Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

the busy December

Bismillah...


Finally. Aku cuba peruntukkan masa untuk update blog. sebenarnya aku nak update semalam semalam. 1st December. konon konon nak ambil tarikh sedap. tapi sebab penat dan busy dengan final project tambah pulak dengan komitmen sebagai Senior. aii tak mampu chuollz. 


okay. Godai dengan senioriti kau. sebenarnya aku tak rasa pun aku ni senior, ada time aku rasa aku senior bila junior salam cium tangan aku. masa tu baru aku rasa betul betul senior dan macam power sikit. sikit jer lah. lulz.  actually its not about seniority pun. ia adalah sebagai tanda hormat. 





one of my roomatez. Liza. a Kelantanese girl asked me.



Liza : tasha, kau nak buat kerja ker malam ni?

Tasha : tanak. aku nak update blog. 

Liza :  Ouh kau ada blog ker? 

Tasha : ... eh. kau tak tau ker aku ada blog??? biar betul kau.  



dah tiga tahun aku kawan dengan dia. tapi dia tak pernah tahu tentang aku. okay. that was the visible sign yang there's no one care about me. *tacing* masalahnya aku feeling retis. hmm. fine then.  




okay wtv it is, since aku ada camera yang setengah canggih. so aku teman kawan aku pergi Site for our final project. dan macam biasa. memang kerja aku yang kena tangkap gambar site diorang. 


for those yang pernah study di Seri Iskandar, Perak. this is the latest punya images for Seri Iskandar since dulu dekat Seri Iskandar, memang tak ada apa apa tak membangun langsung. dan abang aku dulu pun students Seri Iskandar tahun 2007 dan aku stll ingat memang masa tu Lame gila tempat ni. Tak ada apa apa. but now there's lot of buildings yang dah naik. You name it, apa jer yang tak ada dekat Seri Iskandar sekarang. 



Tutti Frutti, cinema, bowling centre, kfc, Delivery Pizza, Mc Cafe, blah blah blah. Cuma imaginasi aku aku sangat sangat mengharapkan one fine day Subway akan bukak dekat sini. dapnyewwrrr. lulz. 


kawan aku memang suka acah acah rajin.

 Meet Thirah. sebab diorang pergi Site tak bawak measuring tape. so aku suruh dia berdiri macam tu lepas tu pandai pandai lah ukur sendiri secara manual. aku harap Thirah tak baca blog aku. cuz I bet dia akan marah aku upload gambar  ni. 


berani pulak dia nak marah aku. *rofl* 





dulu aku pernah kutuk perempuan yg pergi site pakai kain pakai dress. well, now i do believe that Karma really hit us. Demm Tasha. Demm!



And after setel kerja. we drove to Aeon Ipoh.

looking and researching for a new product since product Bio-essence 
 (bird nest) yg aku pakai sekarang macam tak der effect sangat. dan SK II sangat mempengaruhi aku dan mana mana perempuan. seriously I can feel the rejuvenation of skin. dan amoi ni pandai psycho aku suruh beli. hmm. 




besides, SK II is my client for this final project. Im going to design a Boutique Spa for SKII in Malaysia.  Semoga Tuhan curahkan idea yang melimpah ruah dan permudah kan segalanya.




thank you to SK-II and Sime Darby Property 
for helping me to run my Design Proposal. 



there is a must untuk cari restoran baru and try the dishes blah blah blah. so we went to Pappamia, ipoh chinese restaurant. and i guess i give 3 out of 5 (Y) 
makanan cina dekat Ipoh belum pernah lagi menghampakan aku. Seriously. 


 I bought new shoes lagi and mama Suria didn't know about this. I guess after mama Suria baca this entry maybe dia akan call aku. maybe. tapi aku harap tak. aku tak suka disoal siasat. 



the next morning. memang aku kena hadap kerja lagi.Duhh. Furniture Design. Subject yang paling aku tak suka. stress sikit sebab kitorang kena design and build up real furniture. Human Scale. nasib baik grouping. tapi kalau dah tention sangat memang aku kunyah kertas kertas ni semua.  

Bella dan Alya cuma datang untuk sepahkan bilik aii. 
tapi kalau designer memang bilik dia bersepah sikit. wkwkwk :3  
anyway thank you babes for helping. I cant wait to see our human scale furniture nextweek :) 



insyallah ;) 

Sunday, April 7, 2013

Your Request

Bismillah..

study week sekarang dekat UiTM. tak kesah lah UiTM mana. semua sama. cuma saya wakil dari UITM Perak yang dah habis exam. Ulang suara. saya dah habis exam!!!! *angkat kening* ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua pelajar diploma yang belum habis exam atau yang baru nak assess final project dengar cerita haha. best of luck lah. dan untuk yang bercouple couple, jangan gaduh gaduh nanti stress, kalau susah sangat. break jer. kita cari lain. okay, tamat iklan penaja. bosan. kawan kawan aku ramai yang dah balik. 




sebenarnya. jujur. ini sepatutnya entry ini dipost pada 3April. tapi sebab aku terlalu sibuk. (tak habis habis sibuk. I bet korang pun dah bosan dengar) 

Macam mana nak mulakan entri jadi masalah sebab target aku supaya chuolls faham. hmm. okay. for those yang belum tahu aku Student part four. (sebenarnya tak ada siapa heran) aku ada lagi dua semester dekat UiTM Perak. Tapi next semester I won't be here.  aku akan ke Internship session. Dan bila aku balik ke UiTM Seri Iskandar Perak pada December 2013 dan dengan rasminya. aku SENIOR. hell yeah! (kau boleh godai dengan senioriti kau tasha)


dan bila senior aku akan berhadapan dengan real project dalam Interior Design. So naik Part six weolls kena handle satu project dan present di hadapan panel luar yang memang tak kenal kau langsung. aku excited untuk handle real project dan dalam masa yang sama. aku takut. 



dan senior aku. Part six. ada presentation Final Project masa 1st - 3rd April 2013. Sebab tu tadi aku kata sepatutnya entri ni dipublish pada 3 APRIL. aku tak suka lah nak cerita benda benda basi. okay by the way deyollss kena bentangkan design deyolls dihadapan pensyarah pensyarah luar. Ini yang aku AKAN buat bila aku naik part six nanti. so. aku join lah presentation tu UNTUK dengar komen pensyarah pensyarah luar WHAT WE REALLY NEED IN DESIGN.  

"aku kan student Interior Design" *angkat kening*





cuma ini jer gambar yang aku sempat tangkap masa pembentangan design berlaku. sebab aku sibuk mencatit apa yang patut for my own guidance. hobi aku yang chuolls belum tahu selain menconteng aku suka mencatit. tolong lah percaya. Tapi. apa yang paling paling aku nak share dengan chuolls ialah,komen secara keseluruhan dari panel panel luar.

benda ni pun ditujukan khas untuk students ID sebab entri kali ni direquest oleh beberapa orang kawan ID aku yang tak sempat nak join part six baru baru ni. so semoga aku menjawab permintaan korang. 




*TONE SERIOUS*

Sebenarnya aku rasa bersyukur sebab ada pensyarah yang mungkin tahu apa yang aku cari. seolah olah dia tahu yang ada dalam hati dan fikiran aku.  dan dia yang suggest untuk aku join duduk dengan part six (feeling senior sekejap) dan dengar apa yang perlu untuk aku. 


sekiranya kita ikhlas, tanpa meminta. Dengan sendiri Tuhan akan sampaikan apa yang kita inginkan. tak perlu bercerita kelangit. tak perlu riak. tak perlu takbur. Untuk Tuhan bercakap secara direct dengan kita depan depan, Tuhan tak mungkin akan melakukan itu dengan kita. belum cukup layak. TAPI Tuhan sentiasa ada cara. Manusia itu menjadi medium untuk Allah menyampai kan sesuatu kepada kita. 

"Tasha. you datang esok dekat sini pukul 2.30 petang. esok penting untuk You dengar apa industry sekarang nak" - Cik Fairuz




PAGE ONE


aku tak tau nak olah dan rumus macam mana tapi ini yang aku salin sebutir sebutir perkataan yang keluar dari mulut panel panel luar ni. tak ada tokok tambah.  boleh baca tak? 





lulz. okay. here. aku translatekan. dan aku harap korang faham. itu jer aku harap.







intro :


"mulakan hari dengan berjumpa Allah SWT." - Dr. Marzukhi





First Panel : 



"kadang kadang kita kerja kena marah, kena maki. tapi kita sebagai designer kita kena kuat dan kita kena terima kritikan. mereka kritik bersebab. You know, majority dalam industry bukan bangsa kita (melayu). Saya sendiri mengaku. saya tak pernah bekerja dengan orang Melayu.  Tapi kita kena sesuaikan diri kita. You tahu, jangan rendah diri jadi Melayu. Jangan Takut. Sebab bila sekali mereka (yang bukan melayu ) suka dengan kita, mereka akan repect kita dan bila mereka respect kita mereka nak marah kita pun tak berani. sedangkan mereka marah bangsa mereka sendiri lagi teruk dari marah kita. sebab apa? sebab mereka nak didik bangsa mereka. Kita? So kita kena pandai sesuaikan diri di mana mana sahaja. Kalau you sibuk nak pilih kerja. kerja mana mana pun sama. Company ditubuhkan. bukan untuk buat kita happy. Tapi dia yang nak kita buat dia happy. Pandai pandai lah nanti you letak diri you macam mana. JANGAN TAKUT. Kerja dengan tekun. Ikhlas dan insyaallah you akan berjaya. Kalau mampu sambung lah study. Competition sekarang sengit. Bukan dalam malaysia jer. tapi dalam dan luar negara, You tak nampak semua tu. So again. Jangan takut." 





Second Panel : 



"sorry lah weolls dera you selama enam semester ni. haha. tapi dera yang I maksudkan ialah untuk menjadikan you berguna.you tahu kan cuma 30% sahaja yang you belajar dekat sini akan di aplikasikan di luar dan another 70% is from your own experience. Kalau anda terlalu selesa. Anda tak kemana. Dan hari graduation sebenar kita adalah apabila kita dipikul orang ke liang lahad. Itu lah 'Graduation' kita yang sebenar. Jadi. I mohon. Selagi kita belum 'GRAD' carilah ilmu"


"okay cakap tentang design. I nak sentuh beberapa perkara. Antaranya ialah tentang,

SPACE PLANNING :
Dalam design. odour activities adalah dalam contact PRIORITY.

FOCAL POINT : 
You kena separated kan mana penting dan mana yang tak penting.


THE FLOW


DESIGNER & DETECTIVE :
As a designer, sebenarnya you juga adalah investigator , atau pun detective. Detective merupakan seorangyang bersungguh sungguh dalam menyelesaikan masalah. Dia yang bersungguh sungguh untuk mencari siapa penjenayah sebenar. Dan detective juga sanggup untuk jadi petani, nelayan, orang gila semata mata untuk mengkaji dan mencari maklumat bagi menyelesaikan issued. so you bukan sekadar mencari sesuatu benda.


FAHAM PACKAGED
PERSPECTIVE DRAWING :
Indicate properly you punya ruang dalam perspective tu bahagian mana. 


ALL DESIGNERS : 
tak kesah lah you siapa. Interior designer, graphic designer, fashion designer, ceramic designer sekalipun. Bila you design. you mesti ada tujuan bila design sesuatu. dan Setiap kita nak melakukan sesuatu, kita mesti ada tujuan. contoh : 

"hoi jemah nak kemana tu?"
"tak kemaneeeee. sajer jer" 

ini jawapan orang melayu. tipikal melayu. bila ditanya nak kemana. "tak kemana. sajer jer." sedangkan kita seharusnya jawab seperti orang  bijak. jawab jer lah nak kemana, selari dengan soalan yang diajukan dan dari situ nampak yang kita ada tujuan. apa lah salahnya jika kita jawab dengan proper. Kita nak orang Melayu kita buat sesuatu dengan tujuan yang jitu.


DESIGN PROCESS :
Faham kan subject matter you dengan lengkap.





Third Panel : 



"Evaluate diri awak. Harini you dapat diploma. And this is not a full stop. move to the adventure level. Saya mohon kumpul lah ilmu sebanyak yang mungkin. Persembahan diri dihadapan client. itu penting. Tapi cuma secara keseluruhan masalah uolls ialah sense of skill you kurang. kalau sesuatu ruang tu dapat memuatkan 28 orang pada asalnya dan selepas upgrading dapat loads 20 pax. itu tak betul. so it is something wrong here. Nampak lah yang you belum appreciate ruang yang ada. Tak cukup kukuh. Your sparkle of presentation pun sama. Dalam design you kena tahu apa program yang dilakukan dalam sesuatu kawasan tersebut? Just make the design so simple. Jangan bagi confusing. The maximum circulation is only 15%. Jangan bazirkan ruang. In working drawing. You lukis anak tangga pun tak lepas lagi. Scale material.Pun you tak tahu lagi. Perspective pulak tak ada human scale. Perspective perlu ada human scale supaya kita tahu dan nak tengok furniture you ni sesuai ker tidak. Bila dalam perspective tak ada human scale. kita lost. You jangan tipu lah dalam drawing. berani kerana benar. bukan berani kerana tipu sana tipu sini. Ingat. Setiap hari kita belajar sesuatu. Jangan nanti bila you kerja, on site lain on drawing pun lain. nanti esok banyak masalah.

 Be transparent, be accurate, be honest."



Fourth Panel : 


"This is THE END of your FIRST journey. Tengok balik kelemahan. Apa yang keluar dari you adalah apa yang masuk dari you sendiri. Jaga segala apa yang masuk. Listen and Observe. contohnya, You hear. But You don't listen. Hear and Listen adalah dua perkara yang berbeza. You kena FOCUS apa yang you listen and observe apa yang kita nampak. Kita mungkin melihat tapi tak perhati. Kalau tak observe dan tak listen, kita tak process segala apa yang kita dengar and lihat. Dia mungkin simpan tapi dia pergi entah kemana mana. Dan kita tak tahu apa yang kita nak process. Bila you listen dan observe, you tahu apa yang you nak buat dalam hidup. You should listen well. Observe well. Cuba tanya kenapa design you tak menyelesaikan masalah? You tahu kan, masa you jadi detectives, if You dont' listen to your client's problem, dan yang masuk tu dah pun salah. So yang keluar pun jadi lah yang entah apa apa. Sama macam doctor. Dia dengar problem You. Dia check fizikal You. And bila tak cukup dia X-Ray pulak untuk dapat kepastian. Process yang banyak. Dan bila dia dah diagnose. Dia akan bagi you ubat yang betul. Tapi apa yang berlaku dalam Uolls punya kerja, uolls bagi ubat yang SALAH. for those yang betul betul investigate Client's problem. Pasti dapat solve problem. Saya tak nak cakap pasal skill you. Cantik lukis itu bukan jawapan terakhir. The design might be fantastic tapi tak solve masalah. Dan ada yang tak pandai drawing tapi dia solve problem. Itu lebih bagus. Jadi kita reflect diri kita. Even this is the end of your FIRST journey, this is not the end of world. Nanti bila kerja jangan main main. Some people take a long time to success. and some people take a short time to success. Betulkan kesilapan skills. Benda masuk cantik. tenaga cantik yang masuk pun kuat. Kalau masuk rubbih. yang keluar pun rubbish. Technically. You kena berubah. banyak benda. Cuma manusia ni jenis lalai. Dia ingat segala nikmat itu adalah perkara yang betul. Sedangkan nikmat itu dikira sebagai ujian yang menguji setiap benda . Tanggungjawab you sebagai anak, students, bakal suami, bakal bapa dan sebagainya. You kena selalu berhati hati dalam membuat pilihan. Sebab You khalifah. dalam hidup You kena ingat bahawa hidup adalah ujian yang akan ditanya pada hari akhirat. Nikmat itu ada 12. Dan nikmat yang paling kerap disia siakan ialah nikmat kelapangan dan masa. Allah akan tarik jika lalai. Jadi tinggalkan sifat sifat sombong dan riak serta sebagainya. Bersyukur. dan Allah akan sentiasa memberi. Allah Maha Kaya jadi berdoa lah. Dalam hidup perlu ada keikhlasan. Pengukuran nikmat adalah salah satu cara bagaimana you handle segala kelalaian you di dunia. Perjalanan kita ke alam lain masih jauh. Bukan setakat as a designer. Ingat. Kita kena berfikiran jauh. dan bukan jadi orang yang pikir short term. 



okay thats all. and by the way. Picha got her new bow tie and so-called-home <3




she's cute. I know. 

Saturday, February 2, 2013

Back In Time - Part I

Bismillah.

aku demam. aku tau tak ada siapa nak amik tahu pun. tapi tolong lah kesian. (buat muka pokemon) tapi nak cerita jugak. aku demam. selsema. gatal tekak. gatal telinga. aku harap belum terlambat untuk ucapkan Selamat bagi Malidur Rasul baru baru ni. sempena thaipusam ek? dengan Maulud Nabi. so aku cuti  5 hari. cantik cantik after jer submission Gallery  aku cuti. Heaven on earth. memang aku tebus tidur aku kaw kaw siapa kacau memang kena flyingkick. bukan flyingkiss. kawan kawan gay dan lesbo sekalian aku terlalu busy sampai nak korek hidung pun tak ada masa. so dari 24th January 2013 - 27th January 2013, we went for a trip. A trip to Langkawi. 



"hekelleyh langkawi jer. tu pun nak cerita ker?" kalau ada yang cakap macam ni baik kau tarik balik ayat kau. dulu aku ni pengawas tahu? sebab aku tak mampu untuk trip jauh jauh. tanah melayu ni pun belum habis aku jejak. actually we went there for a purpose of study jugak as our next project is to design a Boutique Hotel.  




Sebenarnya malam ni aku tengah busy. tapi entah kenapa makin aku busy makin banyak pulak benda aku nak cerita. cakap pasal "cerita" dulu masa tadika aku selalu masuk pertandingan bercerita. mama Suria lah yang selalu ajar aku buat gaya arnab lah kura kura lah. yer lah dulu kan famous cerita arnab dan kura kura. bila hari pertandingan jer, aku mesti nak pakai lipstick merah. apa kau ingat kau gojez dengan lipstick merah? takder lah. masa kecik kecik aku suka bajet aku dah besar. nak kasut tinggi macam mama suria. nak pakai rantai gelang macam mama suria. nak pakai make up macam mama suria. masalahnya gedik aku nak make up melampau masa kecik kecik sebab aku sibuk feeling princess. kita flashback sikit. apa yang aku ingat dulu gedik aku macam mintak sumbat tv plasma dalam mulut tahu. dulu kecik kecik nak makan, mesti nak mama suap. malas makan sendiri. rasa sedap bila mama suapkan. nasib aku tak mintak mama kunyahkan jer. TAPI masalah aku bila setiap kali nak makan. aku akan cakap kat mama Suria :

"mama. kejap tau."

"nak pergi mana?"


masuk bilik mama abah.


cari lipstick mama. 


duduk depan cermin. 


pakai.


tengok cermin.


rasa cantik. 


senyum sorang sorang.


tabiat. aku mesti nak pakai lipstick dulu sebelum makan. MOTIF. mama tak marah tapi aku terlalu muda untuk pakai lipstick until mama takutkan aku dia kata "jangan pakai lipstick. nanti bila besar bibir jadi hitam macam keling" and aku ternganga dengar cerita mama Suria and since that day aku tak pakai lipstick sampailah aku tahu yang sebenarnya mama Suria cuma reka reka cerita so that aku tak rosakkan lipstick dia 
-________________- 


anda sedang membaca cerita yang dah lebih sepuluh tahun lepas. sebab aku rindu waktu aku ada dekat dengan mama. dekat dengan abah. waktu aku dengan adik beradik aku masih lagi sama sama satu rumah. main lego sama sama. aku teringat waktu aku pernah buat abah panic balik dari office semata mata nak hantar aku pergi hospital sebab aku sumbat lego dalam hidung and tak boleh nak keluar. aku rindu semua tu. sekarang semua dah besar. masing masing ada urusan sendiri. dah tak selalu jumpa. dan makin lama  aku rindu mama. rindu sangat. semalam aku call mama abah. menangis aku. tapi aku tahan. tak tunjuk kat mama abah aku nangis sebab aku tak nak mama abah risau. tapi seriously aku rindu. :'(




okay sebenarnya aku sedang update entry aku dalam keadaan tekak aku mintak megi goreng. aku baru makan sekali jer harini. Cedih. kalau boleh buat satu permintaan. setiap pagi aku nak bangun bukak locker dan tukar semua baju baju seluar seluar sotong sotong spentot spentot aku kepada makanan. then my life would be complete. okay kenapa aku nak cakap banyak ni? Main topic ialah Langkawi. tapi apa apa pun. aku tetap lapar. 




24.01.2013


Selamat Datang ke Langkawi dimana syorga bikini ada disini

 ini model model victoria secret. atau pun dalam bahasa melaya nya model model bikini. mereka sudah pun bersedia untuk beraksi. lulz.

okay okay sorry. kali ni aku tulis dengan serius. 

sampai jer dekat Jeti Kuah all of us cari kedai makan. and kitorang jumpa kedai makan Selera Pulau . but seems like nama kedai lagi sedap daripada makanan dia. dan paling tak best bila owner kedai dia cakap dia malas masak so nasi goreng jer yang boleh order. itu pun dia kata nasi goreng ayam jer dia boleh buat. and I was like.. aku datang jauh jauh lepas tu makan nasi goreng? baik aku jilat signboard kedai dia jer. 


Siapa tak kenal Tun Dr. Mahathir? kalau korang pergi negara arab atau belah belah Dubai dan Kuwait. cuba introduce diri dari Malaysia. Pak arab sana mesti akan cakap 
"ouh melezia! Mahathir, Mahathir." haha bangga tak? so Di langkawi, Galeria perdana dekat sini hanya menempatkan hadiah hadiah dan cenderamata yang Tun Dr. Mahathir pernah terima. Tapi dekat KL pulak lagi best sebab Galeria Perdana KL ialah rumah beliau sendiri dimana uguys boleh experience kehidupan beliau dari bilik meeting sampai lah ke bilik tidur Tun Dr. Mahathir. for more details, click HERE.



dari segi entrance design aku agak tertarik dengan rose window dia walaupun ada unsur gereja tapi rose window memang takkan pernah failed untuk buat aku ternganga. ditambah pulak dengan natural lighting dari luar. see the glaze. cuaca panas. tapi Subhanallah. cantik. 


 orang selalu kata kitorang kembar. tang mana kembar aku pun tak tahu.









ternganga tak tengok aku yang gojez? okay aku nak muntah. fine lah, aku tau aku tak gojez macam ceiling atas tu. ceiling design tu sangat gojez dan aku lebih tertarik dengan ceiling design dia daripada stuffs dekat dalam galeri ni. ceiling design yang bila aku tengok atas jer jangan kelip. aku rasa macam aku dekat istanbul. tiba tiba rasa diri ni gojez macam lisa surihani jumpa beto.








excited macam sepuluh tahun tak makan ice cream. Langkawi panas babe. serious aku perlukan gundik gundik ntuk kipaskan aku. 



balik hotel. masa untuk manjakan diri. esok ada appointment,


dan tiba tiba jer ada bokeh light. lulz.  :*


Im gonna stop here. sebab aku taip dalam keadaan mengantuk dan lapar. so for the next entry, im gonna share the best hotels in Langkawi. when i said BEST it means a 5 stars hotel. where we pay for the service and the natural environment you will never get in your house. jadi bagi aku masa untuk susun cerita dan gambar. semoga sampai apa yang aku  nak share dengan korang. bukan senang untuk dapat masuk hotel secara percuma dan jadi VIP untuk satu malam RM 16, 000, paling murah pun RM1000 satu malam. 
Tachanajan nak rehat. chow. assalamualaikum. and thanks for reading :*


Klik Twitter : Natasha Nazan