Bismillah.
aku yakin semua
rakyat Malaysia yang cukup umur mahupun tidak pasti berkobar kobar untuk hari
esok. Esok rakyat Malaysia akan menyambut election day yang pastinya meriah dan
sengit. aku sedih sebab tak cukup setahun jer lagi untuk mengundi. Chill tasha.
tapi sedih lagi orang yang cukup umur tapi tak mendaftar untuk mengundi. bila
kita cakap tentang politik. pasti ada pihak yang akan cakap
"umur baru
setahun jagung nak cakap pasal politik"
"eleh. taktau
apa apa bajet tau pasal politik. tolong lah diam"
"aku bosan lah
TL twitter facebook semua penuh dengan politik. aku malas nak kesah pasal
politik. Bodoh semua"
bagi aku orang yang
tak kesah tentang politik adalah orang tak pernah kesah tentang kos sara hidup.
harga bijirin. harga susu. harga tepung. dan lain lain lagi. mereka ini layak
juga digelar sebagai buta politik.
bagi aku orang tak
kesah tentang politik adalah orang yang lagi lah tak matang. dan kenapa perlu
mengeluarkan statement "umur
baru setahun jagung nak cakap pasal politik" hal ini membuatkan aku terfikir secetek mana
pemikiran anda dimana anda mengukur kematangan seseorang daripada umur
seseorang bukan nya berdasarkan ilmu seseorang. benar. masing masing layak
untuk memberi pendapat. seperti mana yang anda sedang baca sekarang. aku sedang
menyampai kan pendapat aku tentang orang ramai.
dan disini aku ingin berkongsi luahan
perasaan seorang marhaen di perantauan. Luahan nya begitu mendalam dan dari
luahan nya yang begitu public dan berani. dia benar benar mahukan perubahan. dia
benar benar ingin mengundi. walau cuma undi pos. kerana si penulis sekarang
berada di Dubai, dan tidak berkesempatan mendaftar untuk mana mana parti. Jadi dia cuma mampu
menggesa rakyat untuk memikirkan bersama sama urusan politik dunia. dan aku
juga berfikir yang sama.
Luahan perasaan seorang marhaen
diperantauan
Saya tidak mendaftar dalam mana-mana parti. Saya secara umumnya, seorang
pereka dalaman (Interior Designer), dan seorang rakyat biasa - sama seperti
kamu semua. Saya perlu beratur untuk makan KFC. Saya berdiri dalam LRT dan
bersesak seperti kalian semua. Saya juga, seperti anda semua merintih pada
setiap hujung bulan berdoa pada Yang Maha Kuasa agar dengan kuasa ajaib dari teknologi,
angka baki akaun pada skrin ATM bertukar angka yang lebih munasabah untuk saya
terus bertahan sebulan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Cuba renung diri anda - dari semalam, hari ini dan
esok. Berapakah masa anda luangkan masa untuk anda berfikir? Rasanya otak anda
terlalu lemah dan kepenatan untuk berfikir. Saya pernah fikir bahawa orang yang
paling beruntung ialah orang yang tak pernah hidup di dalam dunia ini. Kedua
paling beruntung ialah orang yang mati awal. Orang yang paling rugi ialah orang
yang matinya lewat. Itu Soe Hok Gie, pejuang dan pemuisi Indonesia yang cakap.
Sebab itu orang jahat umurnya panjang. Margaret Thatcher misalnya.
Setiap hari, setiap pagi, bila anda semua bangun
tidur, anda selalu berharap segalanya berubah untuk lebih baik untuk hari ini
berbanding semalam. Setiap hari hati kita berdetik harap hari yang kita bakal
lalui hari ini lebih baik dari semalam.
Harap-harap kerja yang dilaksanakan hari ini lebih
baik dari semalam.
Harap-harap hari ini berjalan berjumpa makwe cun
dan bertegur selepas semalam hari yang penuh kesunyian.
Harap-harap hari ini bos naikkan gaji untuk bulan
depan.
Harap-harap ada orang belanja makan.
Harap-harap ada orang belanja belikan baju.
Harap-harap. Kehidupan kita bergantung harap kepada
harapan.
Saya ingin bertanya kepada kalian semua, sehingga
satu tahap, adakah anda fikir anda sebenarnya dah bosan dengan kehidupan anda?
Setiap hari adalah satu rutin. Setiap hari adalah satu tanggungjawab.
Hidup hanya sekali. Kalau benar hidup ini satu
rutin, satu tanggungjawab - maka benarlah apa yang dikatakan Sok Hoe Gie itu.
Atau apa yang tokoh eksistensialis Jean Paul Sartre berkata - “life is
condemned to be free” - hidup ini disumpah untuk menjadi bebas. Kita disumpah,
kerana kita berdiri di sini - sebab kita menjadi bebas - tapi sebenarnya kita
sendiri tak tahu apa yang kita bebas sebenarnya.
Jadi kebebasan itu akhirnya menjadi tanggungjawab
kita dan jika itu apa yang aku nampak, benarlah kata Sartre - itu adalah
sumpahan yang sebenar-benarnya.
Kenapa saya menulis tulisan ini? Saya mahu anda
semua fikirkan apa akan terjadi pada Malaysia pada tahun 2057 - 100 tahun
selepas negara ini merdeka - atau 44 tahun dari sekarang. Saya berusia 68 tahun
pada ketika itu, mungkin saya berada di alam lain. Di alam yang kita sebenarnya
tak tahu - tapi kita mengandaikan kita semua tahu. Mungkin masih lagi hidup
menghabiskan sisa-sisa akhir hayat menghirup oksigen yang penuh dengan karbon
monoksida.
Tulisan ini adalah tulisan mahu mengajak anda
menyokong perubahan dalam pilihan raya kali ini. Bukan kerana saya benci
Barisan Nasional, tetapi budak yang nakal kadang-kadang perlu dirotan kalau tak
dengar cakap. Budak yang nakal perlu diikat di pokok rambutan dan biarkan
kerengga gigit pehanya. Ini bukan nak hancurkan Barisan Nasional, ini sebagai
hukuman supaya parti ini sedar dan insaf bahawa mereka bertanggungjawab atas
kebebasan mereka menggubah undang-undang dan perlembagaan negara ini.
Kerana kata-kata Sartre itulah - mak-mak kita bawa
penyapu untuk sesah kita kalau kita tak pulang ke rumah maghrib apabila lalai
bermain di waktu petang. Kerana kata-kata Sartre itulah ayah-ayah kita ikat
kita di pokok rambutan dan digigit kerengga supaya kita sedar mencuri rambutan
jiran sebelah adalah salah.
Sebab kata-kata Sartre itulah - saya menyeru supaya
anda yang boleh mengundi - untuk mengundi Pakatan Rakyat.
Saya terus terang - Pakatan Rakyat tidak mewakili
susuk politik saya. Mereka tidak mewakili apa yang saya mahukan. Saya akui,
sebagai seorang pemegang ideologi minoriti saya perlu akur dengan semua orang -
lalu saya pendam dalam-dalam keinginan saya untuk negara ini - tetapi,
kedua-duanya tidak mewakili susuk struktur politik yang saya idamkan. Tetapi,
saya ketepikan negara idaman dan impian saya - kerana saya hanya diberi dua
pilihan sahaja. ISMA? PERKASA? HINDRAF? Mereka - seperti yang pernah dikatakan
almarhum George Carlin - mereka ini tidak ubah seperti perasa bagel
semata-mata. Bagel perasa anggur, bagel perasa coklat, bagel perasa sambal
belacan.
Tapi bagel tetap bagel.
Tetapi mengundi Pakatan Rakyat bermakna anda -
selaku rakyat - seperti seorang mak yang sedang sebat anaknya dengan penyapu
kerana enggan balik rumah pada maghrib kerana leka bermain bersama kawan.
Mengundi Pakatan Rakyat bermakna anda - selaku rakyat - seperti seorang bapa
yang melibas anaknya kerana ponteng sekolah.
Masalah yang berlaku pada hari ini apabila anak
kita dimanjakan dan dibiarkan berbuat sesuka hati. Anak ponteng sekolah,
biarlah. Anak curi rambutan orang, biarlah. Dan besar anak itu menjadi syaitan
gondol dan tak boleh dibentuk akhlaknya lagi.
Kenapa saya mahu Barisan Nasional diajar dalam
pilihan raya ini. Jawapan saya cukup mudah.
Supaya mereka yang di dalam parti itu sedar -
terdapat perbezaan di antara parti, dan kerajaan. Ini adalah perkara yang
paling saya tekankan.
Di Amerika Syarikat, apabila Barack Obama mahu
bercakap soal parti Demokrat, beliau tidak akan menggunakan White House. Dia
akan gunakan ibu pejabat Parti Demokrat atau semasa konvensyen Parti Demokrat.
Itu sahaja. Semasa di White House, Barack Obama bercakap tentang hal kerajaan,
kerana beliau berada di premis kerajaan, bukan premis parti.
Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mahu bercakap
tentang hal ehwal kerajaan negeri Selangor, beliau bercakap di bangunan SUK di
Shah Alam, tetapi apabila bercakap tentang parti, beliau bercakap di pejabat
PKR di Merchant Square. Walaupun susuk politik mereka, tidak mewakili pandangan
seperti saya, tetapi amalan ini yang seharusnya dibuat.
Tindakan BN yang menjengkelkan saya - walaupun
adakalanya tindakan mereka menguntungkan bapa saya dan keluarga - tanpa dasar
Baucer Buku 1Malaysia - bapa saya tidak mungkin mendapat pendapatan yang
banyak, kerana saya seorang anak kepada penerbit buku dan ramai pembeli buku
menggunakan baucer tersebut - tetapi dengan pemberian seperti BB1M, BR1M, BL1M
dan segala apa lagi yang apa ada huruf I semua nak ditukar kepada nombor 1 -
walaupun dasar BN ini menguntungkan bapa dan keluarga saya, saya merasakan bapa
saya dan keluarga tidak perlu berterima kasih dengan BN.
Saya perlu berterima kasih kepada pembayar cukai,
para pekerja, para petani, nelayan, pekerja di sektor petroleum, perlancongan,
sektor pendidikan, kesihatan - atau apa jua sumber ekonomi negara kerana
membanting tulang berusaha keras membangunkan negara dan membayar cukai untuk
kerajaan BN ini - memberi baucer-baucer ini kepada mereka yang membeli buku
terbitan bapa saya. Ini yang sepatutnya. Kenapa saya perlu berterima kasih
kepada BN sedangkan sumber kewangan ini datang dari kudrat rakyat? Seharusnya
saya kena berterima kasih pada rakyat. Terima kasig rakyat Malaysia.
Tugas kerajaan adalah membelanja dan mengurus wang
rakyat. Kerajaan yang tidak berbelanja dan mengurus wang rakyat adalah kerajaan
yang something wrong somewhere. Tetapi apa yang dibelanjakan itu kalau tidak
munasabah angkanya, saya pun marah juga.
Cuba letakkan diri anda sebagai seorang ayah. Anak
kita minta wang untuk beli buku sekolah. Apabila ditanya, sebuah buku berharga
RM200. Kita beri dia RM200, dan kita meminta bukti, seperti resit atau
benda-benda yang membuktikan harga buku tersebut memang bernilai sedemikian.
Dan kita mahu dengan buku itu benar-benar membantu anak kita dalam pelajaran.
Tetapi jika kita beri wang RM200, kemudian kita
buat bodoh, barangkali anak itu menyalahgunakan duit itu dengan enjoy de menjoy
bersama kawan-kawan di kedai snuker. Kemungkinan RM200 itu digunakan untuk
belanja awek cikaro yang baru ditemui di belakang Ampang Point. Kemungkinan
RM200 itu digunakan untuk membeli ganja, kalau kita tidak meminta bukti
pembelian tersebut.
Dan, sebagai seorang ayah yang baik, kita kena
pantau apa yang anak kita buat, walaupun tidaklah seperti seorang polis parol,
tetapi cukuplah anak kita untuk tidak jadi syaitonirojim yang menambahkan
statistik jenayah.
Jadi, begitu juga dengan kerajaan - kita perlu
pantau kerajaan yang kita pilih. Setiap projek yang dibuat perlu disiarkan
kontraknya, jumlah belanjanya, segalanya - dan seperti resit - dipampangkan di
akhbar-akhbar harian. Di Sweden, nak bina jambatan kampung pun kerajaan kena
tanya penduduk kampung dan perbelanjaan itu perlu diberitahu kepada penduduk
kampung.
Dan jika Barisan Nasional - selama 55 tahun tidak
pernah melakukan perkara ini - kita perlu pilih Pakatan Rakyat dan desak
perkara ini. Jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan - Barisan Nasional juga perlu
melakukan perkara ini dan membaiki apa yang Pakatan Rakyat buat. Nah, maka
berlaku satu senario politik sihat dan berilmiah dan tidak hanya bersembang
tentang topik jubur, tetek dan cipap.
Saya akui, saya bukanlah suka kepada Pakatan
Rakyat, apa lagi menjadi cybertrooper mereka. Bagi saya - fanatisme yang
perkara yang bodoh dan menghalang kita dari proses berfikir. Kita tidak
seharusnya mengagamakan parti politik.
Kesilapan ayah Sazali dalam filem P. Ramlee Anakku
Sazali ialah watak itu mengagamakan cinta dan kasihnya terhadap anaknya, sampai
sanggup buat apa saja dan biarkan Sazali menjadi syaitanirojim. Jadi, kita
tidak perlu menyembah susuk peribadi dan personaliti.
Apabila saya melalui di Sungai Klang, saya sedih
grafiti Nik Aziz dan Mahathir Mohamad ditulis “Malaya Heroes”. Kita masih di
takuk politik usang - politik personaliti bukan politik idea. Politik yang
mengajukan siapa memberi idea terbaik untuk negara.
Dan kepada mereka yang mahu mengundi rosak
semata-mata nak tunjuk protes, saya sarankan kepada anda, tidur sahajalah. Dalam
suasana politik tidak matang sekarang ini kita jangan buat perkara pelik-pelik.
Undi rosak di dalam negara ini tidak memberi jawapan signifikan kepada
perubahan yang kamu inginkan. Ya, dua puak bangang (as you said) bergaduh, dan
kamu kata “persetankan kamu semua”. Ya, persetankan mereka, tapi apa yang kamu
dapat? Kamu fikir mesej undi rosak kamu itu dapat tercapai objektifnya?
Angan-angan kamu ini samalah seperti saya bermasturbasi membayangkan Hayley
Williams dari Paramore sedang tidur di celah peha saya.
Apapun anda ingin undi - terserah. Saya cuma
memberi cadangan - sama ada mahu menjadi seorang ayah yang memanja dan
menggedikkan anaknya, atau melibas atau mengikat anaknya di pokok rambutan
untuk menjadikan anaknya seorang yang baik.
Dan kita - rakyat - berkuasa menentukannya.
Saya tak harap apa-apa perubahan besar pun yang
berlaku dari Pakatan Rakyat jika mereka menang. Mereka juga seperti Pepsi dan
Coke, KFC dan McDonalds - sama sahaja cuma lain jenama. Tapi,
sekurang-kurangnya jika KFC ada buat perubahan seperti ayam goreng cicah sos
budu misalnya - barangkali kita boleh cuba. Kalau tak sedap, McDonalds boleh
pula buat burger yang dicelup dengan masak lemak cili api, dan kalau sedap, KFC
juga akan buat ayam dengan berkuahkan masak lemak cili api. Dan akan berlaku
persaingan sengit dimana kita sendiri yang menentukan.
Dan pada 2057 - barangkali saya sudah lagi tiada -
pada masa itu, anak-anak kita sedang berbincang apa yang kita lakukan untuk
negara ini, dan untuk mereka."
-Ezrin Nazan-
1st May 2013
Rakyat kini rakyat
yang membaca. Rakyat kini rakyat yang celik. semua boleh memilih. memilih
dengan bijak. dan rakyat bukan bodoh untuk terpengaruh dengan wang bantuan 500
ringgit sehingga mencium cium tak lepas tangan si pemberi. si penerima
bersyukur kepada si pemberi dan menyanjung si pemberi ibarat hidup selama
56 tahun ini baru pertama kali dapat 500 ringgit. kalau betul betul nak bantu
kenapa tak bantu dari dulu? Metro hari ini. BN ajak rakyat mengimbau semula
kemajuan dan keharmonian yang dicipta sebelum ini.
Di mana silapnya?
Ini lah soalan yang akan ditanya oleh orang orang yang bersimpati atau mempunyai
minat terhadap Malaysia selepas berlakunya peristiwa mega hari esok.
Dimana silapnya? di
dalam sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama
yang telah menikmati keharmonian dan kerjasama selama 56 tahun yang lalu,
sehingga menyebabkan toleransi dan kesefahaman ini degan tiba tiba hancur.
hinggakan kaum tersebut mula memandang dengan penuh curiga serta menolak cara
hidup yang telah wujud sebelum merdeka lagi.
Dimana silapnya?
sehingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina, dua kaum yang terbesar di
Malaysia, begitu terpisah hinggakan sebuah kerajaan yang autoritan dan usaha
pemimpin pemimpin kebangsaan tidak dapat memperbaiki kesengketaan ini.
Dimana silapnya?
Berdasarkan kepada pengalaman yang sudah sudah, memang lah mudah untuk mencari
kesilapan dan kecacatan masa lalu. Namun demikian, elok juga difikirkan kembali
dan menganalisa, atau menentukan kesalahan kesalahan itu sekiranya pengalaman
yang lalu hendak dijadikan tauladan untuk menghadapai masa hadapan. Tujuannya bukan
lah untuk membalas dendam, tetapi ini adalah satu tanggungjawab sosial
untuk mencari di mana silapnya. Kalau benarlah segala hal yang berlaku
pada masa dahulu tidak ada cacatnya dan tidak ada mana mana pihak pun
yang bersalah, nescaya tidak berlaku ganguan kepada kemajuan negara dan
keharmonian antara kaum yang telah wujud selama 56 tahun selepas merdeka.
Pencapaian negara
selama 56 tahun. adakah ekonomi kita lebih bagus dari Singapura? Demi rakyat. Demi keadilan. Demi
masa depan. "Demi Masa Depan" bukan
demi masa lampau. jangan sembang politik lepas sebelum merdeka. tetapi fikirkan
lah pula keadaan akan datang mungkin dalam masa 100 tahun selepas
merdeka.
4 comments:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151428074156840&set=a.10150536192771840.367649.16194831839&type=1&relevant_count=1
baca ni and nampak apa persamaan pemikiran saya dan pemikiran pakatan. mereka tiru idea saya.
to take a risk and going to a place that we believe as a heaven is tough when you can't differentiated if that heaven is for devil or angel?
assalamualaikum . akak ..
suka sangat baca blog akak ^^
thumbs UP !
Post a Comment