setiap kali hari sabtu. aku mesti teringat tentang budak couple seminggu tu. okay. hari ni hari sabtu. saya kerja. dan saya okay. terima kasih to abah Nazan walaupun aku tau dia kadang kadang jer update blog aku. tetap nak cakap terima kasih sebab tolong hantar saya ke office.
we had a long conversation dalam kereta. we talk about future. and plan. and so on. cuma satu statement abah Nazan yang buat aku rasa sesak nafas.
"nanti, kalau ada orang datang jumpa abah dengan mama sebab nak dekat nadira, abah akan reject semua lelaki tu"
*GASP*
TRAGIK. tapi ternyata. im always be his favourite daughter. always :) aku syak abah Nazan dah menyampah tengok aku menangis sebab lelaki. bak kata Yuna, lelaki tak guna.
"eleh. macam lah bapak dia bukan lelaki. " aku syak ada antara korang akan cakap macam ni dalam hati. tak tuduh. aku syak jer lah. anyway, go on abah. just do whatever you think is raite. saya pun tak minat dengan lelaki. (for this moment)
OKAY. there is nothing much important pun untuk harini. cuma macam biasa. puasa puasa pun. kerja tetap kerja.
yesterday. one of my friends. his name is TERI. singaporean.
"sabtu pun kerja? lifelessnya kau. singapore tak macam tu pun"
nak marah pun ada. sentap tau kalau orang cakap aku ni lifeless. kalau aku sendiri cakap aku lifeless aku boleh terima lagi. bukan aku nak pun kerja sabtu. nak kejar dateline. so i have too.
11.00 am - sampai office
01.30 pm - my work is done
total working : 3hours
total salary : 25MYR / hour X 3hours = 75MYR
gaji OT aku untuk harini. 75ringgit tunai. berbaloiker? tak apa. saya ikhlas. lewlz.
02.00pm - tahan teksi. and thinking where to go. still early. bukak puasa pun lambat lagi. so buat apa nak balik rumah awal awal raite. so i went to KLCC. sebab aku lapar :(
yes aku lapar bau buku baru. lapar sangat. lepak kinokuniya untuk orang yang tak berduit macam aku dan ini aadalah tips aku untuk ceriakan diri aku sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun.
yes. baca buku dengan percuma. untuk geek and nerdy macam aku. ini lah masalah terbesar yang melanda dunia sekarang. buku semakin mahal. hmm. masalah sangat.
puasa puasa makan. puasa puasa carut. puasa puasa ngumpat. puasa puasa gossip. tapi aku tak dapat tahan puasa dari membeli. something ive craving for. dah sebulan aku tak beli buku baru. jadi aku rindu bau buku baru. bau kertas. bau setiap huruf dakwat cetak. sedap sangat.
oopps. saya terbeli. okay. serius saya tak sengaja terbeli.
kenapa aku suka sangat tipu diri sendiri ni? ciss.
aku memang rancang nak pergi amik bau jer. tapi. kenot resist. aku tergoda jugak. bukan satu. tapi empat. lagi lah pendusta sangat awak ni tasha. hmm. syaitonbetul.
no regrets. just love :*
basically. i cant wait to read about her. siapa tak kenal kristiane backer raite? she was a VJ fot MTV europe pada ketika dahulu yang meletop. this is her story. her strenght. to follow her heart dan berhadapan dengan tentangan nonmuslim dan sebagainya saat mula mula dia memeluk Islam. I know this book inspired many Muslims and non muslim alike. and thats the reason i bought it. Dan kalau yang kafir boleh faham Allah. then why some people like us yang readymade Islam, masih lagi putus harapan dengan rahmat Allah? sebenarnya, apa yang aku rasa ialah tidak kira sebesar mana sekalipun dosa kita, sehina mana sekalipun, yakin bahawa tidak patut bagi sesiapa untuk putus asa dari rahmat Allah. mungkin kita pernah rasa Tuhan tak adil. Mungkin kita tertanya tanya kenapa Tuhan jahat dengan kita. hakikatnya, setiap salah faham yang berlaku tak akan terjawab selagi kita sibuk dengan tipudaya dunia dan syaitan. menjadi tugas kita untuk meninggalkan keredhaan manusia demi mencari keredhaan Tuhan.
buku ni sikit pun tak buat aku tertarik sebenarnya. sebab cover dia sangat lah tak menarik perhatian. buruk. kalau bagi aku design pun lagi lawa aku rasa. tapi orang cakap dont judge a book by its cover. so aku flip and go through few pages. okay. buku ni best. its about a journey of a young lady dalam mencari Tuhan. frasa yang buat aku tertarik ialah pada satu bab when she's questioning herself whether she can call herself as a real Muslim since she is not practising the real Islam guideline. quite touched actually. dan buat aku terfikir tentang kuasa Tuhan. betapa Tuhan rindukan taubat setiap hambaNya siang dan malam.
yes. sebagai seorang designer. saya sangat peka dan sensitif dalam setiap furniture. kalau orang lain pandang kerusi ada empat kaki. aku pandang kerusi dengan tiga kaki dan masih boleh stable. design is just fun. Tak macam math. 1 plus 1 equal Two. in design. 1 + 1 could be three. four. five. or anything you like. sesuatu yang kadang kadang doesnt make sense. tapi masih dikira sebagai seni. bebas. untuk kita generate idea. tapi, environment Malaysia sangat kurang menghargai art & design. budaya malaysia lebih menghargai artis artis filem serta konsert konsert dan hiburan semata mata. sebab tu Muzium muzium di Malaysia sangat hambar. dan subjek sejarah menjadi subjek yang paling dibenci. ternyata, membaca bukan budaya sebahagian besar rakyat Malaysia.
hit it! buku yang dah lama sangat aku cari! okay happy sangat finally its MINE. yes. Steal Like an Artist. Secara ringkas untuk jadi kreatif, kita hanya perlu mencuri.
steal + Mix + random = myownfuckinggreatdesign
dekat studio. orang selalu tanya aku.
"tasha, macam mana kau boleh dapat idea nak design macam ni? lain dari yang lain"
sepatutnya. jawapan jujur aku should be "Oh. I steal it"
tapi. rasanya aku tak perlu jujur sangat dengan kawan kelas aku. jujur itu perlu bertempat. kalau aku cakap macam ni. nanti semua orang taknak usaha perah otak untuk jadi cemerlang. senang cerita. belajar bukan untuk pointer. bukan untuk grade A mahupun kepujian tertinggi. tapi buat kerja biar ikhlas. takpayah gatal gatal nak mintak Tuhan mesti bagi.
1 comment:
taktau nak panggil kau apa. anyway thankyou fasyshane. :) :) :)
Post a Comment