Friday, March 15, 2013

Im Wreck.

Bismillah..


kalau aku kata harini hari malang sedunia agak agak ada tak yang melabelkan aku ni makhluk yang tak bersyukur? tapi jujur. harini memang hari yang penuh dengan...err. orang cina kata suwey. tapi aku bukan cina. aku comel. okay. annoying. 






macam mana ek nak mulakan? aku serba salah nak update ker tak sebab aku tengah busy ni tapi aku tak boleh kawal nafsu aku untuk keep blogging walau pun aku tahu tak ada orang baca pun. just. hidup aku sebagai seorang student Interior Design tak sama macam students falsafah, students Office management yang kau boleh melaram pakai kasut tumit tinggi sanggul tudung kau cecah langit lip lap lip lap dan segala gincu bibir eyeliner mascara kau dialis rapi oh puhleez. aku nak mandi pun kena fikir dua tiga kali tahu. betapa sibuknya life aku. dan setiap kali aku rasa aku WORSE. aku selalu rasa. "kalau lah aku ni lelaki" *angkat kening*







THE BUSY MODE IS ON

busy. sampai mama Suria pun tak berani kacau, its funny dan a bit kesian pun ada bila everytime mama Suria nak call aku, dia mesti text "mama nak call tapi mama takut kalau mama ganggu ya kerja" haha sedih tau :'( aku nak taip benda alah ni pun dah berenang renang air mata aku. tinggal nak tadah baldi jer. Mama. jangan lah sweet sangat.

tapi harini 14 Mac adalah hari yang paling busy sampai tahap aku jumpa sesiapa jer aku rasa macam nak marah. teruk betul perangai. patut lah boyfriend lari. wkwkwkw. 












pagi : Submission of 10 Working Drawings of building yang bersaiz AO. 

Petang : Presentation ETR 300 (kalau rajin. sila google. aku malas nak terangkan)

Malam : Test History of Islamic Art.








sebelum membaca perenggan ini tolong tarik nafas dalam dalam kerana ini perenggan tanpa noktah mahupun koma.

eh aku ni ID tawww serious aku marah dengan sistem pendidikan yang jelas nya aku lah yang salah dan aku penat dan boleh tak tolong bayangkan yang aku dah sampai tahap terpaksa buat kerja dekat Mekdi (McDonald) sampai pukul 4 pagi and 4 pagi stay sampai 6.30 pagi siapkan kerja and tidur sekejap lepas tu terlajak tidur pukul 8 baru bangun sedangkan pukul 8 kawan aku janji nak fetch aku untuk pergi studio untuk submit drawing dan aku Terpaksa pergi studio dengan BAJU TIDUR. haaaaaaah. semput.






okay. jauh. JAUH kot aku jalan kaki dari car park, dengan baju tidur dan Nizam sangat jilaka buat macam ni dekat aku. and this time aku buat bodoh jer dengan abam abam yang ada sebelah aku, godai. aku tau aku tak gojez langsung. yang aku tau aku boleh submit kerja aku, okay dari sini chuolls boleh nampak kan yang aku ni pelajar yang sangat berdedikasi?


1. TAK SEMPAT

dan bila Dr. Marzukhi masuk. 
"Eh tasha asal you tak mandi lagi?"
"I tak sempat nak mandi lah Dr. Khi. Kerja banyak." 
"tasha, sekarang pukul sembilan dan I dah mandi dua kali tahu tak "

dalam hati aku. nak cakap aku ni tak bangun pagi lettew. -___________-

and after submission cepat cepat aku bawak semua sabun towel baju kurung tudung cuci muka masuk toilet dekat fspu and aku cepat2 mandi and right after masuk kelas dr. Marzukhi tak henti henti perli

"tasha dah mandi?" sambil senyum sinis. aku pulak senyum senyum comel malu konon dan aku rasa macam nak lempang diri sendiri yang bajet comel depan dr. khi.








2. "YOU'RE LATE"

serabut hari aku tak perlu cerita. cukup dengan aku mulakan hari aku dengan keadaan yang hamis. tambah lagi. aku ada presentation pukul 2.15 dan aku terlambat 30 minit atas sebab sebab yang kukuh okayyyyy aku tahu panel aku sakit hati tunggu. slow talk. aku cakap. dan dia senyum. dan aku sambung present. okay done.







3. LATE AGAIN

tapi tak cukup dengan tu bila aku kena study balik untuk prepare test history  malam. dan aku malas. seriously. aku perlu tidur. dan aku balik bilik untuk tidur. dan again. aku terlambat untuk pergi test. Haru biru hidup aku dan aku rasa sangat lah teruk. IM WRECK! nasibbaik aku ada kawan yang volunteer nak tolong aku dalam test dan setiap soalan dia bagi jawapan. kau lah kawan aku dunia akhirat. LOL.










4. PAK GUARD. pffft

after test. jam 10 malam. aku ikut kawan aku keluar. Sedangkan sebagai siswi tak boleh keluar selepas jam 9. defuq. malam masih muda. dan aku balik jam 10.30. sekejap jer kan? lebih sakit hati bila Polis Bantuan tahan aku balik lambat dan aku sangat tak puas hati dengan pak gad tu okay. aku tak sempat tengok name tag dia kalau tak aku dah lama kreditkan dia dalam blog aku. aku bertekak sikit, i cant speak properly sebab aku tau aku betul. Okay sangat degil. dan bukan aku tak faham tugas dia. aku keluar bukan untuk menjalang. ambik laptop dengan kawan aku jer pun alahai. dengan kemahiran bercakap yang aku ada, dan aku akan tegakkan hak aku sebagai students yang tak bersalah. dan aku tau aku mesti akan menang. LOL. dan pak guard lepaskan aku sambil diperhati beberapa pelajar perempuan lain yang balik lambat yang sedang menulis nama dalam buku kesalahan. 



5. WTF -____-


Sampai bilik dan aku tak sabar untuk sambung siapkan kerja aku. *bukak laptop*
"your battery is low" appeared on screen.

*cari charger* ...
...
...
...
*tak jumpa* 
*cari charger lagi*
*tak jumpa* 
*gelisah*
*cari lagi sekali dan aku give up. okay tak ada.* 

nak kata aku ni perempuan paling bebal pun tak boleh jugak. dah amik laptop tapi tak amik charger. then nak labelkan aku ni apa? apa yang sesuai? huh, Shit. aku nak buat kerja kot. kenapa hari ni macam sial sangat? okay. aku nak pinjam siapa? budak bilik sebelah pun aku tak kenal. ini kan pulak budak bilik dua tiga belah.


habis satu blok asrama aku ketuk pintu buat muka tak malu 


"ada charger laptop dell tak? nak pinjam boleh ?" sambil buat muka comel dengan harapan ada yang simpati. dari pukul 11 malam aku cari charger laptop dan jam 12.30 malam akhirnya ada jugak nak bagi pinjam. and she said "saya nak buat kerja, nanti lepas saya buat kerja saya bagi pinjam" damnn. baik nya perempuan ni. aku rasa nak cium dia. serius aku glad gila dia nak bagi pinjam. ugh. Thank God.






dan perasan tak yang aku tak cakap langsung pasal makan sebab lepas masalah aku dah setel. aku baru ada selera nak makan. tapi bilik aku tak ada makanan. cuma ada. coke dan coke. maggi? ciss. bukan cara aku nak layan benda alah ni, aku tak suka makan maggi.  tapi terpaksa. sangatlah tak berkhasiat. sebab lapar sangat entah kenapa aku rasa ni lah maggi paling sedap pernah aku masak. dan dua tin coke aku habiskan dalam satu masa. yes i got my energy back. 









tapi silap. aku dah buang masa aku dengan update blog. sekarang dah pukul 4 pagi. kerja aku tak gerak langsung malam ni. syaitan betul.  -__________- 








6 comments:

D-SIM said...

okay, baca pun boleh tahu bertapa serabutnya situasinya -.-

bersusah susah dahulu,
bersenang senang kemudian ~~~~

Anonymous said...

sape kata x de orang ikut blog nie :D

natashanazan.blogspot.com said...

tak tau. aku jer yang rasa macam tu.

natashanazan.blogspot.com said...

kan, berserabut. tapi kita kena enjoy in every single things yang jadi dalam life kita.

Tuan Tanah Adib said...

best la baca blog ni..hehe..:) kesian kesian..your life gini.hehe..be strong!

natashanazan.blogspot.com said...

kesian kan life macam ni. busy yang amat...