Thursday, February 14, 2013

Ni'mat

Bismillah


13.02.2013. nombor suwey. atau pun dalam bahasa sopan melayu nya celaka. kalau dalam slang internet JILAKA. okay itu tak cukup sopan sebenarnya. yang lebih sopan ialah kurang bernasib baik. kawan cainis aku cakap tahun ni Tahun Ular. tahun ular banyak bawak sial. tapi aku tak cukup rasa ini tahun sial bagi aku. kalau nak cakap sial. aku rasa setiap hari lebih sial kalau kau tak pernah nak hargai setiap benda benda kecik dalam hidup kau. atau pun cuba tukar term sial kepada dugaan atau pun ujian Tuhan. Aku bukan nak bajet Yizlamic. tapi sekadar nak positifkan diri aku. dan kalau ada yang kata  aku bajet Yizlamic sekalipun. aku kesah apa. antara aku dan Tuhan. itu dah cukup.


oh semalam birthday bestfriend aku. Adriana Iwani binti Ahmad. Happy birthday to you babe! terharu aku baca mesej kau. :') haha kau punya birthday aku yang terharu  lebih.

*sedih sebab aku tak ada gambar add :( 


dan semalam aku dan studiomates ( Nizam. Farin . Nana ) keluar makan sama sama. ciss. ajak jumpa makan sama macam lah kat perak nanti tak boleh makan sama.  We hit the cars to shah alam sebab nak pergi Setia City Mall. sampai dekat SCM pukul 1.30 petang tepat tepat waktu aku tengah lapar. sebab keluar memang untuk makan so kitorang pergi ker Soul Garden suggested by Hasnizam. ive never been here before. tapi cuma aku nak cakap. seronok bila jumpa geng yang suka makan. sebab aku sangat sangat suka makan. nomnomnom :3



 nizam and nana act macam makanan tu sedap gila. memang lah makanan semua ni sedap. tapi mimik muka sangat memberi peranan.



 "Nak buat muka macam nana! nak buat muka macam nana!" farin bising. kali ketiga dia ulang memang aku rodok mulut dia dengan chopstick.

 trust me. kitorang dah makan dengan penuh etika tapi tetap comot. takboleh lah  aku bawak boyfriend datang sini. eh ada boyfriend ker? LOL.  maksud aku kalau boleh nak bawak someone special datang sini please. tapi malu :3 hiks hiks hiks. okay itu sangat gedik tasha -___________-

 penutup terakhir. first time aku kongsi ice cream dengan orang. hello. Ice cream kot. mana boleh share. tapi terpaksa share dengan nana sebab seriouslyy full gila.

and jam 8 malam. mama Suria call cakap adik aku masuk ward. patah tangan. rushing jugak aku balik. Luckily kawan aku Nizam boleh tolong hantar. after makan malam dekat rumah Nizam. terus aku pergi Hospital Besar Sungai Buloh. 




semalam. abang aku tweet aku. 


adik aku. adik dia jugak. and benda ni tak kelakar pun. sebab adik aku bukan fractured. tapi tangan dia memang patah dua. aku tengok XRAY dia and seriously aku yakin based on ilmu aku pernah belajar dulu. kalau macam tu lah rupa tulang dia. Seriously he needs an operation to be done. masuk besi maybe. punca sebab dia panjat pagar. buat stunt untuk nak buat video okay berapa banyak kali "buat" aku nak sebut ni cuma mama Suria terdengar perbualan budak budak hingusan waktu diorang tengah main petang semalam.


"Iman, kau panjat lah. aku rakam"


itu budak sekarang. semua nak famous. aku tak faham orang yang nak famous macam dia. buat video. and masuk you tube. demi serakam video entah betul ker tak peribahasa aku apa apa sekalipun aku rasa kalau kau patah tangan sebab nak share pasal Yizlamic things aku boleh bangga sampai mati sebab ada adik macam kau Muhammad Iman Danial  t(-_________-t)




mungkin kau tak pernah tahu yang aku ni sayang kau. memang terang terangan aku selalu maki kau kasar dengan kau. kau makan ker tak aku tak pernah kesah sebab kau lelaki. sebab tu dulu aku selalu caci maki kau bila kau main barbie doll aku sebab kau bukan pondan kau tu lelaki. kau jatuh sekalipun aku tak pernah nak tolong. aku nak kau bangun sendiri dan belajar jatuh bangun. macam apa aku rasa. dan aku harap kau akan lebih kuat dari pada aku. semalam aku nampak kau nangis sebab sakit, serious aku nak nangis, tapi ego aku tinggi. mungkin kau cuma akan faham bila air mata aku dah habis  dan masa tu baru kau tahu yang sebenarnya aku cuma nak kau bahagia dan aku bukan sekadar cakap.


waktu dia menangis. aku cuba cool kan dia. aku cakap ayat simple yang budak2 senang paham. "Iman kena kuat. Ingat Tuhan. Tuhan tak uji macam ni kalau Dia tahu Iman tak kuat" tapi kalau dia tak paham jugak tak tahu lah. tapi rasa nya dia faham kot. sebab dia terus cool lepas tu. 


tapi dia nangis lagi bila abah kacau 

"lepas ni doktor nak cocok iman"- abah 
berapa kali kena cocok? - iman
"Lima kali" - abah

*Iman nangis*

aku jugak yang pujuk dia LAGI. aku nak marah tak guna. semua benda jadi pun atas izin Allah. aku percaya tu. sebab tu sesial mana pun sesuatu perkara jadi kat aku, aku ingat benda tu jer. Cause every single things yang jadi dalam hidup are made on purpose. Jadi aku tak perlu menyesal atas apa sekalipun yang jadi baik atau buruk we all just have to keep calm. 

"Iman. Tangan tu Tuhan bagi pinjam. Tapi Tuhan tak pernah mintak Iman bayar setiap anggota yang dia bagi. dia mintak Iman jaga jer. tapi kenapa Iman tak jaga baik baik? sekarang tulang tu dah patah. susah nak buat kerja. susah nak solat. susah nak mandi. makan. pakai baju."

aku cakap untuk ingatkan diri aku. dan ingat kan dia. dan dia terus diam. sebab dia tau dia yang silap. sebenarnya terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita sia sia kan. dan kita tak terasa kita dalam nikmat Tuhan sebab kita terlalu berada dalam nikmat. 


 

Salam.



4 comments:

D-SIM said...

buat stunt berani, dengar bilangan kena cucuk, menangis haha apalah :p

Natasha Nazan said...

Hahaha. tau takper. tasha pun tak reti nak cakap apa dengan dia. anyway tolong doakan dia cepat sihat please :)thank you :)

Ekyn Yaacob said...

semoga adik tasha cpt sembuh.. n of cos... nikmat dunia nie sementara :)

Natasha Nazan said...

thank you ekyn. yeah. to be frank, aku risau sangat. and thanks again :')