Sunday, November 17, 2013

love

Bismillah



Kadang kadang konfius tau. nama jer cuti. tapi busy.
kadang kadang konfius tau. nama jer senior. tapi apa pun tak reti. 

dalam masa seminggu lagi nak masuk Universiti semula dan tiba masa aku jadi senior. ekekekekekeke. eksaited ker? no lah. cuakkebebeyh lah nak masuk part six. LAST SEMESTER and Im FREEEEEEE. serius tazabarrrr nak habis part six. hmm. semoga dikuatkan hati dan semoga Tuhan sentiasa jaga. 



teaser teaser. ehem. LOL

my new cover for my second portfolio. 

lagi seminggu dekat rumah  jadi aku sibuk siapkan portfolio aku yang  baru. This is for the sake of my future. dengan harapan portfolio ini dapat melayakkan aku untuk terbang jauh. Yes. I have a new portfolio dan portfolio kali ini sedikit private but still you can view my second blog @ my second portfolio at natashanazan.blogspot.com 

Im in love with my new logo design. Please Pardon my selfie face. 
I just want to show you my logo design <3






ada gaya international designer tak? lulz. wkwkwkwkw :3

this portfolio adalah portfolio yang simple and tak semua artwork dimasukkan. This second portfolio diwujudkan atas permintaan sebuah badan organisasi sebab kata mereka portfolio di dalam blog lebih senang untuk di'search' rather than portfolio saya yang pertama. 

but for the real portfolio, you can find it here.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



WEDNESDAY, 13TH NOV 13


ok fergeeeddiiiddd. yang penting nak throwback sikit. yeah. Since saya terlalu busy tapi tak salah untuk aku luangkan masa sekejap with my amoi lady. Shyra Sahar. 


atototoo. :*

kes ngada ngada nak pakai heels bukan sometin yang bagus. I used to wear heels like all the times tapi tak tau kenapa haritu macam malang jer. semua tak kena. kaki aii melecet :( tsk tsk. so I have to buy a new shoe and aku buang masa lebih satu jam untuk pilih kasut. hmm. 


at last. I choose this claret yard boot for ONLY 80bucks :) :) The unbrand one lah tapi. 
but its really comfort and tak melecet dah. kasut lama? simpan. 


tak ada apa apa aktiviti yang boleh dibanggakan langsung setiap kali kitorang keluar. yang ada cuma makan. makan. and makan. Konon rekod harini nak makan tiga tempat. tapi tak sempat. so kitorang sempat belasah dua tempat jer.


FYI : 
(paling banyak rekod makan ialah empat kali makan dalam masa enam jam)

FIRST PLACE : Sweet Chat, Times Square.
so, this is our very first time untuk makan di Sweet Chat, Time Square. And the reason why we choose to eat here adalah kerana the ambiance of the cafe is very peaceful and homey. Even it is located at the open space area, tapi still rasa homey. And it is very suit for those yang mencari tempat lepak yang perfect for families and friends to hang out and catch up. Dan yang paling penting, ianya Halal.



 I choose to drink Strawberry Mojito (the pale pink water) and Shyra choose to drink Lime Twist. (front glass)
Actually aku bukan lah peminat air strawberry. I just terpikat dengan warna air dia yang very the fairy gittew.  and it taste very sweet :) 

 Shyra picked Laksa Nyonya. Hmm. Laksa Nyonya ialah laksa yang telah ditransformedkan aku rasa. aku tak suka laksa. tapi untuk ini, not bad. 
 for dessert, shyra excited suruh ambil Durian Pancake @ Durian crepe lah senang cerita. Okay. Aku bukan apa. hari hari aku makan durian dekat rumah. Since Shyra nak sangat Durian Pancake, so aku pun okay jer. Memang dia nasib baik dapat kawan macam aku. 

cerita dia sekarang Shyra yang excited atau aku yang excited sebenarnya? hmm. 
nampak propa dekat situ. 

 Akhirnya. Mine dah pun sampai. Hmm. Nasi Kunyit with curry chicken. BUT WAIT. 
ini bukan nasi kunyit. Ini nasi pulut. I don't know why dia tulis Nasi Kunyit dalam menu. Reality is, Nasi Pulut. Supposely dia tulis jer lah sticky rice. 
aku rasa macam tertipu dekat sini. nak tak nak. Kena makan jugak.

So, moral of the story, better ask for guidance from the waiter before you make a call. serious tak best bila apa yang dalam gambar lain dengan yang reality. 

Shyra sangat menikmati laksa Nyonya beliau. 

luckily I could finish mine. 1(-__-)L






SECOND PLACE : Tong Pak Fu, KLCC.
Ini pun sebab Shyra lah nak sangat, teringin sangat makan Tong Pak Fu. 


I still remember kali terakhir aku makan dekat Tong Pak Fu waktu Tong Pak Fu KLCC mula mula bukak. Masa tu memang tak ramai yang berani masuk Tong Pak Fu sebab diorang fikir ni kedai Cina. So konon konon tak halal lah. and aku pulak, bukan tak sensitive tentang issue makanan halal.  cuma aku jenis nak cuba semua makanan. Malaysia Boleh. 

Ini gambar Sesame Snow Ice Cream aku tahun lepas. masa ni kedai baru bukak jadi service memang tiptop. Ais krim dia pun boleh tahan best and banyak ingredient. Cuma.. what happen to Tong Pak Fu yang sekarang? very different. And you guys can go through my previous entry about Tong Pak Fu, here.

 See that? the same menu. Walaupun watak utama adalah Ice cream tu sendiri tapi apa yang lain ialah pinggan lain. 
 dan dia dah tak ada strawberry. Cut cost lah kot. hmm.  
And still, shyra enjoyed her snow ice cream. :) 

 dan aku, acah acah jaga badan. Aku cuma order a bowl of fruits. this one,aku memang kasi lima bintang. I love the way dia processed all the fruits into a small ball. Very cute :) :) :) 


And yes, to my fellow instagramers, sorry. 
Actually, the photos I've posted was from Tong Pak Fu. 
Its not merely my breakfast pun like I said in instagram. XD XD 
Sajer nak fenfeeling great di pagi hari. padahal mama Suria tak masak apa apa pun brakfast harini. sedih. jangan marah please :3





THIRD PLACE : Wafflemeister
we have this in our list. Tapi tak sempat. dan duit pun macam tak cukup nak makan lagi. tsk tsk. I hope i could have a chance untuk cuba waffles dekat sini.
Everyone loves waffles right? :) 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




SATURDAY, 17TH NOV 13


untuk makan malam kali ni, turn abah Nazan yang masak. aku cuma turun untuk teman abah Nazan dekat dapur. 



abah Nazan : Bila Nadira balik UiTM? 

me : 23 haribulan.

abah Nazan : So minggu depan? jumaat ni??

me : Aah. Yup.

Abah Nazan : habis tu, nanti abah rindu lah dengan Ya nanti. Tak boleh dengar Ya gelak dah. 

me : *almost cry* 


 feeling great bila abah Nazan ajak keluar on last Friday. Macam abah Nazan kata, there is nothing worth to have in this world kecuali MASA yang diperuntukkan dengan anak anak. I know. sometimes, aku cukup terasa yang semua makin membesar. dan aku faham kalau abah Nazan rasa kehilangangan bila kami makin membesar dan sibuk dengan urusan masing masing. 


we went here for cause. Abah Nazan nak tunjuk design dan motif motif Islamik yang ada. And antara semua bahagian, bahagian wall tiles ini yang paling menarik perhatian aku. 



After dhur, we went to Sultan Alam Shah Museum yang terletak sebelah Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) 


I dont really care kemana sekalipun abah Nazan nak bawa kitorang because the most important is, masa yang aku peruntukkan untuk luangkan dengan abah Nazan lebih penting dari everything. Because, once you seperated from your parents, masa tu lah kita akan rasa kita dalam keadaan memerlukan. 


This museum is so big. Seriously aku penat gila pusing muzium ni. Cuma apa yang tak best, tak ada orang langsung dalam muzium ni melainkan penjaga muzium. 


Abah Nazan sangat suka pergi Muzium. Dan tak sangka habit abah Nazan berjangkit dekat saya. 

 The best part ialah Abah Nazan jer yang paling rajin membaca. So dia akan bacakan untuk kitorang info info dalam muzium. 
Since aku lebih terdorong untuk MELIHAT daripada membaca. 
okay sikit dari adik aku yang tak suka langsung masuk Muzium. 
Tapi dia suka pergi Zoo. Mungkin sebab 'kawan' dia ramai kat sana. lulz. 


For me, a museum should do some interactive communication so tak ada lah bosan sangat sebab umum tahu yang rakyat Malaysia bukan jenis membaca. 


jotting down all the infos yang ada dalam muzium. rajin kan aii?? lol. 
actually I love to know something new and i think it might be useful in the future.
and maybe for my study in Interior Design. 



anyway, aku rasa macam berat hati nak balik Seri Iskandar minggu depan. Hmm. Cuti 8 bulan memang takkan pernah cukup untuk kita luangkan masa dengan parents kita. So the least we could do is, hargai setiap perkara kecil yang berlaku. 


And honestly I said, the reason why I keep blogging, hanya lah untuk aku ingatkan diri aku supaya aku sedar bahawa aku dikelilingi oleh kawan kawan dan keluarga yang supportive. Even ia cuma perkara kecil untuk diceritakan dalam blog dan mungkin ada yang kata 


"benda macam ni pun nak cerita?"


dan memang korang tak akan jumpa tips cantik, tips hijabista and blah blah blah dekat sini. Bukan sini tempatnya. dan bukan saya orangnya. Sebenarnya, ini merupakan salah satu cara untuk aku hargai setiap individu yang ada dalam hidup aku dan yang pernah terlibat dalam urusan harian aku. 



make love. not war :)




3 comments:

Leeza Dayasari said...

hello... saya santaileeza. menghulurkan salam perkenalan.
singgah sini sbb blog awk kuar dara bulan november......
salam perkenalan.........

Leeza Dayasari said...

follow here

Natasha Nazan said...

ouh hye Leeza. salam. thank you for dropping here. and sure. i akan hit you button back. :)