Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Al-Fatihah to Atma Raifanah and sister.

Bismillah..

harini semua dikejutkan dengan pemergian salah seorang ahli studiomate kitorang. Allahyarhamah Atma Raifanah Marhalim dan adik nya. 





It was shocked. I was speechless bila dapat tahu kawan sendiri meninggal dunia. Siapa sangka antara 90 orang studiomates aku, dia yang pergi dulu. Memang Tuhan sayang kau Nana. :'( 

Admit it, aku jarang lepak dengan dia. But frankly speaking, sepanjang aku kenal dengan dia, dia memang such a good person. Kalau tanya sorang sorang pun, memang semua orang tak ada masalah dengan dia dan dia pun tak pernah sakitkan hati siapa siapa. Alhamdulillah. 


 21 May 2014 

minggu lepas aku ada update blog pasal seperation kan? hmm. 




2 June 2014 (3.00 petang)

Masa ni aku tengah sebok sembang dengan kawan aku. Iffah. Aku tak tahu apahal aku emo sangat haritu. dah lah aku desak dia jumpa aku. lepas tu nak emo pulak tu. 






Yes. time to appreciate people. Dan itu lah motif utama aku buat blog ni. 

first : 
aku berblogging since form four. just untuk update life aku dekat asrama so that mama Suria dengan abah Nazan akan selalu tahu keadaan semasa aku. kau tau tau jer lah MRSM tu. Bukan senang nak balik rumah. 

Second :
Aku buat blog ni pun just untuk aku share moment aku dengan kawan kawan aku yang selalu stick dengan aku through thick and thin. Memang dekat sini korang takkan jumpa tips cantik atau tutorial tudung hijabista / makeup / OOTD dan sebagainya sebab aku tak reti bab bab macam tu. -______-



But seriously, Blogging sangat mengajar aku untuk appreciate semua orang sama ada kawan kawan aku dalam alam maya ataupun in reality. every little things yang orang lain  nampak benda tu macam terlalu remeh temah untuk aku share, for me tak ada satu pun benda yang remeh temeh kalau kita tau apa itu yang dimaksudkan dengan 'Appreciation'


cuma orang yang kurang bijak jer yang suka pilih bulu bila berkawan. 





sometimes kita tau ada some of them tak appreciate our present sebab diorang terlalu busy dengan kawan kawan diorang yang mungkin lagi kebabom kot sampai diorang neglect kita, but remember. Tuhan tu adil. So keep calm and move on. sebab ramai lagi yang sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. 




Dan since aku berblogging tak terlintas untuk kejar followers or else. Tengok followers aku sudeee. 100 orang jer weyh. 5 TAHUN BERBLOGGING BARU 100 TASHA??  LULZ. aku pun jarang promote blog aku atau blogwalking blah blah blah. TAK RETI WEYH. macam mana nak promote blog weyh?? serious tu bukan bakat aku. apa yang aku aim ialah, this blog is to express not to impress.  dan aku seronok dengan life aku.



2 June 2014 (7.30 petang)




masa ni lah aku baru tahu studiomate aku meninggal. dan aku terus teringat apa yang aku cakap dengan Iffah petang tadi. Baru jer cakap dengan iffah yang aku nak jumpa kawan kawan aku sebelum terlambat. tak sangka pulak yang ini akan jadi. patut lah aku emo semacam haritu. Somehow, alhamdulillah aku sempat jumpa dengan arwah Nana seminggu sebelum arwah Nana meninggal dunia.



24 May 2014 




Last jumpa arwah Nana waktu aku pergi interview Degree at UiTM Shah Alam. Gambar ni aku mintak dengan Baina. How sad bila tengok gambar ni. Siapa sangka yang ini kali terakhir kita jumpa. seminggu sebelum arwah nana meninggal. No wonder lah masa tu arwah nana senyap lain macam sebab apa yang kitorang kenal, arwah Nana sangat talkative and happy go lucky jer. 

Oh yes since ada yang tanya apa plan aku after diploma, well aku decided untuk terus sambung degree in Interior Architecture.




thank you korang sebab support aku untuk terus update blog even aku takpernah pun jumpa korang in real kan tapi seriously i really appreciate sangat sangat sebab care pasal aku. ekekeke, care lah sangat. ker aku yang syok sendiri? hmm.  And untuk menjawab soalan, yeah insyallah ada rezeki aku cuma rancang untuk sambung degree terus.

#doakantashasuksez 

heww heww :*

habis jer interview kitorang semua terus shoot kedai ayam penyet. tak makan kot dari pagi. and see. makan pun kalau boleh nak ajak ramai ramai. aku dah cakap yang budak budak ID ni sepakat. semua benda kalau boleh nak sama sama. sebab tu aku sayang sangat dengan budak studio aku. seriously diorang memang kawan kawan aku yang paling gila paling cool. anyway, aku doakan kejayaan untuk korang. insyallah, :*



OKAY BACK TO OUR STORY

after berita arwah Nana dah tersebar memang kitorang tak fikir panjang. terus decided untuk lawat keluarga arwah keesokannya even arwah dah pun dikebumikan. Tapi bagi memberi penghormatan, dan sebab macam yang aku cakap tadi kitorang memang rapat. dah macam adik beradik. apa apa hal semua akan sama sama turun. 


So the next day, kitorang terus konvoi ramai ramai untuk ziarah family arwah Nana. 

even sampai depan rumah pun dah cukup buat aku rasa shaking. kitorang masih tak percaya atas pemergian arwah Nana. Tapi kitorang tetap terima dengan redha. 

sebelum arwah nana pergi, dia pernah cakap dengan kawan rapat dia , Alya. Based on Alya's story, lepas interview degree haritu dia pernah cakap, "aku takut tak dapat masuk degree bulan 9 nanti. Kau doakan aku tau"

siapa sangka, apa yang kau cakap seminggu sebelum kau pergi macam ada maksud lain yang kitorang sikit pun tak tercapai untuk fikir arah tu. 

right after kitorang ziarah keluarga arwah Nana, kitorang pergi ke tempat kejadian. tak jauh pun dari rumah arwah. dekat sangat tempat arwah meninggal. still dalam kampung yang sama. dan ini buat kan kitorang teringat yang sebelum ni arwah pernah gurau dengan kitorang. dia cakap, 

"aku kalau boleh nak dekat dengan keluarga aku. nak kerja kat sini sini jer. kawin pun nak kahwin dengan orang sini. kalau mati pun aku nak mati kat sini sini jer."






Tuhan memang sayang kau. Dan kitorang semua pun tak akan lupa kau sebab dalam keadaan macam ni jujur masih tak percaya kau pergi cepat sangat. kita baru rancang untuk graduate sama sama pakai jubah konvo sama sama. tak lama dah pun. bulan 11 ni :'( Tapi orang kata tak elok kalau kita asik bersedih atas kematian seseorang. Tak apa. suatu hari nanti kitorang pun akan ikut kau pergi sana. semoga Allah tempatkan kau dalam golongan yang beriman. 





Al fatihah to Atma Raifanah Marhalim & Sarah Khalis Marhalim. 


Thursday, October 24, 2013

Barbiemate

Bismillah

supposely pagi ni hari untuk workout. 
supposely hari ni pagi yang produktif. 

so what happen to the productive morning? 
so what happen to your morning gymlady?




hmm. sepatutnya kan harini dah out for jogging dengan Shyra and Muzz. Hujan pagi tadi aku boleh maaf lagi. tapi soal Muzz tidur balik lepas subuh itu yang aku tak boleh maaf tu.  


sabar tasha have to always sabar. duhh. 



******




its been a week. 
a week far from her.

i never thought i would miss her like how i feel right now. 
never. 

atau...aku cukup rasa keseorangan malam ni in case charger aku rosak so no one to talk with? hmm. puas tenangkan hati sendiri yang sikit sikit memberontak. bila busykan diri. terlalu busy pun tak boleh aku rasa. 

dah penat aku luahkan semua perasaan aku dekat semua lukisan aku. dan dah lama aku tak post lukisan aku. aku suka membaca. tapi aku tak suka dibaca. dan yang pasti ini bukan tentang buku. 

tapi sebenarnya topik harini tentang dia. yes. Hanis Khalil. My pretty bestfriend yang super duper lama stick dengan aku through thick and thin.


sepuluh tahun bukan satu angka yang sekejap bagi dua orang perempuan untuk kekal together tanpa satu pertelingkahan.  

soalan pertama dia tanya aku bila aku sampai dekat rumah dia : 


"Tasha , kau simpan lagi ker barbie kau?"

sigh. macam tak ada soalan lain. well. dia ni lah barbiemate aku dari kecik. sebab aku tak ada kawan lain yang minat barbie macam aku dengan dia. no wonder lah ada few friends yang pernah menyampah dengan kitorang sebab dia rasa macam semak bila tengok kitorangbawak barbie doll dekat sekolah. 

aku kesah apa. 

i still remember the last time i saw her when i was sixteen. and after that, kitorang dah tak jumpa lagi lepas masing masing buat haluan masing masing. And. Thank God, aku dapat jumpa dia dua hari sebelum dia balik Egypt. 

after four years tak jumpa haruslah aku awkward. awkward sangat and i don't know how to start. So we talked about how's life and blah blah blah. She's doing fine there. and im doing fine here. we both good. 

She said I have changed a lot. Im glad to hear that :') 

so what she did? after that dia hadiahkan aku tudung. 

and i was like okay, youre not the first person yang hadiahkan aku tudung but im glad for all peoples around me yang hadiahkan aku tudung. lebih kurang tujuh, lapan orang tak silap aku yang hadiahkan aku tudung. I really appreciate it. 


paling sadis bila one of my best friends sendiri tak ambil tahu tentang aku. tapi boleh maaf lagi sebab aku tahu dia sibuk dengan awek dia. lulz. 



aku tahu huiyoo huiyoo dia bawak maksud lain. t(-_____-t)
 Amir Ishak is one of kawan MRSM aku yang memang dari awal masuk sampai sekarang tak putus contact dengan aku. but, he knows me well. more than other guys do. dia tahu buruk baik aku macam mana dari dulu. 




and a fridge magnet untuk mama Suria. 

dia ingat lagi dekat mama Suria. and so do I. aku suka mak dia. serious mak dia lovely gila. bila tengok mak dia aku rasa macam aku tengok mama Suria. 

and apa lagi bila jumpa kawan lama ofkoz lah kita nak throwback and flashback segala memories.  

so I asked her : Hanis, kau tak ada ker gambar gambar kita yang lama lama? 
Hanis : Ada. dalam album. jap aku check. 


sebenarnya kalau ikut hati aku taknak pun cerita atau post dekat sini gambar gambar masa sekolah rendah. sumpah selekeh. memang aib sangat.

oh cemerlang sangat. dan memang aib sangat. 

 kalau korang pandai cuba teka mana aku.  

AIPPP. JANGAN GELAK. hmm. 

tahu tak sebenarnya berjuta juta keberanian cuba aku kumpulkan untuk aku post gambar ni. since i cant believe i was that nigga. dan paling parah bila aku berbaju serba merah. masalahnya sekarang aku sorang jer yang warna merah. lain steady jer pakai tudung simple putih plain, itu yang aku wonder sekarang kenapa aku nak kena over macam ni?? hmm. disaster sangat.  

bila aku tunjuk gambar ni dekat abah Nazan.

tasha : "abah tengok ni gambar *Ya masa kecik kecik tak lawa langsung kan!"

abah Nazan: (Abah Nazan gelak dulu dalam lima minit) eh Ya ker ni? uuuiisshhh. 'striking'nya. dalam gambar ni abah nampak Ya dulu. Ni mesti mama yang pakaikan baju untuk Ya ni. 

tasha : "tu lah Ya pun rasa mama yang pakaikan. sebab kenapa Ya sorang jer merah! malunya! "


dalam keadaan acah acah marah, aku pertikaikan kenapa aku sorang yang serba serbi merah. 

Hanis cakap : Kau kan Diva. dari dulu lagi kau suka ambil perhatian orang. 
tengok ni harini pun kau pakai baju warna merah. 

seriously. statement hanis sikitpun tak kelakar. and still i cant i believe I was that nigga.  

exactly. dari dulu sampai sekarang aku memang suka sangat dengan warna merah. taktau apa masalah aku. kadang kadang rasa macam Juhi Chawla pun ada. hmm.

nevermind. forget it. 

but the most important is bila dapat jumpa my barbiemate and Oh aku bersyukur sangat dengan Tuhan sebab bagi chance untuk aku jumpa dia. 


yes babuji. study rajin rajin and never stop learning.  ill always miss you and thank you sebab selalu permudahkan urusan kita I mean even kau jauh sekalipun, i can see your effort untuk pastikan kita dekat. I like that part. How you could spend your time and everything seems so close. I wish the best for you my dear and last but not least. Be my dentist :*


and oh yes talk about pagi tadi. dan seharusnya cerita pagi tadi belum habis. aku harap Jiran aku baca part ni. semoga dia rasa bersalah dengan aku. LOL




subuh tadi Muzz yang excited cakap okay tunggu hujan berhenti nanti kita jog. aku tunggu punya tunggu. dia sedap sedap jer tidur balik. hmm. 


tak pasal pasal shyra yang kena marah dengan aku. kesian shyra. atototo. cowiieeee :3 


lagi tak best bila nak breakfast sorang sorang. boring. memandangkan abah Nazan dengan Mama Suria sibuk dengan kerja diorang. so tak berani nak kacau. 
muka serius jer semua. hmm. tak tau nak kawan dengan siapa. masuk bilik. 

nak melukis. atas meja tapi meja bersepah. hmm. kemas? malas.


since meja bersepah. nasib baik ada katil. dan sebab tak ada orang nak tolong tangkap gambar aku tengah melukis. jadi aku tangkap lah sendiri. selfiesangat. dan tolong jangan benci aku please. actually aku nak lukis mata sendiri tapi tak jadi. hmm. 




bukak insta nampak drama. hmm. 
Ouhh. padan muka Muzz. Shyra dah tacing dengan dia. 
so moral of the story, janji jangan dicapati. :3


and oh yes thank you to Dara.com sebab aware dengan kewujudan blog saya.
I already knew about this a month ago bila Team Dara.com contact through facebook mintak personal detail, gambar, blah blah blah. this is Dara Magazine November Issue and issue bulan ini ialah berkaitan dengan Blog and Blogger. 

Thursday, September 26, 2013

senandung rindu

Bismillah

Alhamdulillah. saya tak tidur lagi.
Alhamdulillah. sekarang dah jam satu pagi.
Alhamdulillah. Dan esok saya kena masuk kerja.

keliru sama ada untuk suka atau duka.

dan memikirkan tempoh hari praktikal semakin tamat. juga saya rasa keliru. suka dan duka. sama banyak. Mixed feeling. hmm.


#tajuknakfenfeelingjewwwr. #senandungrindu


well. harini (25.09.2013) hari jadi jiran aku.... *winkwink* 

People : harijadi jiran pun nak cerita ker?
Tacha  : eh. sukahati kita lah. 




Ini lagi satu masalah. Aku selalu lupa birthday kawan aku. sampai masa aku tiba tiba ingat birthday diorang. Mesti tersalah tarikh. 


Conclusion : kira lupa jugak lah tu tacha. sigh. -_-"


well well well. Happy birthday Muzammil Farhan ! dia ni baru putus cinta jadi aku tak boleh nak kutuk kutuk dia sangat. nanti muram. So Muzz. Happy Birthday bro. semoga tak jatuh cinta lagi buat masa ni dan terus bercinta dengan Tuhan sahaja. know your aim. you told me once before yang your future is too bright till you have to wear shades rite? so, keep moving forward and may You showered with bless. and ill always missing you like hell my jiran :) 



yang ni! oh. tak. bukan. ni bukan dia. bukan bukan. 

yes. yang ni.  ini baru dia. hamboi. tunjuk dada. insaflah kiah...

dalam hati korang ada tak terlintas 

"eh muka dia macam bront palarae lah!"

"owemji owemjii. macam artis!"


(kalau tak terlintas takperlah. mungkin aku sorang jer kot)




ughh. STFU. aku pernah cakap benda alah ni masa tengok tv dengan dia dekat rumah. tiba tiba keluar muka Bront dekat cermin TV rumah aku. dan dia bangga. hmm. annoying. even kitorang jiran. dia kentut pun aku boleh dengar. Tapi kitorang susah nak jumpa. padahal kalau dia cuti sem, terus inbox aku "tasha jum lepak depan pagar" tak pernah aku join. malas do bro. aku tidur lagi bagus. dan alhamdulillah. openhouse baru baru ni. great to meet cha :3


ouh ini gambar dua tahun lepas tak silap. masa ni kitorang nak pergi pasar malam sama sama dan sangat rugi chuolls tak boleh tengok gambar i yang 
gojez al-haktuih.


i have nothing to give lah bro. mungkin apa yang aku mampu. macam yang kau requested selalu. mintak aku masak carbonara untuk kau. Insyaallah. aku tak masak. aku tapau jer lah dari mana mana kedai ok? 


8 tahunss kitorang dah berjiran dan berkawan. wtv it is. aku cuma harapkan yang terbaik dalam hidup kau dan sentiasalah berkelakuan baik dengan aku memandangkan semua rahsia kau dalam tangan aku. 

kalau tak. aku bakar jer kelisa kau.

Rahsia semakin hari semakin gay boleh tanya dia. okay.


 galaxy note 3 dikeluarkan di Mesia masa harijadi kau bro. 
dan kalau kau nak tahu, Samsung pesan corakkan hidupmu 
since hidupkau sangat lah bosan tanpa kitorang.

belum masuk oktober tapi the plan nampak macam dah busy. 
bukan macam. tapi memang busy. hmm. 

aku sendiri macam tak percaya aku busy. ternyata. aku bukan acah acah busy macam yang orang lain cakap. aku memang  busy. dan aku tahu yang aku dah banyak mungkir janji dengan kawan kawan aku konon nak jumpa. konon nak gosip. konon nak makan sama. konon nak mandi sama. konon nak joging. blah blah blah. deep inside, aku sentiasa mencari ruang.






Saturday, February 16, 2013

Unremarkable Post

Bismillah...



Nama saya Natasha Nazan. Biasanya orang panggil tasha. tapi kadang kadang macam macam nama saya dapat. Lecka - lecka memang dari azali. tapi Tasah. Tacha. Acah. Tasiah. itu semenjak dua tiga tahun ni. dan lepas ni tak tahu nama apa pulak. Tahukah anda bahawa saya sudah pun berada di Perak dari semalam dan saya sudah pun kerugian dua hari cuti. Dua hari babe.

*tengok calendar*

Jumaat
10 : 00 am - Sampai UiTm Perak
12 : 00 pm - pusing pusing dalam bilik
  1 : 00 pm - tidur
  3 : 30 pm - merangkak dari katil . cari kepci. (KFC)
  6 : 00 pm - Mandi (perlu ker nak cerita pergi mandi? soalannya sekarang perlu ker?)
  7 : 00 pm - on facebook. twitter. and baca blog sendiri.
  8 : 30 pm - mama Suria and abah Nazan call. 
  8 : 35 pm - start buat kerja. Bosan. yang teramat. 
12 : 00 am - mata dah berat tampung air mata. lonely gila malam ni. Tsk Tsk :'(  
12 : 15 am - call Naim + Muqri + Shahir + Najmi + Iqbal untuk cari topup nak call my baby Irma :'(
  
okay. pause it right here. masa ni aku call semua kawan kawan rapat yang ada dalam phonebook aku. yang aku rasa antara top friends yang akan selalu say yes untuk tolong aku. but then 4/5 cakap tak boleh sebab semua tak keluar malam ni. And final option memang aku call Muqri. 

"Eh tasha apahal call aku ni malam malam?"
"Nak topup.. :("
"ouh kau nak topup cari aku en?"
"Muq!! Nak topup! pleaseeee"
"kau kenapa ni?"
"Sedih. nak nangis"
"asal weyh?"
"aku sorang sorang kat perak dari pukul 10 pagi tadi and aku  need someone. nak call orang"
"laaa. borak lah dengan aku. haha"
"tanak. call kau mahal"
"ouh. memilih kau! kedekut! "
"Muq cepat lah topup kan! aku serious. nak nangis sangat ni!!!"
"haha. okay okay untuk kau aku keluar sekarang jugak"
"Yeay!" *sambil lap air mata*

pukul 1 : 00 pagi topup digi masuk. aku mintak tiga ringgit jer. Muqri bagi lima. sayang jugak kau kat aku. heww heww. and without thinking terus cepat cepat aku call Irma and nangis dekat dia jugak sebab aku rasa homesick nak mati. serious talk...

aku menyesal balik perak awal. demm.


and pagi ni. bangun pagi. terus terfikir. apa aku nak buat harini? okay aku ada satu lagi assignment yang tak siap. FURNITURE DESIGN. 

ini adalah subject yang paling aku tak suka.

aku tengok jer assignment ni. pernah tak korang tengok homework lama lama and rasa macam nak nangis. benci nya. kena design satu furniture yang fully made from metal. okay. 100% metal. aku nak buat furniture apa ni? tengok sekeliling aku. furniture apa jer ada? *krik krik* okay finally. waaaaaaa.. I found it!



Yes. Locker bilik aku. 100% metal!!! 


so aku gigihkan badan. ikhlaskan hati untuk buat assignment ni. ambil measuring tape. ukur. 



aku ni rajin sebenarnya. pilihan jejaka Malaya tahu? aku jer yang jual mahal. 
*okay sila lempang aku*


ini jer lah cerita aku. remeh temeh kan? tapi sebab aku bosan duduk perak sorang sorang. sebab tu update blog benda yang agak remeh temah yang aku rasa sebenarnya tak payah cerita pun tak per kot. 

kbye.