Showing posts with label Inspired. Show all posts
Showing posts with label Inspired. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

craving for books

Bismillah.


setiap kali hari sabtu. aku mesti teringat tentang budak couple seminggu tu. okay. hari ni hari sabtu. saya kerja. dan saya okay. terima kasih to abah Nazan walaupun aku tau dia kadang kadang jer update blog aku. tetap nak cakap terima kasih sebab tolong hantar saya ke office. 


we had a long conversation dalam kereta. we talk about future. and plan. and so on. cuma satu statement abah Nazan yang buat aku rasa sesak nafas.

"nanti, kalau ada orang datang jumpa abah dengan mama sebab nak dekat nadira, abah akan reject semua lelaki tu"


*GASP*

TRAGIK. tapi ternyata. im always be his favourite daughter. always :) aku syak abah Nazan dah menyampah tengok aku menangis sebab lelaki. bak kata Yuna, lelaki tak guna. 

"eleh. macam lah bapak dia bukan lelaki. " aku syak ada antara korang akan cakap macam ni dalam hati. tak tuduh. aku syak jer lah. anyway, go on abah. just do whatever you think is raite. saya pun tak minat dengan lelaki. (for this moment)


OKAY. there is nothing much important pun untuk harini. cuma macam biasa. puasa puasa pun. kerja tetap kerja. 



yesterday. one of my friends. his name is TERI. singaporean. 
"sabtu pun kerja? lifelessnya kau. singapore tak macam tu pun"




nak marah pun ada. sentap tau kalau orang cakap aku ni lifeless. kalau aku sendiri cakap aku lifeless aku boleh terima lagi. bukan aku nak pun kerja sabtu. nak kejar dateline. so i have too.


11.00 am - sampai office
01.30 pm - my work is done

total working : 3hours
total salary    : 25MYR / hour X 3hours = 75MYR 

gaji OT aku untuk harini. 75ringgit tunai. berbaloiker? tak apa. saya ikhlas. lewlz.

02.00pm - tahan teksi. and thinking where to go. still early. bukak puasa pun lambat lagi. so buat apa nak balik rumah awal awal raite. so i went to KLCC. sebab aku lapar :(



yes aku lapar bau buku baru. lapar sangat. lepak kinokuniya untuk orang yang tak berduit macam aku dan ini aadalah tips aku untuk ceriakan diri aku sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun. 


yes. baca buku dengan percuma. untuk geek and nerdy macam aku. ini lah masalah terbesar yang melanda dunia sekarang. buku semakin mahal. hmm. masalah sangat. 


puasa puasa makan. puasa puasa carut. puasa puasa ngumpat. puasa puasa gossip. tapi aku tak dapat tahan puasa dari membeli. something ive craving for. dah sebulan aku tak beli buku baru. jadi aku rindu bau buku baru. bau kertas. bau setiap huruf dakwat cetak. sedap sangat. 



oopps. saya terbeli. okay. serius saya tak sengaja terbeli.
kenapa aku suka sangat tipu diri sendiri ni? ciss. 

aku memang rancang nak pergi amik bau jer. tapi. kenot resist. aku tergoda jugak. bukan satu. tapi empat. lagi lah pendusta sangat awak ni tasha. hmm. syaitonbetul.

no regrets. just love :*

basically. i cant wait to read about her. siapa tak kenal kristiane backer raite? she was a VJ fot MTV europe pada ketika dahulu yang meletop. this is her story. her strenght. to follow her heart dan berhadapan dengan tentangan nonmuslim dan sebagainya saat mula mula dia memeluk Islam. I know this book inspired many Muslims and non muslim alike. and thats the reason i bought it. Dan kalau yang kafir boleh faham Allah. then why some people like us yang readymade Islam, masih lagi putus harapan dengan rahmat Allah? sebenarnya, apa yang aku rasa ialah tidak kira sebesar mana sekalipun dosa kita, sehina mana sekalipun, yakin bahawa tidak patut bagi sesiapa untuk putus asa dari rahmat Allah. mungkin kita pernah rasa Tuhan tak adil. Mungkin kita tertanya tanya kenapa Tuhan jahat dengan kita. hakikatnya, setiap salah faham yang berlaku tak akan terjawab selagi kita sibuk dengan tipudaya dunia dan syaitan. menjadi tugas kita untuk meninggalkan keredhaan manusia demi mencari keredhaan Tuhan. 

buku ni sikit pun tak buat aku tertarik sebenarnya. sebab cover dia sangat lah tak menarik perhatian. buruk. kalau bagi aku design pun lagi lawa aku rasa. tapi orang cakap dont judge a book by its cover. so aku flip and go through few pages. okay. buku ni best. its about a journey of a young lady dalam mencari Tuhan. frasa yang buat aku tertarik ialah pada satu bab when she's questioning herself whether she can call herself as a real Muslim since she is not practising the real Islam guideline. quite touched actually. dan buat aku terfikir tentang kuasa Tuhan. betapa Tuhan rindukan taubat setiap hambaNya siang dan malam. 

yes. sebagai seorang designer. saya sangat peka dan sensitif dalam setiap furniture. kalau orang lain pandang kerusi ada empat kaki. aku pandang kerusi dengan tiga kaki dan masih boleh stable. design is just fun. Tak macam math. 1 plus 1 equal Two. in design. 1 + 1 could be three. four. five. or anything you like. sesuatu yang kadang kadang doesnt make sense. tapi masih dikira sebagai seni. bebas. untuk kita generate idea. tapi, environment Malaysia sangat kurang menghargai art & design. budaya malaysia lebih menghargai artis artis filem serta konsert konsert dan hiburan semata mata. sebab tu Muzium muzium di Malaysia sangat hambar. dan subjek sejarah menjadi subjek yang paling dibenci. ternyata, membaca bukan budaya sebahagian besar rakyat Malaysia.

hit it! buku yang dah lama sangat aku cari! okay  happy sangat finally its MINE. yes. Steal Like an Artist. Secara ringkas untuk jadi kreatif, kita hanya perlu mencuri.

 steal + Mix + random = myownfuckinggreatdesign

dekat studio. orang selalu tanya aku.
 "tasha, macam mana kau boleh dapat idea nak design macam ni? lain dari yang lain"

sepatutnya. jawapan jujur aku should be "Oh. I steal it"

tapi. rasanya aku tak perlu jujur sangat dengan kawan kelas aku. jujur itu perlu bertempat. kalau aku cakap macam ni. nanti semua orang taknak usaha perah otak untuk jadi cemerlang. senang cerita. belajar bukan untuk pointer. bukan untuk grade A mahupun kepujian tertinggi. tapi buat kerja biar ikhlas. takpayah gatal gatal nak mintak Tuhan mesti bagi.  



Monday, April 22, 2013

Stood in the storm

Bismillah.

aku ada masalah sikit lah dengan wawa zainal. masalahnya sekarang dia buat gwiyomi tak comel. 


orang 1 : "macam lah kau comel sangat"
tasha     :siapa kata aku tak comel tu dia rabun. 


orang 1 : "aku rasa kalau aku kata tasha comel itu baru betul betul rabun"
tasha     :  -__________________-"

ouh yeah. sekarang semua feeling gwiyomi. aku sendiri tak faham gwiyomi tu apa. is it a name that was given to a woman that he loves? Ouh whatevewwwwrrrrrrr. tapi yang pasti. wawa zainal buat gwiyomi memang tak comel. sorry wawa. i tau kita bestfriend. tapi i tak sanggup nak tipu kawan baik sendiri. 


tak comel. seram ada lah. 


Ini best. To be frank. Maria Elena. Dia tak ada lah gojez mana. Cute mana pun tak. 
Tapi satu benda jer. 
sebab dia confident lalu dia pun nampak gojez. nampak cute. very transparent. 
I LOIKE. mmuaaah :*


Yeah. Ini baru betul betul comel. this talented girl is from thailand. And she has a talent struming her ukelele. awwww. She's fucking cute.

how about abang katang kita? abang Nazim Othman Yaaawww.
dia siap tunjuk muscle dia lah girrlssss . 
unfortunately. dia dah delete video Gwiyomi dia. 
tak sempat aku nak download buat breakfast hari hari. 



Semua artis dah buat gwiyomi dekat You tube. Aku jer belum.

ini tweet cari nahas namanya. LOL.
Amin zaki nampak macam berminat nak offer diri untuk jadi partner gwiyomi aku.


tapi ada beberapa anasir yang melemahkan semangat aku. aku ni tak cukup comel ker? 




sampai hati korang. aku comel apa. 
Amin zaki tu yang tak comel.


dan dan jer dia lagi cute dari aku. Konfiden melampau. kau dah lah mulut celaka. tapi aku tetap sayang amin zaki walaupun dia tak comel macam aku. dia kawan aku dari zaman myspace. awwww. Setia sangat. 

dan I got a request dari few friends on how to be strong? Hmm. All woman are strong lah. No need to find it merata tempat because its all in your heart. its when you are being hurted by someone, at the same time You are inspiring yourself.  

Dan kalau aku?

okay kalau aku. Aku ada few collections of book..yang melambang kan STRENGTH 
so buku buku ni jugak yang buatkan aku rasa 
"Oh yeah. I have to be strong like her"
here.  the books of a strong girl. You should find it and read. tak ada istilah 

"eh ni buku budak budak lah"

"eish tanak lah, malu lah nak beli buku macam ni."

kalau beli buku pun malu. susahlah. kesian ah jib gor dah bagi voucher 250MYR tak guna. Picture books for strong female characters. So important for lil girls and girlss yang dah besar macam Tasha to read. 

1. SHEILA RAE , THE BRAVE


2. MADELINE


3. NOT ALL PRINCESSES DRESS IN PINK

3. STAND TALL, MOLLY LOU MELON


I know this is maybe quite ridiculous. Tapi mungkin ramai yang ambil mudah dengan buku buku masa kita dalam proses membesar. Semua orang membesar dengan buku. dan Tak salah untuk kita geledah balik buku buku lama dan ambil inspirasi dari watak watak dalam buku ni. walaupun is cuma sekadara imaginasi. But remember. The imagination we created is the source of our dream. And You are the one who lift up yourself to achieve your dreams. And to not cry about people who hurt you. You  may live in this world happily. Dan yang penting. bila kita letak kan Kebergantungan kita pada Tuhan di hadapan. semua nya akan nampak mudah. dan tak ada masalah dunia yang tak boleh diselesaikan.



 Hanya untuk yang berfikir sahaja yang akan berfikir apa yang aku cuba sampaikan. 




"tasha. Hidup kau seronok tau tasha. best sangat.  Cuma sebab ada orang tak pernah cuba  nak faham kau ni jer yang buat cerita kau jadi tak best"  
-  IRMA ISMAIL


atau dah tiba masa untuk aku pulak yang cuba faham orang? bukan aku tak cuba. aku dah banyak kali cuba. its all ended with tears. 

somehow, I should proud with myself because some of my friends were inspired by my story. My sadness, my bad, inspired them to be strong. They said. I am strong. So I have to STAY STRONG. because You never know how much you inspiring people. 

dan kadang kadang,
 its hard to admit that i am not as strong as everyone believes I am. 

"and she is smiling today
 like she wasn't crying last night"







Tuesday, April 16, 2013

Big Girls Don't Cry


Bismillah.




I met my bestfriends.


 Safarin Saedon . Diyana Azhari . Hasnizam Hamdan

kitorang lepak dekat PJ8 and Sunway. we got a very nice Monday. Very fun jumpa besties. Rindu diorang sangat sangat. padahal baru seminggu tak jumpa. LOL. and dalam gelak gelak. we talk about our future plan. And dreams.



each of us ada impian tersendiri. 
each of us cuba capai impian kita. 

tapi impian kita untuk siapa? 
faedah nya siapa yang akan merasa? 
You decide.


Dan jujur, aku tak suka orang yang menghalang impian gila aku.


cuma sebab aku perempuan.


 aku benci statement ni.


dan untuk mencapai impian kita. kita kena lepaskan beberapa perkara yang kita sayang. yang berani ambil risiko yang akan berjaya. 

tak wajar langsung bila keberanian dinilai dari jantina.
tak wajar langsung bila keberanian dinilai dari usia. 
tak wajar langsung bila keberanian dinilai dari segi fizikal.


"belajar biar sampai ke negeri china." statement yang kerap kita dengar.  



sampai bila kita nak letak barrier dalam hidup? setiap satu barrier yang kita letak. setiap satu tu lah yang menjadi punca hilangnya semangat kita untuk keep moving forward. 

kenapa perlu takut? kenapa perlu terpengaruh dengan kata kata orang lain yang menjatuhkan semangat kita? Tuhan ada. kalau betul ada rezeki kita. Tuhan akan tetap sampaikan dalam banyak cara. so why worries? 


"Tasha. Seorang pelumba lari. Kalau sekalipun dia tak ada penyokong untuk bersorak buat dia. Dia tetap akan berlari. dan dia tetap akan habiskan larian dia. Sebab dia tau apa yang dia buat. Dan dia nampak mana penamatnya " - Safarin Saedon



Setiap kali aku rasa impian aku tak logik.
Setiap kali aku rasa impian aku melampau.
Setiap kali aku rasa impian aku begitu menakutkan.

Setiap kali tu lah aku semakin berani dekat dengan impian aku. 

aku tak perlu takut. 
ive got to move on with my life.


bila waktu semua jari  menuding yang aku seorang yang biadap.
bila waktu semua jari  menuding yang aku seorang yang keras kepala.
bila waktu semua jari  menuding yang aku seorang yang pentingkan diri.




sebenarnya mereka sikitpun tak tahu.
yang aku buat untuk mereka.
dan sebaik mungkin aku buat semuanya berlandaskan agama. 


saat orang lain langsung tak faham apa yang aku sedang buat. 


ia cuma atas satu niat yang ihklas.



i voted my self for listening this inspired song in 2013.
kinda old song. by fergie. 
when i was fourteen.



You know? She said that big girls don't cry.
because I'm now big and I'm 20th.
Then, why should I?









Sunday, April 7, 2013

A Love (and sometimes hate)

Bismillah.




i know some people might read this. but I've been think a lot to post this. I just cant understand why some people keep judging other by their past? y'know. I've only love this one guy before. he's my everything. (dulu lah. betapa teruknya pemikiran)though i know my mom and dad never like him. but they didn't say a word knowing that im always living in 'the most right person' life. so untuk elak kan dari bertekak dengan anak sendiri. They shut their mouth. But finally. aku sendiri yang tersedar. He used me for three years. in three years. we have done so many things together. we shared the happiness and saddest things. but its all wasted. He used me and wound up being player with many girls outside. id never checked his phone, email, facebook, twitter or skype. Im in love with him. So for me, when we love someone, we have to trust them. 



So tell me why should i check his privacy? no right? but i was wrong. totally wrong. He broke my heart. I recovered. myself. its hurt a lot. my heart ache. and its not easy to forget moreover when someone you love broke your heart when you have clearly seen your entire future with him. 




what did i found after our story end up?





 I found the light. I guess. its all between me and Allah. God sent me so many people around as a medium to deliver what is the real Islam and help me to answer my big question about Islam. in the age of 20. aku masih belajar tentang Islam. mungkin sesuatu yang memalukan dan bukan untuk dibanggakan. tapi aku rasa wajar untuk aku berkongsi apa aku lalu sepanjang 20 tahun yang mensia sia kan. macam entri aku yang lepas. Ive told you. every single person in this world nak berubah. including me. mesti ada perasaan tu. just kau kuat atau tak. itu jer. and every one need SUPPORT. All this to say, ada yang masih lagi menilai aku dengan benda yang lepas. I know. Imma bad person. Im sucks. im wreck. dan paling tak best bila orang mengkritik aku bila aku cuba bertatih untuk menutup aurat. yknow. before you judge me, realize. Everyone has a story and until you hear theirs. its none of your godang rights. and its STILL none of your godang business.


"The only reason people judge is because
 they’re too afraid to face the own demons in their closet."



I guess there's something wrong in their life so they tend to take it out on someone else. That doesnt mean kau akan kelihatan begitu matang. It wont help your situation. serious talk. It will just upset someone else. Before you judge or Slut-shame, THINK. We are human. We are borned to love each other. So dont threat like youre such a heartless person.  its amazing why some people can be so heartless. lagi lagi with the person you have been in love before. 




you know i dont need a praise to lift me up. I dont need that. Seriously. dan aku memang tak suka kalau ada yang memuji aku. everything. tak kesah lah nak puji apa apa sekalipun. I dont think its from their bottom heart. besides, i don't know how to react. so just keep it inside dude. dan mungkin orang fikir aku akan down setiap kali mereka cuba menjatuhkan aku. but you thought wrong. Aku ni dominan. LOL. *puji diri* no I mean. I dont know why, everytime i heard something bad , it lift me up. Seriously. ive been inspired by their hatred. I make Siti Hajar as my idol. Seriously she is my idol. 






She is the strong women ive ever known in this entire world. She is the greatest women in Islamic History. Girl, If you think you're so weak. be strong and strong enough. i bet you should study, read and find out more about Siti Hajar. its all about Zami. The history about the holy water in Mecca. Mungkin ramai yang meneguk air zam zam tapi berapa ramai yang meneguk sejarah daripadanya? baca. seriously. And you will feel so tiny in front of Allah bila chuolls tahu yang ujian dia lagi berat dari kita. Tak ada istilah dalam dunia ni yang kuat cuma lelaki. Tak ada. Just I urged every girls outside don't ever feel harm or down by their words. who they are to judge? dan kalau mereka rasa mereka cukup bagus. kenapa mereka tak kambus diri mereka jer dalam kubur? kambus dan borak dengan malaikat.  lepas tu pacak lah nisan bertatahkan berlian. kata bagus sangat. okay sorry. aku tahu ayat aku kasar, this is the reason why aku  tak post this entry in Bahasa as it will be so rough.  so kalau dalam inglissss, ada lah kias kias sikit. LOL. 

sekian. Salam.  



and oh by the way. I have this one friend. Tak boleh mention nama dia siapa. But she is in love with my senior. my senior pulak is one of a kind yang.... yknow. full with piety inside. alim lah senang cerita. and dia bagus bila dia refer dengan seorang ustat tentang perasaan dia towards this guy. sebab benda seolah olah dah jelas yang lelaki tu pun menaruh harapan yang sama dengan dia. cuma yeah. dia perlu jaga perasaan dia. aku faham. dia sama macam aku. totally serik dengan lelaki. dankalau boleh tak nak involve dengan apa apa isu lelaki until the right times and the right men is come. tapi this feeling memang kenot hide lah. I knew her. dan ustat tu cuma cakap 

"jangan lepaskan dia. tunjukkan dia yang kamu suka dia"

dan pada masa tu. aku terfikir. macam mana nak tunjuk. I mean. kitorang kan perempuan. how to start? dan yang penting. aku faham sesuatu perasaan bila kita suka kan seseorang sampai tahap kita rasa "I want to be his Zulaikha" dan kita takut untuk kehilangan dia. apa yang kita cuma mampu, untuk Tuhan jagakan perasaan ni supaya tak terdorong ke arah zina hati. 


sebenarnya aku tak suka untuk bicara soal hati. sakit.

Your Request

Bismillah..

study week sekarang dekat UiTM. tak kesah lah UiTM mana. semua sama. cuma saya wakil dari UITM Perak yang dah habis exam. Ulang suara. saya dah habis exam!!!! *angkat kening* ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua pelajar diploma yang belum habis exam atau yang baru nak assess final project dengar cerita haha. best of luck lah. dan untuk yang bercouple couple, jangan gaduh gaduh nanti stress, kalau susah sangat. break jer. kita cari lain. okay, tamat iklan penaja. bosan. kawan kawan aku ramai yang dah balik. 




sebenarnya. jujur. ini sepatutnya entry ini dipost pada 3April. tapi sebab aku terlalu sibuk. (tak habis habis sibuk. I bet korang pun dah bosan dengar) 

Macam mana nak mulakan entri jadi masalah sebab target aku supaya chuolls faham. hmm. okay. for those yang belum tahu aku Student part four. (sebenarnya tak ada siapa heran) aku ada lagi dua semester dekat UiTM Perak. Tapi next semester I won't be here.  aku akan ke Internship session. Dan bila aku balik ke UiTM Seri Iskandar Perak pada December 2013 dan dengan rasminya. aku SENIOR. hell yeah! (kau boleh godai dengan senioriti kau tasha)


dan bila senior aku akan berhadapan dengan real project dalam Interior Design. So naik Part six weolls kena handle satu project dan present di hadapan panel luar yang memang tak kenal kau langsung. aku excited untuk handle real project dan dalam masa yang sama. aku takut. 



dan senior aku. Part six. ada presentation Final Project masa 1st - 3rd April 2013. Sebab tu tadi aku kata sepatutnya entri ni dipublish pada 3 APRIL. aku tak suka lah nak cerita benda benda basi. okay by the way deyollss kena bentangkan design deyolls dihadapan pensyarah pensyarah luar. Ini yang aku AKAN buat bila aku naik part six nanti. so. aku join lah presentation tu UNTUK dengar komen pensyarah pensyarah luar WHAT WE REALLY NEED IN DESIGN.  

"aku kan student Interior Design" *angkat kening*





cuma ini jer gambar yang aku sempat tangkap masa pembentangan design berlaku. sebab aku sibuk mencatit apa yang patut for my own guidance. hobi aku yang chuolls belum tahu selain menconteng aku suka mencatit. tolong lah percaya. Tapi. apa yang paling paling aku nak share dengan chuolls ialah,komen secara keseluruhan dari panel panel luar.

benda ni pun ditujukan khas untuk students ID sebab entri kali ni direquest oleh beberapa orang kawan ID aku yang tak sempat nak join part six baru baru ni. so semoga aku menjawab permintaan korang. 




*TONE SERIOUS*

Sebenarnya aku rasa bersyukur sebab ada pensyarah yang mungkin tahu apa yang aku cari. seolah olah dia tahu yang ada dalam hati dan fikiran aku.  dan dia yang suggest untuk aku join duduk dengan part six (feeling senior sekejap) dan dengar apa yang perlu untuk aku. 


sekiranya kita ikhlas, tanpa meminta. Dengan sendiri Tuhan akan sampaikan apa yang kita inginkan. tak perlu bercerita kelangit. tak perlu riak. tak perlu takbur. Untuk Tuhan bercakap secara direct dengan kita depan depan, Tuhan tak mungkin akan melakukan itu dengan kita. belum cukup layak. TAPI Tuhan sentiasa ada cara. Manusia itu menjadi medium untuk Allah menyampai kan sesuatu kepada kita. 

"Tasha. you datang esok dekat sini pukul 2.30 petang. esok penting untuk You dengar apa industry sekarang nak" - Cik Fairuz




PAGE ONE


aku tak tau nak olah dan rumus macam mana tapi ini yang aku salin sebutir sebutir perkataan yang keluar dari mulut panel panel luar ni. tak ada tokok tambah.  boleh baca tak? 





lulz. okay. here. aku translatekan. dan aku harap korang faham. itu jer aku harap.







intro :


"mulakan hari dengan berjumpa Allah SWT." - Dr. Marzukhi





First Panel : 



"kadang kadang kita kerja kena marah, kena maki. tapi kita sebagai designer kita kena kuat dan kita kena terima kritikan. mereka kritik bersebab. You know, majority dalam industry bukan bangsa kita (melayu). Saya sendiri mengaku. saya tak pernah bekerja dengan orang Melayu.  Tapi kita kena sesuaikan diri kita. You tahu, jangan rendah diri jadi Melayu. Jangan Takut. Sebab bila sekali mereka (yang bukan melayu ) suka dengan kita, mereka akan repect kita dan bila mereka respect kita mereka nak marah kita pun tak berani. sedangkan mereka marah bangsa mereka sendiri lagi teruk dari marah kita. sebab apa? sebab mereka nak didik bangsa mereka. Kita? So kita kena pandai sesuaikan diri di mana mana sahaja. Kalau you sibuk nak pilih kerja. kerja mana mana pun sama. Company ditubuhkan. bukan untuk buat kita happy. Tapi dia yang nak kita buat dia happy. Pandai pandai lah nanti you letak diri you macam mana. JANGAN TAKUT. Kerja dengan tekun. Ikhlas dan insyaallah you akan berjaya. Kalau mampu sambung lah study. Competition sekarang sengit. Bukan dalam malaysia jer. tapi dalam dan luar negara, You tak nampak semua tu. So again. Jangan takut." 





Second Panel : 



"sorry lah weolls dera you selama enam semester ni. haha. tapi dera yang I maksudkan ialah untuk menjadikan you berguna.you tahu kan cuma 30% sahaja yang you belajar dekat sini akan di aplikasikan di luar dan another 70% is from your own experience. Kalau anda terlalu selesa. Anda tak kemana. Dan hari graduation sebenar kita adalah apabila kita dipikul orang ke liang lahad. Itu lah 'Graduation' kita yang sebenar. Jadi. I mohon. Selagi kita belum 'GRAD' carilah ilmu"


"okay cakap tentang design. I nak sentuh beberapa perkara. Antaranya ialah tentang,

SPACE PLANNING :
Dalam design. odour activities adalah dalam contact PRIORITY.

FOCAL POINT : 
You kena separated kan mana penting dan mana yang tak penting.


THE FLOW


DESIGNER & DETECTIVE :
As a designer, sebenarnya you juga adalah investigator , atau pun detective. Detective merupakan seorangyang bersungguh sungguh dalam menyelesaikan masalah. Dia yang bersungguh sungguh untuk mencari siapa penjenayah sebenar. Dan detective juga sanggup untuk jadi petani, nelayan, orang gila semata mata untuk mengkaji dan mencari maklumat bagi menyelesaikan issued. so you bukan sekadar mencari sesuatu benda.


FAHAM PACKAGED
PERSPECTIVE DRAWING :
Indicate properly you punya ruang dalam perspective tu bahagian mana. 


ALL DESIGNERS : 
tak kesah lah you siapa. Interior designer, graphic designer, fashion designer, ceramic designer sekalipun. Bila you design. you mesti ada tujuan bila design sesuatu. dan Setiap kita nak melakukan sesuatu, kita mesti ada tujuan. contoh : 

"hoi jemah nak kemana tu?"
"tak kemaneeeee. sajer jer" 

ini jawapan orang melayu. tipikal melayu. bila ditanya nak kemana. "tak kemana. sajer jer." sedangkan kita seharusnya jawab seperti orang  bijak. jawab jer lah nak kemana, selari dengan soalan yang diajukan dan dari situ nampak yang kita ada tujuan. apa lah salahnya jika kita jawab dengan proper. Kita nak orang Melayu kita buat sesuatu dengan tujuan yang jitu.


DESIGN PROCESS :
Faham kan subject matter you dengan lengkap.





Third Panel : 



"Evaluate diri awak. Harini you dapat diploma. And this is not a full stop. move to the adventure level. Saya mohon kumpul lah ilmu sebanyak yang mungkin. Persembahan diri dihadapan client. itu penting. Tapi cuma secara keseluruhan masalah uolls ialah sense of skill you kurang. kalau sesuatu ruang tu dapat memuatkan 28 orang pada asalnya dan selepas upgrading dapat loads 20 pax. itu tak betul. so it is something wrong here. Nampak lah yang you belum appreciate ruang yang ada. Tak cukup kukuh. Your sparkle of presentation pun sama. Dalam design you kena tahu apa program yang dilakukan dalam sesuatu kawasan tersebut? Just make the design so simple. Jangan bagi confusing. The maximum circulation is only 15%. Jangan bazirkan ruang. In working drawing. You lukis anak tangga pun tak lepas lagi. Scale material.Pun you tak tahu lagi. Perspective pulak tak ada human scale. Perspective perlu ada human scale supaya kita tahu dan nak tengok furniture you ni sesuai ker tidak. Bila dalam perspective tak ada human scale. kita lost. You jangan tipu lah dalam drawing. berani kerana benar. bukan berani kerana tipu sana tipu sini. Ingat. Setiap hari kita belajar sesuatu. Jangan nanti bila you kerja, on site lain on drawing pun lain. nanti esok banyak masalah.

 Be transparent, be accurate, be honest."



Fourth Panel : 


"This is THE END of your FIRST journey. Tengok balik kelemahan. Apa yang keluar dari you adalah apa yang masuk dari you sendiri. Jaga segala apa yang masuk. Listen and Observe. contohnya, You hear. But You don't listen. Hear and Listen adalah dua perkara yang berbeza. You kena FOCUS apa yang you listen and observe apa yang kita nampak. Kita mungkin melihat tapi tak perhati. Kalau tak observe dan tak listen, kita tak process segala apa yang kita dengar and lihat. Dia mungkin simpan tapi dia pergi entah kemana mana. Dan kita tak tahu apa yang kita nak process. Bila you listen dan observe, you tahu apa yang you nak buat dalam hidup. You should listen well. Observe well. Cuba tanya kenapa design you tak menyelesaikan masalah? You tahu kan, masa you jadi detectives, if You dont' listen to your client's problem, dan yang masuk tu dah pun salah. So yang keluar pun jadi lah yang entah apa apa. Sama macam doctor. Dia dengar problem You. Dia check fizikal You. And bila tak cukup dia X-Ray pulak untuk dapat kepastian. Process yang banyak. Dan bila dia dah diagnose. Dia akan bagi you ubat yang betul. Tapi apa yang berlaku dalam Uolls punya kerja, uolls bagi ubat yang SALAH. for those yang betul betul investigate Client's problem. Pasti dapat solve problem. Saya tak nak cakap pasal skill you. Cantik lukis itu bukan jawapan terakhir. The design might be fantastic tapi tak solve masalah. Dan ada yang tak pandai drawing tapi dia solve problem. Itu lebih bagus. Jadi kita reflect diri kita. Even this is the end of your FIRST journey, this is not the end of world. Nanti bila kerja jangan main main. Some people take a long time to success. and some people take a short time to success. Betulkan kesilapan skills. Benda masuk cantik. tenaga cantik yang masuk pun kuat. Kalau masuk rubbih. yang keluar pun rubbish. Technically. You kena berubah. banyak benda. Cuma manusia ni jenis lalai. Dia ingat segala nikmat itu adalah perkara yang betul. Sedangkan nikmat itu dikira sebagai ujian yang menguji setiap benda . Tanggungjawab you sebagai anak, students, bakal suami, bakal bapa dan sebagainya. You kena selalu berhati hati dalam membuat pilihan. Sebab You khalifah. dalam hidup You kena ingat bahawa hidup adalah ujian yang akan ditanya pada hari akhirat. Nikmat itu ada 12. Dan nikmat yang paling kerap disia siakan ialah nikmat kelapangan dan masa. Allah akan tarik jika lalai. Jadi tinggalkan sifat sifat sombong dan riak serta sebagainya. Bersyukur. dan Allah akan sentiasa memberi. Allah Maha Kaya jadi berdoa lah. Dalam hidup perlu ada keikhlasan. Pengukuran nikmat adalah salah satu cara bagaimana you handle segala kelalaian you di dunia. Perjalanan kita ke alam lain masih jauh. Bukan setakat as a designer. Ingat. Kita kena berfikiran jauh. dan bukan jadi orang yang pikir short term. 



okay thats all. and by the way. Picha got her new bow tie and so-called-home <3




she's cute. I know.