Bismillah.
Aku bukan Tok Dalang.
Aku bukan Tok Dalang moden profesional yang menggunakan medium penulisan sebagai caranya untuk bercerita. tapi ini yang termudah. ini yang terpantas. maka jari jari terakhir yang menghubungkan aku dan dunia maya ini akan berakhir pada malam ini. Terakhir. Harap ini yang terakhir buat sementara.Akhirnya aku akan lepaskan diri. Idaman aku selama ini. Untuk meninggalkan keluarga, kota dan cinta. Perak Darul Ridzuan. UiTM. bumiputera sahaja. bukan berat sebelah. bukan pilih kasih. Yang tergambar di mata bukan ini yang aku lihat. bukan tempat ini yang aku mahu. tetapi kata Hamka bersyukur akan sesuatu. Sabar apabila tiada.
aku pegang.
Aku bukan lagi gadis biasa.
Aku bukan lagi gadis biasa yang sibuk menangis. yang sibuk merengek. apa lagi melibatkan soal hati dan perasaan. aku ada jatuh cinta. pada seorang lelaki. Mohd Khairi Adli bin Zulkifli. Beliau pernah menjadi seseorang dalam hati tetapi sekarang tidak lagi. Dia entah kemana. aku tak tahu. sama sama diam. kita berdua bisu agaknya.
Bila patah hati. Pernah aku kata. Aku mahu mati. Mampus. Macam katak digelek lori. Ternyata aku tidak mampu melakukan kerja kerja manusia siang seperti bercinta. Atau membunuh diri. Pandangan aku pada cinta lantas kosong. aku mahu bebas. Disamping berteman kan Tuhan yang satu.
Aku dan Tuhan.
Aku dan Tuhan. kami harus berkawan baik, kami perlu bersahabat baik. main bersama. ketawa bersama. kerana pada Tuhan aku kembali. Kadang kadang aku lupa pada Tuhan. maaf. dan kata kata maaf tidak mampu membuktikan cinta dan sayang. Begitu juga dengan lelaki itu. Maaf. tapi sampai sekarang hilang entah ke mana. Benar. Segala galanya bohong. lantas membuktikan aku bodoh.
Tapi Tuhan tak pernah kata aku bodoh. sekalipun aku sujud cuma ketika aku luka. Selama ini aku sibuk mencari cinta di sana sini. Tuhan sangat cemburu melihat aku mendambakan kasih sayang manusia sedangkan Dia lah yang yang mencipta cinta. kenapa aku tidak balas cinta Dia?
Layaknya aku untuk senyum kembali.
Layaknya aku untuk senyum kembali. untuk memulakan perjalanan cerita yang baru. aku hampir dua puluh tahun. semalam aku menangis lagi. Tetapi lelaki yang aku jumpa dalam mimpi tidak tahu aku menangis. mungkin dia tidak faham aku ada hati. aku ada perasaan. Mungkin semua ini satu penipuan. Aku tetap percaya. Dan aku tetap percaya bahawa aku layak untuk senyum kembali. angan angan. masih berkeliaran tak duduk diam memenuhi ruang angkasa yang hanya aku mampu melihat walaupun mata dipejam. tidak menggunakan mata kasar. Impian aku setinggi langit.
entahlah. aku pun tak tahu apa aku rasakan. Kerana walau apa apa pun aku dan berbillion manusia lain juga percaya aku kuat. aku mampu. cuma perlu diiringi doa dan kesabaran. maka aku akan memanipulasi impian menjadi realiti.
Tahun Baru. Dua Ribu Tiga Belas. semoga aku mampu mati kegembiraan. biar meriah. macam celana aku.
No comments:
Post a Comment