Hari ni 17.04.2013. birthday mama Suria pulak tu. dan harini jugak, Kucing aku beranak lagi. kongsi birthday. sweet gitteww. happy birthday chuoollss. mmuaah *kiss pipi* tak sempat aku nak upload gambar anak kucing yang baru lahir tu. sebab tak sempat tangkap pun. tak tau dia sorok anak dia dekat mana. hmm. kucing pun tau sorok anak.
"Happy birthday mama. mama dah 50 tahun" - abah Nazan
mama marah. sebab sebenarnya mama belum 50 tahun lagi. mama baru 48 tahun. baru lah sangat. haha. anyway. Happy birthday mama Suria walaupun saya tau mama tak baca pun semua ni. Tapi tetap nak dedikasikan entri kali ni khas untuk Mama Suria. I love you more than You could ever know. oh. Jarang sekali aku nak bagitau orang aku sayang orang. rindu orang. ego tinggi. lewlz. deep inside. aku cuma tak luahkan jer perasaan aku.
aku bukan setakat kecoh tarikh hari ni dekat blog sahaja. malah aku dah sebar sebar kan di twitter sekali.
mamat atas ni dia cakap tahniah sebab mama Suria dah selamat melahirkan anak. defuq.
aku salah cakap ker?
ATAU bahasa melayu versi aku susah nak faham???
ATAU dia yang tak faham bahasa???
persoalan nya sekarang.
SALAH AKU KER???
laha sungguh dia sama kan mak orang dengan mak kucing. gelojoh sungguh.
LAMBAT WISH . LAMBAT WISH . LAMBAT WIIIIIIISH.
yeah. aku lambat wish dekat mama Suria. Bangun pagi ni. nampak mama Suria dengan abah Nazan sibuk dengan kerja masing masing. So tak berani ganggu. sebab aku nampak abah dengan mama tengah stress setelkan pasal project diorang. So aku tak berani kacau mood diorang walaupun harini hari yang special.
And pukul 11 pagi baru aku wish dekat mama suria. itu pun aku siku adik aku.
"Iman. Hari ni birthday mama. pergi lah wish" - TASHA
"eh yer ker??" - IMAN
lagi bangang. dia tak tahu harini birthday mama.
-_____________________-"
aku wish jugak. beranikan diri. walau aku nampak mama penat. abah pun penat. mama abah jarang ada masa untuk kitorang. selalu sibuk dengan kerja. tapi bila ada masa. aku nampak diorang betul betul hargai masa tu. pagi tadi kitorang breakfast nasi ayam dekat luar. walaupun aku tau tak ada orang nak kesah pun tentang aku makan apa pagi tadi tapi ada aku kesah? ni kan blog aku.. tapi apa apa pun aku kena follow mama Suria and abah Nazan untuk setelkan urusan kerja diorang. dari pagi sampai petang. dari petang sampai malam. lepas tu singgah Jusco beli barang dapur. and after beli barang dapur. mama mengadu pening kepala. mungkin sebab mama Suria kurang tidur.
aku pun tak tau nak bagi respond apa dekat mama Suria tapi to show that im care. aku pun cakap...
"mama pening? sama. ya pun pening"
(Ya = nama manja aku dekat rumah. manja lah shangaat. puii)
dalam hati. aku terfikir. kuat diorang bekerja. mak bapak aku bukan macam mak bapak orang lain. kerja cukup bulan makan gaji. dah sah sah dapat gaji tetap. tapi mak bapak aku. kerja sendiri. business sendiri. mana ada gaji tetap. ada rezeki lebih. makan lebih. kena usaha lebih. dapat lah lebih. memang macam tu dunia business. pasang surut. tak tentu hari esok macam mana pulak. ini baru dua minggu aku dekat rumah. selama aku dekat U. yang aku tak nampak entah macam mana keadaan aku pun tak tahu. masa teman mama Suria and abah Nazan. diorang ada cakap.
"mama dengan abah dah tebas semak samun. tinggal anak-anak nak lalu jer. mama harap jaga semua benda yang mama abah bagi betul betul. mama abah tunjuk jalan jer. the rest. buat lah baik baik."
amanah dan kind of wasiat yang tak ada hitam putih. tapi aku faham dengan jelas.
Tapi. tu lah bila kita cakap pasal mak bapak. kalau kucing pun tau sayang anak. apa lagi manusia. macam macam mama abah buat. tapi ada aku sedar??? tak. aku tak sedar. sibuk dengan dunia aku yang konon nya sentiasa betul. aku tau aku silap.
aku silap banyak. banyak sangat.
SIMPLE YET MEANINGFUL
and after kakak Nadia balik kerja. baru kitorang gather and celebrate birthday mama Suria.
pada jam 6 petang. lambat. but it was very meaningful. meaningful lah untuk aku yang jarang dapat luangkan masa dengan family. sebab tu kadang kadang punya lah aku nak kejar masa dengan mama Suria dekat rumah sampai tahap :
- bila aku nak basuh pinggan pun aku nak pastikan aku basuh pinggan dengan mama.
- bila aku nak lipat kain aku nak pastikan aku lipat kain dengan mama.
- bila masak dekat dapur for lunch and dinner aku pastikan aku masak dengan mama.
- bila buang taik kucing aku pastikan aku tak ada dengan mama. lewlz.
tapi baru baru ni. aku ada tanya mama Suria.
"mama. bila kita nak buat cake sama sama lagi?"
"ah, malas lah mama. buat cake bukan ya makan pun. tau nak main jer."
and i was like -__________-"
yeah. aku bukan nak makan pun. cuma bila kita buat cake sama sama
kita boleh mesra mesra . manja manja. tak gitteww mama?
Adik iman akan selalu busy dengan phone dia. phone dia bukan canggih mana pun. tapi kalau banding dengan phone aku. phone dia lagi canggih. sekian.
tak cukup forum lah. abang Ezrin jer tak ada. so kitorang kirim gambar jer untuk You. cium lah puas puas.
Suria and her child's. walaupun Iman nampak macam terencat. tapi dia yang paling mama sayang. tak tau kenapa. masalahnya aku lagi comel kot. Kot lah. aku pun tak konfiden aku comel ker tak. lewlz. okay hambar sangat.
GAMBAR A
GAMBAR B
GAMBAR A dengan GAMBAR B tak ada beza pun. cuma posisi Iman ganti dengan aku. sebab tak tau nak mintak siapa jadi photographer. anyway. peace yawww :)
No cake.
No gift.
So Simple. yet so nice.
it is more nice bila we had a deep conversation. and we talk about our next plan for our family. yit was so touched bila abah Nazan and mama Suria bercakap tentang future anak anak. aku happy. dalam masa yang sama. aku takut.
takut tak sempat rasa saat saat bahagia dengan mama abah macam apa yang dirancang. you know. setiap benda yang kita sayang itu adalah milik Allah. dan jangan hairan kalau suatu hari kita kehilangan orang yang kita sayang. Jadi. kita cuma perlu meletak kan kebergantungan kepada Allah semoga hari esok yang masih ghaib akan jadi yang terbaik.
takperlu dilafazkan apa yang aku harap untuk mereka. tapi
aku doakan yang terbaik untuk Puan Suria dan Encik Nazan.
dan untuk Kakak Nadia. Abang Ezrin. adik Iman. kita jauh. somehow. I will never forget all the silly things we do together. and how we used to be enemies like hell. sumpah seranah yang macam haram. sebab masa tu kita tak pernah faham apa erti siblings. until, masa yang bergerak yang buat kan kita faham.
So this song is dedicated to my loves. Nazan's family. tolong tekan butang play sekarang. please. tekan. cis. sukerhati jer kan nak paksa. tapi tak kira. nak paksa chuolls dengar jugak. No it just... everytime aku dengar this song. it reminds me to my exceptional family.
and tadi. entah tiba tiba jer dapat tweet dari Wan Syaiman. budak studio aku.
Rindu aku letteww. Lewlz :3
.
2 comments:
Selamat Hari lahir to your mom :)
thank you dear :)
Post a Comment