Friday, April 26, 2013

its not about the money

Bismillah.



bukan salah aku. update lambat. semua salah kembar aku. FALIL. dia bagi gambar lambat.  dia jugak ada paksa aku cerita pasal dia dekat blog aku. tak malu.

anyway. again cuti sebulan dekat rumah habis macam tu jer. WASTED lah tasha -____-" and well. aku bukan suka sangat keluar rumah. main kucing lagi best. tapi aku kena paksa dengan Falil untuk date dengan dia. Lastweek lagi dah ajak aku keluar. nak karaoke. Dah gian habis nak karaoke sangat sangat agaknya. 

cuti duduk rumah goyang kaki. aku kan princess. Somehow. biasanya cuti macam ni aku lebih suka habiskan masa for having fun sorang sorang aku tanpa mengeluarkan sesen pun.



"gila. mestilah kena ada duit. baru lah boleh having fun"


okay listen people. kalau aku. aku akan suka update activity2 in KL for example well sekarang kan zaman dah maju, google jer lah. aku akan selalu update schedule exhibition2 in KL macam dekat PWTC, PICC, Midvalley, KLCC, and everywhere. the most activity yang kerap aku lakukan tanpa keluarkan duit sesen pun bila keluar bersendirian ialah :  

1 . go to Open Exhibition.



remember this picture on the previous entry? nampak tak keratan akhbar yang dekat whiteboard tu? ouh well itu artikel dari akhbar yang mama Suria bagi dekat aku. Sebab mama Suria tahu aku jenis suka pergi exhibition so dia yang bagitau ada exhibition architecture dekat Gallery Petronas KLCC. pameran ni berlangsung dari 7th March sampai 12th May. masih sempat lagi untuk chuolls pergi. aku dah pergi. so pergi jer lah. free admission babe. lagi lagi from Foster + Partners. rugi takpergi untuk student architecture. well. kenapa exhibition? sebab aku jenis rajin membaca tapi malas membaca. macam mana tu? so dengan pergi exhibition, selain dapat jimat duit dan tahan hawa nafsu untuk shopping. this is one of the way untuk kita study and having fun. Yeah. bosan lah duduk dalam bilik. and study. kita kena gerak. keluar untuk cari ilmu. siapa kata nak belajar kena baca buku? kita sendiri kena kreatifkan cara belajar kita sendiri dalam pelbagai cara baru lah tak bosan. fakta mengatakan bahawa manusia lebih cenderung kepada gambar daripada text. 


2. go to Big Bookshop

Bila kita tak ada duit. salah satu cara kita untuk jimat. aku akan pergi big bookshop like usual sama ada dekat kino KLCC atau borders atau mph berdekatan dan baca buku dengan percuma. well. nak beli tak mampu. satu buku design cecah ratusan ringgit. Normally Kino KLCC akan wrap buku dia jadi semua buku aku akan bukak wrapping dia. untuk baca. habiskan satu hari duduk di kedai buku. dan lepas tu korang boleh balik.    


3. go for Window Shopping


Dah jadi normal bila kita sebagai pelajar mana ada duit nak shoping sakan melainkan kau anak Tan Sri. atau kau shopping guna duit PTPTN lewlz. Dan aku akan belajar untuk tak berbelanja lebih sebab walaupun aku Princess tapi aku bukan anak Tan Sri. So kita pergi window shopping untuk melunaskan nafsu sebagai perempuan yang suka sangat nak itu dan ini tapi tak mamfu. window shopping pun cukup sebenarnya. cukup buat kita puas. dan benda  mahal yang kita tak mampu beli akan jadi inspirasi buat aku untuk bekerja dengan lebih kuat. dan pesan aku, jangan malu untuk masuk kedai mahal. jangan jadi melayu ortodoks. kedai mahal jer tak nak masuk, restoran mahal jer taknak masuk. kita kena cuba every single things yang baru dalam hidup kita sendiri sebab itu pun dikira ilmu. kau akan belajar dua dunia berbeza. saat kau masuk kedai mahal dan kau tak dilayan sebab dia ingat kau sengkek. padahal yang kerja kat situ lagi sengkek. dan masa tu kau akan sedar rupa - rupanya dunia ni memang tak adil. LOL.



So sekarang, siapa kata nak having fun kena ada duit??? :) 



aku boleh jer berseronok dengan life aku walaupun tak ada duit. anyway. meet my kembar. Hanin Safirah Falil Binti Johari. See, aku hafal nama kau dengan ejaan penuh sekali. aku tahu aku sweet. sweet macam wowwipop! wkwkwkw :3


dia jahat bila datang datang jumpa aku dia tanya "tasha, kau parked motor kau kat mana?" dah lah paksa aku keluar dengan dia. lepas tu tanya macam tu pulak. itu soalan dah kira pra-sentap okay. ada gaya minah rempit ker aku ni? aku cuma bergaya ala ala designer teragung. lewlz. 

kerja a bit gila bila jalan kaki dari KL SENTRAL > KLCC > PAVILION > H&M > LOW YAT > TIME SQUARE




ouh by the way. hari aku nak pergi KL SENTRAL. aku dikelilingi orang ameno (UMNO). penuh dekat KTM RAWANG tanya aku. "Adik sokong BN tak?" dengan konfiden aku jawab "eh mestilah sokong BN" nak nak pulak aku pakai semua biru haritu. lepas tu dapat freegift ni.


tak sangka. aku memang hebat berlakon. Kenapa aku tak jadi artis jer dari dulu? LOL.


              thanks to ameno for giving me this. macam tau tau jer aku suka conteng conteng. 


Makan


"kenapa buat muka macam tu?" 
"eksaited. dapat makan"

tak sah kalau keluar dengan aku tak makan. tak sah. tak sah. hidup bertambah seronok bila kau ada partner yang suka makan and suka untuk cuba makanan baru. by the way. bab makan, aku tak pernah sayang duit. siapa partner aku yang suka makan? NIZAM :) wkwkwk. seronok kalau duduk dekat UITM jer mesti hari hari makan dan sebab dia ada kereta. so kitorang akan escape keluar untuk makan luar dan kalau dia dapat jumpa restoran baru dekat Perak mesti dia akan paksa aku cuba makan situ. apa yang best. Dia tak pernah menghampakan aku.  semuanya sedap belaka noks.

we went to The Manhattan Fish Market. its not that really bad untuk yang suka kan makanan laut, western or grill etc etc. its likely to sea of fame you know. So sebab tu nama dia FISH MARKET. it comes with package so you guys boleh choose any packages that you want. and macam biasalah ada student price which is sangat menguntungkan. potong 50% pulak. so cuba lah :) aku promote ni. lewlz.  tak mahal mana pun sebab memang affordable and worth it.





                    
meet my two bebbigewlz. Nizam and Falil. Errr. Nizam pun bebbigewl? lewlz.
       kesian dekat tacha sebab duduk sorang sorang jer tak ada partner kat sebelah, cewdihzzz :(


ini air Gummy Bear. dalam menu dia tulih lagu ni.  atau bahasa kampung dia 
ayaq limawww. atau kita feeling omputih sikit. EELLLEMMOWWNADE (lemonade).
 sukahati jer kan.  

 entah apa nama makanan ni tapi dalam gambar nampak sedap. bila dia served. 
Weyyyhh. asal makanan aku macam makanan orang pantang ni?

 yang ni best sikit jer dari makanan aku. tapi okay lah. best jugak. 
Okay ini paling  best. serius tak tipu. Ini carbonara paling sedap. paling lemak. paling cheezy pernah aku makan. Serius best. Sumpah best. tolong lah percaya. 

Acah Acah U.K.

and after makan makan. Kitorang gerak lah. nak apa lagi kan? apa apa pun. Jalan Kaki jugak yang seronok. too many things yang kita boleh observed and explore. sebab sebenarnya tak selalu aku jalan kaki. dah biasa hidup senang naik kereta blah blah shit tapi this time. Nizam tak bawak kereta dia so jalan kaki jer lah. 

it is much way better when you have too many things to explore. last aku jalan kaki masa zaman form three luckily aku masih ingat jalan dengan jelas. 

Bila Nizam dengan aku acah acah nak pergi UK konon cari luggage. LEWLZ. feeling habis. kemmain abang tu promote macam macam luggage kat weolls. 

acah acah pergi UK tak salah bila itu sahaja satu2nya sumber insiprasi untuk aku.
 yes. aku suka berangan. ada siapa siapa kat sini berani halang? 

anyway we're having LOADS of fun. thanks to FALIL and NIZAM walaupun aku kena paksa dengan FALIL. tapi tak kesah. sebab serius seronok jumpa diorang and aku akan ambil apa sahaja peluang untuk aku hargai kawan kawan sekeliling aku. Well. tak kan lah kau nak tunggu kawan kau masuk TV baru kau nak bertepek dengan dia. so waktu susah senang kita stick. itu yang dinamakan Ikhlas. tapi ingat. tak semua orang ikhlas bila berkawan dengan kita. ada yang cuma nak tumpang kesenangan kita. itu parasit namanya. menjadi masalah kita sendiri lah untuk handle benda tu macam mana. pandai pandai lah kita uruskan hidup kita tanpa melibatkan dendam atau iri hati. yang penting sekurang kurangnya bila nanti aku mati aku mampu mati tersenyum. 


tammat

sebelum jam 7 aku akan pastikan aku dah sampai rumah. aku perempuan. bukan cara aku jugak untuk keluar malam. aku pun tak minat untuk keluar malam melainkan bersebab.

"kampung gila kau Tasha tak pernah keluar malam" Ah pergi mati lah siapa nak cakap aku apa sekalipun. abang aku pernah cakap dengan aku, "Kalau sedar diri tu perempuan, sila balik rumah sebelum malam" okay mendalam maksud dia.

sampai jer Abah Nazan fetch from KTM Rawang. and dia bagi aku something. abah Nazan tau aku  memang minat dengan politik. Cuma mama Suria dengan Abah Nazan tak galakkan aku join politik. sebab makanan orang politik ni memang sedap. Kalau mata buta dengan makanan yang diorang suap. Susah. dan abah Nazan cuma hulur dan abah Nazan cakap, "Nah. baca."


cantik sangat. sebelum aku pergi cerita BN. bila aku balik. Cerita Pembangkang. 

"agak agak siapa yang buat? hehe" - Abah Nazan

aku senyum jer. sebab aku faham lah. Seronok cakap pasal politik. Abah Nazan suka cakap pasal politik dengan aku. dan aku pun suka dengar benda macam tu. hangat pasal PRU-13. untuk memilih pemimpin. aku tengok ramai yang emosi. sedangkan semua masih noobs pasal politik. dan ada jugak yang belum layak mengundi bercakap ibarat dia tau semua benda.  ibarat dia tak sedar bahawa langit yang dijunjung bumi yang dipijak. itu semua milik Tuhan.  Simple jer aku cakap. Kalau dah baca Utusan. jangan lupa baca Harakah.

sekalipun dipacak bendera parti yang banyak, tetap tak menjamin apa apa kemenangan.  doa jer yang terbaik untuk generasi masa hadapan. God knows better. Kun Fayakun. 


Guideline dari matluthfi90 cara memilih pemimpin untuk noobs seperti anda.






dan untuk practical ni selepas kena maki dengan abang aku sebab tak cari tempat practical akhirnya alhamdulillah aku dapat mula practical pada 2nd May dekat DESIGN WILKES yang terletak di Damansara Height. diterima masuk tanpa interview. sekian.


click to view Design Wilkes profile

dan ini pulak portfolio aku. nak jugak. LOL. kbye.


No comments: