysia, Sponsor offer sekali lagi untuk sambung study di University lain tapi kalini bukan dekat UK tapi dekat OZ. Makanya, aku pun quit UiTM dan sambung study di OZ pada bulan Feb 2015. okay faham ker??

Soalan Ketiga : 
Kau sambung Uni mana sekarang? Course apa? Master ker tasha?

Ramai ingat aku sambung master kat sini. heww heww. insyallah doakan aku kalau ada rezeki sambung lagi, insyallah. Aku student undergraduate bukan postgrad. So sekarang im studying in Monash University in BA (hons) Interior Architecture. 

Soalan Keempat :
Asal kau pilih Monash Uni? asal tak pilih University lain dekat Aussie?

The reason why aku pilih Monash Uni, adalah atas sebab pihak sponsor keluarkan syarat syarat yang aku MESTI sambung study dekat Top 100 University in the world. Dan dalam list top 100 University in the world, cuma 5 universities di Australia sahaja yang shortlisted. Dan dalam 5 universities tersebut cuma 1 sahaja university yang offer jurusan Interior Architecture. Complicated kan hidup aku? hmm. 



okay itu jer soalan paling famous yang selalu aku dapat dari kawan kawan aku sepanjang aku kat sini. Memang ramai yang tak tau aku fly ni pun secara tiba tiba. aku sendiri pun terkejut dengan keadaan aku yang kena fly secara tiba tiba. serius tak ready. tak prepare langsung apa apa dari segi mental atau fizikal. Mintak maaf bagi yang tak sempat nak cerita.


14th FEB 2015


A week before aku fly, mama Suria dengan abah Nazan sempat buat majlis doa selamat. Dengan harapan semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tiga tahun aku dekat aussie. tapi buat masa ni semuanya berjalan dengan lancar. dah habis satu sem dah pun. Alhamdulillah. Terima kasih jugak kepada yang sentiasa mendoakan dari jauh. Semoga Allah memberkati kalian semua. 



minta maaf kalau ada gambar yang aku terlepas pandang sebab sebenarnya banyak gambar dah tak ada dengan aku. ini jer yang sempat diselamatkan. walaupun ada gambar korang yang tak ada dalam ni, korang tetap ada dalam hati aku. ececeyy. menyampah kan baca. 



biasanya lah kan, orang cuma post kat wall kau bila hari jadi kau jer. itu pun bukan diorang ingat pun birthday kau bila. nasib baik ada birthday reminder. pulak tu ada jugak yang wish "HB" amenderlahshalll. 


sebenarnya nak cakap yang terharu kejap bila wall facebook aku yang selalunya berhabuk kosong tak ada siapa kesah pun pasal aku wujud ker tak terus jadi sasaran. tiba tiba orang post itu. tiba tiba post ini. lepas tu phone kau masuk whatsapp macam macam sampai kau tak sempat nak reply dan mampu tinggalkan blue tick jer dekat kawan kau. konon famous. konon macam semorang sayang sangat lah kat kau. 





tapi sebenarnya aku tau korang ikhlas :') 



18th FEB 2015

kepada yang whatsapp aku before aku fly. YOU KNOW WHO YOU ARE. terima kasih banyak banyak. maaf tak sempat reply sebab memang aku sangat sibuk masa tu. bayangkan lah betapa aku sebenarnya sangat TAK RELA nak pindah oz. pindah? lulzzz. esok nak fly, malam tu baru aku kemas baju. hmm. sikit pun tak excited. 

tapi, tipu lah tak eksaited kan. lulz. 

credit sikit gambar makcik ni sebab tolong hantar. yer lah memasing bizi kan tak ada masa nak jumpa. last kita jumpa masa dua tahun lepas tak silap. anyway, thanks again babe for your effort <3 


8 jam perjalanan ke melbourne, ini jer pemandangan yang aku berjaya tangkap. sebab yang lain aku habiskan masa untuk tidur. ini pun dia paksa aku amik gambar dia. acah acah bizi. menyampah. 


kecewa sikit sebab abah Nazan dengan mama Suria dah janji nak hantar aku sampai oz, tapi faham jer kalau diorang memang selalu bizi. sebab aku kan anak apak. Jadi mama Suria dengan abah Nazan suruh abang aku teman aku dekat aussie selama seminggu. supaya aku tak sedih sangat. hmm. :(  


seminggu yang menjengkelkan dengan abang ezrin. tapi terharu jugak sebab ezrin nak teman aku sampai sini. seminggu pulak tu.  besar tanggungjawab tau nak jaga aku. hiks. 


 Iffah ni kalau jadi boifren aku, memang aku tak tinggal dia. sweet sangat. siap ada bunga bunga love love lagi. nasib takder bedak tabur jer dalam surat ni. 


malas lah nak cakap lebih. yang penting memang boleh diabetis tahap potong kaki kalau dapat boifren macam ni. 


so kalau korang fikir aku akan pulun cerita 3 bulan aku kat oz. korang silap. aku sebenarnya malas sangat nak cerita semuanya. Siap ada yang suruh aku cerita pasal bagi makan kangaroo. bukan setakat kangaroo aku dah bagi makan. semua dah buat sepanjang 3 bulan dekat oz. tapi masa yang sangat suntuk due to Ramadhan. Insyallah kalau aku rajin aku buat throwback entry untuk tempat menarik dekat oz. kena sayang aku lebih sikit keyh. 



Paling latest tentang life aku walaupun aku tau tak ada siapa pun nak amik tau pasal aku. aku kesah apa. ni untuk anak anak aku jugak nanti. supaya korang tau mak korang belajar sungguh sungguh nak bagi korang makan sambil baca blog ni. faham ker? 



8 June 2015 - Presentation day

Untuk yang selalu makan semut mungkin lupa yang aku datang oz untuk belajar bukan petik buah ceri. jadi life sebagai student 3 kaliganda workload dari waktu aku dekat UiTM dulu. sini aku comparekan. 

UiTM - 9 subjek. 
Monash - 2 Subjek + 1 online course. 


"Hekeleh, budak budak oversea belajar 2 subjek jer? 
kitorang kat malaysia 9 subjekzzzz kot weyh." 

(9 subjekz yang tak ada kena mengena dengan jurusan yang kau amik. hmmm. *gosok dagu*


ni ayat aku masa aku tengah jahiliah tak faham siap pandang rendah siap cakap study kat oversea tu senang. puii senang kepala bana dia. ive experienced both world dan aku nak tarik balik semua kata kata aku kepada student oversea yang dahulu sebelum aku. 




ceh dah dua minggu kan baru sibuk nak cerita. well untuk pengetahuan korang yang belum tahu. aku baru jer selesai final review. Alhamdulillah. dah boleh tutup sekolah. conok angatttzzz. nak tengok sometin sweet tak? 


actually kad ni dah ada dengan aku seminggu. tapi aku lupa nak baca. malam sebelum present tu pulak tiba tiba jer kad ni terjatuh. macam drama. bila bukak jer. awwww. boifren mana pulak ni yang sweet sangat ni. sangat menaikkan semangat aku dan menambah keyakinan aku untuk buat yang terbaik bagi persembahan terakhir. Thank you Husna. dia ni Student RMIT. Master in Architecture. jadi tak yah pelik sangat la kalau kad dia ni cantik sangat. effort betul. 
mmg aku nak showoff kat anak anak aku nanti. 


Tapi ada benda yang lagi sweet. 



Nebez tau nak final review. pergi sekolah haritu pun tak makan. nak makan tak sempat. berbekalkan doa makan jer. honest lah dari aku UPSR sampai aku dah besar pun dah masuk Universiti pun mama Suria tak pernah berhenti doa untuk anak anak dia. Bukan setakat doa siap solat hajat. aku yang nak hadap benda ni sendiri pun tak buat solat hajat. macam mana tak sayang? hmm. 



sampai sampai jer budak lain semua dah pinned up poster diorang. nasib baik turned aku nombor 6. at least aku boleh buat preparation lah kan sikit sikit selepas tengok budak lain kena maki dulu. 


okay kalau korang nak tau, yang tanak tau pun kena tau. Yang baju hitam rambut keteng keteng tu lecturer aku. yang rambut blonde tu bukan lecturer aku, tu lecturer luar dari Sydney. dia perempuan tau. aku tau dia dari belakang nampak macam laki. kecik hati dia kalau dia baca apa aku tulis ni. 

So ini lah sebab kenapa aku nervez sangat sebab ada orang luar datang yang akan crit design kita lepas tu soalan dia kasi tanak menikam pulak. jawab lah engkau dengan semua bahasa yang kau tau. 


Sebab ni kan blog aku. takkan lah gambar aku nak sekali kan dalam kolaj yerdak? Highlight sikit. lulz. 

Sebelum aku present macam macam doa aku baca sampai doa makan pun semua keluar. Sebab mama Suria kata doa banyak banyak. Dengan harapan lidah aku lancar waktu present. Gila apa nak cakap dalam masa 3 minit jer tentang design. tanak gigih pulak aku huraikan final design. Sigh. 

Alhamdulillah the feedback was beyond my expectation. Overall aku dapat positive feedback tentang design aku dan membidas killing questions dari diorang ni dengan lancar lagi logik. Betullah. tak sia sia aku baca semua doa yang aku tau. 


9th June 2015


Dan esok tu sehari selepas presentation, Sven email aku. at first aku buat bodoh jer sebab aku bukannya faham sangat kalau orang cakap bahasa inggeris dengan aku. Bila aku dah faham, ouh baru aku tau penting rupanya email ni. Terharu kejap sebab Sven pilih poster aku untuk display during end semester exhibition. Alhamdulillah. sebab Semua yang baik datang dari Allah.  so kalau korang nak tengok artwork aku boleh sentiasa update dekat website aku natashanazan.com 
jangan nak cakap belakang kalau ayat aku ni macam feeling retis ker apa tau. lulz. 
tapi for this moment aku hide kan website aku sebab lecturer tengah ambil markah lagi untuk final project haritu. cuma kot kot lah korang bosan tak tau nak buat apa depan laptop pastu teringat aku, silakanlah stalk aku selalu. lulz. 







11th June 2015 - End semester celebration

Seperti yang diwar war kan dalam email tu. yup we have our own celebration which combined dengan satu MADA Faculty. 

"MADA tu apa tasha?" 

aku tau sebenarnya ramai yang nak tanya soalan ni kan? bukan korang jer yang tertanya tanya. housemate aku yang sekolah kat Monash dah 4 tahun pun tanya

"MADA tu apa?"

(lulz. sorry housematez incase ure reading)

Monash Art Design & Architecture


 waktu aku sampai ni semua orang tengah sibuk prepare artwork masing masing. yang kat atas ni artwork senior aku. student 3rd year. aku pun tak berapa tau apa project diorang. nak explain kat korang pun tak reti. 


Yang ni pulak artwork junior aku. Yer guys aku senior okay kat sini. tak senior sangat lah. 2nd year jer pun. kira aku lompat first year lah dengan menggunakan sijil diploma aku waktu kat UiTM dulu. So untuk junior2 aku yang dekat Malaysia rasa tak tau nak buat apa dengan sijil diploma, nak kerja pun malas. jum lah sambung study luar negara. boleh jumpa aku kat sini. rasa nak sepak jer baca en. bajetgilab*** lah minah ni. hmm. 

 Yang atas ladder tu Lennard. Kenapa aku nak cerita pasal dia sebab dia antara orang paling awal yang baik dengan aku waktu first week aku dekat oz. 

"Hye, Im Lennard. If you need any help just call me" 

auchh. masa ni jantung aku macam oh mamat ni. nasib kau dah ada awek jer. okay just kidding. mati aku kalau mama Suria baca. gatal rupanya anak aku ni. tapi part skrip yang kat atas tu tak tipu lah. memang betul pun. Thanks Lennard sebab tolong gantung poster aku. and poster dia sebelah kanan aku. 

"wow, im so proud. My poster is hanging next to yours, malaysian girl" - Lennard

senyum sampai belakang telinga aku dengar macam tu. well, there are two guys yang selalu stick dengan aku dari awal sem and yang selalu teman aku stay studio sampai lewat malam sampai siap teman aku balik rumah.

Lennard and Lawrence.
Mungkin sebab kitorang asian. dan jadi lebih rapat sebab 

Lennard is from Brunei
Lawrence from Malaysia.

Jadi ukhuwah tu agak rapat knowing that we're the only malaysian dekat sini. 

 Ni bukan ZARA Catering yer, harap maklum. 
(kepsyen tak ada idea. dengan harapan Zariq akan baca part ni. LULZ)

So ni half of my studiomates. the rest is not coming yet. studiomates aku ada 15 orang jer. itupun kadang kadang susah aku nak ingat nama. 

Lawrence. ahh this bluchai helps me a lot. dari awal semester sampai habis semester he keep sayin : 
"Ouh Natt, im so glad ure here. Finally im not alone anymore" 
naik muak aku dengar. kesian dia tak jumpa orang malaysia selama ni. tapi paling bengang bila dia paksa aku buat rendang daging dengan goreng pisang. Sukahati kau jer. bab makan lah aku tiba tiba jadi bestfriend kau kan. 


btw, have a safe flite lawrence. selamat balik malaysia. Hmm jeleznya orang balik malaysia. T_T i still remember waktu kitorang sama sama stay studio sampai midnite dan aku akan excuse keluar studio untuk solat. then he asked me.

Natt, where are u actually goin? 

To pray. why? 

but today is not friday. 

So u think Muslim only pray on friday? 

Yeah. because i have one Muslim friend in Sarawak. He only pray on friday. 

Ouh yeah thats true. Muslim needs to assemble in the mosque for Friday prayer.
 but basically we pray 5 times per day. 

Oh seriously Natt?? thats a lot! ure so religious! 

(dalam hati, Hancing aku religious. dia tak kenal aku caner do, hmm. Buat aku memikir betapa Allah jaga aib kita)

not really. Sometimes i missed it too. hahaha. 

But you know what, my friend only pray on friday!!!

okay apa motif aku cerita conversation ni?  hmm actually aku cuma nak cerita yang bila sampai tempat orang lagi lagi negara non muslim. Ini antara cabaran yang kita kena pikul. bila orang mula bertanya pasal Islam. Actually kadang kadang aku tak boleh jawab soalan non muslim tentang Islam. Jadi aku rasa satu benda yang sangat memalukan bila kita sebagai orang Islam tak boleh nak terangkan apa itu Islam. kenapa kita solat. kenapa kita puasa. siapa Allah. etc etc. tapi apa yang bagusnya ialah situasi ni jugak buat kita lebih peka untuk ambil tahu dan lebih cuba untuk faham tentang Islam supaya bila orang tanya kita akan sentiasa bersedia untuk jawab. Selama ni kita fikir kita tahu pasal Islam. rupanya bila kena keadaan macam ni, baru aku sedar tahap aku dekat mana. okay dah tanak bebel. 

 antara soalan tipikal jugak "tasha kau sorang jer ker melayu?" 
No lah. ni ada aku jumpa sorang melayu. tapi dia first year student. actually kitorang kenal 3 bulan yang lepas waktu orientation. eksaited nampak hijabis kat sini. rasa macam 

"Ya Allah, finally im not the only one!!!"

meet Farhana. Actually. she's Singaporean. Tapi dibesarkan di aussie. So takyah cakap lah bila speaking dengan dia bebelit lidah lepas tu aku akan marah dia dalam bahasa melayu sebab aku tak faham. Lepas tu dia gelak jer. hmm. dia tak takut langsung dengan aku yang garang ni. 

"r u goin back to Malaysia?"

of course not. I just came. 

Ouh really? so youre going to puasa sendiri?

Yup. 

And you raya pun sendiri???

Yeaaaaahhhh. 

Oh my. Thats fucking sad. 

It is. haha. (gelak terpaksa)

"hey jum lah come raya with my family. tidur rumah i kita puasa sama sama"

okay ni lagi buat aku nak nangis tau. aku paling sensitif bila orang cakap pasal raya. tah kenapa emotional betul bila orang ingatkan aku pasal raya. Mama Suria. Abah Nazan. Minta maaf tahun ni Nadira tak balik raya. Tsk Tsk. *eyeswatering*

Lecturer aku sorang ni jer lah. I must say yang dia sangat sangat lah baik dengan aku and always keep helping me. and paling rajin sekali untuk translate bahasa inggeris bila aku tak faham apa dia cakap. ahaha. rasa bodoh kat situ. tapi part paling terharu bila dia datang sebelah aku and cakap : 

"Natasha, I was an international student before. Just like you.
 I can really feel how you struggling for it"  

Sven, thank you for helping me during this entire semester dan thank you untuk jokes yang tak berapa kelakar kadang kadang but most of the time ure totally insane. and yeah. I pray that you will finish ur PHD Study dengan suksez sekali. 


hmm. aku tulis panjang panjang ni bukan dia faham pun. yer dak? 


haihh. sebenarnya nak cakap pasal orang baik dengan aku. ekceli ramai jer. tapi Jess jugak antara local people yang banyak tolong aku masa awal awal sem.
God bless. yang miley cyrus kat belakang tu 
aku tak tau macam mana dia boleh ada. 

 Jangan cakap akak tak payung. TROLOLOLOL. 
one of my interior babes. ahh Abby. she is always there. seriously. thanks babe. cuz ure so special that i dont hv to talk much about you. have a safe flite and bring me kawaii stuffs from korea. 


 Dah lah pakai fon orang. lepas tu failed pulak tu flying selfie dia. 
lepas tu terus tak nak masuk. merajuk lettew. and yup sebab kitorang lapar lagi so decided to have our own late dinner. 
bermati matian semua pilih menu seafood dan vege sebab aku. auchh terharu. 
bermati matian jugak diorang paksa aku makan nasi pakai chostick. berjaya lah jugak tapi aku lah yang paling makan besepah. diorang makan sebutir nasi pun tak tumpah. caner do! 

12th June 2015

dekat melbourne korang akan jumpa bersepah graffiti sampai dalam train pun ada graffiti. masalahnya graffiti diorang cantik. hmm konfius tak tau nak cakap itu vandelism ker apa. so here one of the interesting graffiti yang kitorang jumpa. XD


So these are the people who always stick and teach me a lot. In everything. Honestly there are so important to me. I feel very grateful sebab takdirkan aku untuk kenal dengan diorang. jujur tak mampu untuk balas jasa each of them tapi cuma mampu doakan semoga Allah memberi yang terbaik buat mereka semua. Insyallah. 


17th  June 2015
Duduk rumah tak kemana sebab aku sebenarnya ada esei kena siapkan. untuk tambah markah. jadi alhamdulillah due date 17hb by noon. cerita dia aku tertidur sampai pukul 11 pagi nasib baik aku bangun kalau tak, sia sia jer stay up perah otak. Well, extra credit essay submitted! Semester is finally completely over! Alhamdulillah. - feeling relaxed. 


So guys, alhamdulillah kita akan menyambut Ramadhan sekali lagi insyallah. So ini adalah Ramadhan pertama aku dekat tempat orang. Jadi aku akan cuba cari kemanisan sambut Ramadhan tanpa orang yang aku sayang terutamanya mama Suria, abah Nazan dan family aku. hmm untuk yang sibuk mesej aku pesan jangan nangis tasha.. blah blah blah. aku dah nangis dah pun. 



Happy Ramadhan kareem everyone. tahniah sebab korang habiskan jugak untuk baca blog aku sampai habis. bagi yang baca lah kan. haha aku tau macam tahpaper tapi siapa kesah kan. yang penting cukup untuk mama Suria dengan abah Nazan tau apa update aku kat sini. Insyallah, semoga Ramadhan kali ini memberi makna berbeza bagi diri kita semua. 



Salam Ramadhan, 
Natasha Nazan

2 comments:

Haryati Akmal Borhan said...

ommo. kita pon first two month ignore all the email. ta tau pon penting. hahahah. lama lama tu baru sedar

Natasha Nazan said...

Hahahaha it is kan. Btw selamat hari raya yatt. Stay safe in adelaide! <3