Monday, July 6, 2015

Tarbiyah dari langit

Bismillah,

Alhamdulillah as we already turn to the 20th night of Ramadhan i guess. Wow that was extremely fast! Aku rasa macam baru jer haritu aku wish kat korang "Happy Ramadhan Kareem everyone!" hmm. 



BIRTHDAY TACHA



Dan alhamdulillah jugak akhirnya tacha turn 22 today (30th June 2015). semorang tolong ingat cepat birthday aku. btw cepatnya masa berlalu kan dah besar anak mama. hiks hiks hiks. I bet mama Suria dengan abah Nazan mesti sedih tengok sel sel otak anak dia semakin berhubung. Hmm Ive grown up. You know what, if I could I dont want to grow up. I want to be your forever favorite princess. and I REALLY REALLY DONT WANT YOU GUYS GETTING OLD AS WELL!!! *mata masuk bawang* 


Dan abah Nazan made this card for me. Posted on facebook. fyi this was actually his drawing on 96. Yes he can draw so good! you can see his name at the bottom right side. Thank You abah Nazan and mama Suria for loving me before we met. I want to stay longer with you guys. I want to stay forever with you both, mama Suria and abah Nazan :'( :'( :(' Somehow i know it couldn't be that way. 



I really miss my Abah. :'( 


one of my friends said to me:

"Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian"

indeed. mungkin selama ni aku selalu fikir kalau birthday tu sesuatu yang penting sangat untuk kita sambut. But now, aku tetap pandang ia sebagai sesuatu yang penting tapi mungkin dari perspektif yang lain. Knowing that masa aku dah semakin hampir untuk berjumpa dengan Tuhan

on my birthday, I wasn't expected any. since aku baru jer sampai sini. aku baru jer kenal orang orang dekat sini. So aku tak expected lah pulak kan ada orang tu orang ni nak sambut birthday aku apa lagi nak bagi hadiah. 


few minutes sebelum bukak puasa one of my Housemates, Bella masuk bilik aku. 

"Nah Tasha, ada orang bagi"

"eh, what's this? 

bella pun keluar tanpa tinggalkan apa kata kata untuk aku. drama sangat. 

its from Kak Anita. The first person I knew when I came here. She gave a card, and a shirt. I tot tudung mula mula tu. huhuhu. 


 "Happy Birthday Tasha <3 Your Birthday is on 13th of Ramadhan. 
A very special day in a special month.
 May all His guidance be with you. 
May all His mercy be with you. 
Take a small step and move forward, 
and I believe in every single steps waiting you, 
there will be Allah's Guidance. Keep going" 

-Anita-

I cried when I read this. Sebab masa ni adalah fasa aku berada dalam minggu yang sangat depressed dengan pelbagai masalah. yes twaz a very difficult week for me. And reading this wishes and doa dari kak Anita who knows me better, sangat sangat menyentuh perasan aku yang aku selalu lupa apa apa masalah semua adalah ujian dari Tuhan. dan aku percaya yang Tuhan takkan hantar aku sejauh ni untuk hampakan aku. walaupun sangat sakit untuk aku terima, but there must be a reason. I believe that way. 

 and after maghrib prayer all my housemates bawak aku dekat restoran yang aku selalu bising setiap minggu nak pergi nak pergi nak pergi. Tak tau jin apa warung ni pakai sampai aku asik teringat jer pasal dia. Warung biasa jer bukan warung mahal pun. 


 jadi kat sini lah aku celebrate birthday aku. ahahaha. marhaen kan? Tapi for those yang berada dekat Clayton sekarang ni, aku suggest datang lah kat sini. Makanan dia memang sedap tak tipu. jadi memang puas hati lah makan dekat sini. Dari segi harga standard lah nasi sepinggan 10$. 

Tak padan dengan housemate bawak aku pergi makan, lepastu diorang surprise kan aku dengan bunga pulak. Mashallah sis. Sweetnya. T_T 

Piya : Tasha penat tau saya dengan kiwi cari bunga kuning untuk awak. sebab awak kan suka warna kuning. Lepas tu orang kedai tu suggested bunga ni. dia cakap nanti dia kembang cantik. Tapi saya tak tau bunga ni nama apa.  

LOL, that was very funny. Yes memang feveret kaler aku kuning. tak sangka pulak sampai bunga pun dia nak cari warna kuning XD XD XD aku rasa macam sangat disayangi hahaha. Thank you piya and kiwi for this yellow flowerrrr. :* :* :* 


aku fikir balik rumah jer thats the end of the celebration. For sudden diorang surprise pulak dengan chocolate cake yang diorang buat ni aku tak tau masa bila diorang buat sedangkan aku ada dekat rumah sepanjang masa okay. Why i dont even realizedddd??!! Subhanallah, thank you very much for these endless surprise. Even diorang baru kenal aku, but the way they treat me macam aku ni adik diorang sendiri. This is what we call Habluminallah and Habluminannas. You know what? tentang sesuatu ukhuwah, its not about how long you know each other, its about how deeper you know that person. Kalau dah kenal lama mana sekalipun, belum tentu dia yang terbaik untuk kau kalau dia tak cuba untuk kenal kau secara mendalam. 

from left : Kak Bella , Kak Dini, Kak Nur, Kak Piya and Kak Aida. I pray May Allah grant you guys with so many blessings in your future life and hereafter. Insyallah. 



kalau difikirkan balik, aku rasa 22 tahun aku dah buang masa untuk hidup. sebab atas nikmat Allah yang tak pernah berhenti aku dapat. Selama ni memang ibadat aku rapuh sangat. tapi Allah tetap bagi semua yang aku minta. Sampai Tuhan hantar aku dekat bumi Australia yang bagi aku suatu tempat dimana aku belajar apa itu mujahadah. Dan realized sesuatu benda yang kita cinta kadang kadang bukan sesuatu yang Allah suka. Jadi kita kena lepaskan perkara yang kita sayang for the sake to please Allah. Its not easy untuk kita lepaskan yang kita sayang. But, ill try. 


Paling remarkable sekali bila abang aku yang selalu bertindak keji dengan aku tiba tiba buat post yang agak menyentuh perasaan dan baik. tapi part belakang sekali tu aku rasa tak perlu kot nak cakap aku single and whatsoever. duhh. 


So this year, i dont really feel excited when it comes about my birthday. Even when dapat ucapan2 Happy birthday, yet it still means a death to me. But somehow aku tetap menghargai atas setiap doa kalian. Terima kasih dan sekali lagi aku tau korang ikhlas. Dan semoga Allah membalas rezeki dan rahmat yang setimpal untuk kalian semua yang sentiasa berada di sisi aku dan mendoakan dari jauh. Insyallah. 


Dear friends, im really sorry for being silent in a week and tak reply whatsapp since my whatsapp entah kenapa buat problem and I couldnt read all the text but somehow aku dah reply kan cuma lambat sikit jer. anyway thank you very much atas semua doa kalian :*







mungkin akan ada yang kata "Hekeleh itu pun nak printscreen ker?" 


eh biarlah s ukahati aku lah kalau ini jer satu satu nya cara untuk aku tunjuk how much I appreciate every lil things in my life. Sebab aku tau aku tak mampu membalas jasa semua kawan kawan aku jadi aku harap dengan cara ni aku dapat bagi sedikit rasa towards my friends yang sebenarnya I really appreciate their presence in my short life. 


ada satu doa dan ucapan yang aku rasa aku patut highlight kan dan aku harap kau baca sebab aku nak kau tau aku take note setiap kata kata kau even aku tak reply whatsapp kau. Thank You shidott :) :) :) dia cakap : 




"Happy birthday Natasha Nazan my beloved senior of all the time. Couldn't reach you through whatsapp, so I guess you're here(twitter) don't you? If you're not here, insyallah soon you'll get this right? Haha Happy birthday & keep inspiring people! (You inspire me a lot!) Last but not least, don't change who you are, & always be You okay? Cause thats the reason aku selesa kawan dengan kau hehe. Bye!"






dan kalau betul aku menginspirasikan sesiapa melalui penulisan aku. alhamdulillah aku harap ini mampu jadi sedekah pahala untuk tabung amal bila aku mati. 

















Tak habis lagi bila aku dapat surat cinta pulak. dah lah masukkan senyap senyap dalam beg aku. anjat gegel. hmm. 




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RAMADHAN & WINTER

Pengalaman berpuasa di perantauan sangat berbeza dengan pengalaman aku sebelum ni. Since ramadhan kali ni jatuh pada musim winter jadi ramai kawan kawan aku yang cemburu bila aku mesej diorang jam 3.00 petang waktu Malaysia untuk bagitau yang aku dah bukak puasa dah ni. lulz. okay rasa jahat gila kat situ.





SEBAB BERLAGAK SANGAT. sepanjang 10 hari pertama ramadhan aku demam teruk. package demam batuk selsema dan sakit tekak. Kat sini nak jumpa doctor punya lah mahal gila yang aku rasa macam harga dia boleh dapat harga sebiji handbag Michael Kors. Jadi atas dasar tak mampu aku pun order ubat secara online. 12$ jer campur shipping 2$ = 14$. bijak tak aku?? 


kes aku demam sampai jiran jiran pun tau. lepas tu sampai pulak cerita dekat sorang akak malaysian ni nama dia Dr. Alia. Yes she's a doctor dekat sini. then dia tanya 

"tasha ada makan ubat tak?"

"takder. tapi tasha dah beli ubat. Online lah tapi."

"laaa. beli online bila pulak nak sampai tu?

"tak tau"

"Nanti ubat sampai jer awak dah sihat. membazir jer"

 tiba tiba aku rasa tak bijak pulak beli ubat secara online. hmm. 



tapi memang betul pun. ubat sampai jer masa ni aku dah sihat dah pun. sebab Dr. Alia ada bagi ubat free untuk aku. dan tentang ubat online ni, sampai sekarang masih cantik tersimpan rapi dalam almari aku tak bukak lagi. hmm. 

aku nak cakap pasal Ramadhan sebenarnya. Suka tau buat iklan takberbayar kat sini. gambar ubat demam pun nak tunjukker? hmm untuk pengetahuan umum, kebanyakan masjid dekat Australia didirikan atas dasar bangsa. Jadi setiap masjid mempunyai adat adat mereka tersendiri sampaikan aku rasa macam agak culture shock mula mula sebab tak sama dengan cara kita sebelum ni.


1. MASJID BEDDOE.

Masjid beddoe ni adalah masjid yang paling dekat dengan rumah aku. which is 1km dari rumah aku. walking distance dalam 30 minit. kalau ada kereta 5 minit dah sampai tapi sebab tak ada kereta kah kah kah maka jalan kaki lah semua. lulz. MARHAEN. hmm. 

P/S : maaf gambar tak ada. insyallah bila ada gambar aku upload. 




2. MONASH UNIVERSITY

Dan kalau bernasib baik, some universities macam uni aku ada buat iftar dekat universiti for muslims student and orang luar jugak. Masa ni memang heaven sebab restoran arab semua sibuk sedekah makanan berbuka. seronok campur sedih bila dapat rasa makan nasi atau pun roti dengan lauk daging lembu dan kambing. 

Since ramadhan jugak jatuh during exam week. jadi aku sebagai student archi yang dah selesai tak ada exam semua rasa simpati jugak tengok student lain yang sedang struggle dekat library study. simpati tengok mereka sekadar buka puasa dengan air + kurma. Lagi menyedihkan sebab aku tak lagi dengar azan berkumandang dari masjid atau televisyen yang menandakan tiba waktu berbuka. yang ada cuma azan dalam phone dari apps yang aku download. itu pun dia tak azan sampai habis. hmm.  






3. WESTOLL MOSQUE 

Westoll mosque ni jugak antara yang dekat dengan rumah aku tapi nak kesana kena naik train jugak lah. so kiranya tak dekat jugak lah en. okay tahpaper jer ayat aku. BTW Westoll Mosque ini merupakan masjid komuniti Indonesia. Memang best lah datang sini sebab at least nampak jugak muka orang serumpun terubat sikit rindu dengan drama sinetron. 








4. BANGLADESH MOSQUE

Bangladesh mosque pulak terletak berdekatan dengan station keretapi Huntingdale. Dekat masjid Bangladesh ni apa yang menarik sebab hari hari ada buat iftar. Pengalaman pertama aku datang masjid ni aku batak dan terkejut sebab dah nama pun masjid bangladesh mestilah makanan pun makanan bangladesh. Tapi aku cakap terus terang. MAKANAN DIORANG SEDAP! 

Tapi paling tak boleh lupa bila aku masuk dalam masjid ni, ada aunty from Bangladesh ni approached aku.

"assalamualaikum"

"waalaikumsalam" (sambil senyum muka mintak makanan)

"Are you from bangladesh?"

"Erm,, no. Im from Malaysia"

"Ouhh I see welcome welcome" 

aku pun bukak kasut masuk dalam sambil memikir macam yang korang tengah fikir sekarang ni. hmmm. sentap ana. Nasib baik makanan sedap. 


5. MELBOURNE MADINAH 

Melbourne Madinah ini merupakan Pusat Komuniti Islam yang terletak di Southbank. Apa yang menarik tentang Melbourne Madinah ialah ia merupakan non-profit Muslim community dimana ia bertujuan untuk membangunkan masyarakat Islam dan menjadi pusat pendidikan yang bukan sahaja semata-mata menjadi tempat solat, tetapi menjalankan pelbagai aktiviti lain sepanjang tahun untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. dan entah kenapa aku rasa tiba tiba jer aku bercakap secara formal kat sini. hmm. 






jangan salah faham bukan aku masuk bahagian lelaki dan ambil gambar diorang. ini gambar semua ihsan google. maaf gaiz dah berapa kali datang pun tak ingat nak ambil gambar. cowieee. 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MOUNT BULLER


siapa kata ostrolia takder salji?? kecoh. ada tau sebenarnya. lulz. Tapi nak main salji pun kena  naik atas lah dekat Mount Buller. Actually dekat oz ni ada few places yang kita boleh skiing during winter which are.. hmm aku tak buat research lagi sebenarnya. korang google lah sendiri ek. 


Untuk ke Mt. Buller perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam. Dan kitorang bertolak dari Federation Square jam 530 pagi time semua orang tengah sibuk nak bersahur so kitorang sahur dan solat dalam bus jer. sanggup tau semata mata nak main salji punya pasal. 


 tolong lah jangan acah acah cool konon tak batak dengan salji. Please lah kita semua tipikal melei kot. aku pun batak jugak so kita geng. abaikan muka pucat aku yang baru bangun tidur tu. 

 So nanti bila korang sampai jer kat Mt. Buller ni tempat pertama korang jejak sebelum bus rasmi Mt. Buller datang fetch korang dari bawah ni untuk naik ker atas lagi. 
 ni gambar gambar wajib bagi hispter nubis yang baru first time pijak salji. 

ni pulak gambar aku dekat instagram yang korang belum like lagi tu. dah like belum? belum kan? baik korang follow instagram aku dan like cepat. "dasar batak like lah perempuan ni" eh kau diam. 

 So ini lah dia Mt. Buller tempat mama Suria main ski jatuh jatuh tu. Lulz. 

aku tak tipu kan. Siap ada gambar lagi. kahkahkah. Sorry mama in case mama tengah baca blog Nadira sekarang. Tak berniat apa apa pun cuma Nadira tengah rindu mama sebenarnya. 

sajer buat kolaj ni sebab nak pujuk mama Suria balik. mmuahh shiked:* dengan harapan mama Suria hantar duit raya lebih sikit yer tahun ni. lulz.  

Dulu masa aku dekat Malaysia, mama selalu cakap kat aku "belajar lah dekat Australia. mama suka Australia tu. tenang jer" aku tak faham entah apa yang tenang sangat aku pun tak tau. yang aku tau aku tak nak belajar dekat Australia. Bukan tempat impian aku pun. tapi bila Tuhan hantar aku sampai sini baru aku rasa. Memang tenang sangat sebenarnya. Tenang bukan lah tenang tak ada masalah bagai. Tapi tenang dia lain macam. cuma orang yang merasa jer kot akan faham. 

Dear mama Suria, i really want to be the reason you smile. okay aku tanak kupas bawang lebih. mata pedih sangat dah ni. sobs sobs :'(

 tourist guide cakap kitorang beruntung sebab masa kitorang datang ni tengah snowing. few days before tak snowy langsung. Tapi masalahnya bila snowing memang kuat gila sangat lebat sampai tak boleh bukak mata.
 so masa ni kitorang semua tengah que untuk naik chairlift. from this photo korang boleh nampak betapa lebatnya salji turun masa ni. 



dan semua orang naik chairlift ni share tiga empat orang. Kitorang jer ngada ngada nak conquer seat dua orang. tamak betul. dan entah kenapa satu hari tu aku asik tersekat dengan kak afi. Dia bising kat orang komplen

"aku tak tau lah kenapa harini malang sangat dari pagi sampai malam aku asik terperangkap dengan tasha jer" 

aku rasa kalau tak ada aku afi dah naik chair lift sorang sorang dah semorang tinggal dia tahu.


 suci nya lah dunia ni bila semua nya putih. ini baru dekat dunia pun dah terpesona. kalau nanti during hereafter entah macammana pun aku tak tahu. semoga kita sama sama bertemu di Syurga Allah suatu hari nanti sambil buat ais kepal sama sama taruk sirap. nyum nyum nyum. 


jangan cakap hakaks tak payung . lulz. 
aku rasa memang silap besar kalau datang pakai tudung bawal. hmm. aku sarankan hijabis di luar sana pakai lah tudung selain tudung bawal. tak kesah lah tudung apa tudung saji pun okay besar sikit payung dia. kalis air pulak tu.lulz 
 okay tak lawak pun. tapi gelak lah sikit. effort tau aku nak perah otak fikir nak taip apa untuk korang. hmmm. 

 tradisi orang main salji jer mesti nak buat snowman lepas tu cucuk carrot tengah tengah jadi hidung. tapi entah kenapa masa ni aku tak reti nak buat snowman. dalam tv tu semua menipu nampak senang nak buat snowman. sebenarnya susah. jadi ini jer yang akak mampu. awak, Dont break my heart okay? :* 

Afi cakap dia menyampah tengok gambar ni sebab aku tenung dia semacam.
ingat aku selera???

tapi aku lagi menyampah tengok gambar ni. lulz.


gambar memang tak banyak sebab tangan beku gila nak amik foto. tapi aku mampu record few videos. I ni interior designer tau bukan budak media i tak reti nak buat video shantuek shantuek. video cap ayam jer i mampu. 

Untuk lebih HD mungkin korang boleh pergi dekat account vimeo aku, Sory to say account blogspot ni looser sikit tak boleh link video dari vimeo tah aku pun tak tau apahal. 


overall sebagai penutup untuk blog kali ni, aku minta maaf andai ada terkasar bahasa. Mana lah tahu mungkin ini update terakhir aku jadi sama sama lah kita saling memaafkan antara satu sama lain. sememangnya yang korang baca dan nampak mungkin korang fikir aku seronok gila dekat sini. Tapi ingat, duduk tempat orang sebenarnya banyak cabaran dan dugaan yang mungkin aku belum bersedia untuk kongsikan secara detail. 




Setiap hari yang aku lalu bersendirian dekat sini semuanya menguji tahap keimanan aku. orang tak nampak jadi tak kan pernah faham. nampak aku gelak gelak. tapi belum tentu aku cukup bahagia. 




Macam macam halangan yang datang dan tipu lah kalau hati aku tak berbolak balik oleh nafsu dan syaitan. setiap hari aku cuba ingatkan diri aku untuk sentiasa kuat sebab aku tahu dosa aku terlampau banyak dan aku belum pasti kalau Tuhan masih nak ampunkan atau tidak. cuma apa yang aku baca paling busuk kita kena cuba jugak untuk istiqamah. Walaupun orang akan pandang kita macam propa acah acah baik cakap pasal Tuhan semua. Just ignore it. Sebab kita hidup dekat dunia adalah untuk saling ingat mengingati. Jadi tak pernah salah untuk kita bercakap tentang Pencipta kita. Dan tak hairanlah betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka yang berjaya mengatasinya.


 Dalam hidup ni memang tak akan pernah cukup. tapi kita semua cuba untuk terbang setinggi yang mungkin. Thanks to Allah atas pengalaman berpuasa di perantauan yang membuka mata aku untuk melihat kehidupan dari sudut berbeza dan belajar mensyukuri nikmat Tuhan.




Last but not least, selamat merisik malam Lailatul Qadar everyone :)  

Assalamualaikum wbt. <3


7 comments:

FA said...

Tasha! Best baca! Kelakarnye kat masjid huntingdale tuu. Sentap enti ye?hihi.
Nanti update lg! Suka baca explaination Tasha��

natashanazan.blogspot.com said...

eh kak fatin! ahahahaha. sejak bila kak fatin wujud dekat sini. ahahaha.

Denai Berbisik said...

Bestnye bace, untung dpt merantau negeri org.. stu pengalaman.. :)

Denai Berbisik said...

Menunggu lgi cerita susulan.. :)

natashanazan.blogspot.com said...

Alhamdulillah insyallah akan cuba update dari semasa ke semasa. :) thank you very much.

Unknown said...

You know what tasha? Aku sgat happy baca entry ko yang ni :) :) :). Wlu aku baca lmbt dah pon. Haha. Sangat rindu kat ko, harap kita dpt jumpa satu hari nnt di jalan tarbiah, insyaa Allah. Bila teringat ko aku slalu doa, tasha.. Semoga ko baik2 kat sana. ♡♡♡

Natasha Nazan said...

Salam Faizah, it me Natasha! hahah tak sangka kau still ingat aku kan. yes exactly aku pun looking forward to meet you in future babe. Insyallah aku yakin one fine day we could meet in a better way <3 awak pun jaga diri baik baik selalu!