Sunday, January 19, 2014

Penang Tour

 Bismillah...


sebelum korang terlajak baca. aku cuma nak cakap yang ini akan jadi entry paling panjang setakat 2014. Dan ini lah entry paling mencabar dari segi kesabaran aku. FYI, tiga hari aku ambil masa untuk update blog. hmm. 



 "tasha dah update ker blog pergi penang haritu?" - Bella

 "emm. belum." - tasha

*******************************************************************************************

 "Alaa. aku dah baca entry ni. yang baru tak ada ker?" - Bella lagi

"Ouh aku tak update lagi lah." - tasha

*******************************************************************************************

sebenarnya memang semua Bella jer yang tanya.takder orang lain pun. so tadi, sebelum balik studio I told her, 
"bella, malam ni aku taknak buat drawing. aku nak update blog jer."

lepastu balik bilik aku tertidur. 
sambung lepas subuh. tiba tiba teringat pesan Bella.


"okay, kalini update blog best best tau tasha!" 

*******************************************************************************************

CHUP. selama ni blog aku tak best ker? hmm. 
-_________________________-"

wkwkwkw. soalan paling feeling retis. 


*******************************************************************************************

So selepas dua entry berturut turut aku cerita pasal stress aku jer. me and my girlfriends decided to go to Penang untuk lupakan kerja kitorang for a while. At first memang teragak agak nak pergi penang ker tak since kerja kitorang banyak gila nak dying. kerja nampak macam melukis jer. tapi sebenarnya lebih dari tu. 

 photo : from Alya's IG acc.

 bukan senang hati nak tenang.
 tinggalkan drawing untuk empat hari untuk enjoy empat hari. WOW. 
mixed feeling weyh. nak nak pulak. mama Suria dengan Abah Nazan tak bagi aku pergi penang sebenarnya. so aku merengek lah sikit sikit.
and diorang pun cair and bagi lah lepas sekejap. heee :3

 and of course meet my baby Ali yang selalu berbakti untuk aku since 2011:*
thank you baby, ai laffiuu.

masa ni nampak signboard Penang pun dah excited gila knowing that we are not in Perak. jyeahh. 

this time, seeing an old building buat kitorang semakin yakin yang kitorang memang betul betul kat penang. actually kat mana mana pun ada building lama. tapi penang ni special sikit. 

 so our first destination ialah chocolate museum. as a designer,(acah acah designer) aku tak berapa suka interior museum dia yang tak berapa menarik perhatian and i think they can make something worthy inside. I mean the way they deliver the infos, have to be more interesting I guess. lepastu rasa macam sukahati pulak kan nak komen komen tempat tu, tempat ni tak cantik. hmm. bad tacha. 


so lepas tu, weollz went to Cheong Fatt Zhe, (The Blue Mansion) Rumah Cina lama yang dah lebih 100 tahun and wow. I just...speechless weyh. Before, aku memang ada baca tentang rumah ni dalam buku but when I was inside the house, you guys will never expected how amazing the handcrafted was made. orang zaman dulu memang hebat. 


 masa aku semester tiga, aku ada buat design restaurant China dan Chong Fat Zhe memang jadi one of my references since the building and the architectural detail is so amazing and looks very expensive. 


Warna biru rumah agam ini sebenarnya adalah hasil daripada campuran kapur dengan pewarna biru semulajadi yang diperbuat daripada tumbuhan yang aku tak pasti tumbuhan apa yang hasilkan warna biru indigo. Tapi apa yang pasti warna biru sangat popular pada tempoh Kolonial dan FYI, dia import warna biru dari India ke Pulau Pinang. hmm. kaya tak kaya. kau mampu? hmm. I  mean, pada zaman tu lah. zaman sekarang takpayah cakap lah. 


dan kalau datang sini jangan mengada nak sandar sandar dekat dinding dia nanti melekat warna biru dekat baju macam yang aku kena. kotor baju aii. 



sebagai student Interior Design, based on apa yang aku belajar, tujuan dia menggunakan cat kapur untuk sesuaikan dalam cuaca tropika malaysia yang sekejap hujan sekejap panas supaya ia dapat menyerap kelembapan dan biar rumah tu sejuk tanpa merosakkan struktur dinding. 

walaupun sebenarnya mendiang Cheong Fatt Zhe boleh jer nak cat rumah ni dengan warna putih. kenapa nak susah susah import pewarna dari India, Tapi, kita kena faham bahawa warna biru adalah warna yang sinonim dengan kematian bagi orang Cina. 



gambar ni buat aku rasa nak cakap sesuatu yang sia sia. ingat comel ah tu?? 


ecececeyyy, itteww guwauu jewwrr. 
lulz. anyway, I would like to say thank you to the left girl with brown scarf. Hanin Safirah Falil sebab dia lah yang bawak weollz sampai ke penang.
Untuk yang sebelah Falil yang macam tak sampai tinggi dia yang macam terjengket jengket, hmm, aku tak tau nak cakap apa. jahat kan pokok tu halang muka kau nak enterframe. hmm.


ni baru selangkah dalam Chong Fatt Zhe. Dah cukup buat aku jakun. tapi aku act normal lah. nak tunjuk jakun sangat pun tak boleh jugak. kadang kadang aku pun nak belajar cover cun. aku dah 21 kot. tacha is growing up. yes. 

the main reason aku masuk gambar ni sebab nak cerita aku lah yang paling tinggi. 
tinggi sangat. puii. 

from left : Falil, Alya, Tasha, Athirah, Bella, Farah.

LOOK! partition dia yang full of carving and it coated with leaf gold and mother of pearl (kulit cengkerang) Okay actually aku lupa nak cerita rumah ini ialah milik kepada seorang bangsawan dari China yang bernama Cheong Fatt Zhe.
dia sangat kaya gila okay. dia ada bermelon melon harta dan bermelon melon isteri. tak lah bermelon melon isteri dia tapi tujuh orang isteri pun dah boleh buat gaduh sebenarnya. dan isteri ketujuh ialah isteri kegemaran dia. macam apa jer ayat aku. -_-" tapi memang isteri paling dia suka isteri ke 7 yang dia jumpa dekat indonesia. dan sikit pun tak ada kena mengena dengan gambar partition kayu ni. 

 dan kalau tak silap aku, dia kaya gila dan dia ada rumah bersepah dekat Indonesia, Singapura, Hong Kong and China selain satu di Pulau Pinang. Dan rumah ini merupakan rumah milik Cheong Fatt Zhe yang paling mewah dan rumit dari segi detailing dimana ia menekankan setiap inci kerja tukang yang sangat halus. hmm. 

 untuk projek rumah ini, Cheong Fatt Zhe bukan sahaja imported cat kapur dari India, tapi dia jugak imported tenaga ukir dari Selatan China dan bahan bahan dari Scotland.


 asik cakap pasal mendiang Cheong Fatt Zhe pun tak boleh jugak.
 so aku nak mintak lalu kejap. 

MOTIF SANGAT.  t(-_-t)


perghh. aku rasa nak nangis tengok detail dia.




 diorang cakap dekat rumah ni ada lima tangga tapi aku jumpa satu jer. 


dak dak Penang.

(in order ada yang tak faham bahasa rempit aku, it stands for budak budak penang)






well, macam yang aku cakap tadi, ini entry paling mencabar
 bukan sahaja masa aku nak menaip. tapi dari kat penang lagi memang dah mencabar kesabaran aku. 
Falil asked me to take her photos alone.
tapi kau tengok berapa kali aku nak tekan butang camera sampai betul betul jadi macam alone.

takder lah alone mana. hmm. aku layan jer hakak falil ni. 


Falil : tasha ni pakai tudung belakang dah macam ustazah.depan, nakharom.

kau pahal?? mampus ah. ececeyy itteww guwauu guwauuu jewwrrr.
ekekekeke. tacha gedik nak dying. 

Okayy. yang belakang tu nak kata aku ajak tak jugak. tapi aku ajak jugak lah sebab nak tangkap gambar dua orang macam malu jer. aku dah lah pemalu. 

lepas tu kitorang tangkap lagi gambar kat sini sebab gambar diorang yang lagi tiga tak ada. pendek cerita diorang marah sebab tak ajak kononnya. 
padahal diorang sesat kat mana aku pun tak tahu. 

but seriously, Cheong Fatt Zhe is the MUST place to visit. dengarlah cakap aku dan aku memang tak reti menipu.  


So after that, kitorang pun nak balik Hotel dan masa nak balik Hotel OHMY kitorang jumpa street art yang pertama untuk hari tu and rasa welcoming sangat. dan ini membuatkan kitorang makin yakin yang kitorang betul betul kat penang. 

so kitorang akan menginap dekat Tune hotel 
location :  georgetown

Tune hotel ialah budget hotel dan dulu, aku pengguna simkad tunetalk dan aku cuma nak cakap pakai Tune talk best sebab murah dan aku boleh claim point aku dengan rewards contoh tiket flight, hotel, blah blah blah. and whole family aku memang TUNETALK user.

bapak aku punya point dah boleh pergi goldcoast. 
adik aku punya point dah boleh pergi setakat Bali. 
for further information, jangan tanya aku. 


okay, meet Bella my bedbug. 
dulu masa kitorang pergi bercuti kat langkawi pun aku bilik dengan dia.
 tapi entry langkawi dulu aku dah privatekan for some reason. 
for those yang sempat baca, itupun kalau ingat. 
ada lah gambar aku dengan dia makan maggicup  atas katil.  

tasha : kau pahal pakai tudung sama macam aku?! 

bella : mana aku tahu. kau tak cakap pun nak pakai tudung ni.

tasha : memang tak lah aku nak citer aku nak pakai apa.

sebenarnya aku dengan Bella selalu gaduh tapi rapat. aku pun tak faham macam mana but she's the one yang betul betul boleh terima buruk baik aku dari sem satu sampai sem enam.

  
kitorang lapar. cari makan. and kalini tanak naik kereta sebab nak feel penang. tengok gambar ni pun korang dah boleh agak yang aku selalu kena tinggal kat belakang. 


Jumpa lagi street art dekat Penang. and kalau you guys datang penang no need to worry mana nak cari street art or anything because its everywhere, and if you need a guidance, Penang Tourism Centre ada sediakan map khas untuk street art sahaja. so masa ni memang kitorang pun betul betul depends on map only. 

and malam tu, kebetulan ada birthday lecturer aii, Cik Fairuzzana yang ke. emm dia tanak cerita umur dia berapa. tapi memang kitorang dak dak ID buat surprise untuk dia and thanks to Tune Hotel sebab sponsored cake dan hadiah. :*
 

well it just a small party. small party sekalipun, aku tak pernah dapat surprise macam ni. kalau ada pun birthday party, dulu masa aku darjah dua dengan darjah enam. mama Suria dengan abah Nazan buat birthday party untuk aku siap ada cake barbie. pergi sekolah kawan kawan aku semua bahan aku. -____-

To Cik Fairuz, happy Birthday Cik Fairuz, seriously I really wish you kahwin cepat cepat. takkan you nak tunggu ai kawin dulu kot. lulz. okay tak kelakar pun.

and masa hujung hujung party, aku dah boleh bau tepung. ada tepung dalam bilik ni. so aku duduk belakang sebab aku tak suka main tepung. aku rasa dah habis hujung aku menyorok. tapi tepung ni nak kawan dengan aku jugak. 

camera aku lah paling kesian.. kesian baby I. tsk tsk. T_T

Alya : tasha kenapa kau sorang jer yang kena teruk orang lain tak kena tepung pun.

tasha : diamma kau. 

Bella : dah macam birthday kau jer aku tengok.

shitdo. 



SECOND DAY : georgetown

jap. korang dah bosan ker? watleklah. ni baru second day. ni nak cerita yang empat hari kot. 


Plan kitorang untuk pagi pertama di Penang nak cari Nasi Kandar Line Clear.
 nasi Kandaq paling famous di Penang. Finally, alhamdulillah kitorang jumpa kedai tu. masa tengah pilih lauk, aku rasa lain macam. so aku tanya aney situ

"Anney, ni nasi kandar line clear ker?"

"bukan. sebelah . sebelah."


whattafish. 
memang dasar mamak mapley anney porrah. 
sumpah aku cam nak carut kat diri sendiri.
kitorang salah kedai. termasuk kedai sebelah. 
cerita dia aku dah ambik lauk kot. takkan aku nak cancel. hmm.


memang lauk aku tak menarik langsung pagi tu. baik aku makan roti canai kebabom lagi best. hmm. tapi aku kena belajar bersyukur.
lagipun aku tak reti nak makan lauk bersepah. 
nanti aku keliru nak makan mana satu.


ni kawan aku punya. dia kata dia nak banjir. ni bukan banjir.
 ni dah tsunami aku rasa. 


kalau buat perangai macam ni depan mama abah, 
konfem mama Suria tepuk meja. semua busy sangat.
mama kite garang sangat. kite selalu takut.
*okay tasha. annoying.*


Falil pun sama. sepanjang masa dia busy. 
 kitorang letak phone. dan makan sebelum kitorang berpecah untuk buat design research pertama di penang.

dari awal korang baca, mesti korang ingat kitorang datang penang bercuti. eh tak. kitorang datang atas sebab kitorang rajin nak buat research jauh jauh.

#statement #ELriak #ELtakabur  


so ni lah research aku pasal tingkap kaca. wkwkwkw :3 
Ouh actually aku and falil doing some research regarding spa design since finale project kitorang ialah to design a  Boutique SPA. 





duhh. hari kedua gambar paling sikit since battery camera aku dah mati setengah hari masa dekat Spa. punya lah nak berlagak cerita betapa workhardnya dan betapa banyak gambar research yang kitorang dapat. 


after that, we met at Lok Thye Kie. Restaurant yang menggunakan Unesco Building as a restaurant dan seriously Boutique restaurant ni memang cantik. Since Alya and Atherah buat Restaurant as their Finale Project. 

Gambar tak ada. sedih :( inipun ikhsan phone orang. 



THIRD DAY : FERRINGHI 


Go to the beach. Checked! 
Go to beach is one of my wishlist for 2014. actually tak rancang pun nak pergi pantai sebenarnya rancang nak buat research tapi...bila fikir balik, 
apa kata kita stop working and spend a lil time for a new perspective?
may our mind always be fresh. 

aku tak tahu apa masalah aku pantang nampak kuda. 
setiap tahun bila ada Hari Kantin dekat sekolah
 mesti nak naik kuda dengan token kertas tiga ringgit.
Bila abah Nazan bawak pergi Zoo pun aku mesti nak naik kuda.

I wish I could own horses one fine day. 
banyak lah pulak wish aku. 

(teringat akemal Firdaus, my ex-schoolmates yang ada kuda polo sendiri.
 warna putih pulak tu. hmm jeleznya) 

and finally aku berjaya hasut diorang.

act like so rihanna oh bitch please. *snipping my fingers,hello.*

tak perlu sebenarnya semua ni sebab kulit aku dah tanned macam Mila Kunis. 
LOL.

OH I love Mila Kunis :* 


after that, we drove further just to find bengkel batik untuk Bella punya study case. 


kalau dah hati memang tak nak pikir pasal kerja, memang betul betul tanak pikir kerja. tak lama dekat kedai batik kitorang keluar and cari pantai lain pulak. 

"tasha tasha, ambik gambar kitorang tasha"

aku malas nak cakap banyak memandangkan aku sorang jer yang bawak camera,  aku dah agak dah. gambar aku mesti akan missing somewhere lah. mesti punya. mesti. 


 tengok. malas. malas nak cakap. MALAS. 


 tacing gila dengan korang. *lari atas batu*
 baru plan nak tacing lama lama, 
tapi belum apa apa dah kena simbah dengan ombak rindu. basah baju aii :( 
why so malang. hmm. 

Falil : kau ni Tasha nak mandi tak ajak. suka mandi sorang sorang.

kurang ajar kau kan falil. kurang ajar. aku harap kau baca rangkap ni.



 among us, dia jer yang paling tak malu aku rasa.. 
 so kitorang suruh dia mintak tolong abam pantai ambilkan gambar 
for the last day in Penang. and abam tu hensem katanya.  katanya.


nasib baik aku lelaki. takder lah bernafsu mana. 



 Time well spent in Penang. there is nothing more beautiful than the ocean. so Ferringhi, DONE. move to georgetownSEMULA. 


 on our way to nowhere,
 kitorang jumpa panggung opera. 

and I was like, 
whoaa, aku excited lah selama ni tengok dekat tv jer. tapi benda ni belum start lagi. nak tunggu lambat lagi so kitorang mintak permission apek apek sana untuk masuk belakang stage. 


nak naik kena panjat tangga ni. seksa betul.


 sebenarnya aku macam menyesal sekajap kenapa berani sangat nak masuk belakang stage. sebab, macam spiritual sikit suasana belakang stage dengan patung patung and asap asap sembahyang dia. But they were very nice to us. 

 dia cakap jangan ambil gambar dia. So I asked him why? and dia jawab. 

"Ini orang hitam mana cantik."

and I was like. weyh kau cakap orang hitam tak cantik? 
kau perli aku ker apa? no aku bukan hitam. aku tanned. 
macam Rihanna. macam Mila kunis. Macam Beyonce. DONE. 

aku geram. aku pun balas "mana ada. Hitam cantik lah. " and aku blah. 
aku tanak cakap dengan pakcik ni dah. 

kalau abah Nazan. dia suka cakap aku hitammanis. 
Hmm. kalau ikutkan tacing jugak sebenarnya.




 diorang kata ini Hero. banyak bagus. apa yang bagus aku tak pasti.
diorang suruh aku tangkap gambar dengan hero ni, aku layan jer lah.
cuma apa yang aku dapat tahu dari sesi interview, this thing is made for reason. bukan selalu ada opera show. just untuk celebrate Birthday Temple.
means, kitorang datang on a right time lah cerita dia. 



hmm. menyempat.


 aktiviti kitorang macam cantik and very well planned gittew.
lepas pergi kuil kitorang pergi masjid. shantuekk sangat. 
This is masjid Kapitan Kling. Dari hari pertama lagi Falil cakap nak datang sini sebab
kitorang ada belajar pasal Masjid ni dalam subject History of Art. 




sebab tak makan lagi, malam baru nak makan.
dah busy pergi pantai naik kuda masuk kuil. baru malam nak makan. 



 nasi kandar beratur memang famous.
 tapi selama ni aku selalu makan nasi Kandar beratur dekat KL.memang sedap.
family aku memang suka buka puasa dekat nasi kandar beratur.

cuma kat Penang, hmm. entah lah, macam ada benda yang buat aku konfius.



area georgetown memang terkenal dengan historical building and street art. yang penting masa ni aku memang dah penat. 


 at first kitorangmacam agak wow dengan wall art belakang ni. taklama lepas tu there's a chinese guy, approach us. and said, "ni saya yang lukis sebenarnya"

Tasha : "waa. You lukis ar?? Hye. I tasha. And You?"

John : "Ouh. I John."

Falil : kalau You John, I Jane.

falil menyemak siaaaa. dia cemburu lettew. 

ouh John is so cute. iMelt. aku tak ingat siapa yang ajak ambil gambar tapi rasanya John yang ajak kitorang and dia suruh kitorang buat macam dia. aku penat so aku layan jer. 


 sebab korang menyemak. aku nak gambar berdua jer. harap maklum. 



last street art sebelum battery camera aku exhausted. and malam di penang tak habis bila kitorang pergi ke China House. bar and cafe yang paling kewl and leisure di penang. 

 China house dibuka setiap hari jam 9 malam I guess until 2am. memang China House sentiasa penuh and a bit hard to get a seat. but worth it lah dengan makanan dia. 


 dari jam 10.30 malam until 12.30 malam kitorang stay di China House. and tak terasa pun sebab suasana China House yang bising and very homey. 



sepanjang dua jam di China House, kitorang main Jenga jer and this is a real tournament between us. For those yang jadi champion, her tomorrow wish akan dimakbulkan.sebenarnya aku fikir aku menang. LOL konfiden gila sebab aku yang beriya iya cabar diorang and keluarkan statement
"For those yang jadi champion, her tomorrow wish akan dimakbulkan"

Athirah, bella, aku awal awal dah kalah. tapi aku nombor tiga lah yang pasti. heee, nak jugak cerita. for semi- final tinggal Alya and Falil. 

Alya's Wish : nak naik beca sangat sangat

Falil's wish : nak naik bukit bendera. itupun sebab Athirah yang teringin sangat.





and the winner is. 


FOURTH DAY : the last day 


nampak macam Alya menang tapi sebenarnya Falil yang menang.
we give an excuse for her to change her wish sebab Falil kesian dekat Alya. so dia wish untuk bawak Alya rasa naik beca sebab Alya nak naik beca SANGAT SANGAT.  semua sebab Alya. tung arr. semua orang sayang. 



 so, that's how we manage our 4days Tour in Penang. I cant describe how it feels sebab yes aku tak reti nak cakap macam mana aku sayang korang cuma this is one of the best things ever happened sepanjang aku tiga tahun dekat Uitm Perak with them. Thanks babe. :*

xo: 
NatashaNazan










4 comments:

Busyra Takiyudin said...

waa. bestnya. aku pun nak bercuti dngan hang tashaa!!

natashanazan.blogspot.com said...

haha. yes you have to! I miss you babe :*

Hanamiko Sakura said...

nice ! ;)

Unknown said...

Canntik semua gambar! Lama giler x datang sini...