"...dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang orang yang beriman, supaya kamu beruntung"
Setiap dari kita sememangnya tidak terlepas dari dosa. begitu juga dengan saya. dan setiap hari kita bertatih untuk menjadi yang terbaik di mata Allah. dengan harapan Allah akan nampak kita. dengan harapan Allah akan jaga kita. dengan harapan Allah akan melindungi kita. Sesungguhnya Allah itu pengawas.
Saya bukan yang mahir dalam isu agama cuma ini sekadar perkongsian tentang saya dan manusia. Sewaktu saya cuba untuk menjadi 'a practicing Muslim' dengan serius atau dalam erti kata lain, bertaubat, pelbagai perkara yang terlintas di fikiran. Dan di dalamnya terkandung beribu kehinaan, keluluhan hati serta tunduk dan menghina diri kepada Allah. Tiada apa yang lebih menyentuh perasaan dari menghina diri sendiri atas kehancuran hati kepadaNya.
Apabila saya mula merasakan kehinaan dan kehancuran hati saya di hadapan Allah, ia tidak sama dengan kehinaan yang saya rasakan di hadapan manusia. Boleh sahaja seseorang itu berasa hina di hadapan manusia kerana kemiskinannya. Namun, orang yang bertaubat dan menghina diri kepada Allah pasti merasakan lebih dari itu. sesuatu yang sukar untuk diterjemah dalam perkataan. Dan pasti juga kita dapat merasakan luluhnya hati atas dosa besar yang telah dilakukan.
oleh sebab itu, ada kata kata dari satu petikan yang pernah saya baca :
"sedekat dekat keadaan hamba dengan Rabbnya adalah ketika dia sedang bersujud. Kerana saat itulah tempat menghina diri dan meluluhkan hati di hadapan Allah sebagai Rabbnya"
tidak saya nafikan. apabila kita mula sedar dan mula merasakan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan, akan timbul perasaan risau, takut, tidak tenang dan sebagainya. Pelbagai persoalan yang timbul. Syurga yang disangka senang untuk dicapai, sebenarnya sukar. dalam pada masa yang sama ia boleh juga menjadi senang. kita mula mempertikai bila kita akan mati, bagaimana kita mati, dan selepas itu dimana kita ditempatkan. Justeru mendorong kita untuk mula berasa rindu, cinta dan mula mencari jalan. sekaligus memaksa kita untuk meninggalkan perkara yang kita cinta selama ini kerana ia hanya meraih perhatian manusia bukan Allah.
mungkin inilah rahsia taubat.
Setiap dari kita mempunyai satu rahsia yang hanya kita sahaja yang tahu. dan Allah tahu. Tapi bagaimana Allah menjaga aib kita begitu indah. Dalam masa yang sama kita perlu berusaha bahawa kita tidak akan mengulangi dosa yang sama dan yakin bahawa Allah akan sentiasa melindungi.
Pada masa yang sama. kita juga bersyukur apabila sesuatu dosa itu dapat membawa kita kepada kebenaran. Dosa itu menjadi punca untuk membangkitkan perasaan takut, risau, dan taubat. Dosa itu menjadi sebab seorang hamba itu beristiqamah. Dosa itu juga menjadi penyebab kembalinya dia kepada Allah.
Jadi, kita tidak boleh menilai seseorang hanya kerana dosa kita berbeza.
Boleh jadi seseorang yang berbuat dosa, namun masuk syurga.
Ada kalanya, seseorang yang mengerjakan ketaatan, namun masuk ke neraka.
Boleh jadi. dan tak pelik untuk terjadi. Sebagai contoh :
dalam situasi pertama.
aneh apabila dia melakukan dosa. Seolah olah dosa itu makanan dan minuman nya seharian. Namun, ketika sedang bersendirian, sewaktu dia duduk, berdiri, berjalan, dia selalu memikirkan tentang dosanya. Dia selalu ingat akan dosanya sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat dan menyesal. Dia memohon keampunan kepada Allah dan pada masa yang sama dia bimbang dah mempersoalkan adakah Allah sudah mengampunkannya?
berbeza dengan situasi kedua.
seorang hamba yang melakukan kebaikan. Seolah olah kebaikan itu makanan dan minuman nya seharian. Ketika sedang bersendirian, sewaktu dia duduk, berdiri, berjalan, dia selalu memikirkan tentang kebaikan yang telah dilakukan sehingga ia menimbulkan perasaan takbur, ujub dan seolah olah dia telah mendapat kurnia. Seolah olah dia telah disenarai pendek sebagai ahli syurga. sehingga dia terlupa untuk memikirkan tentang dosa dan keampunan Allah.
jadi, anda sendiri boleh menilai antara dua situasi, yang mana lebih bermanfaat bagi seseorang hamba.
dalam satu buku tulisan Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, :
"Tidak diragui lagi, pelaku dosa itu seperti lebih mulia di sisi Allah serta lebih dekat dengan keselamatan kerana dia menjiwai taubat dan mengenang penyesalan atas dosanya, berbanding dengan hamba yang selalu membanggakan ketaatan dan mengungkitnya baik di hadapan Allah mahupun di hadapan makhlukNya."
sejujurnya saya tidak bercakap tentang issued pelaku dosa itu lebih disukai Allah. ternyata bertentangan. kita semua adalah sama cuma yang membezakan ialah takwa. apa yang saya cuba nyatakan ialah tentang kesedaran. Kesedaran diri kita dalam menilai manusia dari luaran.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa apabila Allah menginginkan sesuatu yang baik bagi seseorang hamba, dia akan menimpakannya dosa yang dapat membuat hatinya luluh, menjadikannya sedar akan kedudukannya yang jauh dari sisi Allah lantas membuatkannya mula berhenti melakukan dosa.
Ini lah rahsia dosa. dan juga rahsia taubat.
1 comment:
http://tashalecka-lecka.blogspot.com/search?updated-max=2012-03-31T17:52:00%2B08:00&max-results=1&reverse-paginate=true dekat post ni ada gmbr u free hair lagi. terlepas pandang ye? cepat2 tutup :) maaf sekadar memperingati.
Post a Comment