Bismillah,
Dugaan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Ada manusia yang diari kehidupannya lancar dan ada juga yang berdepan dengan pelbagai masalah tidak putus-putus.
Pengawalan 2016 bermula dengan baik dan bertambah baik apabila Allah mengilhamkan seseorang untuk mengadakan program amal 'Help the Homeless' di di sekitar kawasan CBD,Melbourne pada 3 Januari 2016. Sejujurnya pada awal aku memang tidak ambil kisah tentang program tersebut sehingga aku mula ingat tentang pesanan salah seorang daripada sisters bahawa "sebaik baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain" I started to question myself, why wouldn't I even try?
Lokasi aku ialah di Yarra River. Dan aku tahu sepanjang Yarra River di kaki jambatan memang ramai Homeless. Dan antara semua homeless yang kami jumpa, ada seorang hamba Allah yang memberi tarbiyah kepada jiwa aku sendiri. Dari jauh aku lihat fizikalnya tidak terurus. Seperti kurang siuman dan baju nya yang kotor. Dari jauh aku sudah nampak tetapi aku tidak punya keberanian untuk menegur. Jadi aku berpura pura tidak nampak dan meneruskan perjalanan melintasi dia tanpa berhenti atau menegur. Sampai di tengah jalan satu perasaan bersalah dalam diri aku yang membuatkan aku kembali semula ke arah lelaki itu. Hati aku tidak tenang. Dan aku sapa dia.
"Hye Sir, how's you're goin?"
Dia tidak menjawab. sekali lagi aku cuba untuk lebih dekat.
"Are you good?"
dia mengangkat pandangannya tepat ke arah aku, "Yes. I am."
Alhamdulillah he seems normal. tapi aku tak nampak dengan jelas wajah dia. Masa itu di tangan aku ada sebotol air.
"Hye, we are from the Muslim Organisation and we are here to give you this drink and..."
"No. It's alright I dont need that"
At first, aku terkejut dan kecewa apabila dia menolak pemberian aku. Aku tak faham kenapa dia menolak apa yang kami cuba beri. aku cuba sekali lagi berharap dia akan menerima tapi dia tetap menolak. And I said, "Sir you can just keep it"
"No, thank You. I have plenty here" sambil menunjuk makanan dan minuman lain yang dia ada hasil dari sumbangan orang lain. Astaghfirullah aku dah salah sangka dengan dia. Aku fikir dia Anti-Muslim sebab kami semua berjilbab. Memang tidak sepatutnya untuk aku fikir macam tu. sedangkan dia menolak sumbangan kecil aku kerana dia sudah pun ada minuman dan makanan. kalau ikut kan secara logik, dia boleh sahaja untuk simpan minuman yang aku beri sebagai bekalan hari yang seterusnya. Tapi dia tetap menolak.
Biarpun nikmat yang dia peroleh tidak lah sehebat mana hanya sebotol air tetapi dalam dirinya penuh dengan sifat qanaah. Aku tersentuh bagaimana dia boleh merasa cukup dengan apa yang dia peroleh? Betapa lapangnya hati dia untuk menolak dan bersyukur.
Sungguh, dia memberi refleksi kepada diri aku sendiri tentang satu perasaan syukur dalam diri aku. Namun realitinya ramai manusia yang lebih cenderung melihat kekurangan berbanding kelebihan terutama apabila kita diuji dengan sedikit kesusahan. Secara tidak langsung fikiran dan jiwa kita tertumpu pada kesusahan yang sekelumit lantas lupa pada kesenangan yang melangit.
Memang benar bahawa syukur itu letaknya di hati. Anehnya pengertian aku tentang syukur dengan nikmat sangat terbatas. Sedangkan jika dibandingkan kehidupan aku dengan lelaki tadi jauh berbeza. Andai sahaja sebelum ini aku mempunyai pengertian yang luas tentang nikmat, maka pasti lebih mudah untuk aku melihat kewujudan nikmat itu pada diri aku sendiri. Tetapi susunan cerita Allah sememangnya cantik.Tarbiyah dari langit yang disampaikan melalui situasi ringkas antara aku dan seseorang yang asing, untuk mengucapkan syukur melalui lisan dan sentiasa merasainya dengan hati.
No comments:
Post a Comment