Tuesday, January 5, 2016

Enam bulan sekali

Bismillah,


Assalamualaikum everyone!



Hmm macam biasa aku kalau bab nak mulakan cerita aku awal awal memang failed. kalau dah sampai tengah tengah kau nak baca pun naik menyampah. sadis jer hidup aku. jadi selama 5 bulan berpijak di bumi nyata tanpa menjengah alam maya dapat jugak aku peruntukkan masa untuk satu cerita yang menarik. Tapi kalau bagi korang cerita ni tak menarik jugak itu korang punya pasal. takder hal pun bagi aku. yang penting makan aku tidur aku boifren aku takder siapa kacau. EH. lulz. 




tak sangka dah hampir setahun aku tinggal dekat oz tak balik balik. dan semua orang tanya. "Taca bila nak balik" hmm, kalau aku boleh angkut mama Suria dengan abah Nazan datang sini aku rasa aku tak balik dah. One way ticket and never going back. 





sakgi ada lah tu yang bash "Ish lupa diri lah taca ni"


well it's been a while! yes. lama sangat aku tak kemas blog dan aku syak semua pun tahu kenapa. macam biasa Taca bizi. lewlz. hmm. And i bet my writing skill pun dah semakin membosankan. So I'll just skip to what ive been doing since last time aku updated entry aku. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------


BTW, selamat Hari Raya chuollzz.




SELAMAT HARI RAYA TACHA?? WHATTA HECK. LAMBAT GILA WISH. 



Gaizz. better late than never kayy. 



sia sia jer kalau aku cerita suasana berpuasa di perantauan tapi tak cerita tentang Hari Raya. Bila cakap pasal raya dekat perantauan jer otak korang mesti terfikir takder ketupat rendang satay. Bagi membersihkan fikiran fikiran korang yang fikir raya aku tak best dekat sini jadi aku cerita sikit sikit raya aku macam mana walau hakikatnya memang tak dinafikan raya dekat malaysia jauh lagi best. 




Cam biasa setiap kali hari raya antara attachment yang dinanti nanti dalam email ialah email dari Imam Victoria.  Dan malam takbir adalah malam yang selama ni dekat Malaysia aku langsung tak kesah dan tak pernah merasa the sweetness of the last night. But here, in Melbourne banyak perkara yang selama ni aku mula belajar untuk ambil berat. Jadi untuk takbir raya we decided untuk sambut malam raya di Westoll Mosque. Kalau korang rajin please go to the last entry dekat situ aku ada lah cerita sikit sikit pasal Westall Mosque ni. tapi sebab aku tahu korang tak rajin jadi aku kasi link. 





Sejujurnya, Westoll Mosque ialah masjid favorite aku dekat Victoria. Disebabkan dekat victoria buat masa ini masih belum ada masjid dari government Malaysia jadi untuk mencari sesuatu yang similar to our country masjid yang didirikan oleh kerajaan Indonesia adalah yang paling taste lah bagi aku compares to another masjid yang pernah aku pergi sepanjang aku berada di Victoria.


Right after Azan Maghrib, semua orang beratur dengan penuh sabar untuk berbuka puasa yang terakhir bagi tahun ini. 

 Kambing bro kambing. Sebab tu aku suka gila masjid ni selalu tau serves makanan mewah. bagi aku yang marhaen dekat sini, ini dah cukup mewah tahu. 

Bila aku tengok gambar budak budak ni, aku teringat satu conversation yang jadi antara aku dengan Safiyyah waktu kitorang beriktikaf di masjid Indonesia ni. During that time aku tidur dengan housemate aku dan juga seorang indonesian ni which I don't remember her name. 

Safiyyah : Eh budak. Tolong ambil Al-Quran dekat belakang tu

Tasha : Nah.

tetiba ada sorang makcik indo ni interrupted our convo. 

Mbak XYZ : Kalau di Indonesia, budak itu Slave. So we dont call small children 'Budak'. We will call them as 'Anak anak' 

Ciss no wonder lah kalau dalam sinetron diorang mesti panggil budak kecik Anak anak. Lembut jer bahasa dia. hmm.Dekat masjid Westoll ni setiap malam takbir diorang akan buat macam macam activities untuk semua peringkat umur. 


1. Pertandingan Takbir

 Pertandingan Takbir ni budak budak lelaki jer yang boleh join. Jadi semua anak anak lelaki akan dikumpul dan dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan akan diberi masa untuk menghafal + praktis takbir raya. Dan bila dah cukup masa setiap kumpulan akan mengalunkan takbir raya. Kumpulan yang dapat mengalunkan takbir paling lama dan betul akan dikira sebagai pemenang. OH MY. I really adore how Indonesian people raised their children inWestern :') 

2. Deko 

  Buat ibu ibu dan anak anak perempuan, tugas diorang ialah buat decoration untuk raya. diorang tak tahu ker ada interior designer kat belakang tengah ambil gambar diorang ni. 

Style tulis tulis huruf atas pinggan kertas lepas tu tampal dari zaman aku tadika lagi tau. Tapi takper lah walaupun dekat mata aku macam sakit dengan decoration macam ni tapi okay lah yang penting ada dari tak ada. 

3. Pukulan Gendang sebelum Takbir 

Mula mula aku rasa macam syirik sangat main gendang dalam mezjid sambut raya
siap ada budak menari nari dalam masjid. Tapi itulah culture. 
 meriah gila weyh diorang sambut raya. Serius cool.


benci tau aku mintak belon diorang tak kasi. Dan dan jer kata habis. 
Balik dari Westoll Mosque kitorang berkumpul dekat rumah malaysian ni untuk buat kuih raya. Tapi tak mampu ah nak buat kuih raya warna warni macam dekat malaysia tu kitorang punya kuih raya biasa biasa jewwwr. 



Baru ingat malam tu nak main bunga api sebab kitorang dah beli bunga api dekat Asian Store. Tapi sebab kuih ni lambat sangat siap semua orang ngantuk sampai harini tak sentuh bunga api. hmm. Takper. tunggu raya tahun depan. 


Pagi sebelum sembahyang raya, ini
 perkara paling wajib untuk kitorang berlima yang tak balik raya. 


Jadi di Clayton, sembahyang Raya was held in Monash Sport Centre jer. Sebab tak ada masjid terdekat yang besar untuk memuatkan semua Muslims sembahyang raya. Jadi untuk warga malaysia yang diberi kemudahan oleh Allah untuk ada masjid dan surau dekat setiap kawasan bersyukur lah. Kitorang solat dekat dewan badminton jer tahu. 


Kak Aida is one of sisters yang banyak tolong aku dari mula mula aku sampai melbourne, dia lah yang tunggu aku sampai 3 4 pagi bagi tempat tinggal dan ajak aku tinggal serumah dengan dia dan ajar aku macam macam perkara yang aku baru tentang Islam. Jadi aku rasa tak salah kalau aku nak buat sedikit appreciation post untuk sister yang sangat menjaga aku dekat sini. Dan pernah aku tanya dia ;

"Kenapa Kak Aida sangat ambil berat pasal tasha yer?"

"Sebab abang awak pernah pesan dekat saya suruh jaga awak elok elok"

Okay sayang jugak abang aku dekat aku rupanya :') 


Selepas solat raya di Monash University, kitorang terus shoot ke Embassy Malaysia untuk sambut raya dengan semua students Malaysia dekat Melbourne. Tapi jumpa orang Malaysia ramai mana sekalipun tetap tak sama feeling dia beraya dengan family kau sendiri :') 




Apa apa pun Selamat Hari Raya dari Taca dan kenkawan OZ hargailah family korang yang ada dengan korang sekarang serius perasaan dia sedih lagi teruk dari kena tinggal dengan boyfriend. Sebab kalau boifren lari kita boleh cari lain tapi mak bapak tak sama kalau nak cari lain. Masa ni lah sibuk rasa nak cium tangan diorang. Hmm untuk raya tahun depan belum tentu aku raya dekat mana. Tapi apa apa pun yang penting semoga kita mendapat keberkatan dari setiap hari yang kita lalu. Insyallah. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------

2nd RAYA DI SYDNEY


Antara salah satu cabaran housemates aku ialah untuk memastikan aku tak balik malaysia waktu raya. Jadi diorang bersumpah janji setia untuk menjadikan raya aku bermakna katanya. Dan tanpa pengetahuan aku diorang beli cepat cepat ticket flite ke Sydney untuk ugut supaya aku tak balik Malaysia. Pandai jer. Jadi raya ke dua kitorang sambut di Sydney. Cuma untuk aku cerita secara terperinci serius aku malas. Jadi aku tulis secara ringkas jer. 


tak hipster lah tak ada gambar sayap kapal terbang kan. cuma apa yang aku nak highlight kan ialah the sunrise itself. Betapa keindahan awan dan matahari sahaja tak mampu untuk kita fikirkan. Tak jauh pun MELB - SYD. Macam balik kelantan. One hour flight duration jer.   

Location : Darlington

So we arrived at Abie's House! well actually ni bukan rumah Abie. Rumah Abie yang belah kanan tu. ni rumah jiran dia. aku tumpang ambil gambar jer sebab facade dia lawa. hiks. hiks. hiks. 



Apa yang best kalau kitorang nak travel, accom dah sah sah free since kawan kawan melayu dekat OZ bersepah dan KEBIASAANNYA... kalau diorang tahu kita nak pergi tempat state diorang mesti diorang akan offer untuk stay rumah diorang. aku tak tahu lah sejauhmana benda ni betul ker tak tapi berdasarkan pengalaman aku macam tu lah. Tapi jangan pulak ambil kesempatan mentang mentang orang tu dah offer tempat tinggal kita sebagai penumpang pun kena lah sentiasa peka dengan keadaan tuan rumah. Dan sebagai tuan rumah, layan lah tetamu anda dengan ikhlas. 

Contoh tuan rumah terbaik macam kak abie ni. kitorang sampai sampai jer dari luar lagi dah bau nasi guring sutung dia. cam tahu jer kitorang tak breakfast lagi kan. wkwkwkwkwkw :3 



tacha tak sah kan kalau tak gelak cam rempit. hmm. 



After we had our breakfast, memang tempat pertama yang Abie suggested dia suruh kitorang pergi university dia : University of Sydney. Sebab dia kata Uni dia cantik. kedua sebab itu jer lah kot yang paling dekat dengan rumah dia. So kitorang pun nak tengok lah jugak cantik sangat ker uni dia tu. 


Betul lah Abie tak tipu. Memang Uni dia cantik gila. rasa bodoh sikit tulis macam ni macam orang tak buat research. UniSYD ni sebenarnya dibina pada tahun 1850 dan merupakan University tertua di Australia dan yang paling berprestij. Hmm patut lah aku terasa genius bila ambil gambar dekat sini. Dan UniSYD juga merupakan University ke 27 yang terkenal di dunia. Kalau ada yang first time dengar pasal Uni ni, mungkin boleh salahkan diri sendiri yang tak ambil tahu. Dan berdasarkan Statement Abie bahawa uni dia cantik, memang betul lah bila Uni SYD dinobatkan antara 10 University yang terindah di dunia. Abie tak tipu. tacha pun tak tipu.  

By the way untuk pengetahuan korang, kalau yang nak tahu sila baca kalau yang tak nak tahu pun kena tahu yang dekat Austalia ni ada Group of Eight (GO8) 

Jadi apa itu GO8? 

bagi yang malas nak research atau google GO8 tu apa, aku faham jer korang malas jadi aku boleh tolong explain. okay tacha pun baru tahu tentang GO8 masa mula mula nak apply uni dekat Australia. Jadi GO8 ni sebenarnya adalah gabungan 8 Universities di Australia yang berintensifkan kerja kerja penyelidikan atau dalam bahasa mudah faham 'research intensive University' LOL. actually aku translatekan jer. Jadi kebiasaannya University yang termasuk dalam TOP Eight ni adalah university yang terBESAR dan terTUA di Australia. Faham ker? kalau tak faham boleh baca lagi sekali lagi. 

Antara Top Eight Uni di Australia ialah : 
  1. Australian National University, Canberra.
  2. Monash University, Melbourne.
  3. University of Adelaide, Adelaide.
  4. University of Melbourne, Melbourne.
  5. University of New South Wales, Sydney.
  6. University of Queensland, Brisbane.
  7. University of Sydney, Sydney.
  8. University of Western Australia, Perth. 

Tak jauh dari UniSYD, kitorang tembus Victoria Park straightly to City atau lebih specific diorang panggil tempat ni Broadway. Seingat aku lah. Andai kata ada student SYDNEY tengah baca part ni, (bajet jer macam ada orang baca blog dia. Puii ) kalau ada info salah sila maklumkan yer. Terima kasih.


Sebab aku malas nak hadap blog ni, jadi aku pendek kan cerita terus ke waktu malam where we went to Darling Harbour sebab apa yang Abie bagitahu malam malam ada fireworks. Tapi korang kena research dulu sebab bukan setiap malam dia nak entertained makhluk dengan bunga api. 

Sejam sebelum show aku dah booked tempat aku yang paling strategik to captured this moment. Jujur aku memang obses dan batak dengan fireworks. Cuma dari dulu impian aku nak tengok fireworks masa new year dengan someone 'special' tak dapat dapat sampai sekarang. 



tak ada impian lain yang lagi bernas ker?. hmm. duniawi.



bukan apa pernah satu post tahun 2014 aku tulis tentang obsesnya aku dengan fireworks. looser kan tak pernah sambut new year dekat luar sebab aku ni anak yang baik dan inesen abah Nazan kata. lulz. 


Tapi fireworks dekat Dubai paling aku teringin nak tengok. cemburu aku bila abang aku sent gambar new year dari dubai. 



Aku suggested bila korang ada dekat sini. drop your phone down. sit and witness the beauty. Seriously kalau korang asik tangkap gambar setiap inci bunga api yang keluar, korang akan lost the precious moment sebab sibuk dengan phone. 

Selain batak dengan fireworks, aku jugak terasa batak dengan train dekat Sydney. TRAIN DIA DUA TINGKAT WEYH. dah lah dua tingkat lepas tu cantik pulak tu. okay nampak kampung sangat bila aku eksaited nak cerita yang train dia dua tingkat. bukan apa, train dekat Melbourne buruk. Dan dah nama pun first timer naik train dua tingkat, mesti lah aku pilih untuk duduk dekat tingkat atas yer dak. :3 jangan nak cakap aku ni batak sebab aku syak kalau korang naik train dekat sydney for the first time pun akan batak jugak macam aku. :') 


3rd RAYA DI SYDNEY

Location : Sydney Harbour National Park 

cantik kan. Tak tahu benda apa yang bermain dekat fikiran masing masing bila nampak sesuatu yang indah macam ni terasa besarnya kuasa Dia dan betapa luasnya nikmat dari Dia. 

 So this is how we started our raya morning. Semata mata untuk tengok view yang cantik from top of the hill.  

 Tak susah pun untuk naik ke puncak sebab dia dah provide laluan pejalan kaki yang sangat selesa jadi kalau korang nak daki dengan heels 7 inci nak buat runway dari bawah sampai atas pun tak der masalah cuma paling ekstrem pun orang akan ingat kau gila jer. Jalan dia okay dan tak curam. Kalau budak kecik belakang tu pun mampu takkan kau tak mampu kan kan kan :) 

 masalah jadi seorang tacha yang suka gila ambil gambar orang kau akan sedar dalam blog aku tak ada gambar aku pun. jadi, jangan cakap akak tak payung. ploles. hiks hiks hiks. menyampah jer baca en.   

 Alhamdulillah Finally we are at the top of the,,,emm tak tahu nak kata mountain ker hill? inglis aku bukan hebat sangat pun. tapi apa apa pun the journey sangat lah berbaloi bila kau dah sampai puncak ini lah yang aku nak cakap view yang cantik tu. kau boleh nampak satu Sydney. Bila aku cakap nampak satu Sydney korang jangan lah bengap sangat sampai semua benda kau expect nampak dari sini. tapi boleh lah. nampak lah jugak sikit sikit Sydney Opera House, city tower. dan Harbour Bridge.  

 Dekat puncak hujung tu lah kitorang daki tadi dan lepas tu turun balik dan sebab tu lah wujudnya gambar ni. aku pun tak faham apa masalah kaki silang aku. cam apa jer. malas cakap. 

Location : Robertson Park

 National Park ni memang located betul betul dekat tepi laut. dan seberang national park ni ada park. Dari Robertson Park ada stop yang makhluk semua boleh ambil ferry sebagai transport utama selain bus untuk ke seberang cuma korang kena tahu stop mana korang nak pergi.

Location : Watson Bay

kali terakhir aku rasa aku naik ferry masa aku darjah dua. itu pun sebab ikut abah Nazan pergi Penang. Tapi bukan tu yang aku nak cerita, aku nak cerita tentang perkhidmatan Ferry dekat Sydney memang meluas. Bermula dari terminal utama iaitu dari terminal Circular Quay yang terletak dekat area Darling Harbour sehinggalah ke pelbagai lokasi termasuk lah kawasan pinggir bandar seperti Balmain, Kirribilli, Neutral Bay, Mosman dan Rose Bay. Kalau korang rasa pening pasal nama tempat yang macam macam, takper koranga anggap jer macam aku tak pernah sebut nama nama semua tempat ni. 


Sampai dekat Sydney jangan lupa provide kan diri korang dengan kad Opal untuk travel dengan public transport. Jadi dengan Opal Card korang topup lah berapa banyak yang korang suka untuk travel dengan bus / ferry / train. Sistem sama macam touch n go dekat Malaysia. Kalau dekat Melbourne, nama kad dia MyKi. So jangan confuse. Sydney = Opal. Melbourne = MyKi. state lain aku tak pasti macam mana sebab belum sampai lagi. 



Tips : Kalau korang rasa nak tawaf laut sydney naik ferry dua tiga kali pergi lah hari Ahad sebab hari Ahad fees transport full day 5$ only. sebab tak silap aku hari lain fees 15$. 




dia comolot plakkkk. aku yang loner ni rasa lagi loner 
bila nampak orang suwit suwit camni. tapi bukan tu aku nak tunjuk. 
aku nak tunjuk Sydney Opera House jer. Cuma tak tahu kenapa setiap kali nampak opera house mesti aku teringat Mama Suria. Dia suka sangat dengan Australia. 
Sebok suruh aku pergi Sydney. Best dia kata tapi bagi aku biasa jer. hmm. 


Selfie game on fleek! mak mak ni tinggal anak dia nasib baik ada hasben penyayang. 

Jarang aku ambil gambar nak baring kat bahu orang ni. when i did, u know ure special. atototo. okaybaii. 

Eksaited bila lalu bawah harbour bridge. masa ni aku tetiba teringat Rita Rudaini dengan  Adi Putra. Sebab cerita Sehangat Asmara yang diorang berlakon dekat Sydney petang petang study sama bawah pokok depan harbour bridge tu jugak buat aku terpengaruh untuk apply uni dekat Australia. 

Benci tau aku ambil gambar orang elok jer bila turn orang ambil gambar aku macam apa jer. habis semua double chin eyebags semua nampak. Tapi nak jugak sebab memang dah lama aim nak ambil gambar bawah jambatan ni. heww heww. 

Bila kitorang dah sampai di terminal Circular Quay, kitorang pun pusing city dan masuk shopping Mall hmm macam biasa feremfuan. 


Location : Queen Victoria Building

The Queen Victoria Building (atau QVB), adalah sebuah bangunan abad - 19 Direka oleh arkitek George McRae. Bangunan ni terletak di kawasan pusat perniagaan di Sydney. Jadi tempat dia sebenarnya agak mudah untuk dicari jadi korang jangan risau. Dan bangunan Romanesque Revival ini telah dibina pada tahun 1893. Apa yang aku tahu, bangunan ni direka sebagai tujuan pasaran perniagaan pada zaman dahulu dan sampai sekarang fungsi bangaunan ini masih dikekalkan cuma apa yang tak kekal ialah interior bangunan ni yang mengalamai beberapa refurbishment selepas berlakunya kerosakan atas sebab apa aku pun tak tahu. 


Mesti korang rasa osem kan sebab aku macam tahu semua benda pasal bangunan ni siap nama arkitek pun aku taruk. tu nama nya aku kopipes dari sumber yang dipercayai. sebab tu nampak macam osem dan geliga. lulz. 




 susah nak tengok interior dinding merah dengan combination color yang cantik dan tak sarat. 

 tapi lagi susah nak tengok gambar tacha dalam blog dia sendiri. sebab takder siapa nak tolong ambil. ini pun sebab diorang kena paksa dengan aku.


 Tak ada option lain selain selfie jer yang mampu sebab semua malas kan nak ambil gambar. hmm. hmmmmm. hmmmmmmmmmmm.   


 antara ice cream yang korang kena try ialah ice cream Copenhagen. aku tak tahu kenapa aku reckon ice cream ni dekat korang sebab aku beli pun ada orang pesan macam ni dekat aku suruh try. hmm mudah sangat terpengaruh tacha ni. 

Location : The Rocks

The Rocks adalah salah satu kawasan yang sangat popular dengan pelancong. Dekat sini memang ada macam macam kedai cenderamata + kedai kraf + boutique restaurant yang penuh dengan sejarah tersendiri. Apa yang paling highlight dekat sini ialah The Rocks Market yang beroperasi setiap hujung minggu. so if u guys datang weekdays takder lah pasar minggu tu. 


gedik tau dia ni nak main suap suap tak faham aku. 

tapi aku lagi tak faham bila dia gantung anak dia macam ni. Orang ni macam macam perangai dia. aku syak mak dia ni dah malas tahap apa tah nak dukung baby dia. aku harap nanti hasben aku tak buat anak aku macam ni. hmm. 

tthe view of Sydney Opera House waktu senja. and dari sini memang clear nampak Opera House so what I did was I sent a snapchat of me with the background of Opera House to Kidd sajer nak showing off. and what he did was really cruel. 

dasar mulut puaka. main kotor nampak. hmm. 



4th RAYA DI SYDNEY

Gemmowwninkk Sydney <3 


ekceli aku dah kehausan ayat tak tahu nak kata apa pasal gambar ni. 


Location : Circular Quay

Dekat sekeliling Circular Quay ni sahaja dah ada macam macam tourist attraction yang korang boleh singgah dan salah satu nya ialah Museum. I am museum person and aku memang sangat suka untuk habiskan masa aku dalam museum alone and read everythings on the wall. 

Location : Museum of Contemporary Art, Australia

Aku memang tak sempat pusing lama dalam museum ni since ada janji dengan kawan aku untuk jumpa dekat Opera House so just went through the museum super roughly but overall aku rasa exhibition pada waktu tu was very interesting since it involves art & science together. Somehow aku lupa siapa designer dia, hmm. 



every paint on the wall ada engagement and interaction value with visitors. jadi setiap sentuhan pada paint akan menghasilkan sound. 

gambar bae dari belakang. 

gambar bae dari tepi.



orang rambut panjang memang buat aku turn on. hmm. 



So and again we went to The Rocks sekali lagi. Kalini kitorang datang bawa Kak Aida since dia tak join kitorang the day before sebab tak sihat. Pity her. Winter didnt treat her well tho. 


Most of the buildings dekat The Rocks ni memang showing off the originality of the material which make it looks very sexy. haaa kan aku dah keluar bahasa bahasa designer.  

Okay so here we are at Sydney Opera House. I still remember when Mama Suria told me once. No. Not once. MANY TIMES how she really wants me to study in Australia without telling me the strong reason why. She just mentioned that she loves Australia very much that made her went to Australia for so many times. And when i told her that im going to celebrate raya in Sydney she was very excited. I can clearly hear her excitement. How could i not to smile hearing her thrilled voice and yeah, i wish she was here.



okay lets not be kid. Im a big girl and should be - hmm self-sufficient? LOL. So here, nak belanja sikit gambar Sydney Opera House. Honestly the material drown me into the Japanese sense. and IDKWHYYY. Well actually i do know why. cuma aku malas nak taip.







after that, kitorang target untuk tengok sunset. so we've decided untuk turun ke south east of Sydney. 

Location : La Perouse

 La Perouse. Perancis sangat nama dia. Tapi based on apa yang aku baca memang founder dia ialah orang Perancis pun aku tak ingat apa nama penuh dia tapi memang La Perouse ni nama french navigator yang mendarat di botany bay ni pada tahun 1700++. Dan kalau korang nampak menara batu bulat yang tengah tengah tu, okay itu merupakan bangunan pertama yang di bina di kawasan La Perouse. 

Masa mula2 aku sampai aku fikir ni sisa sisa baki istana zaman dulu. lepas tu kawan aku yang lebih kurang sama bijak dengan aku confident cakap ni menara api. tapi ternyata kitorang sama sama silap. cerita dia memang ini jer bangunan single yang dibina pada tahun 1800++ dan bangunan ini dibina untuk seorang pengawal kalau dalam bahasa pasar pakgad (pakcik guard) dimana dia menjaga kawasan La Perouse ni untuk mencegah apa apa sahaja jenis penyeludupan. 

Kawasan La Perouse ni jugak terkenal dengan salah satu kawasan untuk activity scuba diving. tapi aku tak nampak sorang pun diving kat sini. yang aku nampak ada 3-4 couples buat photoshoot pre-wedding. Tapi memang view sini cantik kalau korang yang suka fenfeeling ala ala model nak gambar effect angin tiup tiup, tempat ni the best. okay abaikan muka aku yang letih the point is the sea-nery <3

memang kitorang bajet masa untuk tengok sunset dekat sini. after the sunset, we went home. and thats how it ends :)


5th RAYA DI SYDNEY

dah 5 hari dekat sydney baru tahu Sydney ada tram. selama ni aku naik bus jer weyh pergi mana mana. hmm.  

so ini lah tempat yang kitorang target dari sebelum sampai Sydney. Walaupun ada orang kata tempat ni tak best. tapi kalau aku, jenis tak suka sangat nak dengar cakap orang sebelum aku betul betul experience sendiri. 

Location : Sydney Fish Market

Jadi Sydney Fish Market ni ada orangc akap makan seafood sini best. Sebab dekat tempat ni ada macam macam aktivity yang berlaku dari pada tempat nelayan berlabuh, tempat borong ikan dan makanan laut, tempat makanan sushi, kedai roti, kedai buah buahan dan sayur sampai lah ke sekolah memasak makanan laut. Hmm betapa sibuknya tempat ni. 

hmm. memang betul betul sibuk. dan sesak dekat dalam ni. dan kebanyakan orang yang datang semuanya datang untuk makan seafood. 

kau tengok makcik ni. taknak banyak pulak dia makan. 
aku ambil gambar pun dia tak perasan.  dapp anggatt lettewww. 


uish. geli betul taip macam tu. 



SUSHEEEEEYYHHHHHHHHHH!!!!

dan ada siapa siapa yang tak makan sushi ker? 
bagi aku secara peribadi, lifeless nya siapa yang tak makan sushi. hmm.

Actually minat aku terhadap sushi bermula sejak aku duduk dekat oz. dulu dekat malaysia aku kutuk kaw kaw orang yang makan sushi. contoh : 

"eww. kau makan sushi? dah lah mentah. Kau tak rasa nak muntah ker?"

sebab tu orang tua kata jangan benci sangat lama lama sayang. hmm sekarang ni punya lah obses akud engan sushi tengok gambar ni pun buat aku rasa nak jilat screen. I am so gonna eat this forever. 


serius sushi paling sedap pernah aku makan buat masa ni ialah sushi dekat fish market ni. dah lah besar. haiwan dia taknak penuh meleleh leleh. For those yang akan datang, memang korang kena try. besar dan murah. only 3.50$ sebiji. 

cerita sushi dah overshadowed makanan laut yang sepatutnya aku highlightkan. okay dekat sini memang paling wajib untuk korang cuba. too many options buat aku rasa sedih untuk cuba pilih yang terbaik. kenapa hidup ni susah sangat. :(


Dalam susah susah nak buat pilihan, aku rasa banyak jugak kitorang kebas. dasar perut buaya. dan dasar marhaen kitorang kongsi ni 4 orang. imagine, 

Seafood Platter for two = 40$ - Kitorang share 4 orang. kan dah jimat kat situ. Ingat lah Rasulullah cakap makanan dua orang cukup untuk tiga orang. dan makanan untuk 3 orang sebenarnya cukup untuk 4 orang. jadi jangan lah membazir. kalau korang nampak ada couple tu share share makanan jangan lah cepat nak mengutuk, mungkin dia cuba mengikut sunnah. 


Dekat sini korang pilih nak makan dekat dalam atau makan dekat luar dan seharusnya kita mestilah pilih nak makan dekat luar dengan view port yang cantik. cuma rules jangan bagi burung tu makan. taksalah nak buat baik sesama makhluk. cuma, sekali korang bagi makan habis satu kampung dia panggil. dah lah panggil satu kampung lepas tu main rembat banyak kali tak mintak izin. macam orang melayu lah dah bagi betis nak peha. eh. kbai.  

Okay lepas makan boleh singgah sini tempat pelabuhan diorang
untuk korang selfie selfie. lulz. 

Location : Chinese Garden of Friendship

Okay tempat ni tak ada dalam plan tapi masa first day aku sampai Sydney, aku terus check foursquare dan semak tempat tempat menarik yang ada sekeliling aku dan foursquare suggested kan tempat ni. walaupun cerita ni tak penting untuk korang tahu, tapi aku tetap nak cerita jugak. 

Mana mana tempat aku pergi mesti aku akan terfikir kenapa dia letak nama tu? apa kaitan? dan sama jugak dengan tempat ni.

 Kenapa nama dia panjang sangat?

 Kenapa mesti ada Friendship? tak boleh ker kalau Chinese Garden jer? 

Okay cerita dia sebab taman ini merupakan simbolik persahabatan yang indah antara Sydney - Guangzhou. sebab tu lah ada nama friendship. aku mati mati lah ingat ada bestfriend siapa siapa dari china buat taman ni lepas tu mati sama sama dekat sini. nama nak gempak jer kan. 


btw, masuk kena bayar. Adult - 6$. tapi concession price boleh dapat 3$. murah :') 


Tapi lagi nak menangis bila dapat tahu kita boleh feeling feeling jadi maharaja maharani china dengan menyewa baju tradisional diorang dengan harga 10$ jer weyhhh T_T pakai lah selama mana korang nak. 10$ jugak. 


Korang boleh pilih sendiri korang nak pakai baju colour apa. dan setiap baju tak silap aku ada lah maksud maksud tersendiri. 

hmm bukan setakat payung jer aku mampu siap kipas lagi. 
tapi aku tak pasti warna merah symbolized level apa sebab yang aku kesah warna merah ialah warna favourite aku. dengan baju ni boleh lah korang nak fenfeeling photoshoot jadi gundik ker apa ker. asalkan tak jatuh kolam.  

poligami tu tak indah. *tolak farihan dalam kolam*

Gambar family portrait paling epic yang pernah aku ada bersama sugar daddy dan bini pertama kedua dan aku paling muda. yang budak tepi tu muka dia apahal? ingat senang ke nak kena peluk dengan aku? 

Chinese garden ni kecik jer tapi kitorang spent masa 3-4 jam dekat tempat ni sebab sibuk nak ambil gambar dekat semua tempat. eh mesti lah kau dah bayar baju 10$ takkan kau nak pakai sekejap jer kot. takkan kau tak nak feeling lama lama aah acah kau yang paling berkuasa dekat situ. 


korang mesti tak tahu kan yang tempat ni pernah jadi tempat penggambaran Power Rangers The Movie :) suka hati korang lah nak percaya atau tak. tacha mana pernah menipu.dan sememangnya landscape diorang memang cantik. kalau boleh dekat setiap pokok kau nak berenti ambil gambar.

Landscape dekat chinese garden ni memang designed and built by Chinese Landscape Architect dan juga tukang kebun dari China. Landscape ini di design dan dibina mengikut unsur Yin Yang diamana elemen elemen seperti bumi, tanah, api , logam dan kayu yang digabungkan bagi membentuk persekitaran yang seimbang. 

Sengaja aku nak highlight bunga atas kepala farihan yang kuning dan besar ni. 

hitam dah tunggu bae tak sampai sampai. hmm. merajukzzz. 


okayy dah tiba masa untuk gundik gundik balik bilik. 


serius lah kalau korang semua baca review dekat foursquare memang semua orang akan bagi respond yang positive tentang tempat ni. sampai aku pun tak tahu nak tulis apa dah cuma mampu kongsi gambar jer untuk korang ada gambaran macam mana tempat ni.


balik jer dari chinese garden kawan aku belanja cream puff. punya lama aku tunggu dia tak balik balik dan bila aku pergi kedai cream puff tu. Pehhh. Massive line! aku syak sini memang puffs to die for T_T and yeah. gaizz, u just need to come here with a dollar or two, wait 10 minutes and put some creamy puff balls in your mouth. Seriously u wont regret it. 


jadi macam tu jer lah raya aku dekat Australia. Tak merasa raya sangat dan terpaksa travel untuk lupakan sekejap rasa sedih. tapi rasa sedih tak hilang bila seminggu selepas aku balik dari Sydney, new semester started.



CLASS STARTED

sedih jer kan balik dari Sydney dah kena datang studio untuk pilih studio dan lecturer mana yang aku berminat. Jadi ada 5 pilihan studio. dan aku memang konfius nak pilih studio mana satu jadi aku pilih studio Submersion + Subversion sebab masa aku pergi balloting process, tutor cakap kalau pilih studio ni setiap minggu akan pergi pantai. Nak cerita bengapnya aku pilih kelas ni sebab dengan perkataan 'Beach' jer. dan nak cerita pandainya tutor ni bercakap sampai buat hati aku terpaut. lepas tu padan muka menanggung azab pilih studio ni.  



ramai yang tanya, 

"tasha benda apa kau belajar ni?"

"tasha asal instagram kau penuh dengan benda merepek?" 

"tasha kau belajar interior design ker belajar apa?"



hmm actually dalam hidup aku sendiri, aku memang suka buat sesuatu yang baru. sebab aku tahu hidup tak lama jadi apa kata aku ambil sepenuhnya masa untuk aku belajar sesuatu yang berbeza dan cabar kemampuan aku. dan pada awal memang aku tahu, senior dah pesan studio yang akan aku masuk ni susah dan akan banyak gila kerja. tapi memang dari awal aku dah cuba untuk set niat yang aku datang sini untuk ambil ilmu sebanyak yang mungkin. 



malas aku nak cerita lebih tapi okay lah. bagi menjawab soalan memang aku masih lagi belajar Interior Architecture. Cuma dekat Monash, penekanan tentang design sangat berbeza dengan apa yang aku belajar dekat Malaysia. Sekarang aku pilih untuk belajar tentang water environment. Jadi setiap projek aku adalah melibatkan hubung kait antara hidupan laut dan juga manusia. 


Projek yang aku buat lebih kepada abstrak dan jujur memang pecah kepala bila pensyarah expect sesuatu yang gila dan di luar jangkaan dari pelajar pelajar. Tapi aku rasa itu yang membuat aku belajar tentang real design. dan kalau aku explain panjang panjang pun aku rasa mesti ada yang tak faham jugak kot. jadi kita abaikan jer lah soalan soalan tu.  


Projek aku banyak melibatkan experiment dengan real environment jadi setiap minggu kitorang akan develop diff model dan test macam mana dia berfungsi di environment sebenar mengikut keadaan laut pada masa tu. complicated kan? aku nak explain pun tak tahu apa cara paling mudah untuk orang faham. 

Tak cukup dengan buat model each of us kena pilih satu non-human 'client' untuk kitorang study tentang 'client' kitorang. aku pilih sponges as my client. Yang ketam mati ni sajer aku nak tunjuk sebab muka dia nampak garang. 


and we had to make our client's mock model dengan scale 2:1.
 by using air-dry clay. 




not only I had to get my hands dirty but yeah. bled. Gigih tau aku nak experiment model dengan different material. nak pakai paip konon. Masa ni memang aku carut dalam hati kalau Monash tak nak bagi aku A+ jugak tak tahu lah. 

dengan aku terpaksa korbankan diet aku yang sihat. bila setiap minggu akan ada presentation depan lecturer and students, serius aku rabak weyh. sebab tu aku tak mampu nak update blog sejak aku datang oz. 

aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk hadap semua model model yang berbeza setiap minggu dan hadap tutor aku yang cerewet dan selalu expect aku ni robot boleh bagi dia benda yang berbeza setiap minggu. weyhh. Tuhan jer Maha Tahu berapa kali aku hampir nak mengalah.


Dan kadang kadang Tuhan ilhamkan untuk aku berehat sementara dari kerja aku. Untuk saksikan ciptaan Dia suapaya aku mampu untuk gain semangat aku. Alhamdulillah bila Tuhan hantar aku dekat Australia sebab sini memang terlalu banyak tempat cantik yang masih belum di usik. 

with my fellow sisters. Masa ni kitorang pergi ker one of the national parks in Victoria : The Grampian. Dan kitorang naik ke puncak Mount William dan yup subhanallah aku tak pernah tengok view yang cantik dari temnpat yang tinggi macam ni. 

Dan selepas balik dari bercuti sementara, actually aku ada presentation yang sengaja tutor aku panggil orang lua untuk join sekaki. masa ni head department pun turun dan setiap student perlu stay dekat design masing masing dan perlu bersiap sedia untuk explain design masing masing bila ada visitors yang berminat untuk tahu tentang design kita. Weyh cuakkebebeyh dia tak payah cakap.  

mesti korang tak faham kan apa yang aku cuba buat. tapi tak per lah sekadar bagi gambaran ringkas tentang project abstrak aku. dan aku harap kepada yang ada rasa nak join in the field of Interior Architecture, aku harap sedikit sebanyak perkongsian ringkas aku membantu korang to picture in ur mind apa yang kitorang belajar dekat sini.  

Dalam sibuk sibuk aku sempat lagi Safiyyah gubah bunga untuk meja study aku. 
tapi ni gambar meja aku yang baru lepas kemas. 


kebiasaannya ni keadaan meja study aku. 

apa yang aku suka bila deal dengan student matsaleh sini diorang buat kerja sangat tekun dan serius. buat aku rasa malu dengan diri sendiri dan realized betapa main main nya aku dulu. 


the way they handle any group project sangat lah matang dan berdisiplin tak ada langsung issue kau tak buat kerja blah blah shit. dan tak ada langsung lah student yang jenis kaki kipas dan kalau ada pun lecturer sini tak bengap sangat lah untuk pilih kasih. semua dilayan sama. Bila kau memang betul betul dinilai atas kepakaran kau buat kerja bukannya siapa paling pandai kipas.


aku jumpa gambar sushi ni dalam phone aku rasa rugi sangat kalau aku tak upload dekat sini. hiks. tak lah cuma nak cerita memang ini jer yang mampu aku beli setiap kali aku sibuk. 



Mode final makin terasa bila projek kau dibawa kepada sesuatu yang lebih mendalam. hampir pecah kepala fikir pasal design. aku rasa masa aku dekat uitm dulu design ni tak lah susah macam aku dekat Monash. Sampai sini semua project experimental dan aku rasa sangat diuji bila lecturer expect sesuatu yang lebih dari kau. 

tapi macam yang aku cakap tadi aku sentiasa untuk cuba set niat, bukak hati dan terima apa apa pun keadaan yang jadi semua tu adalah untuk mengajar aku sesuatu. 

Draft submission : Few days before the final. 

sebab kitorang belajar tentang Water Environment dan sekarang tengah summer jadi kitorang berpakat untuk create suasana ala ala pantai ada floaties.


Bila studiomate aku semangat jadi model tutorial untuk floaties lepas tu nak tarik aku sekali. tak tahu ker yang aku ni pemalu?  






Salah satu system belajar yang aku suka tentang Monash ialah Monash University mengamalkan Interactive wasy of Learning. Jadi Instagram ialah tempat aku hantar esaimen setiap minggu dan dekat instagram lah tempat tutor aku akan promote students dia to public dan repost hasil kerja kitorang dan link kan students kepada local designers and to Archi Firm. 


 paling aku tak faham bila tutor aku letak nama aku paling last untuk final presentation. merungut aku satu hari bila dapat list presenters ni. sebab kalau boleh aku nak jadi antara orang terawal yang present. 


dan kawan aku mencelah, "Natasha, she keeps the best for the last" aku rasa takder maknanya nak save the best for the last yang aku nak ialah cepat cepat habis supaya aku tak payah lagi nak fikir tentang semua ni.  






kadang kadang jadi presenter terakhir ni best jugak bila kawan kawan kau semua akan fokus dan tunggu kau habis present. Dan Alhamdulillah my design presentation went so well that i received positive feedback from the panels. Walaupun muka aku nampak serius tapi hati berbunga. 


Tak sia sia jari aku luka :')  


*HAPPY 2016 EVERYONE!!!!*

Last but not least, Selamat Tahun Baru everyone. Rasa tak best sikit bila aku target untuk post entry ni pada 31st December 2015. tapi tak sempat siap. aku tangguh carry forward nak post masa 1st January 2015 lepas tu tak siap juga tak serius pun nak update UNTIL..




kan aku pernah cakap dulu, mama Suria jer pembaca setia aku dari 2009 :') 








2 comments:

zatibashir said...

Penat la stalk tasha!

Natasha Nazan said...

HOIIII. hahahahahahaha IB!!!!