Showing posts with label song. Show all posts
Showing posts with label song. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

HAPPY BIRTHDAY MAMA SURIA!

Bismillah.


Hari ni 17.04.2013. birthday mama Suria pulak tu. dan harini jugak, Kucing aku beranak lagi. kongsi birthday. sweet gitteww. happy birthday chuoollss. mmuaah *kiss pipi* tak sempat aku nak upload gambar anak kucing yang baru lahir tu. sebab tak sempat tangkap pun. tak tau dia sorok anak dia dekat mana. hmm. kucing pun tau sorok anak. 


"Happy birthday mama. mama dah 50 tahun" - abah Nazan


mama marah. sebab sebenarnya mama belum 50 tahun lagi. mama baru 48 tahun. baru lah sangat. haha. anyway. Happy birthday mama Suria walaupun saya tau mama tak baca pun semua ni. Tapi tetap nak dedikasikan entri kali ni khas untuk Mama Suria. I love you more than You could ever know. oh. Jarang sekali aku nak bagitau orang aku sayang orang. rindu orang. ego tinggi. lewlz. deep inside. aku cuma tak luahkan jer perasaan aku.


aku bukan setakat kecoh tarikh hari ni dekat blog sahaja. malah aku dah sebar sebar kan di twitter sekali. 


mamat atas ni dia cakap tahniah sebab mama Suria dah selamat melahirkan anak. defuq. 
aku salah cakap ker? 
ATAU bahasa melayu versi aku susah nak faham???
ATAU dia yang tak faham bahasa???

persoalan nya sekarang. 
SALAH AKU KER???



laha sungguh dia sama kan mak orang dengan mak kucing. gelojoh sungguh.



LAMBAT WISH . LAMBAT WISH . LAMBAT WIIIIIIISH.

yeah. aku lambat wish dekat mama Suria. Bangun pagi ni. nampak mama Suria dengan abah Nazan sibuk dengan kerja masing masing. So tak berani ganggu. sebab aku nampak abah dengan mama tengah stress setelkan pasal project diorang. So aku tak berani kacau mood diorang walaupun harini hari yang special. 



And pukul 11 pagi baru aku wish dekat mama suria. itu pun aku siku adik aku.

"Iman. Hari ni birthday mama. pergi lah wish" - TASHA
"eh yer ker??" - IMAN

lagi bangang. dia tak tahu harini birthday mama.
-_____________________-"





aku wish jugak. beranikan diri. walau aku nampak mama penat. abah pun penat. mama abah jarang ada masa untuk kitorang. selalu sibuk dengan kerja. tapi bila ada masa. aku nampak diorang betul betul hargai masa tu. pagi tadi kitorang breakfast nasi ayam dekat luar. walaupun aku tau tak ada orang nak kesah pun tentang aku makan apa pagi tadi tapi ada aku kesah? ni kan blog aku.. tapi apa apa pun aku kena follow mama Suria and abah Nazan untuk setelkan urusan kerja diorang. dari pagi sampai petang. dari petang sampai malam. lepas tu singgah Jusco beli barang dapur. and after beli barang dapur. mama mengadu pening kepala. mungkin sebab mama Suria kurang tidur. 



aku pun tak tau nak bagi respond apa dekat mama Suria tapi to show that im care. aku pun cakap...

"mama pening? sama. ya pun pening" 

(Ya = nama manja aku dekat rumah. manja lah shangaat. puii)







dalam hati. aku terfikir. kuat diorang bekerja. mak bapak aku bukan macam mak bapak orang lain. kerja cukup bulan makan gaji. dah sah sah dapat gaji tetap. tapi mak bapak aku. kerja sendiri. business sendiri. mana ada gaji tetap. ada rezeki lebih. makan lebih. kena usaha lebih. dapat lah lebih. memang macam tu dunia business. pasang surut. tak tentu hari esok macam mana pulak. ini baru dua minggu aku dekat rumah. selama aku dekat U. yang aku tak nampak entah macam mana keadaan aku pun tak tahu. masa teman mama Suria and abah Nazan. diorang ada cakap.

"mama dengan abah dah tebas semak samun. tinggal anak-anak nak lalu jer. mama harap jaga semua benda yang mama abah bagi betul betul. mama abah tunjuk jalan jer. the rest. buat lah baik baik." 

amanah dan kind of wasiat yang tak ada hitam putih. tapi aku faham dengan  jelas. 


Tapi. tu lah bila kita cakap pasal mak bapak. kalau kucing pun tau sayang anak. apa lagi manusia. macam macam mama abah buat. tapi ada aku sedar??? tak. aku tak sedar. sibuk dengan dunia aku yang konon nya sentiasa betul. aku tau aku silap.

aku silap banyak. banyak sangat.







SIMPLE YET MEANINGFUL

and after kakak Nadia balik kerja. baru kitorang gather and celebrate birthday mama Suria.
pada jam 6 petang. lambat. but it was very meaningful. meaningful lah untuk aku yang jarang dapat luangkan masa dengan family. sebab tu kadang kadang punya lah aku nak kejar masa dengan mama Suria dekat rumah sampai tahap : 

  • bila aku nak basuh pinggan pun aku nak pastikan aku basuh pinggan dengan mama.
  • bila aku nak lipat kain aku nak pastikan aku lipat kain dengan mama. 
  • bila masak dekat dapur for lunch and dinner aku pastikan aku masak dengan mama.
  • bila buang taik kucing aku pastikan aku tak ada dengan mama. lewlz. 


tapi baru baru ni. aku ada tanya mama Suria.

"mama. bila kita nak buat cake sama sama lagi?"
"ah, malas lah mama. buat cake bukan ya makan pun. tau nak main jer."

and i was like -__________-"
 yeah. aku bukan nak makan pun. cuma bila kita buat cake sama sama
 kita boleh mesra mesra . manja manja. tak gitteww mama? 




 Adik iman akan selalu busy dengan phone dia. phone dia bukan canggih mana pun. tapi kalau banding dengan phone aku. phone dia lagi canggih.  sekian. 

 tak cukup forum lah. abang Ezrin jer tak ada. so kitorang kirim gambar jer untuk You. cium lah puas puas.

  Suria and her child's. walaupun Iman nampak macam terencat. tapi dia yang paling mama sayang. tak tau kenapa. masalahnya aku lagi comel kot. Kot lah. aku pun tak konfiden aku comel ker tak. lewlz. okay hambar sangat. 



GAMBAR A
 GAMBAR B

GAMBAR A dengan GAMBAR B tak ada beza pun. cuma posisi Iman ganti dengan aku. sebab tak tau nak mintak siapa jadi photographer. anyway. peace yawww :)


No cake. 
No gift.
So Simple. yet so nice.

it is more nice bila we had a deep conversation. and we talk about our next plan for our family. yit was so touched bila abah Nazan and mama Suria bercakap tentang future anak anak. aku happy. dalam masa yang sama. aku takut.

takut tak sempat rasa saat saat bahagia dengan mama abah macam apa yang dirancang. you know. setiap benda yang kita sayang itu adalah milik Allah. dan jangan hairan kalau suatu hari kita kehilangan orang yang kita sayang. Jadi. kita cuma perlu meletak kan kebergantungan kepada Allah semoga hari esok yang masih ghaib akan jadi yang terbaik.

takperlu dilafazkan apa yang aku harap untuk mereka. tapi
aku doakan yang terbaik untuk Puan Suria dan Encik Nazan. 

dan untuk Kakak Nadia. Abang Ezrin. adik Iman. kita jauh. somehow. I will never forget all the silly things we do together. and how we used to be enemies like hell. sumpah seranah yang macam haram. sebab masa tu kita tak pernah faham apa erti siblings. until, masa yang bergerak yang buat kan kita faham. 


 So this song is dedicated to my loves. Nazan's family. tolong tekan butang play sekarang. please. tekan. cis. sukerhati jer kan nak paksa. tapi tak kira. nak paksa chuolls dengar jugak. No it just... everytime aku dengar this song. it reminds me to my exceptional family.




and tadi. entah tiba tiba jer dapat tweet dari Wan Syaiman. budak studio aku.


Rindu aku letteww. Lewlz :3
.





Sunday, February 3, 2013

Little Things - Part II

Bismillah. 

aku tak percaya yang budak studio macam aku yang selalu busy ni dah tiga minggu free. wow! (gosok mata) taktau nak buat apa. buntu. macam gila bila tak ada kerja. so, for sudden dah tiga hari duduk bilik, pusing pusing katil jer aku nampak. so tiba tiba Bella ajak keluar. Dia kata teringin nak makan western. hamboi. okay aku on jer. keluar mana jer Perak ni. Tesco jer lah paling hot kat sini.



 tak ada motif aku beli kotak ni. sajer. sebab dia lovely sangat. lovely macam aku. *wink wink*. takderlah sebenarnya sebab duit banyak sangat. hiks hiks hiks :3

 selama ni hari hari mintak lotion Yaya. so kalini beli aku punya sendiri. Vaseline Healthy white. LOL. sebab saya ni adik Beyonce. so kena lah pakai lightening lotion. Lulzzzzz :D

 ini hadiah birthday Alya Azlan. dia ni one of my studio mates. Comel tak? dia suka zombie plant sangat sangat sangat. so i bought these for her birthday. actually birthday dia dah lepas dan dia merengek nak zombie plant. sebab aku dah janji nak cari patung ni untuk dia so aku dah jumpa so aku pun beli. amik kau. sekali dua aku beli. aku ni sweet kan ? :') *dompet kosong*

waktu jalan jalan kat tesco, tiba tiba yaya jumpa biscuit ni. dia tau aku suka princess so dia pun bagi ni kat aku. menjerit aku waktu yaya bagi biscuit princess ni. cuker cangaaaat. tapi dia bagi jer.  yang bayarnya aku. aku suruh dia belanja. dan dan jer dia tak ada duit. empat ringgit setengah jer pun. sobs.





10pm baru balik bilik. taktau nak buat apa. esok kelas. nak tidur tapi tak ngantuk. nak online pun aku bosan. so aku pun main webcam. setting timer. syok sendiri. snap. dan ulang dan terus ulang. until tiba tiba phone aku ringing. standard hidup bujang. aku agak excited bila phone aku berbunyi. siapa pulak yang call. dan aku excited sebab jarang sangat orang nak call aku. apa lagi mesej. sebulan sekali pun kira nasib baik. 

Muqri? ouh. kawan sekolah lama aku masa kat MRSM dulu. so aku pun...


 "Hello Muqriiiiiiiiiiiii" 
(nada yang bercampur baur dengan muka excited dan pelik kenapa Muqri?) 

"Hye Tasha. Kau busy ker? "
"eh tak tak, aku tak busy. kau kenapa?"

"tak ada apa. sajer nak call kau. sebab aku tengah main gitar. tiba tiba teringat kau. so aku nak nyanyi untuk kau.  kan aku dah janji dulu"

ouhhh. hahahah. bestnya! bestnya! cepat lah nyanyi weyh! aku kira. Three... Four...!

So he strums his guitar and sing

...

kurang jelas lagu apa yang dia nyanyi. aku cuba dengar betul2. nak kata romantik. tapi macam aku dengar perkataan Negara. Raja. Rakyat. 

Sebab aku tak puas hati, so aku pun tanya dia.
"Muqri, ni lagu apa kau nyanyi ni?"

"Lagu Negeri Johor. Kenapa?"

Hmmm. Ouh -_________-"

Kenapa Tasha? kau tak suka ke?

hahaha.(aku gelak tak ikhlas) mana ada, aku okay jer lah. hahaha. (tak ikhlas lagi) okay. Teruskan lah.

all I have to do is Keep calm and enjoy listening.

 yeah. aku cuba untuk ikhlas dan enjoy.

...



Lagu Negeri Johor ni boleh tahan panjang lirik dia.

"okay Tasha. dah habis! thanks for listening. bye!"


okay Muqri.. Thanks for the song.. Lagu Johor pun aku okay jer. dan walaupun tak best tapi aku tetap enjoy hahaha. don't worry. aku seorang yang sangat menghargai every little things dalam hidup. so Thanks again Muqri Tanos. Tahniah lah sebab boleh menyanyi dan ada suara sedap macam chuck berry gitteww . dan tahniah sebab kau lelaki ke tiga yang nyanyi untuk aku. eh silap. empat. LOL.




P/S : hargai lah every single moments dalam hidup kita walau seremeh temeh  mana pun ia terjadi. 



klik Twitter : Natasha Nazan

Friday, October 5, 2012

abaikan. dan lepaskan.

Bismillah... 

memang tak semua yang kita rancang akan berlaku tapi sekurang kurang nya tak salahkan kalau kita berusaha untuk dapat kan sesuatu dan jaga sebaik baik mungkin tentang sesuatu? 

sesuatu yang mungkin kau kata penting buat kau.
sesuatu yang kau kata kau tak boleh hidup tanpa sesuatu.
sesuatu yang kau sendiri dah nyatakan kau sayang.
sesuatu yang sangat subjektif dan kau sendiri dah berani kata yang... 
kau akan berubah untuk sesuatu. 




aku sendiri jadi tawar hati with the term of Love. aku tak tau apa yang kau nak sebenarnya.



sekadar cukup syarat aku ada. 
sekadar cukup syarat aku kau punya.
sekadar cukup syarat. kadang kadang terasa diri bodoh kenapa nak kena sayang sampai aku sanggup buat apa jer untuk buat kau tau yang aku sayangkan kau. Sekalipun kita berbincang tak ada apa yang masuk dalam hati kau. Yang kau fikir cuma diri kau. 




second chance should never exist. 



Dan rasanya lebih baik aku jauhkan diri dari kau. all of it just hurtful.
I  will go. far. far from here. dan lupakan semua yang ada. 
dah tiba masa aku fikirkan tentang perasaan aku.
and the day I learn to fly, i will never come back here.
surrender. i have give up. on you.




I aim to make my life worth while by being an ideal. for example, 

  • taking care of my family, 
  • maintaining my true friendships, 
  • seeing every part of this world that I possibly can,
  • and of course, meeting someone (lelaki sudah tentu) with the same value of success. 

dan ini adalah Pesanan ringkas untuk lelaki yang bakal menjadi yang halal buat saya : 

dan bila nanti tiba masa awak kahwin dengan saya, heww heww. and when we have our own children, that like ourselves, we will teach them to work hard dan anak anak anak anakss wahh banyaknya anak kita haha okay sambung, dan anaks anaks kita mesti lah pandai melukis macam saya.  (okay dah puji diri sendiri nampak)  







  before im not used to listen to this song. But all of her saying was just true. 



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engaku tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

-yunazarai-