Saturday, May 4, 2013

Dimana silapnya?


Bismillah.

aku yakin semua rakyat Malaysia yang cukup umur mahupun tidak pasti berkobar kobar untuk hari esok. Esok rakyat Malaysia akan menyambut election day yang pastinya meriah dan sengit. aku sedih sebab tak cukup setahun jer lagi untuk mengundi. Chill tasha. tapi sedih lagi orang yang cukup umur tapi tak mendaftar untuk mengundi. bila kita cakap tentang politik. pasti ada pihak yang akan cakap

"umur baru setahun jagung nak cakap pasal politik"

"eleh. taktau apa apa bajet tau pasal politik. tolong lah diam"

"aku bosan lah TL twitter facebook semua penuh dengan politik. aku malas nak kesah pasal politik. Bodoh semua" 


bagi aku orang yang tak kesah tentang politik adalah orang tak pernah kesah tentang kos sara hidup. harga bijirin. harga susu. harga tepung. dan lain lain lagi. mereka ini layak juga digelar sebagai buta politik. 


bagi aku orang tak kesah tentang politik adalah orang yang lagi lah tak matang. dan kenapa perlu mengeluarkan statement "umur baru setahun jagung nak cakap pasal politik" hal ini membuatkan aku terfikir secetek mana pemikiran anda dimana anda mengukur kematangan seseorang daripada umur seseorang bukan nya berdasarkan ilmu seseorang. benar. masing masing layak untuk memberi pendapat. seperti mana yang anda sedang baca sekarang. aku sedang menyampai kan pendapat aku tentang orang ramai. 


dan disini aku ingin berkongsi luahan perasaan seorang marhaen di perantauan. Luahan nya begitu mendalam dan dari luahan nya yang begitu public dan berani. dia benar benar mahukan perubahan. dia benar benar ingin mengundi. walau cuma undi pos. kerana si penulis sekarang berada di Dubai, dan tidak berkesempatan mendaftar untuk mana mana parti. Jadi dia cuma mampu menggesa rakyat untuk memikirkan bersama sama urusan politik dunia. dan aku juga berfikir yang sama.  



Luahan perasaan seorang marhaen diperantauan

Saya tidak mendaftar dalam mana-mana parti. Saya secara umumnya, seorang pereka dalaman (Interior Designer), dan seorang rakyat biasa - sama seperti kamu semua. Saya perlu beratur untuk makan KFC. Saya berdiri dalam LRT dan bersesak seperti kalian semua. Saya juga, seperti anda semua merintih pada setiap hujung bulan berdoa pada Yang Maha Kuasa agar dengan kuasa ajaib dari teknologi, angka baki akaun pada skrin ATM bertukar angka yang lebih munasabah untuk saya terus bertahan sebulan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi.


Cuba renung diri anda - dari semalam, hari ini dan esok. Berapakah masa anda luangkan masa untuk anda berfikir? Rasanya otak anda terlalu lemah dan kepenatan untuk berfikir. Saya pernah fikir bahawa orang yang paling beruntung ialah orang yang tak pernah hidup di dalam dunia ini. Kedua paling beruntung ialah orang yang mati awal. Orang yang paling rugi ialah orang yang matinya lewat. Itu Soe Hok Gie, pejuang dan pemuisi Indonesia yang cakap. Sebab itu orang jahat umurnya panjang. Margaret Thatcher misalnya.


Setiap hari, setiap pagi, bila anda semua bangun tidur, anda selalu berharap segalanya berubah untuk lebih baik untuk hari ini berbanding semalam. Setiap hari hati kita berdetik harap hari yang kita bakal lalui hari ini lebih baik dari semalam.


Harap-harap kerja yang dilaksanakan hari ini lebih baik dari semalam.

Harap-harap hari ini berjalan berjumpa makwe cun dan bertegur selepas semalam hari yang penuh kesunyian.

Harap-harap hari ini bos naikkan gaji untuk bulan depan.

Harap-harap ada orang belanja makan.

Harap-harap ada orang belanja belikan baju.

Harap-harap. Kehidupan kita bergantung harap kepada harapan.


Saya ingin bertanya kepada kalian semua, sehingga satu tahap, adakah anda fikir anda sebenarnya dah bosan dengan kehidupan anda? Setiap hari adalah satu rutin. Setiap hari adalah satu tanggungjawab. 


Hidup hanya sekali. Kalau benar hidup ini satu rutin, satu tanggungjawab - maka benarlah apa yang dikatakan Sok Hoe Gie itu. Atau apa yang tokoh eksistensialis Jean Paul Sartre berkata - “life is condemned to be free” - hidup ini disumpah untuk menjadi bebas. Kita disumpah, kerana kita berdiri di sini - sebab kita menjadi bebas - tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu apa yang kita bebas sebenarnya.


Jadi kebebasan itu akhirnya menjadi tanggungjawab kita dan jika itu apa yang aku nampak, benarlah kata Sartre - itu adalah sumpahan yang sebenar-benarnya.


Kenapa saya menulis tulisan ini? Saya mahu anda semua fikirkan apa akan terjadi pada Malaysia pada tahun 2057 - 100 tahun selepas negara ini merdeka - atau 44 tahun dari sekarang. Saya berusia 68 tahun pada ketika itu, mungkin saya berada di alam lain. Di alam yang kita sebenarnya tak tahu - tapi kita mengandaikan kita semua tahu. Mungkin masih lagi hidup menghabiskan sisa-sisa akhir hayat menghirup oksigen yang penuh dengan karbon monoksida.


Tulisan ini adalah tulisan mahu mengajak anda menyokong perubahan dalam pilihan raya kali ini. Bukan kerana saya benci Barisan Nasional, tetapi budak yang nakal kadang-kadang perlu dirotan kalau tak dengar cakap. Budak yang nakal perlu diikat di pokok rambutan dan biarkan kerengga gigit pehanya. Ini bukan nak hancurkan Barisan Nasional, ini sebagai hukuman supaya parti ini sedar dan insaf bahawa mereka bertanggungjawab atas kebebasan mereka menggubah undang-undang dan perlembagaan negara ini.


Kerana kata-kata Sartre itulah - mak-mak kita bawa penyapu untuk sesah kita kalau kita tak pulang ke rumah maghrib apabila lalai bermain di waktu petang. Kerana kata-kata Sartre itulah ayah-ayah kita ikat kita di pokok rambutan dan digigit kerengga supaya kita sedar mencuri rambutan jiran sebelah adalah salah.


Sebab kata-kata Sartre itulah - saya menyeru supaya anda yang boleh mengundi - untuk mengundi Pakatan Rakyat.


Saya terus terang - Pakatan Rakyat tidak mewakili susuk politik saya. Mereka tidak mewakili apa yang saya mahukan. Saya akui, sebagai seorang pemegang ideologi minoriti saya perlu akur dengan semua orang - lalu saya pendam dalam-dalam keinginan saya untuk negara ini - tetapi, kedua-duanya tidak mewakili susuk struktur politik yang saya idamkan. Tetapi, saya ketepikan negara idaman dan impian saya - kerana saya hanya diberi dua pilihan sahaja. ISMA? PERKASA? HINDRAF? Mereka - seperti yang pernah dikatakan almarhum George Carlin - mereka ini tidak ubah seperti perasa bagel semata-mata. Bagel perasa anggur, bagel perasa coklat, bagel perasa sambal belacan.


Tapi bagel tetap bagel.


Tetapi mengundi Pakatan Rakyat bermakna anda - selaku rakyat - seperti seorang mak yang sedang sebat anaknya dengan penyapu kerana enggan balik rumah pada maghrib kerana leka bermain bersama kawan. Mengundi Pakatan Rakyat bermakna anda - selaku rakyat - seperti seorang bapa yang melibas anaknya kerana ponteng sekolah.


Masalah yang berlaku pada hari ini apabila anak kita dimanjakan dan dibiarkan berbuat sesuka hati. Anak ponteng sekolah, biarlah. Anak curi rambutan orang, biarlah. Dan besar anak itu menjadi syaitan gondol dan tak boleh dibentuk akhlaknya lagi.


Kenapa saya mahu Barisan Nasional diajar dalam pilihan raya ini. Jawapan saya cukup mudah.


Supaya mereka yang di dalam parti itu sedar - terdapat perbezaan di antara parti, dan kerajaan. Ini adalah perkara yang paling saya tekankan.


Di Amerika Syarikat, apabila Barack Obama mahu bercakap soal parti Demokrat, beliau tidak akan menggunakan White House. Dia akan gunakan ibu pejabat Parti Demokrat atau semasa konvensyen Parti Demokrat. Itu sahaja. Semasa di White House, Barack Obama bercakap tentang hal kerajaan, kerana beliau berada di premis kerajaan, bukan premis parti.


Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mahu bercakap tentang hal ehwal kerajaan negeri Selangor, beliau bercakap di bangunan SUK di Shah Alam, tetapi apabila bercakap tentang parti, beliau bercakap di pejabat PKR di Merchant Square. Walaupun susuk politik mereka, tidak mewakili pandangan seperti saya, tetapi amalan ini yang seharusnya dibuat.


Tindakan BN yang menjengkelkan saya - walaupun adakalanya tindakan mereka menguntungkan bapa saya dan keluarga - tanpa dasar Baucer Buku 1Malaysia - bapa saya tidak mungkin mendapat pendapatan yang banyak, kerana saya seorang anak kepada penerbit buku dan ramai pembeli buku menggunakan baucer tersebut - tetapi dengan pemberian seperti BB1M, BR1M, BL1M dan segala apa lagi yang apa ada huruf I semua nak ditukar kepada nombor 1 - walaupun dasar BN ini menguntungkan bapa dan keluarga saya, saya merasakan bapa saya dan keluarga tidak perlu berterima kasih dengan BN.


Saya perlu berterima kasih kepada pembayar cukai, para pekerja, para petani, nelayan, pekerja di sektor petroleum, perlancongan, sektor pendidikan, kesihatan - atau apa jua sumber ekonomi negara kerana membanting tulang berusaha keras membangunkan negara dan membayar cukai untuk kerajaan BN ini - memberi baucer-baucer ini kepada mereka yang membeli buku terbitan bapa saya. Ini yang sepatutnya. Kenapa saya perlu berterima kasih kepada BN sedangkan sumber kewangan ini datang dari kudrat rakyat? Seharusnya saya kena berterima kasih pada rakyat. Terima kasig rakyat Malaysia.


Tugas kerajaan adalah membelanja dan mengurus wang rakyat. Kerajaan yang tidak berbelanja dan mengurus wang rakyat adalah kerajaan yang something wrong somewhere. Tetapi apa yang dibelanjakan itu kalau tidak munasabah angkanya, saya pun marah juga.


Cuba letakkan diri anda sebagai seorang ayah. Anak kita minta wang untuk beli buku sekolah. Apabila ditanya, sebuah buku berharga RM200. Kita beri dia RM200, dan kita meminta bukti, seperti resit atau benda-benda yang membuktikan harga buku tersebut memang bernilai sedemikian. Dan kita mahu dengan buku itu benar-benar membantu anak kita dalam pelajaran.


Tetapi jika kita beri wang RM200, kemudian kita buat bodoh, barangkali anak itu menyalahgunakan duit itu dengan enjoy de menjoy bersama kawan-kawan di kedai snuker. Kemungkinan RM200 itu digunakan untuk belanja awek cikaro yang baru ditemui di belakang Ampang Point. Kemungkinan RM200 itu digunakan untuk membeli ganja, kalau kita tidak meminta bukti pembelian tersebut.


Dan, sebagai seorang ayah yang baik, kita kena pantau apa yang anak kita buat, walaupun tidaklah seperti seorang polis parol, tetapi cukuplah anak kita untuk tidak jadi syaitonirojim yang menambahkan statistik jenayah.

Jadi, begitu juga dengan kerajaan - kita perlu pantau kerajaan yang kita pilih. Setiap projek yang dibuat perlu disiarkan kontraknya, jumlah belanjanya, segalanya - dan seperti resit - dipampangkan di akhbar-akhbar harian. Di Sweden, nak bina jambatan kampung pun kerajaan kena tanya penduduk kampung dan perbelanjaan itu perlu diberitahu kepada penduduk kampung. 


Dan jika Barisan Nasional - selama 55 tahun tidak pernah melakukan perkara ini - kita perlu pilih Pakatan Rakyat dan desak perkara ini. Jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan - Barisan Nasional juga perlu melakukan perkara ini dan membaiki apa yang Pakatan Rakyat buat. Nah, maka berlaku satu senario politik sihat dan berilmiah dan tidak hanya bersembang tentang topik jubur, tetek dan cipap. 


Saya akui, saya bukanlah suka kepada Pakatan Rakyat, apa lagi menjadi cybertrooper mereka. Bagi saya - fanatisme yang perkara yang bodoh dan menghalang kita dari proses berfikir. Kita tidak seharusnya mengagamakan parti politik. 


Kesilapan ayah Sazali dalam filem P. Ramlee Anakku Sazali ialah watak itu mengagamakan cinta dan kasihnya terhadap anaknya, sampai sanggup buat apa saja dan biarkan Sazali menjadi syaitanirojim. Jadi, kita tidak perlu menyembah susuk peribadi dan personaliti.


Apabila saya melalui di Sungai Klang, saya sedih grafiti Nik Aziz dan Mahathir Mohamad ditulis “Malaya Heroes”. Kita masih di takuk politik usang - politik personaliti bukan politik idea. Politik yang mengajukan siapa memberi idea terbaik untuk negara.


Dan kepada mereka yang mahu mengundi rosak semata-mata nak tunjuk protes, saya sarankan kepada anda, tidur sahajalah. Dalam suasana politik tidak matang sekarang ini kita jangan buat perkara pelik-pelik. Undi rosak di dalam negara ini tidak memberi jawapan signifikan kepada perubahan yang kamu inginkan. Ya, dua puak bangang (as you said) bergaduh, dan kamu kata “persetankan kamu semua”. Ya, persetankan mereka, tapi apa yang kamu dapat? Kamu fikir mesej undi rosak kamu itu dapat tercapai objektifnya? Angan-angan kamu ini samalah seperti saya bermasturbasi membayangkan Hayley Williams dari Paramore sedang tidur di celah peha saya.


Apapun anda ingin undi - terserah. Saya cuma memberi cadangan - sama ada mahu menjadi seorang ayah yang memanja dan menggedikkan anaknya, atau melibas atau mengikat anaknya di pokok rambutan untuk menjadikan anaknya seorang yang baik.


Dan kita - rakyat - berkuasa menentukannya.


Saya tak harap apa-apa perubahan besar pun yang berlaku dari Pakatan Rakyat jika mereka menang. Mereka juga seperti Pepsi dan Coke, KFC dan McDonalds - sama sahaja cuma lain jenama. Tapi, sekurang-kurangnya jika KFC ada buat perubahan seperti ayam goreng cicah sos budu misalnya - barangkali kita boleh cuba. Kalau tak sedap, McDonalds boleh pula buat burger yang dicelup dengan masak lemak cili api, dan kalau sedap, KFC juga akan buat ayam dengan berkuahkan masak lemak cili api. Dan akan berlaku persaingan sengit dimana kita sendiri yang menentukan.


Dan pada 2057 - barangkali saya sudah lagi tiada - pada masa itu, anak-anak kita sedang berbincang apa yang kita lakukan untuk negara ini, dan untuk mereka."


-Ezrin Nazan-
1st May 2013

Rakyat kini rakyat yang membaca. Rakyat kini rakyat yang celik. semua boleh memilih. memilih dengan bijak. dan rakyat bukan bodoh untuk terpengaruh dengan wang bantuan 500 ringgit sehingga mencium cium tak lepas tangan si pemberi. si penerima bersyukur kepada si pemberi  dan menyanjung si pemberi ibarat hidup selama 56 tahun ini baru pertama kali dapat 500 ringgit. kalau betul betul nak bantu kenapa tak bantu dari dulu? Metro hari ini. BN ajak rakyat mengimbau semula kemajuan dan keharmonian yang dicipta sebelum ini. 


Di mana silapnya? Ini lah soalan yang akan ditanya oleh orang orang yang bersimpati atau mempunyai minat terhadap Malaysia selepas berlakunya peristiwa mega hari esok. 

Dimana silapnya? di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama yang telah menikmati keharmonian dan kerjasama selama 56 tahun yang lalu, sehingga menyebabkan toleransi dan kesefahaman ini degan tiba tiba hancur. hinggakan kaum tersebut mula memandang dengan penuh curiga serta menolak cara hidup yang telah wujud sebelum merdeka lagi. 

Dimana silapnya? sehingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina, dua kaum yang terbesar di Malaysia, begitu terpisah hinggakan sebuah kerajaan yang autoritan dan usaha pemimpin pemimpin kebangsaan tidak dapat memperbaiki kesengketaan ini. 

Dimana silapnya? Berdasarkan kepada pengalaman yang sudah sudah, memang lah mudah untuk mencari kesilapan dan kecacatan masa lalu. Namun demikian, elok juga difikirkan kembali dan menganalisa, atau menentukan kesalahan kesalahan itu sekiranya pengalaman yang lalu hendak dijadikan tauladan untuk menghadapai masa hadapan. Tujuannya bukan lah untuk membalas dendam, tetapi ini adalah satu tanggungjawab sosial  untuk mencari di mana silapnya. Kalau benarlah segala hal yang berlaku pada masa dahulu tidak ada cacatnya dan tidak ada mana mana pihak pun  yang bersalah, nescaya tidak berlaku ganguan kepada kemajuan negara dan keharmonian antara kaum yang telah wujud selama 56 tahun selepas merdeka.


Pencapaian negara selama 56 tahun. adakah ekonomi kita lebih bagus dari Singapura? Demi rakyat. Demi keadilan. Demi masa depan. "Demi Masa Depan" bukan demi masa lampau. jangan sembang politik lepas sebelum merdeka. tetapi fikirkan lah pula keadaan akan datang mungkin dalam masa 100 tahun selepas merdeka. 


4 comments:

EXMN said...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151428074156840&set=a.10150536192771840.367649.16194831839&type=1&relevant_count=1

baca ni and nampak apa persamaan pemikiran saya dan pemikiran pakatan. mereka tiru idea saya.

Anonymous said...

to take a risk and going to a place that we believe as a heaven is tough when you can't differentiated if that heaven is for devil or angel?

Anonymous said...

assalamualaikum . akak ..
suka sangat baca blog akak ^^

Ahmad syafiq said...

thumbs UP !