Thursday, June 5, 2014

Al-Fatihah to Atma Raifanah and sister.

Bismillah..

harini semua dikejutkan dengan pemergian salah seorang ahli studiomate kitorang. Allahyarhamah Atma Raifanah Marhalim dan adik nya. 





It was shocked. I was speechless bila dapat tahu kawan sendiri meninggal dunia. Siapa sangka antara 90 orang studiomates aku, dia yang pergi dulu. Memang Tuhan sayang kau Nana. :'( 

Admit it, aku jarang lepak dengan dia. But frankly speaking, sepanjang aku kenal dengan dia, dia memang such a good person. Kalau tanya sorang sorang pun, memang semua orang tak ada masalah dengan dia dan dia pun tak pernah sakitkan hati siapa siapa. Alhamdulillah. 


 21 May 2014 

minggu lepas aku ada update blog pasal seperation kan? hmm. 




2 June 2014 (3.00 petang)

Masa ni aku tengah sebok sembang dengan kawan aku. Iffah. Aku tak tahu apahal aku emo sangat haritu. dah lah aku desak dia jumpa aku. lepas tu nak emo pulak tu. 






Yes. time to appreciate people. Dan itu lah motif utama aku buat blog ni. 

first : 
aku berblogging since form four. just untuk update life aku dekat asrama so that mama Suria dengan abah Nazan akan selalu tahu keadaan semasa aku. kau tau tau jer lah MRSM tu. Bukan senang nak balik rumah. 

Second :
Aku buat blog ni pun just untuk aku share moment aku dengan kawan kawan aku yang selalu stick dengan aku through thick and thin. Memang dekat sini korang takkan jumpa tips cantik atau tutorial tudung hijabista / makeup / OOTD dan sebagainya sebab aku tak reti bab bab macam tu. -______-



But seriously, Blogging sangat mengajar aku untuk appreciate semua orang sama ada kawan kawan aku dalam alam maya ataupun in reality. every little things yang orang lain  nampak benda tu macam terlalu remeh temah untuk aku share, for me tak ada satu pun benda yang remeh temeh kalau kita tau apa itu yang dimaksudkan dengan 'Appreciation'


cuma orang yang kurang bijak jer yang suka pilih bulu bila berkawan. 





sometimes kita tau ada some of them tak appreciate our present sebab diorang terlalu busy dengan kawan kawan diorang yang mungkin lagi kebabom kot sampai diorang neglect kita, but remember. Tuhan tu adil. So keep calm and move on. sebab ramai lagi yang sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. 




Dan since aku berblogging tak terlintas untuk kejar followers or else. Tengok followers aku sudeee. 100 orang jer weyh. 5 TAHUN BERBLOGGING BARU 100 TASHA??  LULZ. aku pun jarang promote blog aku atau blogwalking blah blah blah. TAK RETI WEYH. macam mana nak promote blog weyh?? serious tu bukan bakat aku. apa yang aku aim ialah, this blog is to express not to impress.  dan aku seronok dengan life aku.



2 June 2014 (7.30 petang)




masa ni lah aku baru tahu studiomate aku meninggal. dan aku terus teringat apa yang aku cakap dengan Iffah petang tadi. Baru jer cakap dengan iffah yang aku nak jumpa kawan kawan aku sebelum terlambat. tak sangka pulak yang ini akan jadi. patut lah aku emo semacam haritu. Somehow, alhamdulillah aku sempat jumpa dengan arwah Nana seminggu sebelum arwah Nana meninggal dunia.



24 May 2014 




Last jumpa arwah Nana waktu aku pergi interview Degree at UiTM Shah Alam. Gambar ni aku mintak dengan Baina. How sad bila tengok gambar ni. Siapa sangka yang ini kali terakhir kita jumpa. seminggu sebelum arwah nana meninggal. No wonder lah masa tu arwah nana senyap lain macam sebab apa yang kitorang kenal, arwah Nana sangat talkative and happy go lucky jer. 

Oh yes since ada yang tanya apa plan aku after diploma, well aku decided untuk terus sambung degree in Interior Architecture.




thank you korang sebab support aku untuk terus update blog even aku takpernah pun jumpa korang in real kan tapi seriously i really appreciate sangat sangat sebab care pasal aku. ekekeke, care lah sangat. ker aku yang syok sendiri? hmm.  And untuk menjawab soalan, yeah insyallah ada rezeki aku cuma rancang untuk sambung degree terus.

#doakantashasuksez 

heww heww :*

habis jer interview kitorang semua terus shoot kedai ayam penyet. tak makan kot dari pagi. and see. makan pun kalau boleh nak ajak ramai ramai. aku dah cakap yang budak budak ID ni sepakat. semua benda kalau boleh nak sama sama. sebab tu aku sayang sangat dengan budak studio aku. seriously diorang memang kawan kawan aku yang paling gila paling cool. anyway, aku doakan kejayaan untuk korang. insyallah, :*



OKAY BACK TO OUR STORY

after berita arwah Nana dah tersebar memang kitorang tak fikir panjang. terus decided untuk lawat keluarga arwah keesokannya even arwah dah pun dikebumikan. Tapi bagi memberi penghormatan, dan sebab macam yang aku cakap tadi kitorang memang rapat. dah macam adik beradik. apa apa hal semua akan sama sama turun. 


So the next day, kitorang terus konvoi ramai ramai untuk ziarah family arwah Nana. 

even sampai depan rumah pun dah cukup buat aku rasa shaking. kitorang masih tak percaya atas pemergian arwah Nana. Tapi kitorang tetap terima dengan redha. 

sebelum arwah nana pergi, dia pernah cakap dengan kawan rapat dia , Alya. Based on Alya's story, lepas interview degree haritu dia pernah cakap, "aku takut tak dapat masuk degree bulan 9 nanti. Kau doakan aku tau"

siapa sangka, apa yang kau cakap seminggu sebelum kau pergi macam ada maksud lain yang kitorang sikit pun tak tercapai untuk fikir arah tu. 

right after kitorang ziarah keluarga arwah Nana, kitorang pergi ke tempat kejadian. tak jauh pun dari rumah arwah. dekat sangat tempat arwah meninggal. still dalam kampung yang sama. dan ini buat kan kitorang teringat yang sebelum ni arwah pernah gurau dengan kitorang. dia cakap, 

"aku kalau boleh nak dekat dengan keluarga aku. nak kerja kat sini sini jer. kawin pun nak kahwin dengan orang sini. kalau mati pun aku nak mati kat sini sini jer."






Tuhan memang sayang kau. Dan kitorang semua pun tak akan lupa kau sebab dalam keadaan macam ni jujur masih tak percaya kau pergi cepat sangat. kita baru rancang untuk graduate sama sama pakai jubah konvo sama sama. tak lama dah pun. bulan 11 ni :'( Tapi orang kata tak elok kalau kita asik bersedih atas kematian seseorang. Tak apa. suatu hari nanti kitorang pun akan ikut kau pergi sana. semoga Allah tempatkan kau dalam golongan yang beriman. 





Al fatihah to Atma Raifanah Marhalim & Sarah Khalis Marhalim. 


3 comments:

diyana said...

berair mata aku baca. :'(

natashanazan.blogspot.com said...

aku yang tulis pun menangis kot. :'(

Unknown said...

Alfatihah.. Semoga dirahmati Allah...

Slamat sambung degree, tasha...