terus terang aku katakan yang aku selalu ada masalah. masalah setiap kali aku nak mula menaip. aku tak tahu nak mulakan dengan ayat apa.
"Hello!" dah biasa
"hye readersssss!!" siapa jer yang baca blog aku???
"Hello Malaysia dan Singapura! juga brunei dan Indonesiaaaaaaa" masalahnya blog aku dah sampai ke turki london paris new york. *okay ini takabur. ayat mintak lempang*
tapi. aku tetap cuba menaip. sebaik yang mungkin. biarkan jari jari aku yang cukup sifat breakdance atas keyboard. dan aku percaya idea itu ada. akan ada. ouh yeah. its been errm...
hummm...
mmmmmmm
two weeks. yes two weeks. aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi. yang bila mati sikitpun tak bawa apa apa benefit. tapi ini fardhu kifayah. penting lah jugak. apa aku nak cerita. kalau dah nama pun blog tasha semua nya pasal tasha. jangan mimpi lah aku nak cerita pasal benda lain. kalau nak tips lemak. bukan sini tempatnya. tips cantik. pun bukan sini. tapi tips cantik rohani insyaallah aku boleh share. aku ni muslimah sejati tahu?
"muka macam penari tiang ada hati mengaku muslimah" - Amin Zaki
dia ni memang mulut celaka. kalau ada aku simpan gambar kau memang aku santau.
okay. saya ni pelajar interior designer. walau saya tau chuoolls dah banyak kali dengar ayat ni aku tetap nak ulang. aku busy busy busy. aku tak boleh melakukan kerja kerja manusia siang seperti bercinta. sebab tu dalam sebulan. aku cuma perlukan topup lima belas ringgit jer.
5 ringgit untuk celcom.
5 ringgit untuk tunetalk.
5 ringgit untuk digi.
"fuiyooo. banyak nya nombor! akak ni dah macam artis lah" dan dengan konfiden aku akan jawab "ouh. baru tahu ker?"
5 ringgit untuk celcom. (untuk studiomates)
5 ringgit untuk tunetalk. (untuk mama Suria & Abah Nazan)
5 ringgit untuk digi. (Khusus untuk Irma sayang dengan Yaya sayang sebab digi free. so boleh borak borak perkara yang lagha sampai kalau orang tua tua cakap "kalau lah dosa tu boleh nampak aku rasa memang dah senget bahu kau")
kitorang bukan lah cakap benda lagha. luah perasaan jewwwrrr. *buat muka kucing*
cakap pasal kucing. aku ada kucing baru. nama dia PICHA! okay nanti aku cerita. sabaq naaa. sabaq.
16th MARCH 2013
macam biasa aku busy. pernah ker aku kata aku tak busy? tak pernah kan? kalini final memang main gila bila lecturer minta 20 drawings. okay sebenarnya ini perkara biasa. memang dari dulu lecturer akan mintak average 15 - 20 drawings. so adik adik yang baru dapat result spm tu berminat untuk jadi warga ID ker? lulz.
senjata senjata sebelum mula kan sesi rendering.
*rendering ialah kata adjective iaitu mewarna. dalam bahasa budak budak
"kita nak kaler (render) muka dia dengan warna pink"*
bergulung gulung drawing. tak ada siapa yang kesian. tu lah dulu suruh amik subjek Quran Sunnah taknak. *tiba tiba*
drawing panjang sangat. susah aku nak render. dan aku tak ada paper clip. mama Suria tak pernah belikan. salah kan mama :(
17th MARCH 2013
dari siang sampai malam. aku cuma duduk dalam bilik. buat kerja. makan. minum. mandi. semua aku dah tak kesah. busy. busy. busy. tapi kalau busy sampai tak ada masa nak solat. itu tak patut. bukan aku. itu contoh. tapi busy sampai nak korek hidung pun terlupa, itu ada logiknya.
tapi lama lama menghadap drawing aku pun naik muak. untuk hilangkan muak. hilangkan bosan. aku akan kira. susun. dan kira kurecolour aku.
Kurecolour ni pun abah Nazan yang belikan. I mean. yang dalam kotak jer lah. the rest yang tak dalam kotak semua aku beli sendiri. yang abah Nazan belikan itu pun masa aku darjah empat. tapi dulu tak berapa faham function kurecolor ni. so aku selalu guna kurecolor ni untuk tulis biodata. yerlah tengah selenge selenge. hingusan yek yek. kawan kawan suka mintak biodata kita. padahal hari hari jumpa. lepas tu tambah bunga bunga rama rama bintang bintang love love. compared dengan previous bio siapa punya lagi cantik. ala. dulu masa kecik kecik KORANG PUN PERNAH BUAT KAN???!! jangan tipu. yang sebenarnya korang pun sama jer selenger. and its all end with kena maki dengan abang aku. "woi. ingat colour ni murah ker?!"
18th MARCH 2013
nothing cool lah dude. sama jer. masih lagi berkhalwat dengan drawing yang panjang. *oh. ayat ni lain macam*
19th MARCH 2013
Hokkeeeey hadek hadek.hakak hakak. habang habang. hawwini hakak Tacha nak hapdet how to do perspektih in waaaaann haaaaawer. jangan lupa. senjata senjata kita.
1. pensel.
2. kertas. tak ada kertas muka cendiwwi pun boleeeeh.
3. pemadam tak perlu yer sebab designer yang hebat dia tak guna pemadam. okay itu jer.
pen dan kertas.
1. buat satu garisan lurus.
2. lukis figure.(tak kesah besar mana asal cun cun)
3. okay lepas tu kan aku pun dah malas nak ajar.
okay dah siap. satu jam jer. ini cuma sketch bodoh bodoh. kalau sketch yang pandai pandai lebih satu jam lah. macam perspective two point three point siap shading inking baik punya wa cakap sama lu. ini aku buat sketches bodoh bodoh sebab aku punya kerja semua last minute. aku nak cepat. sebab ini dah 19 haribulan dan 21 haribulan aku dah kena submit drawing. dan aku kena siapkan lima perspectives. sebab tu aku buat sketch bodoh bodoh jer sebab aku nak kejar masa.
moral of the story : Jangan buat kerja last minute.
20th MARCH 2013
okay. lima perspectives dah pun siap. dan masa untuk aku kemas... ermm... kemas. kemmmasssss katil. boleh lah, kira katil lah jugak ni. kalau nak tau ni katil budak rajin. budak yang rajin jer ada katil macam ni. kau takder. aku tau. sebab kau tak rajin. eh. jangan lah serius sangat. gelak lah sikit.
SURPRISE!!! cantik tak cantik tak? *gaya eric leong*
ini lah katil. ini lah almari. ini lah meja. ini lah kerusi. kau takder. aku tahu tu.
selepas kemas. nampak cantik sikit. hamboi, cantik ker? semak jer. tapi cukup lah ada space sikit untuk aku duduk. duduk okay. duduk. bukan baring. apa lagi tidur. katil aku yang sebenarnya bukan yang ni.
katil aku sebenarnya bawah katil.
pakai simen jer.
lebih luas. baru boleh tidur buas. lagi puas.
*dah macam iklan jajan*
21st MARCH 2013
presentation day. haih. lesu. malas lah. aku tengok gambar ni pun aku dah rasa penat. sebab aku tahu penat nya buat assignment ni macam mana. tapi berbaloi rasanya korbankan waktu tidur waktu makan waktu mandi. tapi yang paling tak best. korbankan duit. final project. mesti lebih RM300 kitorang kena spent. sekali lagi. adik adik nak amik ID ker? lulz.
this is my header design for rolling stones.
ini project Boutique Hotel. so weolls kena design Boutique Hotel. what is Boutique Hotel? Boutique Hotel ialah bukan hotel biasa. merupakan satu satunya hotel yang ada di dunia. sebab dia special. and thats why nama dia Boutique Hotel. Dan aku pilih untuk buat concept ROCK. sebab ini last project. dan lepas diambil kira. rasanya semua concept aku dah guna KECUALI aku belum pernah kenal dengan concept ROCK. perasaan ingin tahu tentang ROCK & ROLL design yang mendorong aku pilih THE ROLLING STONES as a client. besides. logo dia sama macam logo lecka-lecka. :3
I used SMOKY AND FLAME as a concept to bring the edgy yet elegant and rock. i guessed it suits with.
this is my storyboard. The Rolling Stones. Storyboard yang simple tentang Rolling Stones.
Sebenarnya. aku tak minat pun dengan Rolling Stones. Aku pun tak dengar lagu Rolling Stones cause i'd rather listen to Deep Purple's songs. lebih masuk compared to Rolling Stones. just aku suka dengan imej and identity yang mereka bawa. From my naked eyes. they have a strong identity.
this is why I LOVE PRESENTATION's DAY
budak id suka buat kerja melebih lebih. kerja diorang macam orang bela saka. you will never expected they could do this. i mean. as a students lah.
nampak tak yang aku ni bangga jadi warga Pereka dalaman? lulz. aku cuma menyambung tradisi keluarga aku. Abah nazan - he was an Interior Designer before in Singapore and then he was the Studio Director and Editor for The Walt Disney in Hong Kong. dan sekarang. doing a business. still relates with arts. business art. lulz. and now. abang aku. he is an Interior Designer in Dubai. So baka seni tu memang ada dalam family aku dan aku sangat berharap suatu hari nanti aku dapat melahirkan muslim designer! so untuk memastikan misi ini berjaya. aku kena cari bakal suami yang pandai melukis. bukan setakat pandai lukis muka aku. tapi pandai buat khat kufi khat nasakh dan segala jenis khat yang ada. lulz. mana nak cari masalahnya? chill tasha. chill -_-"
my 21st MARCH tak habis macam tu jer. kitorang still in rush sebab ada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan pulak at noon di Dewan Sri Iskandar, UiTM Perak. congrats untuk semua. <3
ohmy. eyebag so eyebag. dari belakang. Yaya sayang. Bella sayang. Tacha chomel. okay tak comel dah. sebab eyebag. mencik mencik.
ini semua kawan2 dari course Building. setiap sem diorang naik pentas. keep it up dudes!
sebenarnya dalam hati aku tak happy macam dalam gambar. aku cuma nampak katil dan aku betul2 nak tidur. masa ni aku dah tak tidur dua hari. langsung tak tidur. buat kerja last minute. sebab tu lah.
tapi tak boleh tidur jugak bila balik studio nampak notes ni -__________-"
maksudnya apa? kena baca buku ker??? aku benci lah keadaan ni.
test ker tak test ker. aku peduli apa. tidur aku lagi penting. dah lama aku berangan nak tidur. sorry lah. antara tidur dengan study. i pilih tidur. bukan nak curang. tapi tidur nampak lebih menarik daripada study.
22nd MARCH 2013
selamat pagi studio. :) :) :) hari ni test. tapi aku dah bangun awal pagi sebelum subuh. untuk study. last minute tu kadang kadang bagus bila kita akan secara automatic akan pressure diri sendiri untuk study. jam 9 pagi. sampai jer studio. aku nampak ada notes atas meja aku.
masalahnya mama dah call banyak kali. masalahnya ni bukan sekali. dah banyak kali. dulu pernah hilang dekat langkawi. dalam van. nasib baik owner van tu jujur. nampak tak yang phone bukan lagi sesuatu yang penting buat aku.
23rd MARCH 2013
right after setel test aku FREEEEEEE sekejap. sekejap jer. tak lama. aku mula buat perancangan aku. jadual aku untuk tempoh dua minggu. masalahnya aku terasa gedik dengan tulisan aku yang macam tu. nampak lah aku free. ada masa nak buat tulisan love love macam tu sebab tu totally bukan aku sebab biasanya tulisan aku macam ni.
ada gaya tulisan doctor tak? *wink wink* tulisan tahap malas maksimum dah ni.
tak pun kalau rajin sikit macam ni.
tapi yang sebenar benar nya tulisan aku macam ni. tak, ini serius. *muka serius*
tugasan hari esok : buat model masjid intuk subjek History of Islamic Arts
24th MARCH 2013
like i said. buat model masjid kan. we have TO DESIGN a mosque. interesting. sebenarnya. sebab aku memang dah lama teringin nak design masjid. tapi lecturer tak pernah pun bagi task tu. so this time i would like to say one of my wishes comes true.
when I said abaout 'Wishes' its one of my wishes to meet my old kitten, Oren. Oren kucing aku dengan abang aku yang mama Suria buang dulu. You know, we found Oren dekat Stesen Kereta api dalam keadaan kotor, lapar, tapi comel. even dia dalam tong sampah, pun nampak comel. so we took her and adopt her.
sayang. Mama Suria buang and I still remembered expression abah yang rasa serba salah bila nampak aku menangis. T_______T
went to studio untuk buat model History. For sudden. tengah jalan pagi pagi sorang sorang aku ternampak kucing yang sebijik muka macam OREN tengah tidur tengah tengah jalan. sorang sorang dia. mak dia takder. aku pun kacau dia. dia terbangun. and dia nampak comel masa dia tidur and dia nampak lagi comel gila bila dia bukak mata dia. "serius macam oren" aku bermonolog sendiri.
so aku pun lepas kacau dia tidur. aku pun chow. tapi dalam hati aku still pikir pasal kucing tadi. dah jalan jauh ni. sikit lagi nak sampai studio. sebab aku terlalu rindu OREN. aku sanggup patah balik, dan aku decided untuk ambil kucing tu.
yes. aku nekad. masa tu mak dia pun tak ada. adik beradik dia pun takder. orang pun takder.line clear habis. (Ustaz, adakah ini dikira mencuri?)
ouh. aku masuk kan dia dalam model Boutique Hotel aku yang haritu. tak ada kotak. ini jer yang ada. dan dia macam suka tinggal dalam hotel ni. lulz.
decided to adopt her. and named her. PICHA. sebab nama aku Tacha. tapi entah apa kaitan dengan Picha aku pun tak tau macam mana boleh dapat. tapi rasa nama tu senang sebut. dan ada iras nama aku itu dah cukup. lulz.
kawan kawan aku yang datang studio semua jerit nampak Picha sebab dia comel sangat. ada yang jelos dengan aku, dapat baby kitten yang comel. ada yang setan hasut aku.
Yaya : "tasha kau tak rasa bersalah ker amik dia dari mak dia?"
tasha : "haha. entah. tak rasa apa apa pun"
Yaya : "kau tak pikir ker adik beradik dia lagi."
tasha : "hahaha. entah"
Bella : "cuba kau bayang kan. kalau kau beranak kembar enam lepas tu
ada orang amik anak kau sorang. kau tak sedih ker?
Tasha : "hahahahahaha. kelakar. entah lah."
Yaya : "weyh Bella aku bengang lah dengan tasha ni, dia tak rasa bersalah langsung. dia gelak jer. sakit hati aku"
Bella : "Tu lah aku pun."
AH. yang penting sekarang aku lah mama baru dia. :3 *wink wink*
from left : BELLA. PICHA . NANA.
picha dah tidur. aku boleh buat kerja dengan tenang.
balik dari studio. aku bagi picha kotak baru. kotak kasut aku jer pun. tak der special mana. tak boleh bagi manja sangat. nanti naik lemak.
dan since that day. aku akan selalu ada teman yang teman aku malam malam. now i know apa itu heaven on earth <3 masa ni dah pun pukul 1 pagi. Picha dan Tacha tengah buat assignments sama sama. i guessed she enjoyed our first assignments.
25th MARCH 2013
aku dah bagi kotak kan untuk picha tapi tak tau apa masalah dia nak jugak tidur dalam benda alah ni rosak model aku. dia tak tahu ker aku tak tidur buat benda alah ni da sukahati jer tidur dalam ni. nasib baik kau comel. masalahnya dah macam dalam cerita Alice in wonderland.
dan malam tu aku nak bawak dia pergi studio lagi sekali sebab aku ada kerja nak siapkan. lagipun masa ni picha belum makan. so aku nakbawak dia makan sekali. tapi entah kenapa. dia tak nak duduk diam dalam beg aku. aku bengang. aku marah dia. erk. aku marah dia? yes, aku marah dia. aku patah balik bilik aku and aku tinggal dia dalam bilik. tak nak bawak awak pergi studio. awak nakal.
dan bila aku sampai studio, tiba tiba dapat text.
defuq! kau dah sakit hati dengan aku lepas tu kau kencing bawah meja aku. aku sumpah tak tenteram masa duduk dekat studio. asik pikir pasal Picha Picha Picha. rasa nak cepat balik.
and pukul 12 malam aku baru balik studio. Bella and Yaya tolong aku bersihkan bilik, satu bilik kitorang mop. aku mintak maaf gila gila dengan roomate aku. sebab aku tau diorang sakit hati dengan aku. tapi diorang pendam. aku tau. aku selalu buat bilik ni macam bilik aku sorang. aku pakai kasut dalam bilik. aku bawak masuk kucing dalam bilik. aku buat sepah dalam bilik. dan aku faham. bilik ni tempat solat jugak, dan aku tau semua tu sebab tu aku rasa macam bersalah lah jugak. still diorang sabar dengan aku.
"tasha biar aku jaga lah picha ni" - Bella
tasha : "hah? sumpah?? kau biar betul?"
bella : "betul lah, aku tolong kau jagakan"
masa ni aku rasa lega gila sebab Bella volunteer nak jagakan Picha. serius selama ni aku bela kucing mama Suria yang jagakan. kencing berak dia mama Suria yang uruskan. aku tak tau apa apa. yang aku tau, dia kucing. dia comel. serius jaga anak kucing pun susah. aku dah rasa macam stress sikit. sebab since aku jumpa picha. all my life, all my happiness. all my times and everything semua untuk Picha. pergi mana mana aku akan fikir Picha okay ker tak. serius tak tipu. jadi aku rasa macam ada komitmen. dan aku wonder. kalau aku ada anak nanti macam mana?
"tasha. ni anak kucing lah. nanti anak kau sendiri kau tak rasa macam ni" - Bella
bella cuba tenangkan aku yang stress jaga anak kucing. anak kucing jer pun.
-_____-"
26th MARCH 2013
okay aku cuba cerita seringkas mungkin. aku dah penat nak taip cerita dua minggu. lulz. model masjid yang dah siap. and kitorang ada presentation final untuk sujek History of Islamic arts dan inilah hasilnya :)
with shawl : Nana Azhari and black scarf : Ayyun Rosdi
nana is my partner bila nak keluar keyyel sama sama. lulz. sayang nana. :* and nana pun sayang aku tahu? tak percaya. dia selalu rindu aku. LULZ.
SCM ialah setia city mall dekat shah alam. tempat kitorang lepak sama. if chuolls baca previous entry yang bertajuk Ni'mat. itu lah geng SCM. empat orang jer. tak ramai.
and Ayyun pulak my partner bila aku balik kampung at Kelantan. dia akan offer untuk bawak aku jalan jalan dekat kelantan. tapi aku tak pernah lagi keluar dengan dia. cuma dia dah offer itu dah kira cukup baik. sayang chuolls. :*
model masjid yang nampak structure dalam. tema : Khat Kufi.
dan esok aku ada exam. jam 2petang. dan aku tak study apa pun lagi. 11 bab untuk cover memang sah sah lah aku tak kan mampu cover.
doublechin dan eyebag aku. ini memang betul betul masalah negara. siapa ada tips untuk hilangkan eyebag dan double chin mohon share kepada admin tashalecka-lecka. and sekali lagi adik adik masih nak amik ID ker?
sebenarnya. eyebag tu lambang tak tidur buat esaimen, dan double chin ialah symbolized aku happy dengan hidup aku. so whats the problem? we are still sweet just the way we are.
abah Nazan call malam tu.
"esok exam kan? amacam?" dah baca?"
"belum"
"hah? belum? sekarang ni dah pukul 10 malam."
"i know"
27th MARCH 2013
ekjem ekjem ekjem. aku pasrah apa pun yang jadi.
terima kasih untuk yang mendoakan kejayaan aku jawab exam dengan jayanya. tapi jujur aku tak berapa boleh jawab soalan exam petang tu. tawakal.
aku tak boleh jawab lah gila. -__________-"
28th MARCH 2013
rutin harian aku macam biasa. pergi studio siapkan kerja.
29th MARCH 2013
untuk release tention kononnya. kitorang pergi swimming dekat UTP. went there with Lisa. Siti. Farah and Yaya <3 <3 <3
sebenarnya mama Suria tak suka kalau aku main air.
"tasha. kau nampak macam ikan bilis bila dalam air." - yaya
"eh tapi aku nampak tasha macam berudu" - Siti
okay. Fine. -_____________-"
thanks lah kawan. baru aku tahu. macam ni rupanya kawan till jannah.
anyway serious aku happy gila dengan korang semalam. happy sangat sangat.
thanks for inviting aku for swimming :) lulz.
lisa. siti. and Farah. farah ni brutal. and sangat funny. aku harap kau tak inzal tengok aku half naked semalam. LOL-ING.
SEE. i got my picha back ! okay dalam kotak dia dah ada kain.Bella dah pulangkan Pica aku sebab takut Picha ganggu kawan aku. Fatin. Dia budak Fashion. sama umur dengan aku. Part Four. sedang ada final project. dah nak mula menjahit. so Picha ni semakin hari semakin liar.agak dangereous kalau picha tinggal sana.
Dia kata Picha aku sama macam kucing boyfriend dia. LULZ.
anyway thanks tolong jaga kucing aku.
30th MARCH 2013
and today aku cuma duduk bilik dalam keadaan sakit hati sebab Picha berak atas kasut aku. sakit hati. nasib baik semua kasut aku simpan dalam special case. NASIB BAIK.
picha ganggu aku update blog. susah. sakit hati. rasa nak buang pun ada. tapi aku kena sabar. sebab aku dapat banyak benda baru since Picha dengan aku. seriously. every single things yang Picha buat. sebenarnya buat aku terfikir. macam mana seorang ibu boleh jaga 10 orang anak sedangkan 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.
mungkin ada yang kata. ini kucing. kucing tak sama dengan human being. tapi bagi aku. tak jauh beza. tetap perlukan kesabaran yang tinggi. jujur. aku sendiri yang rasa aku tahu lah. setiap hari bercakap dengan picha. even aku tahu dia tak faham pun.
"tasha. aku tengok kau dah macam orang gila cakap dengan Picha" - studiomates
dan setiap pagi benda pertama aku cari bila bangun dari tidur. "Picha mana?" I dont wanna lose her for the second time. I love You Picha. and I love you more than beans and rice :*
2 comments:
PICHA sangat comel... :)
hahahahaha. yeah. Picha sangat comel macam Tachaaaaaa :D ayat mintak kaki. haha. wkwkwkwkw :P
Post a Comment