Ni tomok ker gayboy? mana kau kutip ni tasha?
okay. entry pendek ini ditujukan khas buat Muhammad. Muhammad apa? Muhammad Gemok? bukan. Muhammad Montel? pun bukan. Muhammad Ezrin Nazan. Takpayah explain siapa dia aku rasa tengok nama bapak pun chuolls dah tahu. Yes. Dia abang aku. the only abang yang aku ada. dan aku tak pernah lah tergolong dalam golongan yang ada abang angkat kakak angkat mak angkat atau adik angkat. Ini bukan statement sombong atau poyo tapi aku bersyukur cukup cukup dengan apa yang aku ada. Walau pun dulu macam mana bencinya aku dengan abang aku. tak pernah terlintas untuk aku BERKEINGINAN ada abang angkat.
Intro tentang aku yang comel tak perlu rasanya sebab dah banyak sangat cerita tentang aku yang comel dalam blog ni. Dan kalau lah blog ni boleh bercakap aku rasa dah lama dia maki aku.
cuma fakta yang chuolls tak tahu tentang iolls (gaya retis) Im glad okay jadi anak ketiga daripada empat orang adik beradik. hoyeah. aku ada empat adik beradik. dua kumbang. dua bunga. Okay. kenapa kumbang? tukar tukar. Two Princes and Two Princesses :) dan kalau nak tahu, aku lah paling comel *wink wink*
cuma fakta yang chuolls tak tahu tentang iolls (gaya retis) Im glad okay jadi anak ketiga daripada empat orang adik beradik. hoyeah. aku ada empat adik beradik. dua kumbang. dua bunga. Okay. kenapa kumbang? tukar tukar. Two Princes and Two Princesses :) dan kalau nak tahu, aku lah paling comel *wink wink*
MUHAMMAD EZRIN BIN MOHD NAZAN
He was born on 19-02-1989 dan Hari ini 19-02-2013 umur dia dah pun... *kira jari* okay. genap 24 tahun. WOW. serius aku tak alert tentang dia. aku cuma tahu tentang aku dah pun 20 tahun dan aku tak sedar yang dia dah pun 24 tahun. hmm. Dah tiga perenggan aku taip. tadi kata entry pendek. nampak sangat awak dusta Tasha!
Yes. kitorang pernah kutip berudu sama sama dulu. dulu tu dulu dulu yang sangat dulu masa aku tinggal di Manjalara. yang pasti aku masih tadika. dulu dulu abang aku pernah ajak aku kutip berudu. and dia suruh aku simpan berudu dalam botol vitagen. dia kata tu ikan. comelnyeeeee ikan kecik. dalam longkang pulak tu. kalau aku tahu yang tu berudu, aku tak ikut cakap dia. balik rumah. Mama Suria lah orang paling kuat melalak. aku tak bersalah kot. moral nya bila uolls jadi mak bapak nanti biarkan jer anak anak uolls main lumpur lecak baru dia reti bezakan cacing lipan lintah.
Dan cakap tentang lego. aku pernah buat abah Nazan panic. Abah Nazan rushing balik dari office semata mata sebab mama Suria call. Dulu aku pernah sumbat lego dalam hidung. aku pun tak tahu apa motif aku buat macam tu. abang aku main lego buat rumah lori kereta. tapi aku sumbat dalam hidung. Tak boleh keluar. takpayah cerita aku masih ingat dengan jelas muka mama Suria yang cuakkebebeyh masa tu. dia suruh aku hembus. aku pergi sedut. lagi lah mama Suria Gelabah. Dasar budak tak faham bahasa. MASALAHNYA aku main lego sama sama dengan abang aku dan aku pelik kenapa dia tak pernah cuba halang aku dari buat benda benda macam tu. sedangkan dia ada dengan aku. dan dia cuma tahu tengok orang sengsara. dan dia gelak. sebab tu aku benci abang aku. kitorang tak baik selalu gaduh.
Dan pernah dulu waktu petang petang depan rumah. aku dengan abang aku tengah main sama sama dekat tepi longkang. Aku tanya dia :
"abeyin... (nama manja abang aku dekat rumah ) kenapa Malaysia tak ada salji?"
"Eh malaysia ada salji lah."
"Yeker? Bila?"
"Tunggu matahari jadi bentuk segitiga"
"Ouhh...."
dan aku terus percaya dan percaya sampai aku umur 10 tahun bila aku pertama kalinya mula belajar subjek sains dekat sekolah bahawa matahari itu berbentuk sfera dan dikelilingi sembilan planet. dan bentuknya akan kekal sfera. sfera... ...seff... .. ... ... sefffUCK!!!! DIA TIPU AKU. again. -________-"
patah hati aku bila matahari tak kan pernah jadi bentuk segitiga dan malaysia tak akan pernah ada salji.
Itu antara moment yang aku ingat dengan dia. aku tak pasti sama ada dia masih ingat atau tak Dan apa yang pasti. Semua dah besar. Aku pun terkejut aku dah 20 tahun. rasa macam semalam baru jer amik result UPSR. Cepat masa berlalu. Dan dia pun jauh. Jauh dari kitorang satu family. Dia dekat Dubai. Kakak aku pulak akan pindah Johor. Aku pulak dekat Perak. hmm. Semua jauh. dan kita dah tak ada masa macam dulu berebut kerusi makan. berebut kerusi kereta nak duduk depan sebelah driver. berebut mainan. berebut nak tengok kartun. berebut nak pakai songkok. Okay. Songkok?
oh. Dulu aku fikir aku lelaki. so dulu bila abah Nazan ajak sembahyang aku mesti pakai kopiah / songkok. dan abang aku akan toleh pandang aku masa sujud dan senyum kat aku. Macam Nakharomm!
Seriously. sekarang. kitorang susah nak gather. Raya pun kalau ada rezeki baru semua akan berkumpul. Hmm. lama lama. bila semua dah kahwin. aku yakin, aku mesti akan lagi rindu zaman zaman hingusan aku dengan abang kakak aku. adik aku tak sempat lah rasa zaman zaman 90an. main geli geli. sebab dia budak abad 20. nak pegang kucing pun sini dah gatal hidung.
Okay dah panjang sangat aku taip. Ternyata aku dusta. By the way. yang aku inginkan, semoga Tuhan izinkan umur panjang supaya aku dapat dan sempat berjumpa orang orang yang aku sayang. Abah Nazan, mama Suria, Kakak Nadia, Abang Ezrin, Adik Iman. Aku tahu aku tercandu pada duniawi. dan aku mohon untuk kembali. Semoga Tuhan buka jalan. Dan mendampingkan aku dengan yang orang yang sewajarnya.
10 fakta Ezrin yang cuolls tak tahu
: berada di UITM perak selama 8 semester dalam kos Interior Design.
: grad dengan CGPA 2.67 dengan konfiden tetapi kini berada di dubai. (pointer bukan segalanya)
: hampir dibuang UiTM kerana potong cable speaker UiTM Perak
: Suka minum budu macam minum redbull
: Mempunyai ketnggian yang sama dengan pemilik blog Tashalecka-lecka
: mempunyai rupa iras iras tomok dan ada muka babyface. Dia kata -___-
: Suka simpan patung hello kitty
: Sangat menggemari kartun Simpsons dan Futurama
: hobi baru simpan jambang
: akhir sekali Mempunyai seorang adik perempuan yang comel :) :) :)
2 comments:
hoi bila masa abyin suka Suka simpan patung hello kitty? ini fitnah.
heeeeeeeeeeeee :3
Post a Comment