Friday, March 8, 2013

Have you ever asked yourself, where is Allah in your heart.?

Bismillah..



dalam dunia apa yang aku boleh katakan. aku jumpa perlbagai jenis manusia. dari sudut pandangan. aku boleh kelaskan dua jenis manusia secara kasar. Yang Islam dan Yang bukan Islam. itu secara paling mudah faham. tapi kita boleh menilai dan mempelbagaikan jenis manusia sama ada Yang baik dan yang jahat. Yang bijak dan Yang Jahil. Yang berilmu dan yang tak berilmu. Bila perbezaan ini dekelaskan. dan bila aku fikir. Sebenarnya bukan kah kita sebenarnya sama? secara abstraknya kita semua dicipta dari kasih sayang. Jadi kenapa ada manusia yang perlu menjauhkan diri dari orang orang yang jahil atau straight to the point orang yang kurang pemahaman tentang Islam? why ar?? kenot understand lah. 




Dan aku tertanya tanya sejak bila ada peraturan dunia orang baik perlu berkawan dengan orang baik. dan orang jahat kena kawan dengan orang yang jahat jewrrr?? aku belum pernah dengar peraturan ni tapi itu yang berlaku. 


Semua orang nak berubah. I mean transforming ourself from bad to good. Dan aku yakin each of us mesti ada kawan atau diri kita sendiri yang pernah cakap "eh aku nak berubah lah" aku jamin seratus peratus. Aku berani telan friskis yang semua orang pernah cakap macam ni. dah jadi fitrah manusia yang mahu hidup berTuhan dan dah jadi fitrah manusia yang sukakan perkara perkara indah.  








but this time, i want to reveal something yang ada segolongan yang mungkin tidak faham dan tidak begitu mengkaji kenapa zaman sekarang untuk berbuat jahat lebih mudah dari berbuat baik. dan ianya berlawanan dengan keadaan dunia dimana perbuatan jahat itu sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita sebagai Islam. Jadi apabila ada hamba Allah yang ingin berubah ke arah kebaikan mereka rasa sangat kerdil dan rasa tak cukup bersedia untuk berubah. Ini kerana mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan perkara yang mereka buat setiap hari. dan mereka dikelilingi rakan rakan yang mungkin akan mentertawakan perubahan mendadak mereka. atau mungkin juga mereka terlalu memikirkan apa orang kata. 







contoh 1 : 

"hoi pondan. dengar cerita kau nak berubah. jadi lelaki sejati gittew." kata si pondan kepada pondan lagi satu sambil mentertawakan rakan pondannya.


contoh 2 :

"hamboi kau. pakai tudung lilit lilit. tutup sana tutup sini. siap sarung tangan. Sejuknyeeeeewwr Malaysia ni kan" kata si perempuan kepada sahabatnya. 


contoh 3 :

"kau ni sekejap pakai tudung sekejap tak pakai. Hipokrit lah kau ni" kata budak yang tak sedar diri kepada sahabatnya yang sedang bertatih menutup aurat.


Contoh 4 :

"Poyo lah kau. Tak lelaki lah weyh kalau tak tengok porno. kita kencing berdiri kot" kata si lelaki yang kencing berdiri kepada sahabatnya yang mungkin kencing duduk.



apa yang aku dapat huraikan. ketakutan untuk berubah ke arah kebaikan cuma terjadi kepada mereka yang takut untuk disisihkan. takut tak dipandang orang. atau senang cerita untuk mereka yang cintakan dunia lebih. dan mereka hanya hidup semata mata untuk dunia. Somehow. mereka ingin berubah tetapi memerlukan sokongan yang kuat atau yang lebih tegas secara berterusan. Bukan sekadar nasihat selama seminggu. sebulan. atau setahun. itu tak memberi apa apa kesan. kalau air sungai yang tenang boleh membentuk atau merubah batu yang keras menjadi bulat dan licin, kenapa bukan hati manusia? 









sebenarnya. kadang kadang mereka bukan takut disisihkan. SEBENAR2 nya once sesorang dikurniakan Hidayah Allah. mereka akan melakukan seikhlas mungkin dan segala perbuatan dan kejadian mereka akan disandarkan kepada Allah. untuk jadi atau tidak. terserah, Kita cuma merancang dan Tuhan yang menentukan. Kun fayakun. Tetapi sukar untuk mereka yang baru bertatih tatih ingin berubah kearah kebaikan. mereka memerlukan sokongan yang berterusan. Dan nasihat yang baik. ada orang yang dikurniakan Hidayah tetapi tak ada Taufiq. dan ada orang mempunyai Taufiq tetapi tidak dikurniakan Hidayah. 








berdakwah ada banyak cara. dan dakwah itu perlu berterusan. bukan cuma sekejap. Sangat bertuah bagi sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan tatacara kehidupan seorang yang  beragama Islam. dari  kecil dididik untuk menutup aurat. dan menjaga pergaulan. tapi adakah anda cukup faham bagaimana rasa seseorang perempuan yang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi tidak cukup ajaran tentang Islam dan si perempuan itu tidak pernah merasa dihadiahkan walau sehelai tudung oleh ibu bapa nya. dan tiada siapa yang menegur tentang aurat nya. somehow, she knows she needs the light. she needs the guide. but no one is willing to help. no one. she just need someone who is willing and choose to stay. and to guide her in every single things.










sejujurnya. aku adalah antara 'mereka' diatas dan aku juga adalah 'perempuan' di atas. 








jadi  persoalannya sekarang kenapa perlu menjauhkan diri dari golongan golongan yang jahil tentang Islam yang sebenar? kenapa perlu mengasingkan golongan tersebut dan kenapa perlu kononnya mementingkan diri sendiri untuk akhirat kelak dan pada masa yang sama kau memutuskan hubungan dengan yang lain? berdiam diri tidak akan menyelasaikan apa apa masalah. bukankan kita hidup untuk saling melengkapi? tak semua sempurna dan tak ada yang sempurna. Tapi aku faham benar. Jika kita mendahulukan Allah dalam kehidupan. TETAPI ingat. bahawa Allah punya hak . dan aku juga punya hak. Allah mempunyai hak untuk hamba Nya sentiasa mendambakan kasih Nya kerana Dia lah yang mencipta perasaan untuk berkasih sayang. dan aku juga mempunyai hak untuk mendapat kemanisan iman dan kemanisan sewaktu mengabdikan diri kepada Allah. 








kita bukan nak berjaya sorang sorang. Dan Kita bukan  nak masuk syurga sorang sorang. Masa silam aku teruk. Pergaulan aku tak terjaga. bagi aku seperti segala gala nya halal di dunia. tapi aku percaya setiap yang terjadi pada masa silam aku. ada lah sebab utama untuk aku lebih sedar yang aku perlu hidup berdasarkan fitrah manusia yang sentiasa memerlukan Tuhan iaitu Allah. Tuhan menjadikan kehidupan aku teruk dan jahil pada permulaan sebagai punca dan sebab untuk aku sedar tentang kehidupan di dunia adalah  sementara. juga menjadi punca sebelum menemukan aku dengan orang yang baik supaya aku dapat membezakan ketenangan dalam dua dunia yang berbeza. Aku akui. aku dapat merasakan perbezaannya. Dan aku selalu tertanya tanya. Setiap kali aku rasa aku suka atau sayang akan seseorang. Kenapa aku akan selalu kehilangan orang yang aku sayang? sesorang yang aku sayang dan bergantung harapan padanya? tak lama untuk aku mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut.  akhirnya aku sedar bahawa Allah nak tunjukkan setiap orang yang kita sayang tu bukan milik kita.






‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’






jadi aku faham. kenapa seseorang yang sering memberi nasihat dan mendekatkan aku ke arah Islam mula menjauhkan diri dari aku. aku boleh terima dengan hati terbuka. dan aku bersedia untuk mula mencari Tuhan dengan usaha aku sendiri.















No comments: