Friday, June 28, 2013

Taubat Si Pembohong

Bismillah.


setiap kali kita baca diri kita. kita akan sentiasa nampak yang kita selalu bohong diri sendiri. selalu sangat. tapi kadang kadang kita beri alasan, orang lain yang menyebabkan kita jadi macam ni. Benar. sometimes. manusia sekeliling jugak yang menyebabkan kita berubah. 



Tapi bila kita tanya diri sendiri. Sampai bila kita nak salahkan orang lain? salahkan diri sendiri yang tiada pegangan. Terlalu bergantung harapan kepada manusia. Sampai lupa ada Tuhan yang Maha Sibuk. yang Maha Sibuk menggerakkan hati manusia. yang Maha sibuk mendengar luahan hati dan harapan manusia. 



Kita fikirkan dosa lampau. kita bertaubat. dan kita buat balik. dan kita risau. lepas tu kita taubat balik.



Hakikatnya. ini bukan cara yang sebenar untuk bertaubat walau kadang kadang orang kata "taubat lah slow slow". aku salah seorang yang pernah menggunakan statement macam ni. tapi hakikatnya. statement ni tak berapa betul jugak. kalau kita benar benar faham bahawa taubat itu tidak boleh ditunda tunda. 



Kita semua adalah orang yang sentiasa cuba bertaubat. Meninggalkan perbuatan maksiat. Dalam jangka waktu tertentu. Sambil kita menunggu kesempatan untuk melakukan maksiat semula.



Kadang kadang kita terpaksa meninggalkan maksiat yang biasa kita lakukan kerana :

  •  Sakit yang dideritai dan ditanggung oleh diri sendiri.
  • Ketakutan. sambil mengharapkan kedudukan yang agung didunia. Dan kita bimbang akan jatuh kewibawaan diri sendiri.
  • dan_________________________ *fill the blank.* dan lain lain lagi.  


apabila kesempatan untuk melakukan maksiat itu datang. kita tergerak untuk melakukan maksiat itu semula. padahal malam tadi baru merintih memohon taubat. Ini merupakan taubat si pendusta. Dan sama sekali tidak termasuk dalam konteks taubat yang sebenar. Sedih. bila sedar yang diri sendiri tergolong dalam golongan di atas. 



Mungkin kita lupa bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga hanya kerana satu kesalahan.




Diantara kaum muslimin yang taat lagi faham tentang agama, ada orang yang TIDAK bangga dan kagum dengan mereka yang ingin bertaubat. walaupun yang bertaubat itu adalah salah seorang kerabatnya sendiri. 



"Blood is thicker than water" sia sia jer orang buat peribahasa tapi kita sendiri pun tak cuba mencedok kefahaman dari kata kata tersebut. masih pentingkan diri sendiri. mungkin mereka lupa syurga itu bukan untuk dia sorang. 




Terkadang, aku tak jumpa. atau mungkin aku BELUM jumpa orang yang membantu saudaranya yang telah bertaubat itu dan memberinya motivasi sehingga dia tetap berada dalam taubat dan istiqamah di dalamnya.  Bahkan, yang aku jumpa, ialah orang yang lari dari mereka dan memandang si pentaubat dengan pandangan yang meragukan sambil berkata dalam hati "dulu dia ni takder lah baik mana"




akhirnya. terbiarlah orang yang bertaubat itu tadi. Dan dia tidak mendapat orang yang akan menolongnya, memotivasikan dirinya dan membantunya untuk menyelesaikan masalah. lagi lagi antara masalahnya dengan Tuhan.Sikap tidak acuh ini lah yang dapat melemahkan orang yang sedang bertaubat dan membuatnya berbalik kepada keaadaan yang asal. bukan semua orang mendapat didikan agama Islam yang sempurna bila hijab itu bukan lagi sesuatu kebanggaan bagi si pemakai. bila kehormatan diri tidak terjaga atas alasan "sekarang kan dah moden. open minded lah sikit"




sebab terlalu open minded lah ramai yang mula open their aurat, batas, etc etc etc atas dasar mahu jadi cantik. moden. dan urban gittew. dan tak dinafikan. aku pernah tergolong salah seorang daripadanya. jadi aku faham benar pemikiran jenis sebegini. sekali lagi aku nyatakan. Lame. and vain. 




Oleh hal yang demikian, hendaklah kita bagi kaum muslimin dan muslimat. kaum yang dermawan. kaum yang meraikan para pendakwah.  Dan kaum yang cintakan kebaikan.  untuk sentiasa memerhatikan masalah orang bertaubat. Untuk menghulurkan bantuan agar mereka dapat menuju ke arah apa sahaja yang bermanfaat.  


Ini supaya mereka kekal istiqamah dalam taubat mereka dan agar keimanan bertambah bahawa Allah itu dekat. jadi hendaklah orang orang yang berilmu itu sentiasa menjawab persoalan mereka. agar kita dapat memudahkan jalan taubat begi mereka. serta berusaha untuk menyelesaikan masalah masalah mereka. membantu mereka melangsaikan hutang dengan Allah. mendekatkan mereka dengan orang orang yang baik, memperkenalkan dan mengikat mereka dengan orang orang yang benar. contoh. 




oh well kadang kadang, bila pergi mana mana. most retail suka mempamerkan new closet yang ketat ketat, dedah dada. dedah semua. buat kita rasa geram nak jadi bebas. pakai apa yang kita suka. balik kepada yang asal dan jadi macam dulu. Oh. teruk sungguh pemikiran. dusta sangat awak ni.




bukan senang untuk berubah. sebab manusia suka main sarkastik dan kasi makan dalam.  sikit sikit judge itu dan ini. jadi sebab itu lebih ramai yang cenderung untuk taubat diam diam sambil bertemankan buku soal jawab agama. setiap hari bangun pagi. semata mata untuk  berdoa kepada diri sendiri agar sentiasa kuat dalam mendahulukan Allah di setiap perkara. semata mata untuk kuatkan hati sendiri. sampai sanggup cakap depan cermin.




notakaki : there are 10 things i love about You, Natasha Nazan. So Tasha. be strong my dear :*



4 comments:

faizzah khalid said...

Tasha,, serius kau tulis semua nie? aku terharuu gila baca wehh... Alhamdulillah,, aku tahu semua yang kau tulis nie datang dari hati. Macam mane aku tahu? sebab bila aku baca sampai kat hati aku. Pernah dengar kan, cakap dari hati sampai ke hati. hmm.. Sungguh, aku rase sangat happy lagi bersyukur... percayalah, aku sentiasa sokong ko! fighting ! hehe.. I know you can do it, dat why Allah test kau dengan ujian nie.. Be strong my dear ! ape apehal contact la aku ehh,, my time always free for you :)

Natasha Nazan said...

it comes from the bottom of myheart baby. yeah. its true. aku cuma tulis apa yang aku rasa. Dari awal lagi. this blog is use to express. not to impress. never think of to gain any attention at all. Babe. it really hard for me seriously. and even sometimes. aku tewas jugak dengan semua yang ada sekeliling aku . but when i think of there is something good behind. it really inspired me to do more and more. to be better and better. insyaallah. Aku tahu kau and semua orang ada dengan aku. Babe. i wish i could meet you. Insyaallah. one fine day mydear :')

Syazwani Afandi said...

Thanks tasha..sampai menangis baca.. tak tahu kenapa... seriusly saya faham apa setiap bait yang awak tulis dengan hati awak sendiri..saya tak pernah terlepas baca blog awak.. dan saya suka.. tahniah girl sbb awak berjaya tuliskan nya. tapi saya... saya mampu simpan semua dalam hati.. Be strong. Allah always with us.

Natasha Nazan said...

wanii. kenapa ni. haha. kenapa nak nangis pulak. tasha yang tulis pun tasha tak nangis. LOL. yerlah wani. Thank you a lot mydear. well. sekadar ikhlas untuk cerita apa yang tasha rasa. And thank you wani for keep supporting. You too honey. Be strong :)