Saturday, February 2, 2013

Back In Time - Part I

Bismillah.

aku demam. aku tau tak ada siapa nak amik tahu pun. tapi tolong lah kesian. (buat muka pokemon) tapi nak cerita jugak. aku demam. selsema. gatal tekak. gatal telinga. aku harap belum terlambat untuk ucapkan Selamat bagi Malidur Rasul baru baru ni. sempena thaipusam ek? dengan Maulud Nabi. so aku cuti  5 hari. cantik cantik after jer submission Gallery  aku cuti. Heaven on earth. memang aku tebus tidur aku kaw kaw siapa kacau memang kena flyingkick. bukan flyingkiss. kawan kawan gay dan lesbo sekalian aku terlalu busy sampai nak korek hidung pun tak ada masa. so dari 24th January 2013 - 27th January 2013, we went for a trip. A trip to Langkawi. 



"hekelleyh langkawi jer. tu pun nak cerita ker?" kalau ada yang cakap macam ni baik kau tarik balik ayat kau. dulu aku ni pengawas tahu? sebab aku tak mampu untuk trip jauh jauh. tanah melayu ni pun belum habis aku jejak. actually we went there for a purpose of study jugak as our next project is to design a Boutique Hotel.  




Sebenarnya malam ni aku tengah busy. tapi entah kenapa makin aku busy makin banyak pulak benda aku nak cerita. cakap pasal "cerita" dulu masa tadika aku selalu masuk pertandingan bercerita. mama Suria lah yang selalu ajar aku buat gaya arnab lah kura kura lah. yer lah dulu kan famous cerita arnab dan kura kura. bila hari pertandingan jer, aku mesti nak pakai lipstick merah. apa kau ingat kau gojez dengan lipstick merah? takder lah. masa kecik kecik aku suka bajet aku dah besar. nak kasut tinggi macam mama suria. nak pakai rantai gelang macam mama suria. nak pakai make up macam mama suria. masalahnya gedik aku nak make up melampau masa kecik kecik sebab aku sibuk feeling princess. kita flashback sikit. apa yang aku ingat dulu gedik aku macam mintak sumbat tv plasma dalam mulut tahu. dulu kecik kecik nak makan, mesti nak mama suap. malas makan sendiri. rasa sedap bila mama suapkan. nasib aku tak mintak mama kunyahkan jer. TAPI masalah aku bila setiap kali nak makan. aku akan cakap kat mama Suria :

"mama. kejap tau."

"nak pergi mana?"


masuk bilik mama abah.


cari lipstick mama. 


duduk depan cermin. 


pakai.


tengok cermin.


rasa cantik. 


senyum sorang sorang.


tabiat. aku mesti nak pakai lipstick dulu sebelum makan. MOTIF. mama tak marah tapi aku terlalu muda untuk pakai lipstick until mama takutkan aku dia kata "jangan pakai lipstick. nanti bila besar bibir jadi hitam macam keling" and aku ternganga dengar cerita mama Suria and since that day aku tak pakai lipstick sampailah aku tahu yang sebenarnya mama Suria cuma reka reka cerita so that aku tak rosakkan lipstick dia 
-________________- 


anda sedang membaca cerita yang dah lebih sepuluh tahun lepas. sebab aku rindu waktu aku ada dekat dengan mama. dekat dengan abah. waktu aku dengan adik beradik aku masih lagi sama sama satu rumah. main lego sama sama. aku teringat waktu aku pernah buat abah panic balik dari office semata mata nak hantar aku pergi hospital sebab aku sumbat lego dalam hidung and tak boleh nak keluar. aku rindu semua tu. sekarang semua dah besar. masing masing ada urusan sendiri. dah tak selalu jumpa. dan makin lama  aku rindu mama. rindu sangat. semalam aku call mama abah. menangis aku. tapi aku tahan. tak tunjuk kat mama abah aku nangis sebab aku tak nak mama abah risau. tapi seriously aku rindu. :'(




okay sebenarnya aku sedang update entry aku dalam keadaan tekak aku mintak megi goreng. aku baru makan sekali jer harini. Cedih. kalau boleh buat satu permintaan. setiap pagi aku nak bangun bukak locker dan tukar semua baju baju seluar seluar sotong sotong spentot spentot aku kepada makanan. then my life would be complete. okay kenapa aku nak cakap banyak ni? Main topic ialah Langkawi. tapi apa apa pun. aku tetap lapar. 




24.01.2013


Selamat Datang ke Langkawi dimana syorga bikini ada disini

 ini model model victoria secret. atau pun dalam bahasa melaya nya model model bikini. mereka sudah pun bersedia untuk beraksi. lulz.

okay okay sorry. kali ni aku tulis dengan serius. 

sampai jer dekat Jeti Kuah all of us cari kedai makan. and kitorang jumpa kedai makan Selera Pulau . but seems like nama kedai lagi sedap daripada makanan dia. dan paling tak best bila owner kedai dia cakap dia malas masak so nasi goreng jer yang boleh order. itu pun dia kata nasi goreng ayam jer dia boleh buat. and I was like.. aku datang jauh jauh lepas tu makan nasi goreng? baik aku jilat signboard kedai dia jer. 


Siapa tak kenal Tun Dr. Mahathir? kalau korang pergi negara arab atau belah belah Dubai dan Kuwait. cuba introduce diri dari Malaysia. Pak arab sana mesti akan cakap 
"ouh melezia! Mahathir, Mahathir." haha bangga tak? so Di langkawi, Galeria perdana dekat sini hanya menempatkan hadiah hadiah dan cenderamata yang Tun Dr. Mahathir pernah terima. Tapi dekat KL pulak lagi best sebab Galeria Perdana KL ialah rumah beliau sendiri dimana uguys boleh experience kehidupan beliau dari bilik meeting sampai lah ke bilik tidur Tun Dr. Mahathir. for more details, click HERE.



dari segi entrance design aku agak tertarik dengan rose window dia walaupun ada unsur gereja tapi rose window memang takkan pernah failed untuk buat aku ternganga. ditambah pulak dengan natural lighting dari luar. see the glaze. cuaca panas. tapi Subhanallah. cantik. 


 orang selalu kata kitorang kembar. tang mana kembar aku pun tak tahu.









ternganga tak tengok aku yang gojez? okay aku nak muntah. fine lah, aku tau aku tak gojez macam ceiling atas tu. ceiling design tu sangat gojez dan aku lebih tertarik dengan ceiling design dia daripada stuffs dekat dalam galeri ni. ceiling design yang bila aku tengok atas jer jangan kelip. aku rasa macam aku dekat istanbul. tiba tiba rasa diri ni gojez macam lisa surihani jumpa beto.








excited macam sepuluh tahun tak makan ice cream. Langkawi panas babe. serious aku perlukan gundik gundik ntuk kipaskan aku. 



balik hotel. masa untuk manjakan diri. esok ada appointment,


dan tiba tiba jer ada bokeh light. lulz.  :*


Im gonna stop here. sebab aku taip dalam keadaan mengantuk dan lapar. so for the next entry, im gonna share the best hotels in Langkawi. when i said BEST it means a 5 stars hotel. where we pay for the service and the natural environment you will never get in your house. jadi bagi aku masa untuk susun cerita dan gambar. semoga sampai apa yang aku  nak share dengan korang. bukan senang untuk dapat masuk hotel secara percuma dan jadi VIP untuk satu malam RM 16, 000, paling murah pun RM1000 satu malam. 
Tachanajan nak rehat. chow. assalamualaikum. and thanks for reading :*


Klik Twitter : Natasha Nazan








No comments: