Friday, January 13, 2012

The turtle is slowly and is happy with his face of life



"They ask me why I haven't talk to them. Well,maybe its because they slowly pushed me out of their life. I'm glad they're finally noticing"

-Natasha Nazan-



Bismillah...

Aku dapat satu mesej dari kawan aku. Siti. 
Aku dapat satu soalan dari kawan aku. Azlan.
Aku dapat satu senyuman sinis tanda sokongan dari kawan aku. Zariq.
Aku dapat satu tweet dari kawan aku. Farien.
Aku dapat satu gelakan sokongan besar dari kawan aku. Nana.
Aku dapat satu nasihat dari kawan aku. Ayu.
Aku dapat satu panggilan dari yang jauh. Mama.
Aku dapat satu sokongan dari yang teristimewa. Hadi.
Aku dapat satu pengakuan baru dari kawan aku. Mr. John (bukan nama sebenar)

thanks kawan sebab support.




Suddenly aku terhenti. aku tak tau nak taip apa. termenung sebentar perah otak apa aku nak share? nak share cerita apa? yang sedih ke yang happy? tiba tiba aku tergelak teringat benda bodoh dalam kelas BEL tadi. Hahahah. (gelak sorang sorang)






Soulless pula malam ni nak tulis sesuatu. takperlah saya tunjuk gambar saya pergi Kuala Selangor tengok orang tuai PADI :) nak tak?




haritukan follow abah pergi Kuala Selangor sebab abah ada urusan jap ada kerja. So Aku ada lah borak borak dengan makcik kat sekinchan ni. Nama dia Sumini. Dah tua dah tapi entah umur berapa aku tak tanya pulak cuma,, aku ada tanya sesuatu kat dia.


"makcik sorang jer ker kat rumah ni?"
"taklah, ada anak laki laki tapi kerja. Suami makcik dah lapan ker sembilan tahun tah meninggal."


aku pun "ouhh...okay" then makcik tu sambung cerita dia. 


"tadi makcik pergi kenduri kahwin kat parit depan sana tu. naik kereta ramai ramai. Depan rumah ni rumah adik, yang tu rumah abang, kat belakang tu rumah mak, senang cerita semua ni adik beradik makcik lah"
"ouh,,makcik ada berapa orang adik beradik?"
"24"




Gulp. haaaaa. waktu ni aku terdiam. nak gelak pun ada. Excited pun ada. 


Fuiyoooo!


24 adik beradik!! gila apa. dan mak dia masih lagi hidup. AWESOME. bila makcik tu nampak aku macam terkejut dia sengaja buat aku macam terkejut lagi dia kata cucu mak dia saja dah ada 100. WAAAAAAA! aku ternganga.




anyway seronok dapat borak dengan makcik Sumini tu.


pastu kenal pulak dengan sorang makcik ni, sporting dia. dia cerita kat aku pasal padi padi kat sini, pastu dia pun cerita "tv3 selalu buat shooting kat sini. Tentang Dhia pun berlakon kat sini tau. dah dua kali makcik berlakon! masuk tv. alaaa tapi pelakon tambahan jer lah""


"ouhh yer kerr..." aku teruja pastu aku pun gelak. lawak lah makcik makcik sini. kelakar. 

#ini cerita lama









2 comments:

ikin j said...

lawak siot mak cik tu..ak baca gelak je.tak tahan.hahahhaha :O hebat ahh nenek tu..ade 24 anak :O

Tashalecka-lecka said...

hahahah. kan! hebat lah laki dia dah macam nak bunuh bini dia apa! hahah. anyway rezeki murah lah katakan :)