Friday, June 14, 2013

LARI TAJUK.

Bismillah.

since 2009 aku mula BER-blogging. takpernah aku cuba nak promote blog aku macam orang lain. followers 2K 3K 4K dan sehingga berpuluh puluh K. Kalau dikira dengan jari. dah 5 tahun aku berblogging. tapi followers aku 80 orang jer. LOL. cam bodoh jer. anyway. paling maksimum usaha aku setakat blogwalking jer. sebab aku tak istiqamah dalam promote blog sendiri. dan ada logik. blog aku macam tahpaper jer cerita pasal diri sendiri. kau ingat kau artis ker tasha? anyway. masing2 ada cara masing2 dan THE MAIN reason aku buat blog pun sebab bestfriend aku semua dah FLY. aku jer belum. Sedih. So diorang just update tentang aku dari sini. mungkin. sebab tu aku tak kesah sangat tentang followers aku walaupun kadang kadang aku kesah. jarang aku nak cerita kondisi sebenar dalam facebook. twitter. so blog tempat yang separa jujur untuk aku eskpresi diri dan keadaan. well, i write to express. Not to impress. 



Part yang tak best. bila aku ada benda yang sampai tahap aku eksaited nak cerita. diorang akan cakap. "ouh. dah aku dah baca dah kat blog kau" so i find it useful untuk bestfriend bestfriend aku yang dah hilang nombor phone aku. Gaizzzz. aku okay jer kat sini. LOL.  *lambai tangan*


aku bukan ada whatsapp. wechat, kakao. dan segala apps yang ada bagi pemilik smartphone dengan kuasa android daripada version 0.1 ker version cupcake, froyo, gingerbread ice cream sandwich blah blah blah sehinggalah ke version  jellybean. MAAF. aku pakai fon jinjang jer. ini jer jantung hati aku. jadi susah untuk aku berhubung dengan kawan2 aku yang lain melalui apps terkini. So, thank you to Blogspot. wordpress. etc etc. 


Basically. to My dearest, Iffah and Adriana. and Farahnisa. I miss you so bad. Heart attack weyh :(


To Hanis Khalil. I love you more and more. you're the only one my forever lesbo partner. 


To Shyra, Thera, Irma. the best bad influence ive ever had. 


to my studiomates. Ah too many lah. i try to mention kalau ada yang tetinggal tolong jangan tacing. to Bella, Yaya, Nana, Siti, Ayyun, Thirah, Baina, Falil, Alya, Noly, Fiqah, Farah, Farhi, Ayu,  thanks for keep supporting dan walaupun korang tak cukup comel macam aku. aku tetap sayang korang. dan seriously. aku rindu nak balik perak. 


to Ex MRSM AG, Ikin Jaldin terutamanya. Thanks sebab selalu teman aku tidur dekat selama kita dekat UITM perak. aku tahu kau sayang aku. aku lagi sayang kau. 


dan aku tahu ada ramai lagi yang tak termensi dekat sini. bukan tak ingat. tapi tengah loading for the too much best memories yang aku ada dengan korang. Thanks a lot. and im sorry atas cara aku bercakap. might be hurt your feeling and blah blah blah. and sometimes. aku fikir orang semua hati batu macam aku. so aku terlepas cakap without thinking. dan dengan yakin. orang tak terasa dengan aku. hakikatnya? ramai jugak yang touching dengan aku. 


Yeah. Jahat mulut ni. Nasib baik Tuhan bagi satu mulut jer. kalau sepasang mulut macam mata hidung telinga. aku tak tahu berapa melon dosa lagi yang akan kita buat. sebab tu kata kata orang bijak pandai "LISTEN AS MUCH AS YOU TALK"


Kadang kadang bila kita terlalu leka dengan ilmu didada. sedap mulut jer nak nilai orang itu ini tanpa mendengar dan memerhati. Tambah lagi bila masuk status facebook. nak nak pulak beratus orang like. Dia fikir orang like sebab suka. sekarang. zaman dah terbalik. kadang2 kita like sebab kita menyampah. tak habis habis nak cakap pasal orang tu orang ni dekat facebook. hujung status. ada kalimah Allah. Okay. kau menang.


bukan nak memerangi dakwah. tapi kadang kadang. aku rasa. ibadah kita budi pekerti kita tak perlu di public kan sangat. "Alamak. pagar masjid terkunci lah. macam mana nak solat ni?" CONTOH. contoh status facebook pukul empat pagi. 


tak semestinya orang yang tak update status tentang ibadah mereka. tentang quotes2 Islam means diorang tak update tentang dakwah di laman sosial. Jadi jangan lah sukahati kita menilai orang yang selalu main game dekat facebook seolah2 menggunakan facebook ke jalan sia sia. mungkin siang dia sibuk main candy crush. farmville. Criminal case. dan sebagainya. TAPI kita tak tahu kalau setiap malam dia merintih semoga Tuhan terima taubat dia. dimana kalau dia mati sekarang. sah sah dia ke jahanam. dan saat kita menilai dia. Mungkin jugak pada waktu tu dia sedang berkhalwat dengan Allah. Sedangkan kita yang menilai sedang sibuk menilai orang lain di facebook. sambil tarok kalimah Allah.


Tak salah pun untuk kita berkongsi ilmu. tapi berpada pada. Jangan sampai ada orang mempunyai pandangan lain terhadap Islam. kalau orang yang jenis hati batu mungkin tak kesah sangat dan malas amik port. tapi kalau kena yang sensitif. walaupun status itu bukan ditujukan untuk dia pun. perasan jer lebih. boleh buat gaduh bro.


Islam bukan modal untuk kita bodek lelaki bodek perempuan.untuk kita gain a popularity. BUKAN jugak untuk aku maksudkan aku memerangi orang yang memuliakan jalan Allah. baguslah share knowledge. kalau kita tak buat. siapa lagi nak buat? tapi kadang kadang berpada pada dan berhenti menilai itu ini. kalau ikhlas. baguslah. aku harap aku cuma salah faham.  :)

4 comments:

Unknown said...

suka baca sini :)

natashanazan.blogspot.com said...

thank you dalam bahasa jordan apa ek? haha. anyway sedapnya nama blog kau.
lapar :(

D-SIM said...

Blogging pun ok

natashanazan.blogspot.com said...

grammar berterabur cuma kau jer yang kesah. (Y)