Wednesday, May 21, 2014

#Dreamchaser

Bismillah...

benda paling aku terasa heaven sekali dekat dunia ni bila aku dah cuti. dah lah cuti. pastu cuti lama pulak tu. dah lah cuti lama lepas tu tak payah pikir diploma lagi. bapak aahhh. selama ni punya lah lama aku tunggu bila lah nak habis diploma. segala plan nak kahwin nak cari laki semua tergendala gara gara diploma. 

hidup aku dekat rumah bagai anak raja. acah acah princess lah. 
bangun bangun jer boleh buta buta sambung tidur lagi.
bangun bangun jer rasa indah bila makanan dah tersedia depan mata. 
bangun bangun jer terus campak baju masuk mesin. tekan.
bangun bangun jer terus  lepak depan tv. 


lepak lepak tiba tiba teringat guckss yang aku dah lama tak update blog. aku anggarkan ramai gak lah yang rindu aku. wkwkwkw.



padahal tak ada siapa pun kesah pasal kau tasha. 

hmm. akcelii, aku tak teringat pun nak update blog sebab mood malas aku pun belum habis lagi until...






kadang kadang peminat sibuk tanya. ececeyyy. sorok sikit poyo tu boleh tak tasha? hmm. kadang kadang close friends sibuk tanya, bila nak update blog? aku tak tau nak jawab apa. jawapan 'Busy' dah terlalu mainstream.

hakikatnya, aku lupa password blog aku. fcuk. -________- 


bapak sedihshallll. it tooks me more than trillion times untuk aku access account aku. sikit jer lagi nak give up. hmm. 

======================================================================

2 YEARS AS A SCIENCE STUDENT


bapak looser bila flip gambar lama. dah lah duduk sebelah boyfriend lama. SO. kes kena paksa masuk MRSM dengan mama Suria bukan sesuatu yang best. tapi apa yang  best ialah orang yang aku pernah kenal dekat sana. yang penting, mamat mamat semua cam pondan. eh tak gurau jer. all grown up. 


Yesss. all grown up. all grown up termasuk lah aku.


myspace sangat kan gambar aku. 

bapakhodohshalll. sumpah double looser tah macam mana aku boleh kumpul semua keberanian aku untuk post gambar yang aku edit macam ni. dari part one sampai part six. ni kalau future husband tengok mesti kutuk aku macam parya. hmm.. SO korang kena lah appreciate sikit ingat senang ker aku  nak buat macam ni?? aib tau. hmm. 


SCIENCE IS HARD. SO I CHOOSE DESIGN.

I do love science. I am a science girl. tapi lifestyle yang agak rigid tentang science buat aku decided to jump into design field as suggested by Abah Nazan. 



3 YEARS AS A DESIGN STUDENT

okay this part memang satu tempat yang boleh lah aku kategorikan sebagai cool.
and hillarious. I love this class. 


spot me with artificial tudung. artificial tudung is just cool baideweyh.

======================================================================

so, where have you been tasha?
I disappeared for many reasons. Since aku betul betul busy dengan FYP aku yang sangat penting. hmm. penting dan hardcore. tak tidur tau. 


hari hari makan pun ni jer. punya lah nak berjimat cermat konon. sajer upload biar mama Suria abah Nazan tengok. life aint easy here. 

---------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------

ID WABAK 

aku tak ingat ID Wabak ni hari apa. bukan apa sejak dah tua ni aku malas nak ingat hari apa. Kadang kadang sampai hari pun boleh lupa. punya lah bengap. Dan setiap hari yang aku rasakan dekat uitm semakin boring. tengok pintu studio pun dah boleh sakit hati. so takpayah lah aku nak cerita pasal sakit hati sampai satu perenggan.

Pasal ID DAY. Setiap semester, dah jadi tradiition untuk kitorang warga ID adakan ID DAY dimana this event adalah untuk blah blah blah aku malas nak explain tapi ID DAY memang our night lah cerita dia. 

SO untuk kali ini, the theme was ID APOCALYPSE. / ID WABAK
Konsep yang diorang ketengahkan ialah ala ala zombie. 
konon sewwamm gitteww. 


dah nama pun budak ID memang semua nya kena decorate sendiri. Jangan pelik lah kalau nanti mainan anak aku pun aku buat sendiri. Kreatif katakan. 


aku dah tak nampak kawan kawan aku yang cun. semua macam hantu. 



Yang overdone make up tu yang buat peace tu. Dua jam katanya nak makeup macam tu. Semua orang sebok nak bergambar dengan dia.
 termaksuk lah admin blog ni.


Abang Wandi suka sesat sorang sorang dalam gambar. Kadang kadang aku pun tak faham. 


 So these two chickens are my subcont. meet Ellyna and Raqiban. diorang lah yang selalu tak tidur siapkan kerja aku. sebab diorang lah kerja aku siap. Couldnt ask for more lah sebab aku tak expect boleh kenal dengan diorang yang sangat volunteer nak tolong aku selalu.  



 from left : Falil / Alya / TASHA / Ayu / Bella / Baina / Yaya
my aphrodite <3 know that I already missing you T_T

Jujur. each of them played a vital role in my life. From Falil to Yaya. Ive worked with them and they really amazed me. Thanks for the memoriez galz :*



 from left : aku tak ingat siapa nama dia / Falil / Monster / tasha

aku paling benci tangkap gambar dengan monster. 
Dia tinggi nak mampos. Hetchu! 



Sekali pandang macam cover album sampah remaja. 
dua tiga kali pandang pun macam sampah remaja gucks. hmm. 


Okay gambar ni aku sendiri tengok pun macam terkejut beruk jugak lah. sampai aku rasa kalau beruk tengok pun tak ada lah terkejut macam aku. Falil ajak selfie masalahnya aku rasa macam paranormal gila gambar ni. Hmm.

last but not least. untuk gambar aku paling kiut. sorry lah saya tak fotogenik. 
Harap maklum. Ini bukanlah pontianak zaman batu mahupun mak lampir yang berkeliaran mencari janin si janda. Gambar macam ni aku rasa macam aku nak uji sedalam mana Future husband aku sayang kan aku sebenarnya. Kbye. 


PRE-GRAD DINNER

seminggu sebelum submission Faculty Architecture, Planning & Surveying mengadakan event malam pra - graduan. senang cerita event ni acah acah grad lah cuma tak ada topi tak ada jubah. so event ni memang himpunkan semua students final year yang insyallah akan grad kalau tak ada apa yang menghalang. tak silap aku lebih kurang 600-700 orang yang datang dinner dari semua course. memang cuci mata lah cerita dia. takpayah cakap masa ni aku hampir hampir tanak datang event ni sebab BAJU. duhh perempuan memang macam tu. pasal baju jer pun. At last. aku decided untuk rotate baju walau hakikatnya aku tak suka rotate baju untuk event. sekali lagi takkan nak cakap pasal baju sampai satu perenggan kot tasha -_____-


Tak tau lah malam ni macam bertuah sikit sebab tuah baju glam mak datin ker apa aku pun tak sure tapi Alhamdulillah thanks to Allah sebab malam tu I was awarded as a Best Student in Department. hmm this is totally beyond my expectation. aku tak sure macam mana aku dinilai tapi apa apa pun semoga Tuhan memberkati individu yang terlibat dan sekurang kurang nya rasa berbaloi lah jugak setiap hari menangis tak boleh tidur Finale Project punya pasal. bukan letih. bukan penat. tapi pening. dia punya sakit kepala dia memang boleh sampai retak tengkorak kepala aku. cisdale betul. 


Dan aku tau setiap kejayaan yang aku capai sama ada kecik atau besar memang bukan 100% dari aku. semuanya atas support kawan kawan aku. ini bukan iklan taik gigi nak jadi sweet talker atau poyo atau acah acah bagus ker apa. tapi memang kawan kawan aku antara individu yang banyak naikkan spirit aku. cium dahi sikit. mmuah :* 



meet Afro and Daus pondan.


Antara individu yang membuat aku terpanggil untuk update entry terbaru. Kalau ikutkan kemalasan aku memang takde nak layan hadap update blog jadah ni semua.   

aku memang tak suka bagi chance orang lain curi spotlight aku. aku ni kedekut sikit.  sebab tu gambar aku dengan ikin jer yang tiba tiba ada colour.


This is Ikin Jaldin. Kawan aku dari zaman MRSM duduk meja sebelah aku sampai sekarang kalau dah jodoh, memang kau akan nampak aku jer selalu. BTW, thanks for this amazing five years and still counting. I love you baby. 


Antara individu yang ajar aku tengok runningman dan nyanyi lagu korea. 


FINAL YEAR PROJECT

after pre-grad dinner memang kitorang semua struggle siapkan final project. stress takpayah cakap lah. memang stress gila entah celah mana tah orang kata ini course paling seksi.


dalam course ID, Final project memang semua individu. kadang kadang cemburu gucks tengok budak course lain yang final project grouping. itu pun balik bilik nak merungut stress. macam tahpaper jer. sakit pulak hati aku. 



Apa yang negative side tentang aku regarding final project bila kebanyakan kerja aku hampir 40% manual. itu yang tak best bila kita  buat kerja manual, progress aku agak slow dan ini yang buat aku lagi stress. So kalau ada junior yang tengah baca, please lah master your computer skill. tu jer kak tacha pesan. wkwkwk. :3



so many things to do. so little time. sebagai perempuan mentaliti memang tak sama macam lelaki yang selalu watlek watpis kerja tip top. menyampah.


FINAL YEAR PRESENTATION

cakap pasal presentation, big applause untuk yang suksez dan seriously memang semua lelaki jer yang monopoly the good result in FYP. hmm congratz awak semua. so these are some photos..err hmm nak masukkan semua tak mampu... ouhh how I wish I could. Btw, thanks to Amierul Asraf untuk semua gambar ni :) 



anon : "tasha mana artwork kau? asal tak masuk sekali?"

in order ada yang tanya mana artwork aku. hmm you guys boleh tengok dekat portfolio aku. aku tak upload kat sini sebab bosan lah asik nak cakap pasal diri sendiri asik nak puji diri sendiri. ekekeke so this blog memang khas untuk kawan kawan aku.


AFTER FYP

after FYP, pergh, heaven nak mampos. sumpah rasa free gila and all the burden blah blah blah yang selama ni cam gampang. releaseeeee. tapi jadi cam stress balik sebab tengok studio bersepah. 





area ni aku share work area dengan Bella / Nana / Yaya <3 awww, rinduuuu :* 


so, sini lah workstation aku yang kalau dulu punca aku putus cinta sebab aku selalu sibuk berkhalwat dengan kerja aku setiap hari sampai boyfriend menyampah terus mintak putus. 


yang ni lagi melampau. workstation diorang lah yang paling 'bersih'. aku tak tau macam mana diorang simpan sampah ni satu semester. 




WEYH BOSAN LAH ASIK CAKAP PASAL STUDIO
-____________-


dah lah aku nak cerita pasal balik rumah. even aku tau tak der siapa pun kesah sebenarnya





aku tak tau lah nak cakap macam mana agaknya kalau boleh semua benda aku nak bawak. aku yakin perempuan lain pun macam ni. 


hmm. perempuan sangat complicated. 




nwy, thank you abah Nazan & mama Suria. :') 

------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------





IIDEX 2014 - DATC SHAH ALAM

SO selama ni aku busy untuk preparation event IIDEX which stands for INVENTION, INNOVATION DESIGN EXPOSITION

asal aku nak update blog jer mesti busy ada hal macam macam. so aku terpaksa tangguh niat aku untuk setelkan kerja aku. 


masa ni aku team up dengan bestfriends aku - abang Wandi dan Bella. Stressful week jugak lah kan since semua ni kitorang buat last minute dan tak prepare banyak sangat but really thanks to Bella since our product memang totally her idea. 


dan alhamdulillah, kitorang dapat second place dalam category apa ntah aku pun tak ingat sebab aku memang malas nak ambil port benda alah macam ni. so cerita dia kalau nak suksez sila buat kerja last minute. LULZ. okay tak lawak pun. anyway congratz untuk STUDIOMATES aku yang super gempak. 

all i hope is, you guys akan terus suksez and insyallah till we meet again guys :* 



9th MAY 2014

waktu semua orang tengah sibuk dengan hari ibu, student UITM semua sibuk dengan result FYP. demm. semua tunggu email masuk. pukul 3 . 4 pagi pun tak tidur lagi. semata mata tunggu email result masuk.


to be frank lah kan. aku tidur awal. sikit pun tak terlintas nak tunggu result sebab aku malas nak fikir. apa yang aku tahu, performance aku memang menurun dan aku syak pointer aku rendah. apa apa pun, aku tawakal. 


"tasha, selagi result belum keluar You jangan risau okay" 
- Dr. Marzukhi



tapi aku tetap risau. 



bila aku bangun. macam biasa bangun cam onggile terus raba raba cari phone. 



demm. email dah masuk. dalam hati aku terfikir nak check ker tanak. ?? ikut hati aku malas nak check. MALASSSSSS! sebab cuak punya pasal. masa tu memang aku rasa segala mesej dan call semua aku tanak layan sebab aku malas nak jawab soalan orang tanya pasal result aku. 

punca aku check pun sebab kawan aku paksa.

fine aku check. FINEEE.
eh cam gampang nak marah pulak kan. hmm
and ouh. seriously result kali ni memang result yang tak dijangka dan lebih dari yang aku jangka. 



SInce aku tau aku tak perform untuk FYP aku. Alhamdulillah. semuanya lebih dari yang aku jangka. thanks to all Lecturers yang masih mempertimbangkan ability aku. 


memang aku bersumpah dengan tangan kanan aku yang aku nak lawan abang aku. dan aku yakin kalau abang aku baca mesti dia rasa tercabar. lulz. 



btw, Encik Nizam is one of my lecturers yang memang selalu ada dengan aku dari part one sampai part six. Honestly, kalau aku menangis ker apa ker memang dia selalu akan ambil berat dan tanya masalah aku. SWEAR WEYH ID NI STRESS. And tell me, apa sebab untuk aku tak appreciate individu macam dia? even aku tau mungkin ramai student yang tak berapa suka cara dia yang tegas, for me kita tak boleh expect semua orang sama macam kita. apa yang kita boleh buat ialah kita semua kena belajar menerima dari asik merungut.

------------------------------------------------------
------------------------------------------------------


GOOD PEOPLE . GOD BLESS

sebab aku tahu aku takkan capai this kind of achievement tanpa pertolongan pensyarah dan studiomates, aku nak mama Suria dan abah Nazan kenal individu yang stick dengan aku through thick and thin. SO we went to Perak to meet them.


Encik Nizam and his wife, Puan Suzy.
 Both of them pernah ajar abang aku dan aku. even abang aku selalu buat kes keluar masuk mahkamah, these people yang banyak support kitorang dekat sini dari segi mental dan fizikal. Tak banyak yang saya boleh cakap cuma Tuhan yang mampu balas jasa Encik Nizam dan keluarga. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat :') 




After that, aku bawak abah Nazan mama Suria jumpa Koordinator ID Dr. Hasandi.



Siapa sangka rupa rupanya Dr. Hasandi ialah
kawan lama abah Nazan masa zaman bujang 
kawan lama abah Nazan masa zaman rumah sewa 
kawan lama abah Nazan masa.. 

senang cerita memang kawan lama lah. 



tiga tahun aku belajar dekat perak baru sekarang aku tahu rupanya diorang satu geng. Abah Nazan & Dr. Hasandi lost contact lebih 25 tahun since Dr. Hasandi fly to UK UNTIL, aku habis belajar dekat perak baru diorang jumpa balik. 


siapa tak eksaited. last jumpa time bapak aku tengah bujang kot. tau tau jer sekarang dah ada anak bini.




POINT AKU IALAH : 

nak jadikan cerita, Tuhan tu ada jer rancangan terbaik untuk temukan kita dengan seseorang. :') 







sebab tu aku selalu percaya dengan siapa sekalipun aku jumpa walau sekejap, berpisah walau macam mana sekalipun. aku tahu Tuhan ada rancangan terbaik yang kita tak pernah tahu. yang kes budak sekolah putus cinta terus nak kelar tangan aku sendiri pun tak faham. hmm.




P/S : told myself untuk sentiasa sabar dengan setiap perpisahan sebab jujurlah siapa suka dengan seperation right? apa apa pun I do believe, kalau Tuhan kata ada, ada lah. Kunfayakun.






APA APA PUN, TAHNIAH 

NADIRA NATASHA BINTI MOHD NAZAN. 


PENAJARI STUDIO


YOU know YOU have to reward YOURself <3




4 comments:

Syazwani Afandi said...

Tahniah untuk anugerah tu.. berbaloi segala usaha selama ni..dan akhirnya dihargai macam ni kan ? teruskan usaha :)

sebenarnya kita pun tunggu bila tasha nak update blog. heee

keep updating k tasha :)

Atiqah Nadhirah Azhar said...

gud luck tasha!
miss ur blog...hahah
cool giler.....so. lpas ni nak sambung degree kat mane?

Fasy Shane said...

Thumbs up! Semua gambr nk pegang award tu. haha.. Keep blogging kay.. peace !

alyaazlan said...

part yg aku rasa sebak part cik nizam haha!!
same goes to me. cik nordin, walaupon part6 baru merasa betul2 dsayangi oleh cik nordin as PA :))