Friday, July 22, 2016

Snow hunting - Mt. Hotham

Bismillah,


Assalamualaikum everyone :) 

Agak lama aku sengaja diamkan diri lepas aku update entri enam bulan sekali - kalini aku ada cerita baru yang aku nak cerita dekat korang terutama Mama Suria yang sibuk betul tanya 


"Bila nak update blog? mama nak baca ni."


Ye yer jer Mama Suria ni nak baca. Aku tak rasa pun dia baca semua yang aku bebel dekat sini. Dia nak tengok gambar jer tu. percaya lah cakap aku. 

Jadi sekarang ni bulan July dah masuk musim Winter dekat ostrolia. Ramai jugak yang tanya


 "ada salji ker dekat Aussie?"

Kena ingat Australia ni besar gila jadi kalau dekat kasawan tropical oz bahagian North seperti Darwin biasanya panas waktu musim winter. Jadi untuk rasa musim sejuk di OZ korang kena travel to highland of VIC and NSW untuk dapatkan snow. Analogy dia sama jer macam kau pergi cameron highland baru dapat rasa cuaca sejuk. faham ker? (Seumur hidup aku tak pernah sampai cameron highland.hmm.hmm) Manakala Tasmania adalah satu-satunya negeri di Australia dimana salji jatuh di paras laut. Jadi kalau pergi Tassie during winter, tak payah nak susah susah naik mountain untuk snow hunting. cemburu betul. 


Sepatutnya blog kali ni tentang RAYA DI BERLIN. Tapi entry BERLIN masih dalam proses jadi aku skip to WINTER TRIP di MT. Hotham. Kesah pulak kan korang pasal aku skip ker tak. tapi aku tetap nak juga bagitahu. Kalau tahun lepas aku main salji dekat Mt. Buller. Tahun ni aku main salji dekat Mt. Hotham. Boleh tengok dekat entry lepas. dan kalau korang klik tulisan oren tu terus sampai ker entry Mt. Buller. Dan kalau malas juga aku tak tahu nak cakap apa dah. 


Waktu Trip ke Mt. Hotham ni memang awal pagi buta lagi kitorang dah bangun dan bertolak ke Mt. Hotham sebab duration travel from Clayton - Mt. Hotham mengambil masa 6 jam.  


View dekat aussie ni tak banyak beza pun macam dekat Malaysia cuma dekat sini langit dia lagi biru. Tapi biru dalam gambar ni over sikit sebab aku edit. lulz. 

"Ciss patut lah gambar tasha semua nampak putih."

Kau diam. 


Dan kebiasaannya anywhere you go before you guys sampai dekat mana mana highland, kebiasaannya lah memang akan ada service shop yang sediakan macam macam. Jadi kitorang stop dekat sini untuk beli chain tayar for safety issue sebelum naik ke atas mountain. since tayar biasa tak mampu nak cengkam ice on road. tak tahu lah korang faham ker tak apa yang aku explain ni. buat buat faham jer lah. 



jadi dekat sini jugak kalau korang memang jenis kaki last minute semua benda tak reti nak prepare awal awal, jangan risau. dekat sini semua utilities dan snow attire etc etc dah siap lengkap ada. In terms of price, pandai pandai lah korang pilih dan budget. siapa suruh buat kerja last minute. 

Selain singgah untuk beli chain, kitorang terus jer sewa ski dari bawah. Normally korang akan ada tiga options nak main game apa bila dah sampai dekat mountain. Skiing / Snowboarding / Toboggan. 

"Toboggan tu apa Tasha?"

Takper nanti aku cerita. kausabajap. 

Dan kalau korang jenis yang tak reti nak buat pilihan asik nak gelabah jer bila suruh pilih. boleh jer kalau korang nak main semua benda. tamak betul kan. tak ada masalah pun tapi untuk beginner macam aku ni aku tak pernah pula main ski. tahun lepas aku just main toboggan jer. Jadi sebab ni tahun kedua aku di Australia aku upgrade main ski. walau satu apa pun aku tak reti. sis nubis. hmm. 

(from left : Kak Adlina + Kak Sheila)
Eksaited jer muka akak akak ni nak main salji. walau berapa sekali pun umur korang mesti tetap akan jakun gila kalau nampak salji. percayalah. sebab Mama Suria pun macam tu. Macam aku tak kenal jer kan perangai masing masing.  



after we hired the chain and skiing stuffs so kitorang pun teruskan perjalanan. Kalau korang memang jenis nature lover tak bosan nakhadap semua ladang ladang ni sepanjang perjalanan. boleh tengok lembu. masalahnya lembu sini bukan macam lembu dekat malaysia ni lembu yang tompok hitam putih tu.Aku tak ada gambar tapi aku ada pinjam satu gambar instagram dari kawan aku.

(instagram @Noraedrinaaa) 
Best betul dapat tangkap gambar peluk peluk macam ni dengan hasben. tapi bukan tu yang aku nak cerita. aku nak tunjuk gambar lembu dekat sini. tak terasa ker macam dalam iklan susu yang kita selalu tengok dekat tv tu? 


Kan aku cerita dekat awal tadi perjalanan ambil masa enam jam. jadi hadaplah korang dengan gambar ni semua sebelum gambar salji. 



Dan gambar selepas ni pula ialah sequence photos diamana aku akan tunjuk bezanya keadaan bila kau dah mula naik ke highland. 





korang tak rasa osem ker dengan gambar gambar aku?
kalau rasa osem komen please.

as usual dah sampai korang pun cepat cepat nak bawak masuk barang sebab eksaited nak tengok tempat tidur nanti macam mana. kan kan kan?

so ini lah Mt. Hotham. sebab aku ni tak suka tempat ramai orang. jadi kalau nak dibandingkan antara Mt, Buller dan Mt. Hotham personally aku rasa tempat ni memang family friendly. tak terlalu commercial dan tak busy. 


memang gila betul salji dekat Mt. Hotham ni. sampai nak tutup tingkap cecah bumbung. Jadi untuk siapa siapa yang nak datang oz during winter - musim winter adalah antara June - August. tapi berdasarkan pemerhatian aku July adalah waktu yang paling puncak dimana kalau korang pandai update dengan weather forecast  (boleh cek dekat smartphone korang) boleh rasa pengalaman salji turun dari langit aka Snowing.  

Jadi ini lah dia apartment kitorang dekat Mt. Hotham. The General Mt. Hotham boleh cek sendiri sebab aku malas nak carikan link untuk korang. Dari segi price serius aku rasa berbaloi cuma 525AUD / night. Kenapa aku kata berbaloi sebab dari segi facilities semua lengkap termasuk lah dishwasher / washing machine / cutleries / toiletries / cookware dan macam macam lagi. 

ini bilik tidur aku. so korang rasa berbaloi tak untuk bayar harga macam tu dan dapat view macam ni?

Bukan setakat view jer cantik siap ada ice tepi tingkap korang. memang tak boleh bukak tingkap lah kan cerita dia. sorry lah kalau korang rasa gaya cerita aku macam perempuan jakun. tapi aku memang batak pun bila nampak salji macam ni. hmmm. hmmm. 

Padahal aku rasa korang pun sama jer akan jakun jugak kalau nampak salji. 
:') 

"kan best kalau ada bae dekat sebelah." lulz. 

tepi pintu jer salji dan tinggi macam ni. manusia mana yang tak batak kalau nampak benda macam ni. 

see. Aku dah cakap dah bukan aku jer yang eksaited. mak bapak budak pun eksaited. macam kak Nadia dengan hasben abang Hafis. Eksaited sangat gigih tau angkat anak diorang posing sekali. anak dia muka redho jer. 

Oh aku lupa nak cerita yang Mt. Hotham ni lagi besar dari Mt. Buller. Jadi dekat sini korang akan ada 11 stops untuk main salji. dan apartment kitorang ialah di Stop 5. Setiap stop ada failities tersendiri. dan kalau korang nak pergi gunung lagi tinggi korang kena naik stop 1. dan paling rendah ialah stop 11. 

location : stop 11

stop 11 ni tempat orang main toboggan. so dekat sini lah aku nak cerita apa tu toboggan. 

haaa kau nampak tak benda biru yang akak tu tengah duduk tu. benda alah tu lah toboggan. macam mana nak main dia kau duduk jer lah dalam tu lepas tu meluncur turun bukit. aku harap explanation aku membantu. 

sampai ke senja kitorang main toboggan dekat sini 

lagi satu apa yang paling aku suka tentang oz ialah sunset dan sunrise dia tak pernah menghampakan aku :') 

kak baya ni full set dia pakai oren. senang betul nak cari kalau hilang. 

lazy ootd picture. Sorry gaizz standing takes a lot of energy. 

okay rasanya gambar ni dah boleh kalahkan gambar Mama Suria main ski dulu. 


sebab main ski ni bosan. (atau aku yang lambat pikap sangat nak pandai skiing) so kitorang stop dan main salji. lagi best. k gennaiittt nak tidur. 


NEXT MORNING

I WOKE UP LAIK DIZ. 

Yes bayangkan bangun bangun jer tidur dengan view ice dan sunrise macam ni. Hmm Heaven sangat. rasa taknak bangun nak stay dalam selimut jer. 

tapi sebelum checkout kak baya sempat lagi masak nasi untuk lunch kitorang. Tenkiu kak baya. :*

entrance apartment kitorang macam setinggan tapi dalam macam kondo. 
Jadi never judge a book by its cover. macam tu juga dalam proses berkawan jangan asik nak pilih bulu jer. eh. kbai. 

so untuk sightseeing dengan chairlift korang actually boleh pilih nak naik chairlift dekat stop mana mana. Tapi sebab aku malas nak gerak jauh kitorang pun naik chairlift yang dekat dengan apartment kitorang. So untuk per person 20AUD. 




nangis tengok budak ni main ski tak payah pakai pole pun :') steady. aku sendiri asik jatuh jatuh. mencikk. 

bagi aku chairlift sini tak lah setinggi mt. Buller. Tapi still cantik juga to see the view. Ni kalau abah Nazan naik benda ni aku jamin dia mesti gayat. 

Sedap jer kan kutuk abah Nazan dekat sini. Heww heww. 



selfie puncak. Kak baya ni tak boleh buat muka elok sikit ker? nama jer Dr. perangai. 

best nya tengok orang pandai skiing and snowboarding. apahal aku tak reti! T_T 

so cerita dia kalau tak reti nak skiing lebih baik korang hire class for 1 hour untuk belajar teknik2 skiing and snowboarding. tapi sebab aku ni kedekut jadi aku tak hire. Apa apa pun think about your safety guys. Its much way better untuk kita spend few bucks rather than to break your leg (ini bukan peribahasa) sebab asik jatuh main ski. 

haipp. jangan kutuk. sajer nak tunjuk lesung pipit kat tepi tu. 
*menyampah jer baca kan*

Sampai dekat atas I swear angin kuat gila. Dan since masa ni wheather pun panas. Demm. Actually okay jer untuk aku pakai one piece. rasa over dressed pula masa ni. 

so cerita dia kitorang naik atas untuk ambil gambar jer. dan now ready untuk turun balik. K burnt 20bucks macam tu jer. lulz. 


serius aku teringin nak naik chairlift dengan Abah Nazan. aku nak tengok muka cuak dia lepas tu record dan publish dekat You tube! mesti comel. XD


haihhh. rindu :') 


gigih lepas naik chairlift kitorang nak pergi main toboggan dan ski dekat stop 11. So korang nampak signboard bus belakang tu. Stop 5. 

service bus ni ada waktu waktu dia. bermula dari jam 830 pagi sehingga 6 petang. lepas tu 630 petang sambung balik sampai 9 malam kot tak silap aku. dan semestinya FREE. korang nak turun naik bus tawaf gunung banyak kali pun tak apa. pakcik tu tak marah.

nak keluar pintu bus pun view dah macam ni. menangis. hmm. memang betullah macam lagu frozen tu. Love is an open door :') 

actually banyak kali jer main toboggan tapi satu gambar pun tak ada sebab sibuk record video. nanti video sipa aku masukkan dekat sini. so korang just update jer selalu. okay?

ayat macam blogger famous jer kan nak suruh orang update selalu. puii. syok sendiri tasha ni. 

Lepas main toboggan kak baya sibuk bising cakap nak buat snowman. Tu yang seluar oren tu. haa dia lah yang kepoh sekali suruh buat snowman. 

okay actually kan setiap kali main salji orang first yang aku akan teringat ialah kawan Uitm aku Farhah Aqilah. kalau dia baca ni mesti terharu. sediakan tisu tau pa'ah. hiks hiks hiks. 

aku actually tak kenal pun minah tu siapa sampai lah satu masa tah macam mana boleh berdua duan jer dalam bilik dengan dia lepas tu dia ajak tengok movie Frozen sambil makan nasi lemak. Dah lah tak kenal lepas tu boleh sandar bahu pula. geli tau. Tapi serious lah movie frozen tu yang buat aku macam terinspirasi nak study oversea. LAME gila kan alasan. Dan sebab tu juga lah kalau apa apa yang melibat kan salji dan snowman aku mesti teringat minah tu. 

I pray that you will achieve the very very best in your life babe :* 

semua orang bertungkus lumus nak buat snowman termasuk lah budak kecik ni. Comel jer tangan kecik dia tu rasa nak gigit. aummm. Kah kah kah. 

Tapi kakak dia steady jer lepak santai baring baring tengok youtube. 

Selamat Hatri Raya gaiz!!! untung korang semua ada gambar raya dengan family aku dengan snowman jer. hmm. One of the fruits of being close with people you love (like your family) is Feeling safe. Jadi bersyukur lah yang korang semua masih ada dekat dengan family and friends yang betul betul kenal dan memahami. Bukan aku kata kawan2 sini tak kenal dan tak faham. It just different. Im still alone here but Alhamdulillah still survive dan my friends here are very very nice. I swear. 

 ANYWAYYY k dah siap snowman! dua lagi tu k. siap cucuk carrot jadi hidung. semangat kan bawak carrot sekali dari rumah. yang aku buat yang tinggi tu. k sajer nak bagitahu. 

Jadi aku tujukan kan snowman ni untuk Farhah Aqilah. 
sayang aku lebih k lepas ni. penat tau aku golek golek atas salji. 

So yes sesi bergambar puas puas sebelum snowman ni roboh. 

Actually eksaited lebih sebab ni kan first time aku buat snowman. tahun lepas tak jadi sebab aku tak tahu macam mana nak buat snowman. KAH! nampak dalam katun macam senang jer nak buat rupa2nyta ada teknik. LULZ. aku rasa macam kampung gila cakap macam ni. biar lah aku kan jakun. hmm. 

So yes ni lah semua orang yang involve dalam trip kalini. Family Kak Hawa and Kak Nadia. Also kakak kakak phd yang lain. aku jer undergrad student. rasa bebudak sangat dalam kelompok ni. dan sebab tu lah diorang panggil aku adik bongsu instead of panggil aku TASHA.

 *eyesrolling*



okay ucapan raya dari taca. Selamat Hari Raya gaiz dan selamat bercuti untuk yang baru memulakan cuti semester. Dan aku pula baru nak start semester baru dah. Hmm sedih. apa apa pun minta maaf kalau ada mesej raya yang tak sempat nak reply dan yes kosong kosong! #tachalofayou dan doakan taca suksez!



Last but not least, terimakasih atas doa kalian yang mendoakan keselamatan taca dekat sini. I owe everyone of you. SInce aku tak mampu untuk balas jasa semua, yes I could just pray the best for everyone. 


May He make us those who are close to Him. Amen. 


xoxo,
 Natasha N.

No comments: